Showing posts with label Kakak. Show all posts
Showing posts with label Kakak. Show all posts

17 January 2018

♥ Anak Darjah Satu

4:53 PM 0 Comments
Tahun 2018 bermula la rutin anak-anak dah mula bersekolah sesi sebenar. Adik dah darjah satu tahun ini huhu~ [ibu is sedih.. dont grow up too fast sayang]. Kakak Sekolah Convent so adik tak dapat la nak satu sekolah dengan kakak [of cos la kan]. 

Pada mulanya mengikut keputusan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) adik ditempatkan di SK Sri Andalas [which is bagus gak sebab dekat dengan rumah parents] walaupun dalam permohonan saya mintak ditempatkan di SK La Salle. Satu sebab sebab dekat dengan sekolah kakak dan satu lagi sebab sekolah ni sama dengan Convent.. hanya mempunyai dua (2) kelas sahaja untuk setiap darjah. Sekolah kecil dan saya harap cikgu boleh more concentrate pada student. 

Namun selepas beberapa proses rayuan [dan bantuan Ayahwe] adik berjaya juga ditempatkan di SK La Salle. Alhamdulillah. Memang susah nak masuk sebab sekolah kecil.. tak terima ramai murid.. Alhamdulillah.. rezeki adik.

Hari orientasi diadakan pada 29 Disember lalu. Hari terakhir sebelum hari sekolah sebenar. Ye lah muridnya sikit kan hehe~ Pagi tu.. selepas semakan nama.. adik terus masuk ke kelas yang ditetapkan. Ini bukan kelas sebenar.. cuma pembahagian bagi mengambil Ujian Diagnostik. Ibu bapa pula diminta ke dewan untuk sesi taklimat.

Kaki tak sampai.. hahaha~
Gambar dari FB Sekolah
 Selesai taklimat.. tengok adik masih belum selesai ujian. So parents diminta bayar yuran dulu. Kemudian adik menyusul. Selepas semakan ujian.. pembahagian kelas pon dilakukan. Adik ditempatkan di kelas 1 Success (tag merah). Kelas lagi satu nama 1 Radiant (tag biru).

Ya.. dia yang paling kecil dalam kelas
Seronok dah sekolah
 Selesai sudah Hari Orientasi pada hari tersebut. Cepat dan santai sahaja. Mungkin atas faktor kuantiti murid yang ada so guru pon senang nak kawal. Lepas abis.. adik get ready untuk hari persekolahan sebenar pada 2 Januari 2018 pula.

Hari pertama sekolah.. ibu bapa memang dah dimaklumkan tidak boleh menunggun anak-anak di tepi kelas. Kalo nak tunggu pon kena tunggu di kantin. Saya memang tak tunggu. Pagi tu cuma temankan dia sehingga kelas. Ajar turunkan kerusi dan letak beg. Kemudian lepaskan dia ke tapak perhimpunan. Sementara nak tunggu waktu rehat dia.. kami g sapan lu kat Chong Kok Kopitiam hehe~

Tersampai awal.. sempat la skodeng dia dari jauh
Untung jadi student paling kecil ni sebab confirm cikgu akan suruh duduk paling depan. Bebetul depan meja cikgu tempat dia haha~

Bawa bekal je.. makanan mahal huhu~
 Yang belah kiri dia tu.. classmate masa tadika. So dah ada geng la di sekolah. Setakat dah masuk minggu ketiga persekolahan ni.. adik masih bawa bekal. Simple je hari-hari dia nak roti planta letak gula dan bawa bekal air. Hari pertama tu cuba juga ajar dia beli makanan.. tapi leh tahan mahal.. RM1.50 sepinggan. Ada nasi lemak.. mi goreng dan mihun goreng huhu~ Kemudian sebab memasing pon masih terkial-kial nak membeli so kena beratur lama. Once dia baru nak suap je loceng dah berbunyi. So makan pon kena laju-laju. Then kami decide bagi dia bawa bekal je. Dia memang nak makan roti. Nanti balik tengahari baru makan nasi di rumah Awe. Dan sampai skang duit belanja sekolah pagi tak berusik langsung. Kumpul nak beli keta hotwilis katanya hehe~

Petang sekolah agama plak
 Sekolah agama ni kami tak risau sangat. Tak tunggu pon. Sebab kakaknya ada. Kelas pon sebelah-sebelah je.

