Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Ferskin Untuk Kulit Cerah & Sihat

Assalammualaikum...
Ok ari ni nak promo2 pasal Fereena Beauty produk, antaranya Fereena Vshape Losyen, Ferwhite dan Ferskin.  Bagi uols2 yang sangat2 mementingkan kecantikkan kulit sangat2 laa disarankan mengamalkan pengambilan supplement setiap hari dan antara produk supplemet yang boleh diambil adalah FerSkin ni. 

layari FB Bchomey
Fer'Skin adalah :-
- gabungan rumpai laut dan kolegen ikan serta Vitamin C
- sangat efektif untuk penjagaan kulit khususnya untuk pencerahan kulit
- halal bovine kapsul hanya 2 biji pagi dan 2 biji malam
- harga yang rendah jika dibandingkan dengan produk yang ada dipasaran

Uols bole gunakan Ferskin tanpa was2 dengan adanya lesen Pengilang GMP, Sijil halal, Sijil MAL, KKM yang selamat memperakui setiap produk yang diluluskan selamat untuk diambil.

Harga : Rm65 (30 capsule per pack)
Postage : RM6/RM9 (Sabah/Sarawak)

Order boleh dibuat menerusi :- 

Layari FB : Bchomey
Twitter : Beechomey

Saturday, April 20, 2013

Bayam Merah Tumis Rampai

Assalammualaikum...
Entry yang ringkas tuk mengelakkan dari blog tak bergerak hehe... cam biasa entry masakan laa yang paling cepat dah mudah..

Menu sayur adalah menu wajib setiap hari tak kira laa lauk dah banyak pun menu sayur tetap kena ada dan anak2 lak cuma reti makan sayur yang warna hijau je.. biasanye sayur Qies buat masak tumis air or tumis kering je bergantung atas jenis sayur laa.. antara feberet anak2 adalah bayam, tak kira laa bayam merah or bayam hijau dan biasanye bayam ni Qies buat tumis air je..moh layan resepi ringkas tak sampai 2 minit pun..
Bayam merah tumis rampai
Bahan2 tumbuk
sejemput ikan bilis
1 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

Bahan2 lain
1 cekak bayam merah/hijau
1 cawan air (ikut berapa byk kuah yang diinginkan)
hirisan cili merah
1 helai daun kunyit (dipotong2)
3 pucuk daun selasih

Cara2nya.
1.  Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak sehingga naik bau, kemudian masukkan air.
2.  Apabila kuah sudah mengelegak masukkan batang bayam dan kacau apabila batang bayam separuh masak baru dimasukkan daun bayam/daun kunyit & pucuk selasih kacau dan perasakan garam.

Sayur bayam merah ni sangat baik bagi ibu2 mengandung yang selalu mengalami masalah tekanan darah rendah, selain itu juga ia kaya dengan zat besi yang baik tuk anak2. Ia juga mengandungi Vitamin A, B1, B2, C dan naisin serta mineral kalsium, manga dan fosfor serta terdapat banyak serat didalam daun serta batangnya..

Selain itu juga ianya dapat meningkatkan fungsi ginjal dan melancarkan pencernaan, bayam merah sangat digalakkan untuk dimakan terutamanya bagi penghidap kencing manis, darah tinggi kerana mengandungi serat yang tinggi.

Thursday, April 18, 2013

FER'WHITE Untuk Kulit Cantik & Berseri

Assalammualaikum...
Alhamdulliah minggu yang tidak terlalu panas sesekali hujan dipetang hari, syukur atas nikmatmu Ya Allah...

Nak kulit cantik dan berseri serta awet muda? Ya sapa yang tak mau kan, sebab nak nampak muda sentiasa sampai ramai yang sanggup berhabisan dan bercucuk tang sini, tang sana, tang sinun, sudahnya muka dah jadi muka kartun penyek, kulit je tegang tapi rupa dah lari dari bentuk asal, kan ke dah merubah ciptaan tuhan tu, ishk...ishk...

Kecantikan sebenarnya datang dari dalaman, hati dan jiwa yang tenang juga merupakan faktor yang penting dan diikuti dengan penjagaan dan pengambilan supplement yang betul bagi mendapatkan kecantikkan dalaman dan luaran...dan juga harus senaman bagi menyihatkan tubuh badan barulah lagi deboom..

