Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Aug 15, 2011

Ucapan kreatif Aidilfitri bersama sinar raudah

Kali ni me nak join contest ini, duenya 15 Aug ini.. Nak join klik sini.. Me nak tag


Cute Mum
Mama Adam
Mama Zharfan



Terimalah kad ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada kami, yang dibuat menggunakan bait-bait lagu-lagu raya dan diubahsuai sikit-sikit, khas untuk anda semua dan Sinar Raudah..


Selamat Hari Raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda, keluarga dan keluarga mertua
Yang berada di nun jauh di sana

Selamat Berhari Raya
Ucapanku untuk semua
Sahabat handai dan sanak saudara
Yang jauh di mata

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Allah akan memberkati

Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kuucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan


Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Klik SINI

Jom join Kontest Menang Duit Raya yang senang banget, Klik SINI

Nak Duit Raya tak, jom join Atika Aula Nak Bagi Duit Raya, Klik SINI

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Kliklah sini dulu.. Thanks!!

Nov 26, 2010

Jenjalan di Hari Raya ke 5..

Semalam, saya dah story mory pasal aktiviti di hari raya keempat. Pada hari raya kelima pula, kami gi jenjalan kat Bern, bandar terbesar yang keempat, yang juga merupakan federal city bagi Swiss.. Ha, embassy Malaysia ada kat sini la.. Bern ni ada Old Town ngan New Town.. Tapi untuk trip kali ni, kami sempat pi yang Old Town je.. Kalau nak cerita details pasal Old Town, leh skodeng my entry yang ini.. Kalau nak tengok entry pasal New Town, leh tengok kat sini.. Tapi yang ni hanya separuh je criternya..agagaga..

view otw ke Bern..
kat atas terowong pon leh ada rumah..
Swiss yang famous ngan lakes dan mountains..
Subhanallah!!
err...tak pasti kat mana (sbbnyer den tdo..agaga) yang pasti menuju ke Bern..
Saja letak banyak2 gambar, bagi cuci mata uols..hehehe.. Lagipun, ni trip terakhir kami sempena cuti hari Raya AidilAdha kali ni.. Kiranya, penutup bagi episod beraya sakan di Hari Raya AidilAdha 1431H.. Hehehe.. Dah puas ke layan gambo? Nak lagi? Ok, jom skodeng gambar2 di Old Town Bern City..

depan bulding menteri2 bersidang (kalau tak silap..miahaha)
kat tapak market..banyak yang dah tutup gerai sbb dah kul 6..
berposing dengan tram sebelum balik..

Nov 25, 2010

Jenjalan di Hari Raya ke4!!

Last time dah story mory pasal juadah 'spesel' di pagi raya pertama dan tempat kami beraya pada hari raya kedua & ketiga, kali ni saya nak citer pula tempat yang diziarahi pada hari raya keempat, di mana, kami telah pergi jenjalan ke Geneva, bandar kedua terbesar selepas Zurich..

Di Jardin Anglais.. Tak silap 1st time saya datang dulu bunga kat jam kaler lain..
mak mertua gitau kat Jeddah pon ada jugak air pancut camgini..
Sesampai je kat Geneva, kami pusing2 dulu sekitar Jardin Anglais sebelum jenjalan kat city centre. swwu Yang bestnyer, Jet D'eau tengah on, siap nampak rainbow lagi..( Last year, time kami pi, air pancut ni tak on.. Leh baca full story trip kami last year kat sini..)

sekitar Geneve city centre..
ramai jugak orang walaupun weekday ni..
First time jugakla saya terperasan ada moto BMW kat sini..agagaga.. Selama ni, tak amik pusing pon brand moto ni, tapi bila pak mertua mention, baru notice..agagaga.. nak tengok moto BMW tu? Siap ada roof tu..

nampak tak brand moto kat tepi tu?
Dah abih story mory pasal raya keempat.. Ingatkan nak combine je ngan raya kelima, tapi nanti panjang berjela-jela lah pulak.. So, terpaksalah saya asingkan.. Nak tahu ke mana kami beraya pada hari raya kelima? Tungguuu... ^_*


Nov 24, 2010

Jenjalan di Hari Raya kedua & ketiga..

Skang baru sempat nak update aktiviti sempena cuti Raya AidilAdha yang lepas.. Kalau orang lain duk bercerita tentang menu-menu makanan yang best, tapi saya hanya mampu bercerita tentang tempat2 yang kami lawati pada cuti raya lepas..

sekitar di city centre of Zurich
Hari raya kedua, kami pergi jenjalan ke Zurich.. Maklumla Zurich kan the largest city in Swiss.. Memang banyak tempat menarik kat sini (nak tau lebih lanjut, leh tengok trip pertama kami kat sini..), dan yang paling best, shopping mall kat sini bukak sampai kul 8 - 9 malam.. Tu kira dah paling lewat tutup dah kat sini.. Pastu, even dah kul 8 malam pon, masih ramai lagi yang bersantai di city of Zurich ni..

weekday pon ramai jugak orang..
Hari raya ketiga, kami gi jenjalan ke Montreux.. Walaupun saya, en. Suami dan Zahra pernah mai sini (nak tengok view otw ke Montreux leh klik sini..), tapi masa tu tengah peak Autumn, jadi suasana agak berbeza pada kali ini.. Kat mountain tu dah nampak snow.. Bestnyer, rasa tak sabau pulak nak main snow..

di tepi Lake Leman aka Lake Geneva
nampak tak snow kat atas bukit tu?
Kalau datang ke Montreux ni, jangan lupa untuk singgah ke Chateau de Chillon. Castle ni tersangatlah glamor, tapi kami tak masuk pon.. Agagaga.. Pertamanya, sebab mahu kejar masa, maklumla time Autumn ni siangnya pendek, kul 5 tu dah macam kul 8++.. Keduanya, sebab saya, en. Suami dan Zahra pernah masuk..miahahaha..

zoom bagi nampak snow..agagaga
Zahra yang pantang jumpa air..
Ok itu aje setakat ni.. Nanti saya update pulak untuk raya keempat & kelima.. Chowww...

Nov 17, 2010

Kami Beraya di Lausanne City Centre!

Wah..wahh..wahhh.. Orang lain duk sebok berhari raya di kampung halaman, kami pulak duk beraya sakan di Lausanne City Centre..hehehe.. Maklumla, sempena meraikan kedatangan orang dari jauh ni, mestilah bawak jenjalan kat bandar halaman, dak gitu? Agagaga..bandar halaman lah sangat, padahal banyak lagi tempat yang saya dan en. Suami tak explore kat sini..

tetap ceria walau beraya di negara orang..hoho
Kalau tahun lepas, kami beraya AidilAdha hanya bertiga sahaja, tapi alhamdulillah, tahun ni meriah sikit.. Sekurang-kurangnya terubat jugakla rindu kat keluarga dan sanak-saudara.. Yang paling best, Zahra la coz ada cik Su ngan cik Teh yang suka melayan karenah dia.. Ha, nak tau apa menu istimewa kami di pagi (er..tengah hari dah sebenarnyer..ehehe) raya ni?

orang lain duk makan daging korban, kami makan crepe-coklat-banana secara berjemaah..
Di kesempatan ini juga, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat keluarga di tanah air, sanak saudara dan juga rakan taulan serta buat Ma Belle visitors.. Maaf Zahir Batin.. Makan daging korban tu, ingat-ingatlah kami kat sini..hehehe.. ^_*

Sep 10, 2010

Salam Aidil Fitri

Ini adalah entri melekat sehingga 10 Sept. Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah.. 
Pesanan penaja : SILA JANGAN GELAK BILA TGK E-CARD ye.. Itu 5-min punyer e-card (bkn aii yg wat, en. Suami yg wat..hihiihi)


Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat keluarga tercinta di Kelantan, keluarga mertua tersayang, keluarga angkat di Kuantan, sanak saudara dan sahabat handai di mana jua anda berada, jua kepada rakan-rakan blogger sekalian.. Mohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, salah dan silap kami bertiga.. Semoga ukhuwah di antara kita kekal berpanjangan sehingga ke akhir hayat.. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga yang nun jauh di negara orang, ngan ucapan, makan kuih raya tu, ingat-ingatlah kami kat sini ek..



p/s : Gambar raya tahun lepas (Zahra baru 6 bulan), tema hijau ngan cream.. Tahun ni? Sob..sob..sob..

p/ss : Ingat nak bg e-card ni kat all my buddies aka follower ngan kawan2 blog, tapi macam x chomey je.. Tapi kalu uols sudi terima, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.. ;D 

Nov 27, 2009

Pertama Kalinya..



Ini merupakan kali pertama kami beraya di negara asing.. Rasa cam tak beraya pon ader.. Huhu.. Tapi sekurang-kurangnya dapat dengar soro famili pon dh ok.. Kedengaran suara meriah nephews pon terubat jiwa yang lara.. Cume, cam sebak plak bile my sis gitau yg my mum sebulan berair mata ingatkan cucu dia kt sini.. Huhu.. Ayah plak lately kerap demam n pening (ingatkan anak bongsunya kt sinikah??) Ikutkan hati nih rase cam nak balik je beraya bersama, tp apakan daya.. Xperla, nnt klu ade rezeki lebey, insyaAllah, kami akan pulang.. mana tau untuk beraya bersama ke? Apa2pun, Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir Batin.. Untuk keluarga mertua yang sedang menunaikan ibadah haji, semoga mendapat haji mabrur..

p/s : Off topic jap, tp related ngn tajuk, Dimanche lepas pertama kali saya menggunting rambut en. Suami..hehehe..nak gelak pon ade..sib baek ok eventhough xdela cam gunting kt kedai..

Sep 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Rasanya x sabar nak beraya tahun ni.. Semua persiapan almost done.. Tinggal nak ngemas rumah sket2 lagi.. Kalau tahun lepas kami beraya berdua + both family, kali nih kami beraya bertiga + my family je.. coz family mertua dah pi Jeddah (bapak mertuaku dah start keje kt sana dari pertengahan puasa aritu)

Tapi, dalam x sabar tu, rasa cam sedey juga ader.. Kenapa? Kerna tahun ini merupakan tahun terakhir kami beraya bersama families + sanak saudara + rakan taulan (tapi tak taula kot2 ade rezki lebey kami leh balik beraya nnt!!) Tak dapat imagine cemana la gamaknya berpuasa + berhari raya di perantauan.. Huhuhu.. Almaklum sajala wa x pernah beraya selain di Malaysia..

Apapun, wa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin buat semua, doakan kepergian dan kepulangan kami dengan selamatnya..

Dec 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan pada smua.. Maaf zahir & batin dipinta buat smua.. Tahun ni wa telah mencatat sejarah, dengan tidak beraya di kampung (mahupon kampung mertua)(rasanya ni la kot 1st time x blk, ms blaja dulu rasanya sumer blk.. tp x ingatlaa.. aci la ek..!!).. Besenya, tiap2 raya mesti blk, apetah lagi ini adalah raya korban.. Huhuhu.. Kenapa wa x balik? Hmm.. let see.. Klu ikutkan hati, mmg tersgtlah nak blk, x kisahla walaupon beraya di umah mak mertua.. Yang penting beraya kan.. Hmm.. tapi knape thn ni wa beraya di Kuantan shj? (walaupun feelingnyer x cam raya pon..)

Mungkin kerana some of family member pi Mekah? But then wa leh blk umah mak mertua kan utk beraya.. So, rasanya the main reason ialah nak simpan cuti.. Huhuhu.. Cuti wa tinggal x bnyk, nk simpan utk the BIG EVENT nnt.. InsyaAllah.. harapnyer plan menjadi laa..

So, ingatkan stay kt Kuantan time raya ni, nakla jugak merasa kemeriahan hari raya, adela plan nak berkunjung ke umah mak m---, jejln kt umah kekwn ke, tp dek kerana halangan cuaca dan juga halangan ketiadaan air di rumah, maka kami menyambut hari raya berdua saje, sambil ditemani tv.. Sib baik ade karan.. Klu x, x dpt tgk suasana hari raya.. Huhu.. Sadis btol..

Tahun ini dalam sejarah juga,kerana keesokkannye selepas hari raya, wa telah masuk bekerja.. Hahahaha.. Tu la, sbb nak simpan cuti kan, so keje la.. Sib baik bukan wa sensrg yg bekerja.. Mmg terasa sunyi sgt, even ke hari ni.. Masih ramai lg yg masih beraya/bercuti di kg masing2.. Xper2,nnt ujung thn ni wa akan bercuti.. Cuti sakan.. Hehehe.. Oklah.. nk blk dah.. Adiosss..

Oct 9, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..

Cakk... hehehe.. idup lagi rupenye blog wa nih.. Baru sminggu blk dari cuti raya.. Tahun nih, bnyk tempat wa beraya.. Almaklum sajala sekarang dah ada 2 families.. Satu kt klate, satu kt jb. Tapi family kt jb beraya kt tganu, so thn ni beraya kt klate ngn tganu je la.. Sib baik dekat je.. Tapi rasanya next wik trun jb, xtaula.. depends pada keupayaan n kesihatan diri.. Baru smlm kena fever.. sib baik x teruk sangat, leh gi keje lagi walaupun kemalasan tengah melanda diri (masih dalam mood raya!!)

Rasanya x dpt nak coret bnyk sgt, sbb dh x sabar nk blk umah.. Hahaha, skang ni dah malas nak lelama kt opis, kul 6 je mesti nak blk, eventhough xde sesapa pon kt umah.. :( .. Oklah, sambung lenkali jek.. Adiosss...

p/s: Banyak btol jemputan openhouse ujung minggu nih, dan wa pon sangat bersemangat utk bertandang.. Hehehe...

Oct 9, 2007

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin


Get Your Graphic Here



Wah, sedar x sedar dh nak raye ruponyer.. Aii kejap je rasanya bulan Ramadhan, dh nk masuk Syawal.. Pejam celik, pejam celik, cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya masih bnyk perkara yg perlu digapai.. Sedangkan makin lama makin bnyk masa meninggalkan kita.. Dari itu, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.. Segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan harap dimaafkan.. Halalkan makan & minum.. Yang mana tersengaja or sengaja.. hehehe.. Kepada perantau seperti saya, yang pulang ke kampung menggunakan kenderaan sendiri, harap2nye bawakla kenderaan tersebut dengan berhati-hati,ingatlah orang yg tersayang yg setia menunggu kepulangan anda dengan selamat. Lagik satu, memandangkan pelbagai juadah akan dihidangkan sempena menyambut hari yang mulia ini, makanlah secara berhemah, bukannya secara melantak je..hehe..(nasihat ini ditujukan terutamanya pada diri yg menulis ini..huhu).. Sehingga berjumpa lagi di coretan yg seterusnyaa...