Showing posts with label tasawuf. Show all posts
Showing posts with label tasawuf. Show all posts

Sunday, November 22, 2009

DOSA-DOSA KU......


Aku kumpulkan sekalian dosa-dosa ku
yang menghimpit jiwaku
aku melihat seluruh dunia adalah dosa
izinkan daku
meletakkan segala dosa di bawah tapak kaki ku.

Aku hadapkan pandangan kepada kebaikan
bila daku melihat diriku yang baik
berdatangan diri-diri lain menghijab
izinkan daku
meletakkan segala kebaikan di bawah dosa-dosa.

Aku berhadapan dengan keinginan-keinginan
tanpa dosa jiwa belum tenang
keinginan-keinginan mengheret kepada kegelisahan
tidak sabar.

Wajah keinginan memperlihatkan ego diri
takutkan kesusahan dan kehinaan.

Keinginan adalah dosa sebenar
dosa-dosa lain adalah anak-anaknya
walaupun anak-anak dikuburkan
ibu akan terus melahirkan anak-anak baharu.

Bagaimana menghapuskan keinginan
bukankah ia adalah diriku sendiri.

Aku melihat kepada diriku
terasa kesamaran di sebalik diri yang berkeinginan
dalam kesamaran itu
wujud diri yang suci murni
tanpa keinginan.

Ia tidak dikurung oleh jasad
tiada ruang
tiada zaman.

Ia sentiasa damai dan tenteram
namun ia tidak diberi kesempatan
untuk memperlihatkan wajahnya.

Kuburkan diri yang berkeinginan!
begitulah ucapan Mu yang ku dengar.

Bila daku mendengar ucapan Mu
aku melihat diri ku berada di tengah-tengah
di antara Engkau dan diri yang berkeinginan
aku melihat
diri yang berkeinginan itu bukanlah diriku yang sejati
ia hanyalah bayang-bayang yang muncul
dari pancaran cahaya Mu kepadaku yang terhijab
mengapa kepada bayang penglihatan ku tertuju
sedangkan Engkau adalah cahaya
dan aku yang menerima cahaya
bayang adalah kegelapan
mengapa terpesona dengan kegelapan.

Engkau terangi daku dengan cahaya Mu
untuk ku kenali diriku
agar pengenalan itu membuatku melihat cahaya Mu
dan mengetahui bahawa cahaya Mu yang paling nyata
sedangkan aku dan lain-lainnya
adalah zarah-zarah yang terapung-apung
di dalam angkasa raya cahaya Mu.

Cahaya Mu yang tanpa warna tanpa rupa
adalah kebijaksanaan tanpa tara
dengannya segala menjadi nyata.

Sekalian wajah-wajah adalah cermin wajah Mu
cermin itu adalah keindahan
keindahan adalah bayangan wajah Mu
keindahan adalah rasa hati
bukan bentuk bukan rupa
apabila hati mesra di dalam keindahan Mu
itulah penatapan wajah Mu
bulat, leper, atau panjang
putih, kuning atau hijau
kelmarin, hari ini atau esok
semuanya tidak menjadi soal
pada hati yang melihat keindahan wajah Mu.

Hati itulah rahsia besar.

Pandanglah Tuhan tanpa menggunakan mata
Dia tidak pernah bersembunyi
dengarlah ucapan tanpa menggunakan telinga
Dia tidak pernah berhenti berkata-kata.

Wednesday, November 26, 2008

CORETAN HATI MUJAHID SUFI


Oh Tuhanku
tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami

Tuesday, August 19, 2008

IKHTIAR MENCARI CINTA ILAHI

35. Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah An-Nuur:ayat 35)


For Allah (Alone) is Sufficient for me, And He is the Best Disposer (of my affairs).. Verily, Allah is always there for me~! "O my Dear Allah, make my love for You the most beloved thing to me, and my fear for You the most fearful thing to me, and remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You, and when You have given the people of the world the pleasures of their world, make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You." Ameen~




"O’ Allah, Dear Love, Soothe burning hearts with the coolness of faith, Give peaceful slumber to the restless and serenity to disturbed souls, Guide the confused ones to Your light and those that are astray to Your guidance, Remove evil whispers from our hearts and replace them with light Destroy falsehood with truth Crush the evil plots of the Devil with Your Army of Angels Remove from us misery, affliction, and anxiety...



Saturday, August 16, 2008

Sifat seorang penghuni syurga


Mengenali sifat seorang penghuni syurga
Oleh Ibrahim Abdullah

KEJAR IBADAT: Kebersihan hati kunci membuka pintu syurga dalam ibadat, kehidupan.
Kebersihan hati kunci buka pintu amalan baik memasuki alam tertinggi
KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, "Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk." Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.

Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.

Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin 'Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, "Apa yang engkau lihat itulah."

Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: "Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam."
Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan (iaitu) di hari harta dan anak pinak tidak berguna, kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Surah as-Syu'araa, ayat 78)

Kebersihan hati adalah kunci untuk membuka pintu syurga. Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih. Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit.
Abu Umamah layak diteladani. Ia bukan sahabat terkenal seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin 'Affan atau Ali bin Abi Talib. Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda', Abdul Rahman bin 'Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.
Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana hatinya bersih daripada penyakit, kebencian dan dendam. Sehingga semua amalan kebaikannya tetap utuh dan bernilai di hadapan Allah.

Oleh itu, selain sibuk memperbanyak amalan kebaikan, hendaklah menjaga hati daripada penyakit membahayakan kerana sia-sia saja menghiasi diri dengan amalan wajib mahupun sunat sedangkan hati tidak pernah dibersihkan. Sebaliknya walaupun amalan kita biasa saja, namun hati bersih, maka nilainya akan jauh lebih tinggi di hadapan Allah.

Walau bagaimanapun syaitan tidak akan duduk diam tetapi berusaha menghancurkan amalan baik sedang dikerjakan hamba. Maka sedang kita sibuk mengerjakan amalan, jangan lupakan hati. Lindungi daripada penyakit yang membinasakan amalan.
Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan amalan seseorang iaitu yang pertama ialah takbur atau sombong.

Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya.

Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, amalan tidak mempunyai erti. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu." (Hadis riwayat Muslim)

Kedua, hasad atau iri hati (dengki). Ciri khas seorang pendengki adalah adanya rasa tidak rela melihat orang lain mendapat nikmat dan sangat berharap nikmat itu segera lenyap daripadanya. Ia susah melihat orang lain senang dan senang melihat orang lain susah.

Dengki sangat berkesan menghancurkan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dengki itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ketiga, riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada amalan. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan. Allah tidak akan menerima suatu amalan yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak.

Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya. Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, "Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak." (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)
Kerana tidak ada kebersihan hati, banyak orang jadi hina dan sengsara. Allah menciptakan wang supaya manusia dekat dengan Allah. Wang yang dikurniakan disedekahkan, berzakat dan menolong orang sehingga darjat meningkat di sisi Allah.

Namun sebaliknya, banyak menjadikan dirinya hamba wang, demi mencari wang dia sanggup menipu orang, mencuri, rasuah, menculik, menyorok dan menaik harga barang serta bersubahat. Inilah menyebabkan hati seseorang tidak bersih dan menghapuskan segala amalan kebaikan dikerjakannya.

Justeru, amalan seseorang menggambarkan kebersihan hati nurani kerana sifat ujub, takbur, dengki dan rasa dendam menyebabkan halangan serta gangguan untuk seseorang itu menjadi penghuni syurga.

Wednesday, May 28, 2008

Doa Ketika Berdukacita/Sedih


Doa Ketika Berdukacita/Sedih

اللهم إني عبدك بن عبدك بن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هو لك سميت به نفسك أو علمته أحدا من خلقك أو أنزلته في كتابك أو استأثرت به في علم الغيب عندك أن تجعل القرآن ربيع قلبي ونور صدري وجلاء حزني وذهاب هميم

Allahumma innee ‘abduk, ibnu ‘abdik, ibnu amatik, nasiyatee biyadik, madin fiyya hukmuk, ‘adlun fiyya qada-uk, as-aluka bikulli ismin huwa lak, sammayta bihi nafsak, aw anzaltahu fee kitabik, aw ‘allamtahu ahadan min khalqik aw ista/tsarta bihi fee ‘ilmil-ghaybi ‘indak, an taj’alal-Qurana rabee’a qalbee, wanuura shadree, wajalaa huznee wazhahaba hammee.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunku di Tangan-Mu, terlaksana ke atasku hukuman-Mu dan adil kehakiman-Mu terhadapku. Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang telah Engkau namakan dengannya Diri-Mu, atau Engkau turunkan di dalam kitab-Mu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisi-Mu. Jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

[Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya – no: 3712. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah as-Sahihah – no: 199]

Tuesday, May 27, 2008

Kepentingan Ilmu Tasawuf.