Ari ni nak promo2kan pasal Fer White Pure L-Gluthathione yang tengah malatup sekarang ni ...meh2 tengok dedekat...
FB > BCHOMEY

Fer'White menjadikan kulit lebih cerah, licin dan awet muda serta meninggikan kadar metabolisme dan berkeupayaan menurunkan berat badan kerana mengandungi Acai Berry yang tinggi kandungan anti-oksidanya.

Fer'white adalah keluaran Fereena Beauty Care yang mempunyai kelulusan KKM, Kilang GMP dan pengesahan halal Jakim serta terbukti selamat untuk diambil.  Fer'White adalah gabungan 15 jenis bahan yang sangat berkesan dan berkualiti serta mampu dibeli.

Atara kandungan yang terdapaat didalam Fer'White :-
* Kolegen (ikan talapia)
* L-Glutathione 
* Vitamin A,B,C,D,E dan K
* Acaiberry
* Mangosteen
* L-carnitine (anti aging)
* L-taurine
* Apple stem cell + grape seed extract
* Hyralonic Acid
* Dextrose andyrous (anti-aging)

Cara Pengambilan (1 bulan)
Pagi : 1/2 scoop -  Malam : 1/2 scoop

HARGA : RM95 SAHAJA
Postage : RM6/RM9 (Sabah & Sarawak)

PERCUMA SHAKER!!!!

ORDER SEKARANG DI FB BCHOMEY 
@ ISIKAN BORANG DISINI
TWEET : beechomey
EMAIL : Qysna

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kulit lebih cerah berseri!!! meremajakan dan melembapkan kulit serta awet muda.  Juga merawat kedutan pada kulit dan kaya dengan vitamin dan kolegen untuk membina sel kulit baru agar kulit sentiasa sihat.  Berkesan merawat parut dan kesan jeragat pada wajah disamping memberikan tenaga tambahan dan menyihatkan tubuh bada. Sesuai untuk wanita dan lelaki serta juga wanita hamil dan juga yang menyusukan bayi.

Tuesday, June 19, 2012

Jom Makan Buah...

picture credit to Google
Assalammualaikum
Hari ni entry pasal kesihatan lok, ye le asik makan aje kan, sumbat macam2 dalam perut tu dah macam perbandaran dah gayanye hehe, tapi ni pun entry makan gak (makan & Qies memang sinonim hahaha)

Ok sapa suka makan buah, sila angkat kebod, tak pun angkat mouse tu hehe.. Me me me, memang suka makan buah, segala jenis buah kecuali buah dadu, buah hati, buah dan buah rantai, yang ni kalo makan karang tercokek karang hehe..

Ok bila masanye yang sesuai tuk makan buah, sebelum atau selepas atau bila2 masa sesuka hati.  Kalo mengikut barat kena makan selepas makan, tapi wat pe nak ikut barat yang sentiasa bertentangan ngan sunah dan amalan Nabi Muhammad saw, hendaklah dimulakan dengan memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah sebarang hidangan berat. Ini adalah kerana ianya akan membantu dalam proses penyerapan tenaga dan zat dari buah tuk bertindak secara optimun disamping mengalakkan  proses penghadaman sebelum menerima hidangan berat untuk diproses oleh usus. 

Meh kita skodeng diantara buah2an mana yang elok diamalkan, buah yang tak tersenarai tu bukan laa tak elok, apa2 buah pun elok cumanya kalo diletakkan semua kat sini, karang ada gak yang muntah membacanye hehe, jom layan..

Buah oren (paling senang nak jumpa dan tak mahal)
Membantu dalam mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser, mengandungi beta carotene iaitu anti oksida tuk memelihara sel2 didalam badan. Kaya dengan Vitamin C serta dapat menjaga kesihatan jantung dan tekanan darah anda.