Sekodeng adik sekolah petang plak
Alhamdulillah.. kedua-dua anak kami dah memulakan persekolahan sebenar. Cepat je masa berlalu. Rasa cam baru je kami sambut kelahiran dia. Sebagai ingatan juga yang ibu bapa ni dah tua hehe~ Untuk Kakak dan Adik.. Ibu doakan semoga kakak dan adik diterangkan jiwa dan dilapangkan dada untuk menerima ilmu yang diajar.. menjadi manusia yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Belajar rajin-rajin ya sayang ibu.. Ibu love u both soooo muchhhh~ ♥♥♥

So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



10 February 2015

♥ My Kids Start School

4:55 PM 0 Comments

Dah masuk bulan kedua persekolahan baru la ibu ada masa nak up N3 pasal kakak dan adik stat sekolah huhu~ Tapi ibu gigih nak buat N3 gak supaya kakak dan adik boleh baca balik bila dorang dah besar nanti hihi~

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan untuk kakak dan adik. Tahun ni kakak masuk darjah satu di Sekolah Kebangsaan Convent (1), Klang dan adik stat sekolah tadika di Tadika Sri Ikhtiar Ilham, Taman Sri Andalas, Klang (selang dua baris rumah je dari rumah Ayahwe hehe~)

Tahun nih job description ibu dan ayah nek sekali ganda la huhu~ baju nak gosok nek sekali ganda.. tugas basuh kasut masuk lam fail meja ayah.. kejut dan siapkan adik pon tugas ayah gak.. ibu cuma siapkan kakak dan hantar kakak dan adik ke sekolah.

18 November 2014

♥ Kutu

2:51 PM 2 Comments
Antara masalah yang sering menghantui mak-mak yang ada anak sekolah --- KUTU !!!


Adoiiyaiii tak tau nak cegah camaner lagi dah.. mygirl ni jenis kes berulang. Dah puas ibu ayah dia bersihkan sampai ke lobang kutu.. kang selang seminggu dua dia ada balik.. hmmm~ Kami saspek dia dapat dari rakan-rakan sekolah tadika la kot sebab sekolah agama pakai tudung. Kat umah pengasuh pon takde kes kutu. So memang confirm mendapat dari sekolah pagi.

Macam-macam ubat dah guna sampai saya penah potong pendek rambut kakak awal tahun dulu. Takkan nak botakkan pulak kan? Kesian dia sebab tergaru-garu. Lagi-lagi kalo cuaca panas memang terkeruk-keruk la. Tido pon camtuh. So nak tak nak ibu ayah dia ni la yang kena rajin menggodek rambut dia tiap-tiap wiken. Hari kerja biasa memang tak sempat la kan. Nak hilangkan terus mungkin tak tapi usaha la agar benda tuh berkurangan dan sekurang-kurangnya takde kutu hidup atas kepala dia.

06 November 2014

♥ Istana Kecil Kami : Part 3

2:12 PM 0 Comments
♥ Istana Kecil Kami : Part 1 (Klik Sini)
♥ Istana Kecil Kami : Part 2 (Klik Sini)

Alhamdulillah.. bulan Mei 2014 kami dapat surat untuk datang kolek kunci rumah. Time tuh rasa lega tuh tak dapat nak bayang camner. Lega sebab tak lama lagi kakak dah boleh duduk balik dengan kami.. lega sebab akhirnya rumah tuh dah jadi hak mutlak kami dan yang pasti lega sebab akhirnya kami dah ada rumah sendiri (walaupun kecik) Alhamdulillahhhh~ yippiiiiii!!!!

Jom amik kunci umah
Tiada yang lebih menyeronokkan anak-anak selain taman menan sebelah umah je.. jengok kat tingkap dah nampak
Lepas dah selesai semuanya.. kunci pon dah dapat cuma nak tinggal proses renovet je.. so saya rasa inilah masa yang paling sesuai untuk saya mintak tukar. Al maklum la keje gomen mintak tukar kena lalu HRMIS bagai pastuh bukan mintak arini leh dapat esok. Setahun tunggu pon belum tentu leh dapat. Ikut rezeki masing-masing. Tapi takpe lah as long rumah dah siap bebila kena tukar pon saya dah ready.

Bismillahhirrahmannirrahim~
Alhamdulillah sebelum bulan puasa rumah kami dah siap renovet sepenuhnya. Skang mula pikir nak kena beli barang-barang keperluan rumah ekspeceli perabut huhu~ Maklum la dulu dok quarters tentera lima (5) tahun masuk berlenggang bawak beg baju ngan barang letrek je sebab fully furnished. Skang sumer nak kena beli balik huhuhu~ Tapi mustahil la kalo nak beli semua sekaligus kan huhu~ So saya beli yang penting-penting dulu. Cam sofa dan set bilik tidur kami je. Yang lain tunggu next gaji hehe~ Nasib baik kawan saya ada contact tukang kayu dari Muar. Saya beli set meja makan empat (4) kusi dengan harga hanya RM200 sahaja. Murah kan?

