Showing posts with label Singapore. Show all posts
Showing posts with label Singapore. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Universal Studio Singapore

Part 2


Pagi-pagi dah bangun bersiap nak ke Tune Hotel. Maklumla naik shuttle bus dari sana jam 8.30am. Notes: sila makan banyak2 pagi untuk mengelakkan cepat lapar. Lagi satu terima kasih kawan kawan yang memberi tips apa perlu dibawa ke USS. Contohnya bawakla air masak secukupnya & bawakla makanan seperti roti, coklat dalam beg sebab makanan kat dalam tu agak mahal la. Mahai la. Tapi kalau awak kaya, fine.





Kami sampai agak lambat kerana checkpoint Woodlands tersangatlah busy. Pulak ter beratur kat lane yang 1 kaunter tapi ada 2 lane. Lenguh kaki tuan tanah beratur. Tapi segalanya hilang sebaik dari naik escalator parking terus nampak mercu tanda Universal Studio Singapore! Yahoooo!! Officially tuan tanah dah sampai. Waktu sampai ni hujan rerenyai. Tapi pedulik lah. Janji dapat amik gambar. Nak amik gambar kat sini menuntut kesabaran okeh. Ada je yang akan berada di kiri kanan depan kita. Tapi sabar. Dah bersusah payah datang ke sini takkan takleh sabar tunggu turn kan?





Waktu ni teruja nak masuk kedai. Tapi oleh kerana kawan kata "sabar, balik kang boleh" Jadi amik gambar je la dulu. Dalam hati "tak sabar nak beli fridge magnet!"




Oh ya. Jangan lupa amik peta for your easy reference ye anak-anak. Bukan apa, senang nak tau apa ada dalam setiap tempat. Jangan terpinga pinga tengok orang beratur panjang tu buat hape. Bila lalu je kawasan Madagascar, opkos dia pasang lagu-lagu dalam filem itu. Time ni kan tuan tanah rasa melonjak lonjak kegembiraan sebab tak sangka dapat pegi tempat ni.





Tapi dalam masa yang sama ada kawan tuan tanah yang sepuluh kali kejap cakap nak main roller coaster. Padahal punya la jauh nak sampai situ. Agak tertekan disitu. Tapi lantaklah. Gua datang nak bersuka ria.





Oleh kerana tuan tanah femes dengan allergic hujan, tuan tanah bersusah payah mencari baju hujan sebab Isnin keje ye. Kalau demam, mmg buruk benor rupe tuan tanah. Tak tipu punya.





Sebelum memulakan perjalanan, kasi isi perut dulu. Sebab ada yang lapar. hihi. Tuan tanah eksaited dah time ni. Tapi oleh kerana hujan, takpe2. Kita pelan-pelan kayuh. Bas balik pun 8.30pm. Relax ah.





Jadi alang-alang nak makan, tuan tanah makan nasi terus. Biar kenyang-kenyang. Harga dia SGD8.90 kalau tak silap. Nasi goreng dia sedap. Serious tak tipu. Tapi satay kenot go. Macam bukan bakar macam style kita-kita ni. Macam bakar dalam oven pun ada. Tapi kuah satay dia sangat superb okeh!





Nak tau pasaipa amik gambar dengan air coke ni? Sebab dia berharga SGD4. Convert duit kita RM8+ hahaha. Terasa extra sedap air coke kat sini.





Ok mari mulakan perjalanan bermula dengan Far-Far Away. Tatau? ishh. tak tengok Shrek ke? Terasa macam kat istana sungguh sungguh.





Belakang patung shrek ni tempat beratur untuk melihat 4D show. Sekali show bole muat 500 orang. Jadi agak laju la queue nya. Syok wey! kenot tell you what happen in there. But honestly this is not for gegirl show sahaja okeh.





















Ok. Kehabisan kata-kata. Satu je nak cakap, SILA BELI POPCORN DILUAR USS!! korang akan merasakan popcorn kat TGV ke GSC ke sangat lah cokia! Hamagaddd! Sedap sangat-sangat sampai kalau ada antara kami terjatuh sebutir popcorn rasa nak maki! Sedap melampau.



