Layan iklan

Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

:: Pre school holiday

Okay... belum cuti sekolah dah buat aktiviti pra cuti sekolah. Sesuka hati kan. Takpela, asalkan exam dah tamat. Sebelum ni mak mentua memang ada minta tolong encik suami angkat barang adik ipar yang akan cuti semester & terus sambung praktikal kat Politeknik Melaka. Maklum la kami ni bawak lori kan. he he hee... Sekali ter'plan' nak enjoy kat Melaka. So mak mentua cadang ajak gi Bayou Lagoon Park Resort Melaka sebab tengok macam best je. Lagipun mami pun memang dah pernah ke sana... Waterpark takdela besar sangat tapi still enjoy la. Layankan anak-anak & family mentua. 

Sebelum ni memang mami dah survey thru Agoda rates, 1 apartment 3 bilik dalam rm500++, kebetulan 3 hari sebelum pergi Agoda de discount less 30%. Lebih kurang rm300++, so after gedebak gedebuk additional charges... mami bayar dalam rm415. Murah kan.... Included breakfast untuk 6 orang + 6 tiket masuk waterpark. Mami cuma tambah untuk 2 orang je kat sana.

Masa kat waterpark memang takde la gambar sebab malas nak bawak phone. Dah lama tak mandi manda ni. Last datang mami jaga Ammar... skang ni dah ada orang jaga Ammar, so mami apa lagi la kan. Amik kesempatan la terus.

Lepas check out, abah memang dah plan ajak pi museum 3D yang betul-betul sebelah apartment kami stay. Kalo naik kereta lebih kurang 2 3 minit je. he he hee...

Dalam 3D museum ni takde la besar sangat tapi puas la kami bergambar bagai. Anak tido pun gigih amik gambar bergilir. Kalau ikutkan budak-budak la yang paling seronok, tapi rupanya orang tua lagi teruja. ha ha haa...

Okla, layan gambar jela ye... Takde aktiviti penting pun lepas tu... Amik barang then balik sebab esoknya kerja.






















Sorry... no caption!
Enjoy...

Thursday, November 20, 2014

:: Family Day mood.................................

Yeah! Mood memang dah fikir family day je nih... Kerja pun dah terbiar gitu.
Tepek sikit selfie... mood malas buat kerja.. sengih je kan...


Bukan harini yep... Esok kami dah gerak ke Gambang untuk family day office Mummy. Kali ni 3 hari 2 malam. Lepas abis pantang Mummy ada pergi gak ke Gambang tapi kali ni kan FREE, so rugi la tak pegi kan kan kan. he he hee...

Sepanjang kerja dengan 'syarikat' ni, rasanya sekali je Mummy tak join family day. Kalau tak silap tahun 2009. Tapi lepas tu Mummy tak pernah miss ok. 

Family Day 2010 berlangsung kat A Famosa Melaka... Paling best sebab dapat grand prize Plasma TV 40" SHARP. Dinner masa tu emcee nya DEE. 


Family Day 2011 berlangsung kat Genting Highland... masa tu dah 'single' so Mummy ajak la bff. ha ha haa... Dia cepat je kalau FREE kan. Masa tu tido kat Awana Hotel. Memang best... emcee Sarimah Ibrahim.


Family Day 2012 berlangsung kat Melaka... tapi lebih kepada dinner. Sebelum dinner tu office adakan a few game mcm volley ball, badminton & futsal. Kami kena buat performance & kami menang... Sampai sekarang ramai masih dok sebut-sebut pasal performance kami. Tema dinner malam tu Baba Nyonya.


Family Day 2013 berlangsung kat Desaru 'jek'. Sekangkang kera ngan rumah mak Mummy. he he hee... Masa tu Mummy sedang preggykan Zahin. Tema P.Ramlee & Saloma gitu... So far yg ni paling worst...kot...ooppsss!!!

Tunggu update Family Day 2014 dari Mummy. Doa-doa la tahun ni bernasib baik untuk lucky draw. hu hu hu...

Wednesday, October 8, 2014

:: Aidiladha Kami

Salam Aidiladha...
Walaupun lambat tapi masih boleh terima kan. he he hee... Tahun ni balik mana? Mummy sekeluarga takde balik kemana tapi kami menuju ke Kuala Terengganu. Ramai yang ingat balik kampung tapi sebenarnya kami hantar kawan encik suami yang bernikah kat sana. Kali ni kami anak-beranak pergi. 2 hari 1 malam je tapi persiapan macam pergi 4 5 hari. Encik suami ada berbunyi 'jangan bawak sangat sayang'. Biasa la orang lelaki mana nak fikir kalau ada EMERGENCY kan. Lagi la bila melibatkan anak-anak. Untung ada Pengurus macam Mummy nih... in order gittew. Perancangan memang sentiasa lebih sehari. ha ha haa... Bab mengemas/ packing memang encik suami serah 100% kepada Mummy. 

Ini adalah pertama kali kami beraya di perantauan ok. Kedai makan di Terengganu memang kebanyakkan tutup. Nasib baik tempat berteduh, makan minum ditanggung sepenuhnya. Sempat lagi beraya rumah kawan encik suami. 1 kelainan beraya di tempat orang... dapat rasa gulai Terengganu. 

Ceria bagai kan masa nak bertolak ke Terengganu. Si kecik tu tak reti senyap. hu hu hu...

Kami... simple-simple jek. Takde baju raya sebab lepas majlis nikah, kami gegas balik JB.

Zahin 9 bulan... terasa macam dah besar sangat gituh. Habis dia tawaf dalam masjid tu. Terjerit-jerit tengok budak-budak main lari-lari.

Selamat pengantin baru Abg Ayub & Mimi... 


p/s: Kumpul duit sebab setiap bulan banyak gi holiday!