Pre note : sincerely
admit
Actually there was something for this author want to say in
recent demonstration holds by the unknown in a few location. “A should to say
just replaced by absurd”..
By wickes appearance and “a few” had uploaded this nonsense
in aM%&*$$ *&**. With honest the
author want to DECLARE SOMETHING but he
exactly not strong enough to “BREAK THE SEAL”. so what had reached out is truly
vulnerable for the audience. Sorry to use in English terms..it’s quite shamefull to say in malay because of malay
dilemma. Just for those who had this impacable understanding are able and mesmerize about the given scenario..
Kirim salam….
KUASA DAN RAHSIA..
Sejarah dan realiti .
Manusia berfikir dengan pengetahuan. Pengetahuan mesti
dilahirkan menerusi ilmu. Ilmu tidak datang bergolek. Ilmu mesti daripada
sumber yang benar. Pencerahan terhadap
pengetahuan adalah tabi’e dalam membina kefahaman. Kefahaman yang mendalam patut
membenihkan jiwa dan minda yang sebati, terpandu dan terpimpin sehinggalah
mampu memimpin.
Di mana kemahuan ?
Intuisi, inkuiri entusiasi dan segala naluri yang berkait
dengan kemahuan.
Keinginan pasti timbul apabila mata melihat ,telinga mendengar dan hati merasai.naluri sunnatullah setiap insan.
Manusia tidak patut dipandu oleh kemahuan kerana kemahuan
ini tidak bertimbang ,tidak mempeduli dan tidak terbatas. Kemahuan ini infiniti
dan tiada sempadan. Mencerap setiap yang ada di
sekitarnya. usaha dan usaha. Teruskan,jangan berputus asa. Ayat motivasi
dalam memangkin dan memacu kemahuan manusia. Padah bagi mereka yang bertuhankan
kemahuan .
Selok belok beberapa sifat azali manuisia. Sejarah manusia
memang penting dan patut diterokai. Jangan ghairah membuka pekung tetapi
gigihlah mencari tauladan. Sejarah adalah guru untuk memberi pengajaran dan
seterusnya pengalaman. Untuk mendidik generasi hadapan agar tahu yang mana
neraka dan yang mana syurga. Di mana syurga dan di mana neraka.
Manipulasi sejarah terjadi dalam menutup hakikat kehidupan
manusia. Apabila tidak tahu daripada mereka datang, bagaimana mereka tahu ke
mana mereka patut pergi .sedih dan sepi jika kita tidak tahu siapa ibu dan bapa
kandung kita sendiri. Mungkin inilah derita yang dirasai anak yatim piatu yang
kehilangan ibu bapa.
Sejarah berperanan besar dalam mencorakkan permainan politik
moden masa kini. Jika tidak kerana sejarah perang dingin dan perang dunia pada
pertengahan abad lampau,mungkin kita boleh melihat teknologi pesawat tempur gabungan
sukhoi dan f 35 generasi 6. Pesawat
pintar generasi baru. Kolaborasi kecerdikan buatan us dan
Russia. Disebabkan factor sejarah
rahsia mesti disimpan. Rahsia adalah sesuattu yang ditutup ,dilindungi dan
disembunyi.
Rahsia akan memberi kelebihan kepada mereka yang
menyimpannya. Mereka yang menyimpan rahsia adalah mereka yang berkuasa. Jadi
berkuasanya seseorang bukan kerana tinggi dan besarnya pangkat atau sebesar
mana pengaruhnya. Kuasa ada pada mereka yang tahu rahsia. Dengan formula
ringkas ini maka bukanlah berkuasa seorang ahli parlimen dan seorang kakitangan
kerajaan berjawatan perdana menteri sekalipun.
Seringkali mereka yang berkuasa akan menyimpan rahsia. Sama
sepertimana budaya dalam apa jua peperangan,pihak yang menang akan menghapuskan
sebarang relic,artifak dan monument yang ada di tempat mereka yang dijajah.