Buah Kiwi (my feberet nie)
Mengandungi 2 kali ganda Vitamin C berbanding buah oren, turut mengandungi asid folik, potasium,  zink dan vitamin E yang sangat bagus tuk kesihatan jantung. 2 biji sehari sudah dapat menampung keperluan serat dan zat seharian, agen anti oksidannya (polifenol & karoteniod) bagi melawan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan tekanan oksdatif akibat dari pengambilan makanan berperoses dan persekitaran. Membantu mengatasi masalah insomia serta menjaga kesihatan kolon. 

Buah Epal
Membantu mengurangkan berat badan, mencegah deminsia, anti aksida dan menurunkan kolestrol. Membersihkan usus dan membantu membuang racun dan toksin dari badan. Mengandungi flavonoid, beta karotena, fitokimia, vitamin C, A dan B kompleks.

Buah Anggur
Mengandungi vitamin A, B1, B2, rendah kalori.  Pengambilan buah anggur dapat mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan menentang penyakit gusi.  Buah anggur juga dapat mengurangkan kandungan uric asid didalam badan dan membantu menyingkirkan asid2 dalam badan yang mana akan mengurangkan tekanan kerja kepada buah pinggang.  Juga membantu dalam kesihatan sel2 otak manusia dan dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dengan menurunkan beta amyliod didalam badan pesakit alzheimer.

Buah Pisang
Membekalkan hampir 35% keperluan vitamin B6 kepada badan kita yang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah. Kandungan zat besi yang tinggi membantu pertambahan hemoglobin dalam darah yang mana baik bagi pesakit2 anemia. Juga membantu dalam mengurangkan stress dengan menstabilkan degupan jantung, penghantaran oksigen ke otak lebih baik serta mengimbangi kandungan air dalam badan.

Buah Nenas
Mengandungi vitamin A, B1, B3 disamping terdapat enzim bromelian yang digunakan semasa pembedah tuk mengawal pembengkakan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Membantu dalam penyerapan zat besi kedalam badan dan kandungan asid sitriknya amat berkesan dalam menghilangkan lemak dan membantu menguruskan badan

Ok stop kat sini, kalo nak ikutkan banyak lagi buah2an yang elok diamalkan, jadinye apa tunggu lagi, bertindak lah mencegah dan menjaga kesihatan dari awal sebelum terlewat. Bagi yang nak menjaga berat badan tu, jadikan rutin memakan buah2an sebelum mengambil sebarang hidangan berat, Insyallah dalam masa 1 bulan korang akan dapat rasa perbezaan dari segi berat dan juga kesihatan badan..

Wednesday, June 1, 2011

Adakah Anda Seorang Pelupa?

Assalammualaikum semua, entry seringkas dan secepat yang bole, almaklum masih lagi penat Jalan2 Cari Pasal di Hong Kong & Macau...nanti bila Qies senang2 laa baru buat entry pasal JJCP HK yaaa...sebelum tu meh layan entry nie dulu...zasssssssss
Pegaga  *gambar kitar semual*
Korang tergolong dalam golongan yang mana satu..Pelupa? selalu terlupa? atau jenis yang suka buat2 lupa? Cett apa punya soklan laa kan...Apa kena mengena alkisah PELUPA ngan gambo pegaga kitar semula ni pulakkan.  Qies nak berkongsi info yang Qies dapat dari sebuah majalah dan ingin berkongsi ngan anda semua.

Pegaga memang salah satu ulam faberet Qies sama ada dimakan fresh atau dibuat masak air + ikan bilis tumuk wah sangat2 sedap menghirupnye panas2 pekena lak ngan sambal belacan dan nasi panas, burrp..bole tersandar kekenyangan tau hehehe....lagipun sayuran dan ulaman hijau ni banyak mengandungi anti oksidan.

Menurut artikel didalam Majalah  (SEDAP * bil. 36) 

"Mengikut kajian di Jerman sudah sejak tahun 1960 lagi pegaga ditelah digunakan sebagai ubatan tradisonal yang banyak diamalkan oleh penduduk di situ untuk meningkatkan daya ingatan mereka.  Ini kerana menurut hasil kajian yang dijalankan pengambilan pegaga didalam pemakanan seharian dapat membantu melancarkan peredaran darah ter masuk peredaran darah yang menuju ke otak yang akan meningkatkan fungsi otak.  Ujian juga telah dijalankan oleh New York Institute for Medical Research dan terbukti pegaga bole memperbaiki fungsi otak, disamping itu pengambilan makanan tambahan seperti zink dan omega 3 turut membantu menguatkan daya ingatan dan fungsi otak."