Ok jumpa lagi dilain entri. Kalau ada sesapa nak pegi USS atau Singapore atau nak tanya info-info, bolehla email/sms/jumpa dengan tuan tanah. Bersedia membantu dengan balasan belikan popcorn!!! Ok bai :)

Monday, July 04, 2011

Singapore with Love

Assalamualaikum kawan kawan tuan tanah. Lama tak update kat sini. Bukan tanak update tapi agak malas busy la bebaru ni. Sungguh tak tipu. Kerja lagi, keluarga lagi. Dan bertambah busy bila nak menjayakan program tetiba rancang ni. Semua kena settle kan biar pergi cuti patblashari sehari tak menyusahkan kolig kolig di opis. gitewww.










So, last Friday tuan tanah went to JBC yawww. Menaiki penerbangan tambang murah Malaysia. Pergi balik for around RM150 ok la kan? tade la berpenat lelah. cuma nak bitau ni, patah kaki uols kat sana. semua kena naik teksi. terus mesken. ok takpe. meh nak citer. Sebenarnya weols nak go for package yang jumpa kat mudah.my 3 hari 2 malam di The Zone Hotel + Ticket USS + Shuttle bus pegi balik ke Hotel-USS-Hotel for RM398 per person. Tapi syarat pakej ni kena pegi USS on the 2nd day. Tak pasti pula apa kesinambungannya. They also provide package for 2days 1 night also and still USS kena pi on the 2nd day. dah rugi plak bunyinya kan?

Tapi kali ni tuan tanah terpaksa TAK guna pakej tu since ada kawan tuan tanah yang sangat agak gedix sebab sampai la ari nak gi still kompom tak kompom nak pegi. ater kami takleh la nak amik pakej. kang nampak selfish pulok. 2 tahun lepas tuan tanah pegi menginap kat Naza Talyya Hotel. So aritu saja la try call & dia cakap rate RM140 per night. Bole la uols. Selesa pun selesa. Makan pun sedap hihi. Tiket USS? Uols boleh beli online untuk mengelakkan kehabisan bila anda sampai di muka pintu dia. haha. serious mmg boleh sold out okeh. tak tipu punya. Tapi oleh kerana opis tuan tanah ada trabel agensi sendiri, so suh la mereka belikan. ada la extra charge sket. tapi takpe. janji tiket sampai depan mata. tak gitew?

Cmne nak gi USS dari JB? Ada few choices. Kalau anda kaya, sila naik kete. settle! kalau kurang kaya (tanak la ckp miskin) naik la mrt. tapi penat gak la. kena jauh berjalan.



Tapi kali ni tuan tanah gi naik shuttle bus. Bus ini diberi nama Odyssey Shuttle. Mereka provide shuttle service dari depan Tune Hotel terus ke parking bus kat USS dengan harga RM25 je uols. untuk pengetahuan korang, jangan la cuba2 nak booking by phone. mmg tak dilayan. paling afdhol sila ke kaunter mereka di Tune Hotel dan terus beli! Jadi landed je kat Senai Airport jam 8am (gila semangat) bekpes jap di KFC dan terus ke Tune Hotel. Perjalanan dari Tune Hotel ke USS mengambil masa lebih kurang 1 jam 15min. Ni kira agak agak la. depends juga pada checkpoint kastam ye anak anak. USS pula dibuka dari jam 9am sampai ke 10pm. usually they will be closing at 6pm for a while til 8pm kot untuk sesi kekemas.

Oh ya. Kalau sesapa nak duduk Tune Hotel pun boleh. Lagi senang kan? Siap pakej sekali naik shuttle bus okeh. Takde hal punya. Tepuk dada, tanya duit dalam wallet. Mampu ke tak.