Maaf.. hubby cam seksi sikit hehe~ berpeluh-peluh pasang meja makan hehe~
Anak-anak berlengeng sebab panas umah takde langsir haha~
Tapi masa ni kami belum pindah umah lagi. Wiken je balik sini sebab nak bersahur dan buka puasa dengan kakak. Oh ya tahun ni kakak pertama kali berpuasa dan alhamdulillah dia berjaya berpuasa penuh sebulan. Walaupun kengkadang kesian tengok sebab rasa cam tak bermaya sangat ekspeceli time hari sekolah tapi hasil pujukan Awe dan Ayahwe dia berjaya jugak berpuasa. Tapi moral of the story untuk kakak time poser.. jangan bawak dia ke bazaar ramadhan sebab dia tak tahan hahaha~ Walaupun tinggal lagi berapa jam je nak berbuka. First day puasa arituh saya bawak dia ke bazaar konon-konon sebagai upah la dia berjaya puasa penuh untuk hari pertama so dia boleh pilih nak makan apa. Alih-alih balik sampai rumah terus nak makan sebab tak tahan sangat dah. Sampai nangis-nangis. Walhal time tuh nak kat kul 7 dah kot. At last my hubby bawak dia jalan-jalan naik motor keliling kawasan rumah sebab nak bagi dia leka hahaha~ lima minit nak buka baru balik pastuh terus soh dia mandi dan berbuka hahaha~ adoiyaiii kakak ni. Tapi alhamdulillah dia berjaya jugak berpuasa penuh sebulan. Syukur ya Allah.

Bila rumah dah siap dan semuanya makin lengkap makin kuat lak hasrat hati nak pindah. Time tuh dah tak pikir dah kalo saya pindah saya kena bangun kul 4.30 pagi.. keja train kul 6.00 pagi.. perjalanan dua jam pergi dan balik keje.. balik umah sampai kul 8.00 malam. Cam redha jer. Happy sangat kot dok umah sendiri kan. So dah bincang abis-abis ngan hubby kami tekad untuk pindah ke Klang pada 24 Ogos 2014. Ni kira fasa pertama la iaitu proses angkat barang. Tapi lepas tuh kami still tinggal seminggu kat quarters sebab ada proses-proses yang perlu dilalui sebelum keluar secara rasmi. 

Yang tuh nanti saya ceritakan di next N3 yer. Wah akan ada Part 4 laaa~ hahaha~ So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



♥ Istana Kecil Kami : Part 2

10:15 AM 2 Comments
Ada beberapa minit nak abih keje ni sesaja skrol bloglist.. then baru perasan citer pasal rumah saya terbengkalai rupanya haha~ beria la dulu buat N3 ada part 1 bagai alih-alih Part 1 je la sampai skang hahaha~

♥ Istana Kecil Kami : Part 1 @ 3.10.2012 (Klik Sini)

Haha~ setahun dah u ollsss~ hampeh tul. Ok skang saya sambung part-part yang berikutnya ek. Kalo rasa panjang kang saya pecah la ikut part-part yg seterusnya. Kalo tak ini je la part yang kedua dan terakhir hehe~

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt sesungguhnya perancangan Dia adalah yang paling baik dan hebat. Kita hanya mampu merancang yang kita rasa dah cukup baik untuk kita. Tapi kadang-kadang kita sedih bila yang terjadi tak seperti apa yang dirancang tanpa kita sedari sebenarnya Allah swt dah rancang yang lebih baik untuk diri kita.

Saya mula membeli rumah kami pada bulan Oktober 2012 dengan harga RM42,000 dan hanya merupakan flat kos rendah tiga (3) bilik. Tapi kami happy sebab rumah sendiri dan tak yah menyewa. Kami beli rumah ni dengan cara bayar sedikit-sedikit mengikut progress rumah. Memang senak dan payah sebenarnya tapi alhamdulillah dengan bantuan keluarga dan simpanan akhirnya rumah dah siap dan dah abis dibayar. In sya Allah boleh buat pelaburan untuk masa depan. Rancangan kami dalam tempoh 5-10 tahun lagi kami akan cari rumah yang lebih baik dan rumah ni boleh kami sewakan. Aminnn~

Mengikut perancangan pemaju masa tuh rumah akan siap pada bulan Februari 2014 so that kami dah buat perancangan awal untuk pindahkan dan mulakan sesi persekolahan kakak tahun 2014 di Klang. Dia akan duduk dengan parents saya di Taman Sri Andalas. Kami tak nak la bila bulan Februari tuh kami nak pindah dia kena start all over again di tempat baru di pertengahan tahun. Susah pulak dia nak catch-up kan? 

Motip lain yang kami nak dia dok di Klang ialah sebab kos persekolahan dia is waaaayyyyyyyyyyyyy much cheaper dari KL. Bayangkan duduk di KL saya perlu bayar RM280 sebulan untuk yuran tadika (+) RM50 untuk tambang pengangkutan ke rumah pengasuh selepas waktu persekolahan. So total kat situ je dah RM330 sebulan. Belum lagi bayaran pengasuh untuk adik dan kakak berjumlah RM500 sebulan. Kat situ je nearly RM 1,000 sebulan belum masuk lagi susu, pampers atau keperluan lain.

Tapi di Klang, total yuran kakak tuh saya boleh bayar yuran Tadika RM140, yuran Sekolah Agama RM100 (swasta), dan upah mengaji RM30. Transport ayah saya yang uruskan hehe~ ayah saya kan pesara berjaya dok lepak kat umah je tunggu duit pencen hihi~ semua tuh baru RM270. Skang tambah pengasuh adik RM200 sebulan total keseluruhan is RM470. Berbeza sungguh kan kos sara hidup di bandar KL dan bandar Klang? Di klang saya siap boleh anta kakak ke sekolah pagi petang. Oh ya sekolah agama tuh adalah sekolah swasta so dia boleh join kelas untuk Darjah 1. Mining pagi sekolah tadika 6 tahun petang pulak dia sekolah agama darjah 1. Alhamdulillah si kakak terang hati dan boleh terima kedua-duanya dengan baik.


My girl masa first day sekolah awal tahun arituh

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. Rancangan nak berpindah ke Klang pada awal tahun ditentang oleh ibu saya sebab dia suruh saya tuka keje dulu baru pindah ke Klang. Dia tak nak saya penat hari-hari ulang alik keje KL tapi dapat pindahnya tak tau lagi. So dengan berat hati saya turutkan jugak. Tapi tuh la ibu kita kan? syurga kat bawah tapak kaki dia.. nasib baik saya tak pindah rumah awal sebab rumah saya tuh yang dijangka bulan 2 2014 siap terlajak sampai ke bulan 6 baru dapat kunci. Ada masalah CF pada mulanya namun dapat diselesaikan akhirnya. Alhamdulillah~

Then hubby cakap alang-alang dah tengah tahun dan dah nak puasa dan raya.. kita renovet la sesiap sebelum duduk. No rushing. Kami tak buat major renovation pon.. umah flat kan apa yang nak direnovet sangat. Kami cuma tambah tiles seluruh rumah, buat table top dapur, cat bilik anak-anak, electric works such as lampu kipas bagai dan power utk ekon dan water heater.. tuka pintu depan bagi yang kukuh sikit dan pasang grill. Siap! tuh pon sebulan gak baru nak siap huhu~ Ni pon nak dekat RM10k berabih huhu~ pejam je la mata tabahkan je la hati.

Macam terpanjang la plak N3 nyer hehe~ Nanti sambung kat Part 3 plak ek.. So cukup takat nih. Nanti free saya update lagi.. XoXo =)



17 October 2014

♥ My Little Girl Sports Day

11:02 AM 0 Comments
Pada 12 October  my girl ada sports day di sekolahnya. Tapi tak join sukaneka pon. Sukaneka hanya utk pelajar umur 4 dan 5 tahun sahaja. My girl just buat persembahan pembukaan. Baju meghelip sangat huhu~ y budak 6 tahun x join? Coz dorang akan ada graduation day later on 23 November kalo tak silap. Surat invitation lum dapat lagi huhu~

Pepagi tuh kul 6.30 pagi dah kena bangun sebab kul 7 pagi dah kena ada kat sekolah dia. Sebab my hubby takde g kursus dan proses nak mengejutkan si kakak bangun pagi amat mencabar kesabaran ibu dia.. so we decide untuk stay kat umah parents saya je malam sabtu tuh. Dekat je dengan tadika dia so x perlu nak bergegas awal-awal pagi.

Dah macam bellerina my girl ni hihi~

04 February 2013

♥ Kakak New Gadget

5:50 PM 0 Comments
 Nak dijadikan citer arituh Ipod kakak hilang dari pandangan huhuhu~ puas dah cari tapi tak jumpa.. dah lah sebelum tuh dok jalan sakan berholiday ke sana ke mari.. dat time baru balik dari Melaka attend wedding member cam yang saya citer kat sini dan sini.. so pale otak dah terpikir la may be benda tuh tertinggal.. tercicir atau segala ter yang len la huhuhu~ sayangnyaaaaaaaa~ Sebab Ipod tuh kan spesel skit sebab ada ukiran nama kakak kat belakang dia cam saya penah citer dulu huhuhu~

Kendian nak dijadikan citer.. Apple lak kuar Mini Ipad dia.. ikutkan hati takmoh belikan dah tapi biasa la kalo dah takde benda nak buat dia leka.. henpon ibu ayah dia lah jadi sasaran. Dah la memang smartphone cepat abih battery. Ditambah dengan godekan si kakak lagi cepat la bateri habih huhuhu~ So dat ayah bagi satu chance pada kakak untuk dapat gadget baru which is op kos her Ipad Mini.

