Showing posts with label Singapore - USS. Show all posts
Showing posts with label Singapore - USS. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Universal Studio Singapore

Part 2


Pagi-pagi dah bangun bersiap nak ke Tune Hotel. Maklumla naik shuttle bus dari sana jam 8.30am. Notes: sila makan banyak2 pagi untuk mengelakkan cepat lapar. Lagi satu terima kasih kawan kawan yang memberi tips apa perlu dibawa ke USS. Contohnya bawakla air masak secukupnya & bawakla makanan seperti roti, coklat dalam beg sebab makanan kat dalam tu agak mahal la. Mahai la. Tapi kalau awak kaya, fine.





Kami sampai agak lambat kerana checkpoint Woodlands tersangatlah busy. Pulak ter beratur kat lane yang 1 kaunter tapi ada 2 lane. Lenguh kaki tuan tanah beratur. Tapi segalanya hilang sebaik dari naik escalator parking terus nampak mercu tanda Universal Studio Singapore! Yahoooo!! Officially tuan tanah dah sampai. Waktu sampai ni hujan rerenyai. Tapi pedulik lah. Janji dapat amik gambar. Nak amik gambar kat sini menuntut kesabaran okeh. Ada je yang akan berada di kiri kanan depan kita. Tapi sabar. Dah bersusah payah datang ke sini takkan takleh sabar tunggu turn kan?





Waktu ni teruja nak masuk kedai. Tapi oleh kerana kawan kata "sabar, balik kang boleh" Jadi amik gambar je la dulu. Dalam hati "tak sabar nak beli fridge magnet!"




Oh ya. Jangan lupa amik peta for your easy reference ye anak-anak. Bukan apa, senang nak tau apa ada dalam setiap tempat. Jangan terpinga pinga tengok orang beratur panjang tu buat hape. Bila lalu je kawasan Madagascar, opkos dia pasang lagu-lagu dalam filem itu. Time ni kan tuan tanah rasa melonjak lonjak kegembiraan sebab tak sangka dapat pegi tempat ni.





Tapi dalam masa yang sama ada kawan tuan tanah yang sepuluh kali kejap cakap nak main roller coaster. Padahal punya la jauh nak sampai situ. Agak tertekan disitu. Tapi lantaklah. Gua datang nak bersuka ria.





Oleh kerana tuan tanah femes dengan allergic hujan, tuan tanah bersusah payah mencari baju hujan sebab Isnin keje ye. Kalau demam, mmg buruk benor rupe tuan tanah. Tak tipu punya.





Sebelum memulakan perjalanan, kasi isi perut dulu. Sebab ada yang lapar. hihi. Tuan tanah eksaited dah time ni. Tapi oleh kerana hujan, takpe2. Kita pelan-pelan kayuh. Bas balik pun 8.30pm. Relax ah.





Jadi alang-alang nak makan, tuan tanah makan nasi terus. Biar kenyang-kenyang. Harga dia SGD8.90 kalau tak silap. Nasi goreng dia sedap. Serious tak tipu. Tapi satay kenot go. Macam bukan bakar macam style kita-kita ni. Macam bakar dalam oven pun ada. Tapi kuah satay dia sangat superb okeh!





Nak tau pasaipa amik gambar dengan air coke ni? Sebab dia berharga SGD4. Convert duit kita RM8+ hahaha. Terasa extra sedap air coke kat sini.





Ok mari mulakan perjalanan bermula dengan Far-Far Away. Tatau? ishh. tak tengok Shrek ke? Terasa macam kat istana sungguh sungguh.





Belakang patung shrek ni tempat beratur untuk melihat 4D show. Sekali show bole muat 500 orang. Jadi agak laju la queue nya. Syok wey! kenot tell you what happen in there. But honestly this is not for gegirl show sahaja okeh.





















Ok. Kehabisan kata-kata. Satu je nak cakap, SILA BELI POPCORN DILUAR USS!! korang akan merasakan popcorn kat TGV ke GSC ke sangat lah cokia! Hamagaddd! Sedap sangat-sangat sampai kalau ada antara kami terjatuh sebutir popcorn rasa nak maki! Sedap melampau.



Ok jumpa lagi dilain entri. Kalau ada sesapa nak pegi USS atau Singapore atau nak tanya info-info, bolehla email/sms/jumpa dengan tuan tanah. Bersedia membantu dengan balasan belikan popcorn!!! Ok bai :)