Sampai je kat kaunter shuttle tu akak tu ckp "bus kul 7am dah penuh la dik. yang ada 8.30am ke atas. yang 8.30am ni pun bas tambahan. bole?" tuh ko. dah penuh jam 7 punya. dan diorang suggest kami balik ke JB bus jam 8.30pm. blasahla! janji dapat gi dengan aman. Fyi, bus ni free seated ye. tade numbered. lantak hang la nak duk mana dlm bus tu. dan tak semestinya pegi dengan si A, balik jugak dengan si A tau. jadi paling penting INGAT NO PLAT BUS.
bila org kaunter bg form untuk masuk Spore, sila mintak lebih untuk kecemasan kot terbatuk sambil menulis, dah terus salah kan? Pastu sila hamik no tepon org bus ni. Uols tau suppose kami balik 8.30pm kan? Tunggu sampai 9.30pm tade gak bus kami. Dah jadi pelik. Mujur ada sorang kakak ni call rupanya bus kami rosak. Aci ke tak? haha. Suwey!

Lepas dah beli tiket bus, kami terus ke Naza Hotel untuk check in bilik kami. Nasib la tak berapa nak sibuk so before 10am kami dah dapat check in bilik kami dan gegolek jap sambil isi form putih untuk masuk spore. katala korang tak ada form tu, make sure korang bwk pen. jadi idokler terhegeh hegeh meminjam pen sambil membuat muka seposen. Dari hotel kami terus ke CIQ (nama glemer utk kastam jb) dalam tu punya la jaaaaauh nak berjalan sebelum sampai ke kaunter kastam.sila beri pasport anda utk acik kastam check. pastu turun ke bawah cari bus ke singpore.

Tuan tanah pilih bus ke Kranji dgn harga RM0.90. kenapa? sbb tu je tuan tanah tau. melalui pengalaman 2 taun lepas. then bus akan benti di 2nd checkpoint which is Woodlands checkpoint. ni checkpoint kastam Spore. disini la stenbai pasport, form putih dan ic (kalau acik tu ragu2 dgn uols) ater pasport gambar bertudung, skali kat luar rambut perang. (skadar ilustrasi) dan bersedia untuk ditanya "ni nak pegi mana?" sila jawab dengan penuh konpiden. jangan jadi macam saya 2 taun lepas. bila acik tu tny dengan keadaan blur menjawab "saya ikut dia" sambil tuding jari kepada kawan yang dah sudah di check oleh acik kastam. Gila naive!

Setelah settle kastam sila naik bus semula. oh jangan bimbang kalau kena tinggal dek bus. uols bole je naik bus seterusnya. janji brand bus sama, lokasi pun sama. paling penting. SILA SIMPAN TIKET BUS YANG CINONET itu. turun je di Kranji, tuan tanah terus naik mrt mereka ke Ferrer Park. Tak susah uols nak naik MRT diorang. Macam ala ala LRT kita cuma lebih mulia sikit. (sila jangan compare dengan komuter kita) Untuk ke Ferrer Park dari Kranji, uols kena turun di Dhoty Ghaut untuk menukar train. Ala sama je macam dari Klang nak ke Midvalley. kena tukar kat KL Sentral kan?




OK Kenapa pegi situ? Sebab tuan tanah nak ke Mustafa Centre. Nak tahu apa tu? Ala tempat ni macam Mydin kat Little India, Klang tu. Suasana pun dah lebih kurang. Siap ada Hindi School tau. Mampoo??? kat dalam tu macam2 benda deme jual. barang letrik, elektronik, perfumes, keperluan rumah, u name it. dan dengan harga yang murah. rambang mata uols.



Tujuan tuan tanah ke sini untuk menyebey harga perfumes. jangan risau. uols bole tulis kat kertas untuk tujuan membandingkan harga. Pekerja dia takkan marah punya. Ok harga memang murah. Tapi tuan tanah takleh la nak pastikan 100% original ke ape. So far dari segi review dari internet mcm ok je.

Then tuan tanah terus ke Orchard Road. Ha sini mmg syurga membeli belah untuk orang kayaraya dan tak berapa kaya macam saya. hihi. Dari Tang's, Wisma Atria, Takashimaya and etc. macam macam jenis shopping complex uols. Tinggal ada duit ke tade duit je. So kat sini tuan tanah survey harga perfumes lagi. So far they charge you extra SGD30 - SGD80 compared to Mustafa since they offer you together with their body lotion la shower foam la. so terpulang ye anak anak nak beli kat mana. Tapi tuan tanah decided nak beli kat Mustafa je nanti. Jadi lepas survey2 terus patah balik ke Mustafa.