04 January 2013

♥ Kakak Kembali Ke Sekolah

3:53 PM 0 Comments


Alhamdulillah.. tahun baru maknanya kakak pon memulakan kembali sesi persekolahannya. Masih lagi tadika yang sama masa umo 4 tahun iaitu Tadika Krista Setiawangsa. Walaupon yuran dah mencanak naiknyer tapi ibu dan ayah redha huhuhu~ Kami fikir kalo kami tukarkan sekolah dia tahun nih.. if ruma kami siap next year dia kena tuka sekolah lagi huhuu~ kang terbantut lak apa yang dia ngah blaja. Lagipon dia dah berkawan dan suka ngan cikgu-cikgu kat situ. So kami amik keputusan untuk biarkan dia terus bersekolah di situ asalkan kakak happy ibu dan ayah pon happy huhu~

Sekolah biasa akan start pada 2hb Januari 2013 tapi tadika kakak hanya start pada 3hb Januari 2013 iaitu sehari lewat. Rizen is pihak tadika nak bagi ibu-bapa yang ada anak yang nak bersekolah biasa untuk setelkan dulu anak-anak mereka tuh. So nanti takde la kelam kabut kan nak uruskan anak sekaligus. Bagus gak gitu huhu~

Semalam masa hantar kakak ke sekolah dari jauh dah dengar orkestra konsert rock dari sekolah hahaha~ agaknya budak-budak yang baru start sekolah dis year kot. Sampai cikgu terpaksa kunci grill depan sebab tak mau budak-budak tuh lari keluar. Bila kakak sampai saya pon tak tau nak bagi dia masuk ikut pintu mana hahaah~ Las-las cikgu dia datang amik dari pintu belakang hihihi~ Kalo bukak pintu depan tuh nanti takut terlepas lak bebudak tuh kang.. payah lak cikgu-cikgu nak kejor balik.

Alhamdulillah kakak takde problem nak datang sekolah. Siap bangun awal.. gosok gigi.. sapan koko krunch.. minum milo sebelum datang sekolah. Saya takut gak kalo kakak pon meraung sekali.. yer lah tuh kan penyakit berjangkit huhuhu~ sebenarnya takde apa pon tapi dah dok tengok kawan lain nangis dia pon nak nagis gak hihihi~ Tapi everything going good for kakak. Dia senyum jek. Siap lambai-lambai ibu n ayah. Gud girl kakak.. ibu n ayah proud of u.. blajar rajin-rajin k!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata~


14 November 2012

♥ Dellisya's Annual Concert & Graduation 2012

10:44 AM 2 Comments
Seperti sekolah-sekolah yang lain, sekolah kakak pon tak ketinggalan untuk adakan konsert akhir tahun dan graduation day. Sebab kakak baru 4 tahun so belum la grad hihihi~ tapi kakak terlibat dalam dua persembahan tarian.

Sepatutnya hari Sabtu arituh kami anak-beranak dah gerak Permaisuri Resort, Port Dickson untuk bercuti tapi terpaksa tangguh gerak pas even sekolah kakak abih. Memula saya ingatkan event akan start pagi so after event leh shoot terus ke PD tapi rupanya petang. Terpaksa soh my parents g dan check in lu. Dah confirm and inform hotel yang my parents akan check in on behalf of me. Sebab booking atas nama saya. Nasib bek hotel tak banyak songeh and bagi kebenaran. Kalo tak mau malam baru lah boleh masuk hotel.



Majlis yang sepatutnya stat kul 5 petang dah membawak ke pukul 6 petang. Tak tau la apa masalahnya.. may b nak siapkan anak-anak [kita yang anak sorang dua nih pon kengkadang pening apatah lagi cikgu-cikgu yang nak kena handle berpuluh anak-anak yang macam ragam] or may b ada masalah ngan sound system. Ditambah pulak ngan tetiba hujan lebat selebat-lebatnya huhuhu~ Nasib baik saya sampai awal iaitu tetepat kul 5 dapat lah duduk tetengah. Parents lain ada yang kena berdiri pegang payung. Saya tak tau la event untuk tahun-tahun sudah tapi the Principal nampak cam terharu sangat sebab ramai parents yang datang sampai tempat duduk tak cukup. Nampak cam dia hiba sangat huhuhu~ May b before dis sambutan tak segalak dis year huhuhu~

Sebab lambat stat.. lambat jugak la abihnya. Ada sepuluh persembahan kesemuanya dan kakak buat persembahan yang pertama dan kelima. First lagu Taxi [lagu korea] huhuhu~ tak tau la sapa penyanyi asalnya.



