Layan iklan

Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

:: Family Bonding Time

Macam biasa... aktiviti wajib untuk anak-anak. Memandangkan kami dah dok Pasir Gudang, maka weekend kami akan balik Bukit Indah. Sebelum balik, kami layan ler anak-anak outing. Dahla keluar kerja jam 7 pagi , balik 7 malam. Risau anak-anak tak puas ngan kami kan. So weekend memang kena layan dieorang ni. 


Masuk kereta wajib wefie dulu dengan si Ammar dulu. Si Ammar ni memang pantang kalo ajak selfie/wefie, tgh menangis pun boleh senyap ye. he he hee...



Dah lama anak dara ni tak ikut mami ayah outing.. Memandangkan cuti sekolah, mami paksa ikut gak.



Ammar ni anak ayah ye... Even mami amik pun dia akan melalak nak kat ayah. Tapi bila ayahnye takde, nak menempel ngan mami jek. hurmm...



Bila ayah ngan anak berwefie... hu hu huu...




Last belanja wefie mami ayah plak... Tetiba encik suami cakap "sayang, kita dah lama tak tukar picture profile FB.. Jom tukar"... Tapi sebelum tu kena wefie dulu la kan. ha ha haaa... Begitulah kisahnya...


Abang Zahin je yang takde kan?? He he hee... Malam sebelumnya dia jatuh & bibir pecah. Bengkak kembang semangkuk bibirnya. So moody ler sikit. he he hee...


Ok, belanja gambar abang Zahin yang cover bibir bengkak tu. Alhamdulillah... walaupun pecah & bengkak, makan minum masih normal macam biasa. Merengek kejap je masa darah memancut ke luar dari mulut. Disebabkan dah ada pengalaman, kami cepat2 amik ais letak kat tempat luka. InsyaAllah dalam beberapa minit, darah stop. No panic ok!



Ok... next cerita kita sambung nanti ye.






Tuesday, January 27, 2015

:: Anak-anak Si Jantung Hati...

Masuk tahun baru, news feed facebook penuh pasal anak-anak masuk sekolah. Ramai mak pak yang super duper excited bila anak masuk sekolah tak kira la tadika atau sekolah rendah. Rasa excited tu Mummy dah rasa 3 tahun lepas. he he hee... Alhamdulillah Khaleesa sudah masuk darjah 2 sekarang.

Semalam masa hantar dia ke sekolah, nampak la budak-budak pra sekolah jalan sambil dipimpin ibu masing-masing. Terus Mummy cakap kat Khaleesa "Dulu mami antar kakak pra, kakak kecik je lagi". Sebak rasanya... Rasa taknak anak-anak membesar terlalu cepat. Sekelip mata kakak dah 8 tahun. 

Zahin plak dah menginjak setahun. Mummy tak terkejar dengan MASA sekarang. Terlalu cepat... sangat! Paling terasa bila semua seluar jeans kakak dah tak muat. Mummy tahu kakak memang dah kuat makan sekarang. he he hee... Betapa tak sedar Mummy yang anak-anak semakin cepat membesar.

Mummy baru sempat snap pic kakak last week. he he hee... makin besar maka makin banyak la yang dia  cerewetkan. Tudung pun sekarang nak yang 2 lapis. 

Masuk minggu ketiga 2015, si adik pulak buat hal. Kesihatan tidak mengizinkan. Selalu demam malam. Orang tua cakap demam nak beralih tahun pastu nak meringankan badan. Maklum la Zahin baru nak belajar berjalan kan. 

Budak sakit sedang main kemas-kemas... Mummy sakit badan tido hospital... demi anak punya pasal, tak apa la. Janji Zahin sihat walafiat. Kena masuk air sebab dia taknak susu & muntah-muntah. Mula-mula lembik je, takde mood sangat. Tapi bila dah sihat sikit, Mummy dah tak boleh control. Terpaksa menunggu ayah dengan sabar sebab badan Mummy dah tak larat. hi hi hii...

Muka budak sihat beberapa jam selepas discharged hospital. he he heee...


Sekian...



Wednesday, January 14, 2015

:: Candle Light Dinner

Ini kisah susulan dari entri sebelum ni... Nak cerita dinner anniversary lak. Pagi sebelum pergi kerja, encik suami dah wish & siap tanya malam nak makan apa. Dalam kepala Mummy ni memang takde terfikir apa-apa. Pada Mummy kat mana-mana pun tak kisah janji MAKAN kan. he he hee...

So sepanjang kat office, memang kami takde update apa-apa. Maybe masing-masing sibuk kan. Cuma dah petang sikit encik suami ada la whatsapp bgtau keluar dinner lepas maghrib. Maklumla, kakak kan nak sekolah so kami malas nak balik lewat. tapi dalam masa yang sama, Mummy dah bape hari dok fikir nak bagi hadiah apa. Tahun lepas anniversary Mummy tak bagi apa-apa sebab dalam pantang. Encik suami cuma bagi hadiah je. So kali ni Mummy rasa sangat terpanggil untuk bagi sesuatu untuk dia. Dari awal memang terfikir nak bagi kemeja tapi bila fikir encik suami baru je beli baju baru terus Mummy cancel. Sangat last minute akhirnya Mummy dapat idea. So sebelum ke site, Mummy lari jap cari hadiah encik suami. Seriously ni memang surprise untuk dia. he he heee... 

Malam tu kami dinner di George & Dragon... dah lama dok usha tempat ni tapi tak pernah berkesempatan masuk. Al kisah encik suami dari siang dok menggoggle tempat candle light dinner sebab Mummy selalu cakap teringin nak candle light. Tak kisah la bawak anak-anak pun takpe. he he heee... Gedik kan bini dia nih. Sebelum our plate sampai, Mummy amik kesempatan bagi hadiah & encik suami agak terperanjat sebab tak expect Mummy bagi hadiah. Maklum la bulan Januari ni memang Mummy guna banyak duit. Road tax insuran kereta Mummy kena renew. Duit buku tulis sekolah kakak. hu hu huuu... 

Yang ni set dinner Mummy... Braised Lamb. Tengok macam tak berapa menyelerakan tapi bila masuk mulut, sangat ler sedap. Khaleesa pun order yang sama. Masa mula-mula dia tengok terus ckp taknak tapi bila masuk mulut "sedap la mami".

My superhero, soulmate, housemate, roomate... he he hee...

No komen lah...

Anak-anak berantakan. ha ha haa... Si Zahin tak reti dok senyap & nyaris nak terjun dari baby chair tu. Makan tak banyak tapi air abis. Si kakak tu macam biasa, kepoh sikit. Lama amik order sebab tunggu dia fikir nak air apa. Si adik tu bila tanya babysitter makan apa, rupanya petang tu dah melantak salmon. huh!

Caya la kakak... habis sepinggan tu. Sejak cuti sekolah, kakak dah jadi pemakan. Ramai tegur pipi dia dah tembam. Seluar semua dah tak muat. Penggemar tegar daging kambing.

Thanks encik suami belanja kami dinner. Mak mentua tanya gak kenapa tak hantar anak-anak ke rumah dia. So boleh la dating berdua je. Takpe la, sian anak-anak... Enjoy makan anak beranak kan.