Thursday, February 16, 2017

2017 Kickstart!

Hi korang. Annyeong.

Lama sungguh tak update kat sini. Dah almost 7 bulan kerja ditempat baru yang serba limited ni. Jangan kata nak tengok kdrama, nak update blog pun diorang restrict kan. Jadi memang agak tedious la untuk tuan tanah yang tiada personal pc atau lappy dirumah *sobs*

Anyway, happy new year korang!! Ada azam sempena tahun baru ke? Ke mana nak pegi tahun ni? Tengok jugak fb atau ig kawan kawan. Ada yang berjalan by group. Ada yang solo dan ada yang dah buat umrah pun. Rezeki tu luas kan. Insya Allah semua orang akan ada rezeki tengok tempat orang.

So untuk permulaan tahun 2017 tuan tanah mulakan dengan trip balik kampung 3.0 dari 13 Jan sampai 21 Jan. Tak pergi mana pun. Trip kali ni takde itinerary, takde rushing so ada la few benda baru yang tuan tanah & Mimi cuba buat.

Been blessed with snowfall twice. Dan konon kononnya the coldest day in winter waktu tu. Couldnt be more happier even balik tu seperti biasa ada winter rashes.

Ok la. Till next time. Nah tuan tanah belanja gambaq sekeping. Xoxo


1 comment: