Showing posts with label Islamic Figure's. Show all posts
Showing posts with label Islamic Figure's. Show all posts

Tuesday 25 February 2020

IMAM AS SYAFIE (PART 2)

Bismillah Alhamdulillah


Pada entri yang lepas saya ada menukilkan tentang seorang tokoh feqah yang sangat disegni ini dan hari ini saya akan menyambung bahagian 2 entri mengenai beliau. 

Pada entri pertama saya tidak memperkenalkan secara lansung biodata tokoh hebat ini. Untuk itu, entri ini saya akan memperkenalkan secara ringkas siapa sebenarnya beliau.

Nama : Muhammad bin Idris bin Al Abbas bin Usman bin Syafie bin As Saib
Tempat lahir : Gaza,Palestin.
Tarikh lahir : Bulan Rejab tahun 150 Hijrah
Wafat : 29 Rejab 204 Hijrah.
Keturunan : Bani Quraisy (bapa)/ Bani Yaman (Ibu)

Pencapaian

1. Mempelajari Al Quran ketika berumur 7 tahun
2. Mengingati kitab Muwatto (karangan Imam Malik) ketika berumur 10 tahun
3. Umur 15 tahun, diikhtiraf dalam mengajukan pendapat dalam bidang Feqah
4. Seorang yang bijaksana
5. Pakar Feqah

Karya

1. Kitab Ikhtilaf al Hadiths
2. Kitab Al Hujjah
3. Kitab Al Mabsuth
4. Kitab Al UMM
5. Kitab Al Risalah

Beliau dikebumikan di perkuburan bani Abd Al Hakam berdekatan dengan pergunungan al Muqattam. 

Di bawah saya kongsikan kata kata beliau yang saya minati 

"Bila kau tidak tahan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung peritnya kebodohan" 

Kita selaku anak muda harus menjadikan tokoh tokoh seperti beliau ini idola dan menjadi panduan dalam menghadapi hidup serta dalam menjadi insan yang baik dalam hidup. Moga kita dapat manfaatkan sedikit sebanyak ilmu beliau dalam menghadapi hidup di alam fana ini. 


Sunday 5 January 2014

NUSAIBAH BINTI KA'AB AL ANSARI

Bismillah Alhamdulillah


Bismillah... Liku sejarah peradaban serta perjuangan yang terbina sejak berzaman lamanya, menyaksikan mujahid dan srikandi Islam yang berjuang untuk memenangkan Islam sebagai yang tertinggi sekali. 

Sungguh begitu banyak ikon-ikon ini, untuk entri tahun baru ini, ana ingin menyentuh sedikit mengenai kisah Srikandi yang menjadi perisai Rasulullah dalam perang Uhud dulu.. perang yang menjadi pengajaran buat kita yang bergelar hamba. 

Nusaibah binti Ka'ab Al-Ansari atau Nusaibah merupakan salah seorang daripada serikandi Islam dan merupakan pejuang Muslimah Islam yang pertama. Dia turut serta dalam Perjanjian (Bai’ah Aqabah Ke dua ), Perang Uhud, Bai’ah Ridhwan dan Perjanjian  Hudaibiyyah, Perang Hunain dan Perang Yamamah (menentang golongan murtad ).

Nusaibah di Bai’ah Aqabah Kedua ( Tsaniah )

Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 73 orang lelaki Ansar yang ingin berbai’ah kepada Rasulullah SAW. Dalam bai’ah Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib (yang telah dibunuh oleh Musailamah setelah itu) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W. Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya. Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat bai’ah. Baginda bersabda maksudnya : ” Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”

Nusaibah di Perang Uhud

Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari dikejar musuh.

Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, 

Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang di hadapanku.” 

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, 


Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh.

Rasulullah yang melihat peristiwa itu merasa terharu. 

Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” kata Rasulullah kepadanya. 

Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, 

Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. 


Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

Kemudian, Nusaibah dengan bantuan beberapa tentera Muslimin berjaya membunuh orang itu. Melihatkan keadaan ini, Rasulullah berkata, 


Segala puji bagi Allah yang telah menenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu dihadapanmu.

Ketika Perang Uhud ini, Nusaibah mengalami luka yang banyak, terutamanya di bahagian bahu. Rasulullah memeriksa lukanya lalu meminta Abdullah, anaknya untuk mengikat luka tersebut sambil berkata, 


Semoga Allah sentiasa memberkati dan merahmati kamu semua.