Kalau ikot kan, mmg nak beli banyak uols. Bayangkan Bvlgari Omnia 65ml tu sebotol SGD52. Kalau beli dua hanya SGD98 uols. takat JLO, Paris Hilton, Guess tu mmg bawah SGD50 la uols. DOnt worry. siap lagi murah kalau beli dua. Tuan tanah tak lupa beli body mist Victoria Secret for SGD16 je uols. iol sukewww. pastu ada gak kolig mengirim membeli polo blue 75ml for SGD72. tapi uols, kalau ikot hati tuan tanah nak borong patblas botol perfume. tapi pnah dgr kata takleh bawak 100ml and above punya liquid naik belon. (rupanya hand carry je takleh lebih 100ml)

Pastu tuan tanah terus ke Bugis. Kalau nak compare, tempat ni ala ala mcm Curve. Shopping complex ada 2-3 setempat dan ade flea market. Then dia ada satu tempat yang lebih kurang macam Petaling Street dipanggil Bugis Street. Macam macam ada jual kat situ. Kat sini la paling sesuai nak beli subiniyer. harga pun berpatutan. tshirt pun cool je coraknya. fridge magnet lagi la. Ish mmg heaven la. Jangan wisau. Tshirt size saya pun ada. jadi lu pk la sendiri! haha sama jugak macam tempat kita, tempatnya ala ala penuh dgn cincong dan ala ala ahlong. tapi yang tak sama dgn petaling street kita ialah kita masih boleh behenti bertanya harga, melihat lihat dan tak jadi beli. Cuba korang buat kat Petaling Street, mau tetiba Shark & Jai kuar tetak kepala ko. hahaha. ok pengaruh KL Gangster. maap.



Dari Bugis kami terus decide nak balik JB since dah malam. Sila elakkan naik last bus from Singapore.
Kenapa? OK. cuba bayangkan. Uols kena benti kat Woodlands utk kastam kan? Kalau masa pegi uols boleh berlenggang kangkung dengan alasan "ala slagi tiket bus ada, naik bus lelepas tu pun boleh. momantai punya" Tapi jika uols naik bas yang terakhir. tiket bus besor gajah pun tade maknanya ok. Nak tanak uols kena berlari mengejar masa, bersardin didalam bus itu. Ini tuan tanah blajar dari pengalaman 2 tahun lepas bila kami pulang menaiki bas yang terakhir ye anak anak. Jadi tuan tanah hanya mampu berdiri di tepi tangga depan bersebelah dengan drebar bas tanpa ada tempat nak berpegang. Sila bayangkan. Nasib la ada satu lelaki yennayenni yang baik hati. Dia tolong pegangkan saya asal dreba bas buat lap. Drebar bukan kira. Janji dia sampai kan? Jadi sila elakkan ye anak anak.

Sampai je hotel, penat & lenguh kaki jangan cerita la. Dari dalam taxi lagi dah decide nak call McD for delivery je since penat gila. tau tak lenguh nya sampai rasa nak mandi duduk bersila. haha. ok jangan bayangkan. buruk! Tapi mcm tu la lenguh. Lepas mandi bagai, terus call mekdi dengan yakin. Sekali operator kata "sorry cik, untuk area sana delivery last 945pm" perghhhh bukan 24jam uols. Kecewa! Lupa bukan semua mekdi 24jam. Jadi nak tanak kena la call taxi dan ke Stulang. Kalau uols go for pakej The Zone Hotel tu senang. Sebab kedai makan banyak2 kat Stulang tu depan hotel je. Mmg mudah. Lainla Naza Hotel tu. Kedai makan pun tade. Jadi lepas makan mmg tade tunggu lelepak ke. Mmg terus balik lalu tido. Pengsan!

Ok sambung part 2 later ye. Panjang sangat dah ni :D