Penerbangan ke Guilin pada hari kejadian ialah pada jam 7.15 pagi. Jadi seperti biasa kalau penerbangan yang guna kod AK ini memang cukup kalau kita peruntukan masa tiga jam termasuk perjalanan dari rumah. Biasanya lebih kurang 30 minit kami boleh sampai di airport. Tapi pada hari kejadian ada pula kerja-kerja penurapan jalan di atas jejambat yang menuju masuk ke kawasan perlepasan. Laluan tiga lorong tinggal satu lorong saja yang boleh digunakan. Jalan sesak punyalah panjang. Lebih-lebih lagi waktu pagi adalah waktu penerbangan yang paling sibuk di Klia2. Perasaan dah mula cemas waktu ini.
Lepas tu banyak pula urusan yang kita nak selesaikan. Mana nak solat subuh, self check in bagasi, semak dokumen dan ambil mobile wifi. Tempat perlepasan pula terletak di seberang jambatan udara dan di gate paling hujung. Di tempat check in bagasi ada pula rombongan pakej ke sana dengan bagasi yang berderet. Oleh kerana penerbangan ke China perlukan visa jadi pemeriksaan dokumen juga perlu dilakukan. Ini penting kerana ada kawan yang pergi dengan pakej ke China gagal untuk pergi kerana tersalah ejaan nama pada visa. Masalahnya pasport hanya diserahkan kepada peserta pakej semasa di airport. Jadi itu memang salah pehak agen lah.
Liangjang International Airport Guilin China.