Kepentingan Ilmu Tasawuf.

oleh :Ust Hafiz Firdaus

Setiap manusia memiliki lima unsur yang penting di dalam dirinya. Lima unsur tersebut adalah (1) Ruh, (2) Qalbu atau hati, (3) Hawa nafsu atau Syahwat, (4) Jasad dan (5) Anggota Badan. Peranan kelima-lima unsur ini boleh diumpamakan sebagai sebuah kerajaan di mana Ruh adalah Sultannya, Qalbu adalah singgahsananya, Hawa Nafsu adalah musuh dalaman, Jasad adalah wilayah kekuasaannya dan Anggota Badan adalah rakyatnya.

Di antara lima unsur ini, sentiasa wujud persaingan antara Ruh sebagai Sultan yang ingin memerintah dengan adil dan Hawa Nafsu sebagai musuh dalaman umpama “duri dalam daging” yang berusaha untuk menzalimi rakyat, malah berhasrat menghancurkan wilayah kekuasaan dan pemerintahan Sultan.

Oleh kerana itu Sultan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap perancangan Musuh dan memerhatikan gerak gerinya. Sultan perlu memantau apa-apa tindakan musuh yang akan menzalimi rakyat, apatah lagi jika musuh bertindak ganas untuk menghancurkan wilayah kekuasaannya dan merebut tahta pemerintahannya. Jika tidak rakyat akan ditindas, wilayah akan dijajah oleh musuh luar sementara musuh bermaharajalela membuat kezaliman. Selain daripada itu, Sultan juga sentiasa perlu meningkatkan kecemerlangan dirinya sebagai seorang pemerintah. Dia sentiasa perlu meluaskan ilmunya, meningkatkan iman dan taqwanya, memperbaiki ciri-ciri kepimpinannya ke atas wilayah dan rakyat seperti memiliki wawasan untuk mencapai sesuatu yang jauh lebih baik dan besar pada masa akan datang.

Sebagaimana perumpamaan kerajaan di atas, demikianlah juga peranan unsur-unsur Ruh, Qalbu, Hawa Nafsu, Jasad dan Anggota Badan. Aktiviti Ruh ke atas Hawa Nafsu dinamakan Mujahadah manakala aktiviti Ruh untuk mencemerlangkan dirinya dinamakan Tazkiyat al-Nafs. Ruh sentiasa bermujahadah ke atas Hawa Nafsu supaya dengan itu Hawa Nafsu tidak mengganggu atau mempengaruhi Jasad dan Anggota Badan dengan perbuatan-perbuatan mungkar yang dilarang oleh syari‘at. Ruh juga bermujahadah ke atas Hawa Nafsu agar dengan itu Qalbu tidak diusik oleh Hawa Nafsu dengan sifat-sifat yang tercela. Pada waktu yang sama Ruh sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangannya sendiri agar ia dihiasi dengan sifat-sifat mulia. Sifat-sifat mulia ini kemudian akan terpancar keluar hingga memberi pengaruh kepada Qalbu, Jasad dan Anggota Badan.

Ilmu Tasawuf berperanan membantu Ruh untuk melakukan Mujahadah ke atas Hawa Nafsu dan pada waktu yang membantu meningkatkan lagi kecemerlangan Ruh itu sendiri. Tujuannya tidak lain supaya Ruh dan segala yang dipimpinnya berjaya menjadi manusia yang mulia di sisi Allah dan mencapai kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Di sini perlu ditekankan bahawa untuk merealisasikan tujuan di atas, ilmu tasawuf tidak berperanan secara tersendiri atau berasingan. Ia bergandingan bahu dengan lain-lain ilmu syari‘at Islam seperti aqidah yang tulen di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dan amal yang ikhlas lagi benar di sisi al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Setiap tokoh dan penuntut tasawuf yang berada di atas jalan yang benar tidak sekali-kali akan memisahkan ilmu tasawuf daripada lain-lain ilmu syari‘at.