Seken song lak lagu Oppa Gangnam Style! hahahah~ kiut sangat!



Dah macam robokop lak dak kakak hihihi~ yg seken song videonyer elok sikit so jom layannnnnn~



Kul 7.30 masih belum abih eventnyer. Time benti rehat jap untuk solat maghrib saya mintak kebenaran cikgu dia untuk bawak kakak balik lu sebab nak g Port Dickson kan. Dah la sengsorang drive nak kesana. Risau lak nak bawak memalam. Highway  PD tuh pon leh tahan gelap memalam huhu~ Hubby pon dah keep calling tanya bila nak gerak. So terpaksa la gerak gak tanpa tunggu event tamat huhu~

Alhamdulillah saya selamat sampai ke Port Dickson lam kul 8 lebih camtuh. Kakak pengsan sepanjang perjalanan. Adik la behave sepanjang saya drive ke sana. Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


25 October 2012

♥ Sori Kakak.. Ibu Lupa

12:47 PM 0 Comments
Hmm~ camner la ibu leh lupa arinih kakak ada besday party kat skul untuk semua kids yang celebrate birthday on October. Oleh sebab kakak lahir pada 13 Oktober so dia pon turut terlibat la untuk diraikan. Masa baca notice book last wik memang ingat dan dah plan macam-macam.. samada nak prepare gudis bag or nak beli cute kapkek untuk semua budak kat sekolah tuh. Suddenly malam tadi around kul 10 malam baru teringat. Kedai pon dah tutup.. apa pon tak boleh!

Kakak pon tak ingatkan ibu huhu~ (nak salahkan anak gak) then dia pon cam tak eksaited nak cerita pasal event today tak macam kalo nak g Pusat Sains Negara or Taman Burung arituh.  2 3 hari sebelum dah sibuk dok bercerita. So yang ibu mampu cari tengah-tengah malam camtuh semestinya kat Kedai 7-11 ialah cikedis huhuhu~ Ibu beli lam 5 bungkus untuk kakak bawak g sekolah. Dia pon nampak ok takde la komen banyak hahaha~ May b sebab saya dah buat birthday party dia awal-awal kot hihihi~

Oleh sebab sok nak raya.. today pon saya kena jemput dia di sekolah sebab van dah stat cuti. Saya pon dapat hap day arinih. So boleh la bawak dia g makan McD untuk cover balik kelupaan saya pagi tadi hahaha~ Di kesempatan ini saya pon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan blogger yang rajin baca blog saya nih walaupon takde la ramai mana hihihi~ Tahun nih saya akan beraya di Melaka untuk fulfill my parents's wish yang soh kami balik sana raya nih. My parents takde sebab sedang menunaikan haji di Mekah skang. Saya ada citer before kat sini


Gambar dari Google

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.


16 April 2012

♥ Ipod Touch For Kakak

1:51 PM 2 Comments

Alhamdulillah.. Ipod Touch kakak dah selamat sampai. Kalo ada yang tertanya kenapa baru sampai.. ialah sebab saya beli online. Kenapa beli online? Kan senang beli terus kat kedai Apple. Nak tau sebabnyer baca kat sini ek hihihi~



Kakak so excited dengan gadget baru dia nih. Penuh dah ngan video upin-ipin + her feberet song + her feberet games xpeceli game "boyer mandi" [Where's Your Water]. Hubby gak donlod application-application yang sesuai untuk pembelajaran dia cam Math + English + Grammar and so on. So jangan nak men jek ngan Ipod tuh.. study skali k.


Engraving dia pon look nice + ekslusif. Cam ukiran kat belakang Ipod tuh. Berbaloi la tunggu lama nak dapat. Nak kat seminggu okeh baru sampai. Cara tulisan tuh dibuat sama cam lambang apple kat belakang tuh.



So now komplit dah our white gadget. Ipod for kakak + Galaxy S2 for me + Samsung Note for hubby. Hopfuli kakak hargai dan jaga bebaik hadiah dari kami untuk besday dia dis year nih. 

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi.



