bila segala tak lagi begitu
kau cuba cari perasanmu
mengapa ia dah pergi
kau cuba intai hatimu
mengapa ia tidak lagi di situ
memang kosong
memang tiada
kau cuba kembalikan
walau sepicing tetap tiada
walau sedikitpun tidak bersisa
dia masih ada di situ
kau tetap lagi di sini
tapi hati tak pernah bertemu lagi
rindu tak pernah bertaut lagi
kasih tak pernah sampai destinasi
mati begitu sahaja.
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Monday, July 25, 2011
Wednesday, May 11, 2011
siapakah itu yang pernah ku cinta.....
Mengapa begitu dalamnya rasa kehilangan
resah pun berselerak di merata pelosok
menyiat-nyiat seluruh jasad
berhiba hiba sendiri
mengapa begitu dalam rasa cinta
rindupun berselirat menyumbat nadi
kasih tertanam tak mungkin mati
tangis memecah seluruh alam
melumpuh sekujur badan
mengapa cinta perlu hilang
sedang balutannya kemas
kuncinya kau pegang.
resah pun berselerak di merata pelosok
menyiat-nyiat seluruh jasad
berhiba hiba sendiri
mengapa begitu dalam rasa cinta
rindupun berselirat menyumbat nadi
kasih tertanam tak mungkin mati
tangis memecah seluruh alam
melumpuh sekujur badan
mengapa cinta perlu hilang
sedang balutannya kemas
kuncinya kau pegang.
Wednesday, January 6, 2010
Kau sandingiku
Pernah
Seraut tubuhmu berdiri
dihujung kasurku
menggetar rasa
ingin menyanding dan bersatu
menyentuh gemalai hujung jari munggilku
sedang angin berbisik
tidurlah
malammu tidak panjang
mimpimu belum pasti berulang.
Seraut tubuhmu berdiri
dihujung kasurku
menggetar rasa
ingin menyanding dan bersatu
menyentuh gemalai hujung jari munggilku
sedang angin berbisik
tidurlah
malammu tidak panjang
mimpimu belum pasti berulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)