Pada waktu yang sama, setiap individu Muslim yang berada di atas jalan yang benar tidak boleh mengasingkan ilmu tasawuf daripada dirinya. Pengasingan daripada ilmu tasawuf akan menyebabkan diri seseorang itu terserlah dengan sifat yang tercela seperti riya’, ujub, hasad, membazir, bakhil, malas, tidak berdisiplin, berburuk sangka dan pelbagai lagi sekalipun dia beriman kepada Allah dan mendirikan solat.

Malah pengasingan ilmu tasawuf akan menyebabkan dia terhindar dari sifat-sifat mulia seperti al-Tawabah (sentiasa beristighfar dan bertaubat), al-Zuhd (membebaskan hati daripada mencintai dunia), al-Shabr (sabar), al-Syukr (berterima kasih), al-Ridha (rela terhadap Allah), al-Khauf (takut kepada Allah), al-Haya’ (malu kepada Allah), al-Raja’ (mengharapkan pertemuan dengan Allah), al-Faqr (berhajat kepada Allah), al-Tawakkul (berserah kepada Allah) dan al-Mahabbah (cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah). Kesemua sifat yang mulia ini digaris dan dituntut oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih manakala ilmu tasawuf hanya berperanan membantu umat Islam untuk mencapainya. Di sinilah letaknya kepentingan ilmu tasawuf.

Pengertian Tasawuf.

Pengertian Tasawuf.

oleh :Ust Hafiz Firdaus

Para pengkaji ilmu tasawuf berselisih pendapat tentang pengertian atau definisi tasawuf. Perselisihan mereka bermula dari perkataan Sufi (الصوفي) itu sendiri. Ada yang membahas dari sudut maksudnya, ada yang membahas dari sudut asal usulnya dan ada yang membahas dari sudut masa kelahiran perkataan itu sendiri.


Akan tetapi di antara perselisihan ini, yang rajih ialah perkataan “Sufi” hanyalah satu julukan atau gelaran.[1] Yang penting bukanlah perkataan tetapi intipati dan kandungan yang dibawa oleh perkataan tersebut. Pengertian “Sufi” di sisi ‘Abd al Qadir al-Jilani rahimahullah (561H) ialah orang yang berjaya merealisasikan ciri-ciri murni serta sifat-sifat mulia sehingga dia berhak untuk disebut sebagai seorang Sufi. Beliau menulis:


Sufi diambil dari kata al-Mushafaat, iaitu seorang hamba yang disucikan Allah atau orang yang suci daripada penyakit jiwa, bersih dari sifat-sifat tercela, menempuh mazhabnya yang terpuji dan mengikuti hakikat serta tidak tunduk kepada salah seorang makhluk.


Dalam ketika yang lain ‘Abd al-Qadir al-Jilani berkata:


Sufi ialah orang yang bersih batinnya dan zahirnya serta mengikuti Kitab Allah (al-Qur’an) dan Sunnah Rasul-Nya.


Kembali kepada perbahasan asal kita tentang pengertian tasawuf (التصوف) (al-Tashawwuf), ‘Abd al-Qadir al-Jilani mengertikannya sebagai:


Tasawuf ialah percaya kepada Yang Haq (Allah) dan berperilaku baik kepada makhluk.

Pengertian ini beliau jelaskan sebagai berikut:

Yaitu bertaqwa kepada Allah, mentaati-Nya, menerapkan syari‘at secara zahir, menyelamatkan hati, memperkayakan hati, mengindahkan wajah, berdakwah, mencegah penganiayaan (ke atas orang lain), sabar menerima penganiayaan dan kefakiran, menjaga kehormatan guru, bersikap baik dengan saudara, menasihati orang kecil dan besar, meninggalkan permusuhan, bersikap lemah lembut, melaksanakan keutamaan, menghindari dari menyimpan (harta benda), menghindari persahabatan dengan orang yang tidak setingkat (dalam keimanan) dan (akhirnya) tolong menolong dalam urusan agama dan dunia.


Daripada nukilan-nukilan di atas, jelas bahawa pengertian Tasawuf di sisi ‘Abd al-Qadir al-Jilani ialah ciri-ciri murni dan sifat-sifat mulia yang patut diterapkan oleh orang Islam ke atas dirinya. Penerapan ini dilakukan dengan bermujahadah, yakni pertarungan ruhani untuk mengawal dan menumpaskan nafsu yang tercela.Apabila seseorang itu berjaya menerap dan merealisasikan ciri-ciri murni dan sifat-sifat mulia tersebut, barulah dia digelar sebagai seorang Ahli Sufi.