11 April 2012

♥ Ipod Online

11:30 PM 0 Comments

Besday my princess dis year dah plan nak belikan dia Ipod. Sebab utama hadiah ini dipilih ialah ibu ngan ayah dah tak tahan bateri henpon cepat abih sebab dia asik wat men game boyer mandi dia tuh [Game Where's My Water]. Sampaikan kalo ada call in.. dia akan matikan. Kaco dia nak men game katanyer.. hamboi.. hamboi.. hamboiiiiiiii~

Dah plan ngan hubby nak g Mid Valley beli Ipod tuh. But b4 dat memang tabiat saya suka tengok-tengok lu barang yang nak dibeli lam tenet. Kedainyer kat mana.. berapa harga.. dapat apa kalo beli.. dan memacam lagi la. Then baru saya dapat tau yang Ipod tuh leh wat engraving. Pe benda engraving tuh? Engraving ialah ukiran ayat kat belakang Ipod tuh. Bcoz of memang dah plan Ipod nih nak wat hadiah besday dia.. why not kami letakkan nama dia kat belakang Ipod tuh. Hopfuli hadiah tuh akan menjadi kenangan terindah dia dari ibu dan ayahnyer. Sentimental value la kan.

Tapi bila call customer service Apple adalah dimaklumkan yang engraving tuh khas untuk pembelian secara online jek. Amik masa seminggu gak la baru sampai coz barang tuh akan shipment dari China. Tapi yang bestnyer free shipping + free engraving. Harga sama cam kalo beli kat sini. Cuma kena menunggu tuh je la yang cam payah skit. But then bila bincang ngan hubby.. kami decide its ok la kalo nak nunggu. So then we ol prosid ngan pembelian through online.

 Jap tadi kami check.. alhamdulillah barang dah selamat sampai di KL. Call customer service DHL.. dia bagitau kalo takde hal esok akan sampai kat opis hubby. Tak sabar nak tunggu esok dan sepraiskan si kakak. Thats all for today.. insyallah nanti bila barangnya dah sampai saya update k. Tata





14 December 2011

♥ Pengasuh Makin Jauh Dan Makin Tinggi

11:13 AM 2 Comments
Mulai 12hb Doblas yang lalu.. pengasuh kakak dan adik dah berpindah kuar dari kuarters kat DTHO. Pindah kat area Keramat gak kat Bukit Baru tapi maknanyer dah makin jauh + kena awal lagi kuar umah + pening pk camner nak nganto dua beradik tuh huhuhu~

Pengasuh dorang pindah kat Apartment Bukit Baru. Kat area-area banglo tuh tapiiiiiiiiii~~~ parking memang la masalah paling beso dan umah pengasuh dorang kat tingkat 17! azab! hahaha~ naya kalo lip rosak huhuhu~ Hari pertama anta arituh seb bek kami cuti [rujuk N3 sebelum nih]. Semalam seken day saya tak g kelas [sebab nak ngabihkan dokumentasi present petang nih ngan nak tengok Cinta Elysa akhir] but today saya kena g kelas. Maknanyer petang kang hubby amik dorang nek moto la huhuhu~

Kalo dulu dekat.. saya tak kesah sangat. Tapi nih dah jauh riso gak. Kakak lak men peluk jek ayahnyer kat belakang. Si adik lak hubby letak lam carrier sangkut kat depan. Aduhhh~ seram bila pikirkannyer. Dah la jalan bersimpang siur.. Tapi nak buat camner kan? huhu~ Cecepat la abih kelas next wik.. pastuh dah takde kelas leh amik adik beradik nih nek keta. Selamat skit.

Skang nih pon schedule kami pepagi dah berubah. Kalo lu saya bwk adik nek keta.. hubby lak bawak kakak nek moto [dia takmoh nek keta.. nak nek moto ngan ayahnyer] pastuh sesama anta anak kat umah pengasuh. Kuar umah kul 7.30 pagi pon takde hal. Skang saya kena paking lu keta kat opis, pastuh nek moto ngan hubby anto anak-anak. Pastuh hubby anto balik saya kat opis b4 dia gerak g Shah Alam. Memang kul 7 pagi dah kena kuar umah kalo tak memang lambat la. 

Skang nih ngah usaha nak mencarik pengasuh baru. Try tanya staf-staf opis, mintak tolong dorang carikan.. try gak tanya memember yang mak dorang mengasuh budak gak tapi lum konpom.. try gak carik tadika untuk kakak tahun depan but sumer dah penuh.. yang ada pon yuran beriban-riban tak mampu dibayar oleh saya yang gaji seadanya nih. Ukur baju di badan sendiri yer tak? Tepuk dada tanya purse.

So wat masa skang kena la tabahkan diri dengan apa yang ada. Dari takde pengasuh langsung kan? Lagi haru! terpaksa la impot adik tolong jaga bebudak nih. Seb bek gak ada dia.. time emergency tuh leh la tolong-tolong jaga. Dah la pengasuh anak-anak saya skang nih selalu gak cuti huhu~ tuh pon masalah gak. Nih dia nak cuti dari Jumaat 16hb Doblas sampai selasa 20hb Doblas. Nak balik kampung. Saya paham la sebab ngah cuti sekolah kan. So redha je la.