Membuang dan menghapuskan sentiment jati diri dan semangat sejarah nenek
moyang. Bukan menghapuskan penyembahan tetapi menghapus nilai muhasabah anak
cucu pada masa depan. Membuang rasa kepemilikan terhadap sesuatu tradisi asli.
Sense of belonging…
Kita diajar sense of
belongings melalui semangat cintakan sekolah dan negara..sayangi harta
benda dan material..sense of belongings akan lahir apabila kita mula
mengeluarkan sesuatu yang kita hargai untuk ditukar dengan sesuatu yang ingin
kita kecapi. Menukar duit dengan tab. Menukar cek dengan kondominium. Rasa
kepemilikan..
Bagaimana pula negara yang dicintai dan sekolah yang
disayangi ini boleh mengabaikan dan meminggirkan kita bila-bila masa. Tanpa
mengira usia.
Deria ini akan menyebabkan timbulkan emosi iri hati dan
tidak puas hati apabila barang yang dimiliki ini diancam atau diganggu oleh
orang luar. Emosi manusia sememangnya sesuatu yang sangat abstrak. Ia boleh
diolah dalam pelbagai rupa.
Memang mendidik emosi sangat penting terutama bagi mereka
yang mencapai emosion climax khususnya remaja berusia awal 15 sehingga 25. Usia ini emosi sangat teransang
aktif. Emosi berkaitan seksual terutamanya. Maka disebabkan inilah usia pada
detik ini amat digalakkan pernikahan . Budaya pernikahan adalah dalam durasi
ini. Bukan durasi 27-40 tahun. Secara umumnya.
Sedikit kunci rahsia…
Daripada Ada
Kepada Tiada
Daripada Gelap
Kepada Cahaya
Daripada Tenang Kepada Derita
Daripada Kuasa
Kepada Rahsia..
Dalam minda kita,perlu diperbetulkan bahawa us bukanlah
kerajaan paling berkuasa. Minda ini tergolong kepada politikus,peguam,arkitek ,
agen serta mana-mana pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Bukanlah us yang paling
berkuasa. Meskipun banyak sekali barangan us mendominasi pasaran tetapi tidak
bermakna mereka yang paling hebat dan gagah dalam perniagaan. Bukan.
Begitu juga Jepun, Russia dan China..
Bukan mereka yang berkuasa.
Mereka yang berkuasa pastinya ghairah meluaskan empayar. Ini
memang azali. Tetapi oleh kerana kerencaman globalisasi yang berubah masa kini
ini maka bentuk perluasan empayar juga sudah berlainan. Perluasan empayar bukan dengan persenjataan tetapi
dengan perdagangan,jual beli,perjanjian transpasifik,pertukaran
intelektual,perubahan organisasi,pemindahan firma dan pelbagai istilah yang
juga dirubah dan difleksibelkan.
Masalah pemilikan tanah dan status tanah antaranya
menjadi kesan besar penjajahan. Geran
tanah kerajaan,rizab antarabangsa dan
tanah industry,tanah pertanian ,tanah penempatan,tanah adat dan seumpamanya
memang sukar untuk diketahui umum. Masalah berkaitan juga sukar untuk dikawal.
Memang ada usaha untuk mengekalkan tanah kepada anak cucu tetapi nampaknya
dengan permainan licik para ekonomis dan agen,akhirnya tanah kubur sahaja yang
terselamat. Tiada lagi rumah bertanah. Akhirnya hidup menyembunyi di sebalik jeriji bersimen.
Mereka yang berkuasa memang suka berahsia. Baik dan jahat
bukan pangkalnya. Rahsia adalah sesuatu
yang tidak patut diketahui oleh sesiapa.
Memang kita wajib berahsia seandainya terbuang angin di
dalam bas ekspress yang sedang begerak laju dari Genting ke Pekeliling. Jangan
mengaku tentang rahsia di dalam keadaan
genting sedemikian rupa. Dibimbangi rahsia yang terbongkar akan
menyebabkan kekecohan di dalam bas dan akan menyebabkan si pemandu hilang
kawalan pemanduan.
Namun rahsia wajib dibuka dan disampaikan apabila ia
berkaitan dengan diri orang lain,dunia sekeliling,alam semesta,akhirat ,syurga neraka dosa pahala dan lebih lagi tentang hak –hak bagi mereka
yang berhak. Mengapa manusia menuntut hak sedangkan tuhan lebih berhak untuk
menuntuk haknya untuk disembah.
Adakah tuhan terlalu lemah untuk menuntut hak ?
Bukan tuhan menuntut hak tetapi hak tuhan adalah untuk
disembah….
Rahsia akan memberi manusia kuasa . kuasa akan memberi hak
kepada manusia. Hak boleh membinasakan. Hak akan menentukan apa yang betul dan
apa yang salah. Apa yang benar dan apa yang palsu. Hak boleh menghancurkan. Kuasa
hanya pada mereka yang tahu rahsia. Hak adalah kedudukan untuk memutuskan.
Supreme council. Solvereignity.
Hak tidak sepatutnya ada pada mereka yang berahsia. Dengan
sebab inilah para nabi didatangkan dengan sifat menyampaikan segalanya yang
benar. Berahsia bukan sifat para nabi dan rasul. Penyimpan rahsia digelar
sebagai pendusta dan penipu. Walau apa jua tujuannya. Meskipun seorang doctor terpaksa menyembunyikan maklumat peribadi
pesakitnya namun akan ada keadaan mereka terpaksa menyampaikannya perihal
pesakitnya kepada mereka yang wajib mengetahuinya. Bukan sebarang dan ada
syaratnya.
Dan si penerima
rahsia juga ada syaratnya bilakah mereka patut tahu tentang rahsia. Bersediakah mereka tatkala menerima rahsia.
Namun menyimpan rahsia bukanlah hal yang menyeronokkan. Ia beban dan penyiksaan.
Jika tersilap memang padah kepada si pemilik rahsia. Si penyimpan rahsia adalah pemegang kunci dunia. Pemegang erti
dunia. Pemegang rahsia dunia. Yang berkuasa akan menentukan apa
yang betul untuk kita dan apa yang salah untuk kita ..apa yang benar untuk dan
apa yang palsu untuk kita ..mereka hanya berangan-angan untuk ke syurga tetapi mereka
tidak ingin berjalan kepada nya.
Lebih besar ertinya …
Yang berkuasa akan menentukan syurga untuk kita atau neraka
untuk kita…
Menolak neraka dia
adalah syurga ALLAH buat kamu dan menerima syurga dia adalah neraka
ALLAH untuk kamu
KETAHUILAH KAMU TIADA FITNAH
LEBIH BESAR MELAINKAN FITNAH AD-DAJJAL AL MASIH. DIA BERKUASA MEMBERIKAN SYURGA
DAN NERAKA UNTUK MANUSIA..
(Maksud hadith )
Bagi mereka dunia ini HIDUP DAN SYURGA ITU MATI . dan hanya
segelintir tahu tentang kunci syurga ini. dua kunci syurga ini hanya dipegang
oleh mereka yang layak dan berhak.
Siapakah yang layak dan berhak memegang kunci syurga….
Adakah anda layak memegangnya ?
“Ketahuilah
Sesungguhnya Kunci Syurga Ini Amat Berat”.
Taqwa bukan alasan menjadi dungu. Taqwa bukan punca manusia
menjadi bebal. Dengan sebab taqwa itulah lahir kekuatan,semangat,jati diri dan
iltizam. Kerana taqwa ini adalah pangkat insan yang memiliki tuhan di dalam
seluruh jiwa.
DAN AKU TELAH MENIUPKAN RUHKU KEPADA ADAM..PENGGANTI- KU
(maksud ayat al baqarah
.. betulkan jika tersilap )
Towards the very
last…the grand opening….