Nusaibah mendengar kata-kata Rasulullah itu. 

Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti,” kata Nusaibah. 

Maka Rasulullah pun berdoa, 

Ya Allah! Jadikanlah mereka semua ini penemanku di syurga kelak.” 

Aku tidak akan mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia ini,” kata Nusaibah sebagai membalas.

*************
Demikianlah kecintaan para sahabat sahabiah terhadap Rasulullah s.a.w. Moga mereka ini bisa menjadi ikhtibar buat kita semua.




Sunday 29 September 2013

TAN SRI DATO' SERI DIRAJA USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABDUL RAZAK

Bismillah Alhamdulillah

26th September 2013 yang lalu merupakan hari kedukaan, hilangnya lagi seorang yang menjadi rujukan ummah.. Susuk tubuh seorang cikgu yang amat fakih dalam bidangnya juga sangat cemerlang dalam memahami waqi'.

Jom berkenalan serba sedikit mengenai beliau... 


Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

 Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda.Pada 1 Jun 2013 beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri"

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.
Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.


Memadai diceritakan antara kejayaan Ustaz Azizan bersama kerajaan Pakatan Rakyat ini ialah berjaya membangunkan Kolej Universiti Insaniah dengan penambahan bangunan baru di Kuala Ketil dan peningkatan mata pelajaran yang ditawarkan. 


Sebelum ini, selama 12 tahun di bawah kerajaan lama, hanya 7 subjek ditambah sedangkan di kala pemerintahannya selama dua tahun ini, sudah 42 subjek baru diperkenalkan. 

Sebenarnya beliau bukan seorang pemimpin yang suka melakonkan watak atau berlakon di hadapan lensa malah cukup keberatan untuk dikutip kisah perjuangan sepanjang hayatnya. Dia pernah menolak diwawancara Harakah secara eksklusif Harakah, walaupun beliau amat sayang akan organ parti ini dan pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Harakah. 

Katanya kepada saya, ketika melaporkan diri sebagai Ketua Wartawan Harakah Negeri Kedah awal tahun ini, beliau lebih suka bersikap merendah diri dan kurang menggemari publisiti berbentuk sensasi. 

"Takpalah...Azamin. Biar saya 'low profile' dan buat kerja-kerja macam biasa. Azamin buatlah kerja dan duduklah elok-elok di sini ya," katanya bernada rendah menyinggah hati nurani. 

Dan sejak itu saya memerhati dari jauh dan mengekorinya tanpa disedari. Tidak pernah saya mendekatinya dengan lebih rapat lagi bimbang-bimbang disalah erti. Sehinggalah selepas tujuh purnama saya di sini, beliau buat pertama kalinya menjemput saya ke rumah. Berbual santai, sembang-sembang hal keluarga dan menitipkan luahan hatinya tentang pergolakan politik semasa. 

Dulu bermacam-macam nista dipalit kepada Ustaz Azizan. Tidak mesra, tidak pandai ceramah, ego dan bengis kata mereka yang tidak puas hati dengan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Adun Sungai Limau ini. Namun setelah dua kali berbual mesra dan mengikuti segala aktiviti serta program beliau selama tujuh bulan ini, nyata tusukan dan cacian itu, tidak benar dan hanya fitnah semata. 

AMAT TEGAS 

Ini tidaklah bermakna, dikesampingkan warna sebenar, perwatakan beliau. Ustaz Azizan sememangnya seorang yang amat tegas terutama melibatkan tugasan dalam parti mahupun kerajaan negeri. Bekas pensyarah kehormat di Universiti Mindanao ini juga tidak suka kerja "cincai-bomcai". 

Baginya semua 'perfect' dan 'zero-defect'. Tidak kurang kakitangan atau petugas parti yang menerima terjahan teguran dan kritikan daripadanya. Katanya setiap tindakan memberi kesan kepada agama dan perjuangan parti yang dibawa. Yang akan menerima tempias ialah, Islam dan PAS. 

Betapa seriusnya Ustaz Azizan mentadbir parti sehingga adakalanya bermesyuarat sampai malam dan sesekali beliau mengejutkan para pegawainya yang sedang lena diulit mimpi, untuk berkumpul di rumahnya lewat tengah malam bagi membincangkan isu amat genting. 

