+ dag dig dug +

Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

January 12, 2012

Perompak Durjana!

Salam & selamat pagi kawan²!

Hari ini saya ber mood baik. Moga² ianya kekal hingga ke petang. HEHE. Takmo lagi terganggu dengan benda² yang tak penting lagi. HUHU.

Sesiapa yang follow twitter & FB Wardina Safiyyah mesti tahu rumah beliau dimasuki perompak pagi tadi. Katanya 5 buah laptop hilang, suaminya Ikhwan pula kena pukul sebab perompak tak puas hati tak dapat barang kemas. Alhamdulillah, mereka sekeluarga tak apa². Perompak berparang & bertongkat bagai disyaki warga asing.


Chembam betul perompak ni

Ya Allah, berderau darah baca twitter Wardina tu. Geram pun ada. Lagi² sebab kerja si warga asing yang diberi izin ke tak entah masuk negara ni. This is something serious ok people! Sampai bila entah bila ini nak jadi isu?

Dulu masa kecik², rumah Atok Aji pun pernah masuk pencuri. Masa itu saya masih kecil. Kami tidur di ruang tamu bawah. Bilik atas memang kosong. Kakak, abang semua tidur rumah Nenek masa itu. Kami tidur memang nyenyak dan sedar² orang bising² di luar rumah. Rupanya perompak dah keluar dari rumah kami pun!

Dia masuk ikut beranda bilik atas. Beranda tu ber grill dan berkunci. Entah macam mana boleh dikopakkan! Bayangkan dia cuma turun sampai tangga ambil wallet Atok Aji dan kemudian selongkar almari. Mungkin dia tak sempat nak buat lebih². Orang² keliling cuba kejar tapi tak dapat tangkap.

Lagi satu masa itu saya tidur rumah kawan di Keramat. Tengah sedap² tidur dengar bunyi orang panjat atap zink rumah dia. Ingatkan beruang! HAHA. Rupanya orang! Keluar² rumah tengok orang kampung tengah kejar perompak yang berlari dari satu bumbung ke satu bumbung. Serius macam filem hindustan. Last² dapat tangkap dan perompak tu kena bantai teruk. Padan muka! Polis datang leraikan bila perompak tu dah lunyai. Padan muka sekali lagi.

Doa saya hari ini moga Allah lindungi kita daripada musibah begini. Takut betullah. Dan mudah-mudahan kita dapat mendidik anak² kita menjadi orang yang soleh dan solehah.

Kepada kak Wardina Safiyyah, hope akak sekeluarga tabah dengan ujiaan ini dan anggap sebagai satu dugaan daripada Allah swt. Wallahu'alam.

Eh, macam Wardina baca blog kau kan? HAHA.

Selamat berkerja u olls!



November 3, 2011

#1sttimejumpa

Salam Khamis,

Siapa yang ada akaun Twitter mesti tahu akan kewujudan hashtag di atas. Hashtag ini dah trending dah di Twitter. Semalam sementara menunggu suami datang pick-up, saya telah memenuhkan TimeLine dengan hasHtag ittew. Haha, addicted weh. Ada sekali tu hasHtag #SayaGenerasi. Yang itu memang kelakar habis lah. Habis segala kenangan silam keluar.

Disebabkan tak puas nak main hashtag dekat Twitter, maka saya nak buat dekat sini. Haha. Boleh tag kawan² yang tak ada akaun Twitter sekali.

#1sttimejumpa Encik Suami adalah sewaktu pernikahan BFF, I was her bridesmaid and he was the official photographer and the groom's brother. How complicated is that?

#1sttimejumpa Ariff Haikal ialah pada 11 Mei 2010 jam 2.31 petang di HKL. HAHAHA. And he is the best gift I've ever had.

#1sttimejumpa Juliana Jamian aka Biras adalah di atas tangga Maxis Jalan Raja Laut. Dia tegur 'Hai'. Dalam hati aku 'Siapa Budak Ni?' Jangan marah Jue. HAHA.

#1sttimejumpa Maknam aka Oni masa dia jual baju melayu dari Unit ke Unit. HAHA. Kak, saya jual baju melayu. Belilah untuk suami ke abang ke. 'Aku belum kahwinlah bengongggg'

#1sttimejumpa Cik Nee masa lapor diri di Wisma Sime Darby. Innocent gila dengan tudung bawal. Kehkeh.

#1sttimejumpa Juju masa duduk dekat 'kawasan setinggan'. Juju pakai high heels, baru nak kahwin masa tu dia sombong sikit. HAHA.

#1sttimejumpa Lynda Zain masa dekat sana juga. Masa tu Lynda jaga 'bilik kebal'. HEHE.

#1sttimejumpa Saliza Erk, masa ada kursus rasanya. Masa dulu dia tembam, montok gitu. HAHA.

#1sttimejumpa Bos Besar, masa interview nak masuk sini. Dia tanya 'Apa awak ingat dengan tulis Ahli Puteri Umno ni akan diterima kerja sini ke?' WTFishhhhh. HAHA.


Saya boleh main benda ini sepanjang hari tau! HAHA. Nasib baik sedar diri yang sedang bekerja, maka kena stop dulu dan teruskan kerja.


Oh, ada BFF masa sekolah rendah dulu mention saya di Twitter berbunyi begini :

'#1sttimejumpa Fie Shah dia introduced herself as Pipi as in Fifie...so comel! I miss you dear friend!!'

Terus ter sobbb sobbb sebab sangat terharu dia masih mengingati detik perkenalan itu. I miss you too Nana!


hugs&kisses

PIPI


>________<