Antara lain khasiat pegaga juga ialah :

1. Jus pegaga menjadi amalan kaum cina sebagai penyejuk badan.
2. dimakan mentah sebagai awet muda dan juga mengatasi masalah kegemukan.
3. Bagi masyarakat India pula, pegaga digunakan sebagai penawar racun, anti kanser, ubat cirit-birit serta dijadikan sebagai tonik bagi merawat penyakit kulit dan saraf.
4. Penawar kepada penyakit darah tinggi yang mana dapat menurukan tekanan darah dengan pengambilan yang konsisten.
5. Merawat penyakit kencing kotor/ kencing tidak lawas serta penawar alahan
6. Mempercepatkan penyembuhan luka.
7. Memudarkan bintik2 hitam dimuka serta mengurangkan kedutan dimuka dan juga sebagai anti selulit.

Haa apa tunggu lagi segera laa cari pegaga, masukkannya kedalam diet korang semua, elok kalo diamalkan hari2, lagipun bukan mahal mana pun secekak pegaga, kalo nak jimat lagi tanam aje lakan lagi senang hehehe...

Renung2kan dan selamat beramal...ahaks....

Thursday, May 19, 2011

Makanlah Secara Berhemah

Huiii sedapnye laaaa....
Entry kali ni Qies nak citer pasal adab2 makan, sebenarnya penyakit yang kita hadapi semuanya berpunca daripada perut dan juga pengambilan makanan yang tidak teratur ..tu pasal laa ada perkataan MAKAN BERADAP selalunya kita dapat tengok acara ni dilakukan sewaktu majlis perkhawinan, masa tu wah kemain lagikan bersopan santun si mempelai membalas suapan antara satu sama lain sambil tersipu malu tapi lepas dah setaun 2 semua ke laut hehehe...tapi bagi yang masih mengekalkan acara makan beradap ni alhamdulliah, aman rumah tangga...bahagia u....

Disini ingin Qies kongsi bersama anda semua panduan serta adab2 dan cara makan yang baik dari sudut pandangan ahli2 perubatan Islam.

1. Makan hanya apabila terasa lapar, supaya kita dapat menggelakkan dari makan berlebihan kerana mahu memenuhi nafsu kelaparan yang akhirnya akan mengakibatkan fenomena Terlebih muatan!!!

2. Basuh tangan dan kuku menggunakan sabun sehingga bersih supaya makanan yang disentuh oleh kita tidak akan tercemar dengan bakteria dan kuman yang terdapat pada tangan/kuku.

3. Sebagai seorang yang beragama islam, mulakan lah dengan membaca "Bismillah.."

4.  Adalah lebih baik makan mengunakan tangan daripada menggunakan sudu dan garpu. Ianya dapat membantu proses penghadaman lebih baik kerana enzim yang terdapat ditangan kita sewaktu tangan menyentuh makanan yang hendak kita makan yang dinamakan 'bio-current', itulah sebabnya makanan cepat basi apa bila disentuh dengan tangan.

5.  Makanlah dengan tenang, kosongkan fikiran dan relakskan badan.

6.  Seelok2nya ruangan makan dicat dengan warna merah jambu yang boleh mendatangkan rasa tenang dan girang kerana ianya dapat membantu proses pencernaan yang lebih baik

7.  Berhenti sebelum kenyang, kekenyang yang melampau akan memudaratkan jantung serta menganggu proses penghadaman.

8.  Berehatlah seketika selepas makan dan jangan tergesa2 membuat sesuatu pekerjaan yang berat.

9.  Hindari dari memakan makanan yang lama sebaliknya pilihlah makanan yang baru dimasak/segar.

10. Surirumah/ibu2 hendaklah berpakaian kemas dan bermanis muka ketika menghidangkan makan, agar suami/anak2/tetamu rasa dihargai dan berselera apabila menghadapi hidangan.

11. Pastkan ruangan hendaklah sentiasa berada didalam keadaan yang bersih dan kemas bagi menggelakkan dari menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.