Nih pon ngah tungguh hubby dapat tak cuti ari senin or selasa next wik. Kalo dia cuti ari selasa so saya cuti ari senin. Hari Jumaat tuh tak kesah sangat sebab tengahari rehat lama so saya leh balik tengok anak-anak. 

Adehhh laaaaa~ demi anak-anak.




04 November 2011

♥ Ops Bersih Almari Kakak

10:41 AM 0 Comments
Harinih hari rajin saya hihi~ 

Today my task is nak clearkan almari kakak. Kalo dulu almari tuh untuk dia sorang so takde la nampak sangat baju dia banyak [walaupun my hubby dah lama bagitau..] but now almari dah kena kongsi ngan si adik. Baju adik takde la banyak [lum banyak lagi..] hanya perlukan satu ruang jek ngan satu laci. So almari tuh masih lagi dikonker oleh si kakak.


Bila dah ngemas nih rasa cam banyak lak baju kakak yang dah muat tersimpan elok lam lemari tuh. Baju dia since umo 6 bulan sampai la umo 2 tahun. Dulu simpan sebab takut-takut kalo next baby pon girl so leh recycle je la baju kakak. Dah dapat boy + kami pon dah decide may b hanya ini je la anak kami or kalo nak tambah pon bio la yang dua beradik nih beso lu.. so boleh la let go baju-baju nih. Sayang sebab baju nih masih elok tapi dok terperap je lam almari. Kang elok-elok leh pakai.. jadi tak boleh lak kang.


Penuh gak la satu bekas plastik wat dok isi baju-baju dia. Saya nek iklan kat FB untuk let go baju-baju, kasut-kasut, eksesori-eksori.. senang kata sumer la ngan harga RM200 sahaja. Tak sampai 5 minit up iklan dah ada buyer. Bagus! pantas kengkawan saya nih hihihi~


Ini lah barang-barang yang saya let go..




Yer! semuanya.. ada la baju-baju basahan yang masih elok pon saya bagi sekali. Bekas ijo tuh pon saya bagi sekali as a free gift hehehe~ Bila dah abih kemas baru la terang skit mata nih ha~




Erk! ada ruang kosong.. so boleh bagi alasan kat hubby nak g shopping lagi.. yippiiiiiiiiiiiiiiiiii~




15 October 2011

♥ Kakak Sayang Adik

10:27 PM 0 Comments
Hurm~ Orang baru dapat adik la katakan. Dibelai-belai dimanja-mana la. Bila si adik nangis dia dulu sampai kat adiknyer. Semua dia nak buatkan. Nak bagi susu, nak pakai kan baju, nak angkat pon pernah.. adehhhh~ 

Yang len tuh memang kekonpom la saya tak bagi. Tapi one day tuh dia nak bagi susu kat adiknyer. Kesian lak tengok. So saya bagi la dia suap susunyer.. tapi di bawah pengawasan penuh ek. Suka tul dia. 



Tapi tahan seminit jek.. pastuh dia ngadu tangan dia lenguh hahahaha~ Tau pun!

Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata


♥ Dellisya 3rd Birthday Part 1

7:54 PM 0 Comments
Alhamdulillah.. tanggal 13 Oktober setiap tahun memberi makna yang besar pada kami suami isteri. Pada tarikh tersebut bermakna our little princess dah menginjak umurnya ke satu tahun lagi. Tahun nih bermakna kakak telah menyambut hari lahirnya yang ke tiga. Dah besar dah anak ibu.

Setelah dua tahun buat besday party khas untuk kakak.. tahun nih kakak kena tunggu skit la ek sebab dis year kakak kena kongsi ngan adik hihihi~ Sebab saya bercadang akhir bulan nih nak buat majlis cukur jambul baby so sekalikan je la kan. Jimat pun jimat dan tetamunyer pun orang yang sama gak. 

Tapi oleh sebab kakak nih memang fofular di kalangan member kelab keta saya. Ada ja yang bagi present sempena besday dia. Then pada hari khamis harituh which is her besday, time TT kecil-kecilan di kedai sup member keta, mak angkat dia iaitu Aunty Lin & Uncle Wonder belikan dia sebijik kapkek yang comel. Siap ada pokok n power paf girl lagi hihihi~ comei sangat. Thanks yer Lin & Wonder.


Kapkek Yang Comeiii~

Besday Girl Wif Ayah & Ibu
Thats all for today.. insyallah nanti jika ada kelapangan masa saya akan update lagi. Tata