Perjalanan
Agak awal group kami sampai di KLIA2. Selesai check in beg, ingat nak terus masuk ke kawasan berlepas. Tapi kaunter imigresen agak lambat operasinya. Lebih kurang jam 4 lebih baru dibuka.
Biasanya kami akan menggunakan autogate untuk melepasi kawasan imigresen. Tapi pagi tu sistemnya agak bermasalah. Hanya beberapa orang saja yang terlepas. Dua tiga orang dari group kami tersekat di dalam mesin autogate. Seorang dari ahli group kami yang kami panggil Kak Kiah membebel kat pegawai imigresen yang bertugas di luar kaunter di situ. Masalahnya kenapa tak ada juruteknik atau pegawai yang memantau operasi mesin autogate tu. Adalah dalam 15 minit dia orang terperangkap kat situ. Ada beberapa orang yang telah memanjat keluar. Macam mana kalau penerbangan kita hampir berlepas. Tak ke cemas dibuatnya. Nasib baik flight kami lambat lagi iaitu pada jam 5.30 pagi.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou.