Seawal jam empat pagi kami dah keluar. Di sini, melihat sunrise adalah salah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan. Suhu pagi itu sangatlah sejuk. Nasib baik ada orang yang menjual barang-barang yang boleh dijadikan penebat badan. Memang tidak menyangka suhu sesejuk itu pada waktu pagi di sana. Belilah juga sarung tangan yang berharga Rp10K sepasang. Agak murah.
Lainlah ada orang tu yang balik bercuti dari musim sejuk ekstrem di luar negara dan terus ke sana. Katanya biasa-biasa saja sejuknya.
Sebelum tu nak beritahu bayaran masuk ke Taman Nasional Bromo Tengger Semeru ialah Rp267K untuk seorang. Elakkan datang ke sini pada waktu cuti kerana bayaran masuknya adalah hampir dua kali ganda. Sementara bayaran untuk sebuah jeep dan naik kuda untuk tiga orang ialah Rp165K.
Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.
Bagi yang nak bersolat ada di sediakan sebuah wakaf di Penanjakan. Sebaiknya siap berwuduk sekali sebelum keluar dari hotel.
Jeep yang digunakan untuk ke Penanjakan.