Pengertian Tasawuf dan Sufi yang diberikan oleh ‘Abd al-Qadir al-Jilani di atas mungkin berbeza dengan tokoh-tokoh tasawuf yang lain. Namun jika dicermati perbezaan-perbezaan ini, akan didapati bahawa kesemuanya tetap mengarah kepada maksud yang satu. Hal ini sepertimana yang dirumuskan oleh ‘Abd al-Fatah Ahmad al-Fawi:


Secara ringkasnya Risalah al-Qusyairiyyah, Hilyah al-Auliya’, Tazkirah al-Auliya’ dan lain-lain buku yang memperkatakan tentang tasawuf dipenuhi dengan ratusan lafaz dan cerita tentang ahli sufi dan ahli tasawuf. Kesemuanya memiliki perbezaan ta’bir dan sumber pengambilan. Namun begitu kesemuanya tetap menuju kepada satu tujuan sahaja, iaitu menghindarkan diri daripada kelazatan dunia, membersihkan jiwa dan berusaha mencapai cinta Illahi dalam ruang lingkup ketinggian rohani dan mujahadah nafsu.

Thursday, May 22, 2008

10 PESAN RASULULLAH SAW




Gambar: Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz sedang berdoa

10 PESAN RASULULLAH SAW

Ada sepuluh pesan Rasulullah saw yang
mengajarkan kita praktis mengusir iblis
dan bala tentaranya jika menyerang kita
dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan
kita terjerumus kedalam jurang kehinaan
tanpa kita sadari dengan memanfaatkan
titik kelemahan kita . Mari kita
memperhatikan pesan-pesan kenabian
tersebut yang tertuang dalam bentuk
dialog antara manusia dan setan ;

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata :
"Anakmu mati". Katakan kepadanya:
"Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan
untuk mati, dan penggalan dariku
(putraku) akan masuk surga. Dan hal itu
membuatku gembira".

2.Jika ia datang kepadamu dan berkata :
"Hartamu musnah".Katakan kepadanya:
"Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha
Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan
atasku kewajiban zakat".

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata :
"Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu
tidak menzalimi seorang pun".Maka,
katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa
orang-orang yang berbuat zalim dan tidak
menimpa orang-orang yang berbuat
kebajikan ( Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan
berkata :"Betapa banyak kebaikanmu",
dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga
diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya
:"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih
banyak dari pada kebaikanku".

5. Dan jika ia datang kepadamu dan
berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu".
Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak
dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata
:"Betapa banyak kamu bersedekah kepada
orang-orang". Maka katakan kepadanya
:"Apa yang saya terima dari Allah jauh
lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa
banyak orang yang menzalimimu". Maka
katakan kepadanya :"Orang-orang yang
kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa
banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa
seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan
berkata :"Minumlah minum-minuman keras!"
Maka katakan :"Saya tidak akan
mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan
berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai
dunia ?" Maka katakan :"Aku tidak
mencintainya dan telah banyak orang lain
yang tertipu olehnya".

Monday, May 19, 2008

Pengenalan Ilmu Tasawuf

HATI
Sabda Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging. Bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila ia jahat nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya.Ketahuilah! iaitulah kallbu(hati)-Hadith riwayat Bukhari dan Muslim-

Daripada keterangan hadith tadi,dapatlah kita simpulkan bahawa kemuncak asal-usul perbuatan manusia adalah berpuca daripada hati(kalbu).Hatilah yang menjadi raja bagi seluruh anggota badan.Jika hati inginkan begini,maka anggota lain akan mengikut arahan hati.Jadi,jelaslah disini segala tindak tanduk kita berasal dari hati.

Jadi,Ilmu Tasawuf merupakan ilmu yg membicarakan soal hati.Baik dari segi jiwa,ruh ,semuanya berkaitan dengan hati.Ilmu Tasawuf juga membincangkan mengenai nafsu,peranan nafsu dalam mempengaruhi hidup kita.Juga bagaimana untuk memandu diri kita kearah lebih baik,maka pembersihan hati ataupun jiwa(Tazkiyatunnafs) perlu dilakukan.Ini kerana kalau bersih hati ataupun jiwa kita,maka eloklah perilaku kta.

Baiklah,sampai disi dahulu pengenalan ringkas mengenai Ilmu Tasawuf.Artikel akan datang,akan saya bincangkan mengenai Nafsu dan jenis-jenis Nafsu.Sekian.Wallahualam.

Monday, December 3, 2007

Syair Imam Syafi'i



Engkau durhaka kepada Allah,
dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya.
Ini adalah suatu kemustahilan.
Apabila benar engkau mencintai-Nya,
pastilah engkau taati semua perintah-Nya.
Sesungguhnya orang menaruh cinta,


Tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya.
Dia telah kirimkan nikmat-Nya kepadamu,
setiap saat dan tak ada rasa syukur,
yang engkau panjatkan kepada-Nya.

Saturday, August 4, 2007

SUARA HATI...FITRAH INSANI...



Ya Allah,
Jika aku jatuh CINTA,
CINTAkanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan CINTAnya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.


YA RAHIM
Jika aku jatuh HATI
Izinkan aku menyentuh HATI seseorang
yang HATInya tertaut padaMu, agar aku tidak terjatuh
dalam jurang cinta nafsu...

YA RABBI,
Jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripadaMu

YA RABBUL IZZATI
jika aku RINDU
RINDUkanlah aku pada seseorang
yang meRINDUI syahid di jalanMu

YA ALLAH
jika aku menikmati CINTA kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam

YA ALLAH
Jika aku jatuh HATI pada kekasihMu
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

YA ALLAH
jika Kau halakan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah
melupakan aku pada CINTA hakiki dan RINDU
abadi hanya kepada Mu
terakhirMU

RAYUAN PARA ABID...




Rintihan hati ini di malam hari..........


Airmata keinsafan
yang mengalir
di malam sepi
inilah dia
pelembut jiwa
bagi mendapat
kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
dari seorang
hamba yang daif
kerna mengenang
segala dosa
moga mendapat keampunan
dari ilahi

setiap kekasih Allah
menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki
kejayaan

Ayuh bersama
kita susuri
perjalan kekasih Allah
agar kita
tiada rugi
dalam meniti hidup ini

terangi airmata ini
titisannya paling berharga
buat menimba api neraka
moga selamat di titian sirat
syurga abadi

Ingatlah sahabat-sahabat..berape kalikah kita bangun qiamullail di dalam seminggu....merintih memohon keampunan...mengadu segala masalah...Ingatlah...Allah s.w.t Maha Penyanyang,Maha Pengampun,Maha Pengasih,Maha Penerima Taubat,Maha Mendengar dan Maha Melihat....

AYAT-AYAT PERINGATAN..



RENUNGAN HARI INI
...Demi Allah, aku akan meneruskan jihad untuk apa yang Allah sampaikan kepadaku, sampai Allah memberi kemenangan atau leherku ini terpisah.[Hadith Riwayat Ahmad dari Miswar bin Makhramah]...

Demi Allah, apabila mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku menghentikan dakwahku, aku tidak akan menghentikannya sampai Allah memberi kemenangan atau aku mati kerananya.[ Sirah Tarikh at-Thabari II: 336 ]

Firman-firman Allah swt yang bermaksud:
Kebenaran (islam) itu dari Tuhanmu, maka sekali-kali kamu jangan menjadi orang yang ragu.[ Al-Baqarah: 147]

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang haq (benar), agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama.[Al-Fath: 28]

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka.[Ar-Rad: 11]

Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.[Ali Imran:85]

Barangsiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang[Al Ma idah: 56]

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (Agama-Nya), niscaya Dia akan menolong kamu dan menetapkan telapak kakimu.[Surah Muhammad: 7]

Apabila kamu ditolong oleh Allah, maka tidak akan ada yang sanggup mengalahkan kamu. Maka siapakah yang dapat menolong kamu setelah (pertolongan) Allah? Dan kepada Allah lah orang-orang beriman hendaklah bertawakkal.[Ali Imran: 160]

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya.Sesunguhnya Dia adalah penerima taubat.[AnNashr: 1-3]

MY CURRICULUM VITAE

FREE BLOGGER TEMPLATE