Pernah sekali, walaupun pintu tertutup rapat, saya mendengar beliau berang memarahi seseorang kerana kelemahan menyelesaikan tugas yang diberi. Gamam juga saya yang kemudian beransur beredar perlahan-lahan daripada pejabat Menteri Besar itu sebelum menambah lagi murka. 

Akan tetapi ironinya, puncak kemarahannya hanya di bucu empat penjuru biliknya sahaja. Selepas melintasi ruang legar atau di luar bilik itu, beliau akan bersikap sediakala malah orang yang dimarahinya, boleh berbual dan makan semeja dengannya. 


Begitulah kehebatan seorang Azizan yang tiada duanya, yang mampu dinukilkan semoga bisa merungkai kekeliruan dan tuduhan tak bermata terhadapnya selama ini. Sesungguhnya rakaman dua tahun lebih, kelibat keperibadian beliau, tidak mampu dikarang berkajang-kajang. Hanya selembar kisah, secebis cerita untuk tatapan semua untuk mengenali, cuba mendekati dan mencontohi sikap beliau, yang jauh di mata dekat di hati. 

Moga mendoakan, agar kepimpinannya berpanjangan dan sekiranya berterusan, maka mudahlah saya menyudahkan cerita 1001 macam di sebalik tabir Ustaz Azizan Razak ini. Salam Ramadan al-Mubarak! 
Nukilan oleh : Azamin Amin

Begitulah sedikit coretan yan ana ambik daripada blog dan entri akhi Azamin Amin... moga Allah menempatkan roh Ustaz Azizan di kalangan mereka yang tinggi makamnya.

Al-fatihah.


Monday 30 April 2012

SAYYID QUTB


Bismillah Alhamdulillah

Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya, baik nyata mahupun tersembunyi, yang cepat mahupun lambat. Allahuakhbar, dalam semangat untuk menghadiri kelas petang ini, baru mendapat tahu bahawa kelas dibatalkan.

Namun kekecewaan itu terubat kerana perpustakaan library masih buka, so akhirnya terjumpa bahan menarik yang nak dikongsikan insyaAllah.

Meski pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, majoriti dunia Islam masih dalam jajahan koloni-koloni barat, sejarah mencatat dinamik pemikiran Islam bercambah saat itu cukup kondusif. Walaupun di satu sisi minda muslim kini dijajah dikebanyakan negara, namun secara perlahan sebahagian ulama dan intellektual terus mencuba membuka jalan bagi pertumbuhan percaturan Islam.


Sayyid Qutb salah seorang darinya. Beliau merukan anak kedua daripada empat orang adik-beradik, dilahirkan pada 9 oktober 1906 di kampung Musyah, Mesir tengah. 

Ketika beliau berusia 10 tahun, beliau telah menghafal al-quran. Kemampuannya ini sesuai dengan harapan ibunya

"harapan terbesar ibu adalah agar Allah berkenan membuka hatiku, hingga boleh aku menghafal Al-quran dan membacanya dihadapan ibu dengan baik." tulis beliau dalam karya penerbitannya Taswir Al-Fanni fi Al-Quran 

[sumber rujukan]

Sedikit latar belakang pendidikan tokoh yang saya cukup kagumi ini. Beliau mendapat pendidikan awal di kampung halamannya sendiri kemudian merantau ke CAIRO pada tahun 1920. Antara institusi pengajian yang pernah diikutinya ialah 

Madrasah Abdul Aziz, fakulti Dar Al-ulum, Universiti Cairo, Standford university dan banyak lagi. Sebelum bergerak kerja dalam bidang dakwah bersama ikhwanul muslimin ketika usia beliau 45 tahun, Sayyid Qutb merupakan seorang pengajar dalam bidang akademik.

Titik tolak berlaku ketika beliau berada di negara barat, beliau melihat fenomena materialisme di barat yang gersang akan roh ketuhanan tidak layak dijadikan model kehidupan di dunia timur. Sayyid Qutb semakin yakin Islamlah yang sanggup menyelamatkan manusia.

Mehnah dari Allah

Kerana beliau aktif dalam kegiatan dakwah dan pendiriannya yang teguh pada pemerintahan mesir ketika itu Gamal Abdel Nasser ., akhirnya beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara selama 2 bulan tanpa pembelaan.