12. Berpeganglah pada prinsip MAKAN UNTUK HIDUP dan bukannya Hidup untuk makan...


Insyallah jika diamalkan, kita akan mendapat banyak manfaat dan kebaikan, beringatlah sebelum kita jatuh sakit akibat kelalaian kita sendiri. 

Fikir2kan dan selamat beramal...........


***************Auto publish entry***************

Tuesday, February 8, 2011

Panasnye Nasib Baik Ada Mist Spray

Panasnye laa skrang ni, kalo nak kuar rumah pun bercinta hokey huhuhu. Aritu musim hujan pun susah gak sebab ari2 ujan...banjir laa pulak huhu.... Bila Sang Matahari kuar memancar2 punya laa seronok sebab macam2 benda bole buat, basuh baju (syoik ooo basuh baju time2 panas cepat aje baju kering hehehe) nak jalan2 pun senang nak beriadah pun best, tapi kalo dah terlalu panas camno, panas terik gitu huhu.  

Kalo kena matahari tu cam mencucuk2 kat kulit bila kena panas huhu...berbelang tu tak usah cakap laa kan..bila dah panas sangat macam laa sakit or penyakit yang akan datang, sakit tekak laa, panas badan laa, demam laa dan yang paling ketara sekali kulit kering huhuhu... dah le Qies jenis kulit badan jenis kering, kena lak panas lagi laa sakit tau kalo kulit kering kena panas rasa cam nak berendam aja dalam kolam 

Jadi sesiapa yang ada masalah kulit kering memang sangat2 memerlukan benda alah nie....seyes benda ni sanagt2 membantu hokey....kalo tak caya korang leh cari benda ni dan try sendiri....memang superb hasil yang diberikan, jadinye bagi yang bermasalah kulit kering tu sila laa cari benda ni

>

ni yang Qies pakai selain dari Moisturizer Mist Spray dari Nu Skin
Mist spray ni banyak kegunaannya (sorry yaa Qies copy paste dari Avene sebab kemalasan nak menaip dan internet yang agak tenat)

Benefits

  • Calms, soothes and softens
  • Rich in silicate and trace elements
  • Low salt mineral content does not dry out the skin
  • pH 7.5 – perfect balance of anions and cations
  • Bottled directly from the source – bacteriologically pure
  • Preservative-free
  • Hypoallergenic and non-comedogenic
 Dermatological care:
  • Post surgery 
  • Post procedure 
  • Redness-prone skin / inflammation 
  • Keratosis-prone, scaly skin
  • Eczema / atopic dermatitis
  • Allergic reactions / sensitive skin / irritation 
  • Burning / stinging / itching / tingling

Daily care:

  • After cleansing
  • After shaving/after waxing 
  • After exercise 
  • During travel 
  • Sunburn, burns
  • Diaper rash 
  • To set makeup
Cara pakai dia sangat2 senang ok, just spray ke mana2 bahagian kulit yang korang nak spray then biarkan dalam seminit 2 bagi dia meresap.  Sejak guna Mist spray (especially kat muka) Qies pasan kulit jadi semakin sihat bila kena panas pun tak terasa bahang dan yang paling best muka rasa lebih fresh pastu lagi satu kulit menjadi lebih anjal (wah curlast gitu hehehe ye le Qies tau laa dah masuk 3 series ni banyak laa yang kendur kan hehehe)

Cam Avene ni dia ada 2 size; 50ml(RM18) & 100ml(Rm35) murah aje kan, jadinye kalo yg 50ml tu senang sangat bole letak dalam handbag aje bila2 rasa nak spray just tadah aje muka n tempat2 yang korang nak spray, nak spray satu body pun bole tak salah hokey....yang masalahnye nanti cepat abih tu aje hehehe...selain dari jenama ni ada lagi jenama lain yang korang leh guna cam ZA, Vichy, Avien, NuSkin, korang bole cari Mist Spray ni kat Farmasi, Watson dan Guardian kecuali Nuskin kena beli dari pengedar dia laa ...

