Halaman Utama

Iklan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGIKUT BLOG KAK MAI

Memaparkan catatan dengan label Suke-suke nak rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suke-suke nak rasa. Papar semua catatan

Ahad, 13 November 2011

Apam Polkadot

Assalamulaikum semua.  Lama dah intai2 resipi apam polkadot ni tapi tak berkesempatan nak buat. Hari ni nekad je sebab bibik kak Mai nak balik esok nak ajarlah cam mana buat apam ni supaya balik nanti boleh bisnes di sana. Sebelum ni dah beri resipi dan ajar macam mana buat kek dan coklat.  Rasanya ilmu tak baik kedekutkan..seronok kalau ianya dapat membantu sesama insan.
Apam polkadot kak Mai buat untuk pertama kali nie taklah secantik mana pun.  Mula2 lagi dah tersilap ….akhirnya…inilah hasilnya.
IMG_4397
Kalau nak try buat cuba ikut step di bawah..insyallah jadi…..
APAM POLKADOT(Step by step)
Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium/90 biji papercup small )
  • 3 biji telur (gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Pelbagai jenis filling (eg kaya, strawberry, lemon, blueberry dll)
  • pewarna pilihan
Cara-cara
Masukkan semua bahan  ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Warnakan mengikut warna pilihan bagi setiap adunan .
4-8A75D4A6-970627-4804-510FE2EF-687386-480
Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag yang berbeza .Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas(separuh cup sahaja)
4-CFAE6593-703543-4804-650354FA-782265-480
Masukkan filing dalam plastik kemudian picitkan  di tengah-tengah.
4-E5F49FFC-687607-4804-0FCAB136-694232-480
Tutup semua bahagian filling dengan memicit adunan hingga hampir penuh.
4-F9E71703-780029-4804-6CC40CC2-794715-480
Akhir sekali dot-dot kan dengan adunan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Nota:  Mulanya kak Mai cuma titikkan saja terus pewarna makanan dari botol menggunakan lidi…
Inilah hasilnya tidak memuaskan langsung sebab dot dotnya nampak kecil.
4-1A66444F-802059-480
Kemudian kak Mai ambil lebihan adunan dan  kak Mai picitkan dot-dot …he he he…barulah jadi…
IMG_4403
Belajar daripada kesilapan  Tak cuba tak tahu  ……..Selamat mencuba.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kek Birthday Dira

Sabtu, 29 Oktober 2011, genaplah ulangtahun Hadirah yang ke 6 tahun. Oleh kerana Sabtu cuti makan Dira minta Birthdaynya disambut di sekolah pada Hari Jumaat. Petang tadi sempatlah siapkan sebiji kek span dengan filling blueberry.  Permintaannya gambar Spongebob...

IMG_3348IMG_3342IMG_3343IMG_3346

Jumaat, 29 Julai 2011

Kek span Coklat

Sempena jamuan perpisahan untuk GB, “mycutecakes” buatkan untuk makan-makan  cikgu kek span lapis coklat dengan perasa strawberry dan strawberry segar from Cameron (kebetulan abang singgah dlm perjalan pulang frm Kelantan)
Chocolate sponge cakes 001 Chocolate sponge cakes 002
Chocolate sponge cakes 005 Chocolate sponge cakes 004
Kepada GB selamat berpindah ke sekolah baru.  Terima kasih  di atas keprihatinan cikgu terhadap semua warga SKRH. Semoga terus diberi kekuatan, kesabaran dan kecemerlangan dalam  menjalankan tugas di sekolah baru….INSYALLAH.

Jumaat, 22 Julai 2011

Kek span Strawberry

Hazim dah 9 tahun pada 23.7.2011.  Tak buat di rumah pun sebab ke Hari Keluarga SJJC. Ambil kesempatan buatkan kawan-kawannya coklat oreo edible imej dan untuk cikgu-cikgu pula Strawberry Slice cake… licin….Kepada beberapa orang guru berkenaan, terima kasih bagi pihak Hazim…
Kek n coklat 012Kek n coklat 029 Kek n coklat 002 Kek n coklat 004 Kek n coklat 008 
Yummy…..Strawberry tu abang bawa turun dari Cameron.  Abang singgah sebentar di sana masa jalan balik dari Kelantan.  Segar lagi tu…..OKlah sama-samalah kita mendoakan Hazim agar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi ALLAH hendaknya….tarikh lahir sama dengan siapa ye??? Ada tokoh ke?  Manalah tau mungkin bakal pengganti……INSYALLAH.

Khamis, 2 Jun 2011

Kalender dapur kak My

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...