Jadinye sapa2 yang tak tahan ngan kepanasan yang terlampau tu bole try mist spray ni lagipun dia sesuai tuk semua jenis kulit dan juga tuk baby time2 musim panas nie disamping menjaga kesihatan kulit...selamat mencuba...confirm puashati kalo dah try hehehe

Wednesday, January 12, 2011

Pysllium Husk

Insyallah mulai hari ni Qies akan menambah lagi 3 label dalam blog Qies iaitu Label Kesihatan, Doa & Petua untuk di kongsi bersama kawan2. Diharapkan dengan adanya ruangan baru ni dapat kita bersama2 berkongsi dan memanafaatkan info yang diberikan.

Ok tuk entry yang pertama dibawah Label Kesihatan, Qies nak berkongsi info mengenai PYSLLIUM HUSK. Mungkin ada yang dah tau khasiat dan kegunaan makanan organik ni, bagi yang belum mengetahuinye apa kata meluangkan sedikit masa untuk membaca entry nie...
* pic_google images

Meh kita berkenalan dulu ngan pokoknye..Pysllium adalah serat yang dihasilkan dari biji pokok yang dikenali dengan nama Plantago Ovata yang telah dihancurkan. Plantago Ovata banyak ditemui di kawasan Eropah, Afrika dan juga Asia

Pysllium juga seperti bijirin lain (selain dari gandum dan oat) yang sangat kaya dengan kandungan serat yang mudah larut. Oleh kerana kandungan serat yang tinggi pysllium dapat membantu permasalahan seperti darah tinggi dengan bertindak memelihara kolesterol yang baik serta menjaga pengaliran darah bagi kesihatan badan , kegemukan, sembelit, kencing manis, mengeluarkan sampah sarap (tinja & toksid) yg terkumpul didalam usus dan juga masalah lain berkaitan dengan usus (sangat bagus tuk sapa yang tengah nak berdiet or nak mentenkan badan ahaks)

bijirin pysllium *pic_google images

*pic_google images

Kebaikan Mengambil Makanan Kaya Serat
1. membantu mengurangkan cirit-birit dan menyerap air yang berlebihan yang terkandung didalam usus
2. membantu masalah obesiti kerana mampu memberikan rasa kekenyangan dan selaki gus mengurangkan selera makan.
3. membantu merendahkan kandungan lemak dan paras kolestrol serta mengawal paras gula dalam badan.
4. membantu membersihkan sampah sarap/toksid dalam usus dan memelihara bakteria yang baik tuk kesihatan usus, sekali gus bertindak sebagai pelincir kepada usus dengan memperbaiki laluan pembuangan didalam saluran usus.
5. membantu dalam masalah seperti buasir.
6. Apabila usus besar sihat dan bersih dari toksid dan secara tak langsung pengaliran darah juga lancar/bersih ini akan menyebabkan perubahan pada kesihatan kulit yg bermasalah terutamanya masalah jerawat.

Cara pengambilan
1. Tuk pertama kali cukup sekadar 1 sudu kecil diwaktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu kecil sebelum makan malam.
2. Dibancuh dengan 8oz ml/ segelas air masak atau bole dicampurkan dengan jus limau nipis tanpa gula. Bancuhan hendaklah diminum segera bagi mengelakkan bancuhan menjadi pekat seperti jelly yang akan menyebabkan kesukaran tuk menelan bancuhan.
3. Pastikan meminum air dengan banyak sepanjang pengambilan pysllium bagi membantu proses penyingkiran hasil buangan didalam usus.
4. Bagi minggu2 seterusnya amil 2 sudu kecil petang atau sebelum makan malam.

Elakkan mengambil Pysllium jika anda mempunyai masalah Asma/lelah bagi mengelakkan terkena serangantercekik ketika meminum bancuhan kerana bancuhan berbentuk seperti bancuhan agar2. Jadinya bagi yang tidak ada asma/lelah berhati2 laa jugak ye kalo 8oz air tu tak cukup tambah lagi air dalam bancuhan untuk mencairkan bancuhan setakat yang sesuai dengan tekak korang meneguknye..

lain2 info berkenan Pysllium

Pysllium bole didapati dikedai2 "organic food" dan juga di pasaraya seperti Tesco, Giant & Carefour.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Auto Backlink