1945 beliau ditangkap lagi dengan tuduhan terlibat usaha membunuh presiden Nasser. Kali ini, beliau dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara. Atas usaha dan jaminan presiden Iraq pada ketikan itu Abdussalam Arif, Sayyid Qutb mendapat hukuman yang ringan dah kurang daripada 15 tahun. Daikeluarkan pada 1964.

Namun, 9 0g0s 1965, untuk kali yang ketiga, beliau ditahan kembali dengan tuduhan merencanakan kucar kacir terhadap pemerintahan dan usaha membunuh presiden ketika itu. Disini Sayyid Qutb dijatuhkan hukuman mati. Tindakan ini menimbulkan protes ratusan kaum muslimin di dunia arab dan beberapa negara Islam lainnya.


Pemikiran

Saya mengkagumi ketokohan beliau, terutama lagi dalam penulisan dakwah yang ditinggalkan sebagai legasi, rujukan para dai'e dan jundullah yang lain. Mengikuti gagasan pemikiran beliau, saya melihat tersurat dan tersiratnya akan gerakan beliau dengan karakter Islam otentik sebegitu besar ingin menampilkan Islam dalam wajah dan bentuknya yang moden, tetapi memiliki sikap dan prinsip tegas.. itulah jalan Sayyid Qutb.. tokoh antara yang saya kagumi.

Tidak sah jika saya tidak senaraikan 20 buah karya yang berjaya dihasilkan oleh beliau di sepanjang perjuangannya.

- Taswir Al-Fanni Fil Al-Quran
- Musyahidat Al-Qiyamaah fil Al-Quran
- Al'Adalah Al-Ijtima'iyyah fil Islam


- Tafsir fi Zilal Al-Quran
- Jalan pembebasan
- Rintisan Islam menuju perdamaian dunia
- Milestones
- Islam dan Universal peace
- Ma'rakah Islam wa Ra'sumaliyyah

dan banyak lagi.

Sunday 17 April 2011

LATHIFAH AS SURI (SAYAP KIRI HASSAN AL BANNA)

Assalammualaikm dan salam jihad.

Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Banna. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau, sayap kiri As-Syahid. Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.

Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali r.a.:

"Didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"

Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. 

Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang tegar, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. 

Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulakan berda’wah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam As- syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesetiaannya. 

Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri, menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. 

Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa dia harus bersedia jika sampai waktu dia harus menjalani hidup bersendirian tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Da’wah & Rumah Tangga

Da’wah Ikhwan yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan ringan-ringan. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa boleh menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Tidak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, dia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam As-Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. 

Jauh dilubuk hatinya, Imam As- Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam As- Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Wanita, Isteri & Ibu

Lathifah tidak pernah mengeluh walau seharian hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam As- Syahid padahal, Lathifah pun berlepas diri dari ia seorang isteri Imam As- Syahid- menyimpan banyak potensi. 

Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan tumpuannya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam As- Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam As-Syahid hanya menarik nafas panjang, dan kemudian berkata “Bapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam As-Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar .

Lathifah sangat menyedari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Dia mengosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Dia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. 

Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.


Pengetahuan & Perjuangan

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam As-Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, iaitu memperdalam wawasan keIslamannya.

Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. 

Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. 

Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. 

Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. 

Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. 

Keempat Roja, kini menjadi doktor. 

Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. 

Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. 

Semuanya itu sebagai bukti, betapa beertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’wah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..

Buat akhowat sekalian..

Kisah Lathifah, bidadari hidup As-syahid Hassan Al-Banna boleh kita jadikan contoh untuk membakar spirit perjuangan muslimah, banyak lagi kisah-kisah srikandi yang lain.

Saya dan kalian mempunyai impian yang berbeza, namun pokoknya adalah biar Bait Da’wah yang dibina ini makin menguatkan langkah perjuangan kita, malah menjadi tapak untuk lahirnya generasi yang akan menyambung perjuangan agar Islam kan terus gemilang dengan pendokong-pendokongnya.

Buat akhawat, siapkan diri sepenuhnya kerana dirimu akan menjadi sayap kiri dalam Bait Da’wah nanti. Andai masa ini dirimu masih lagi bersikap sambil lewa terhadap amalan diri , kurangnya ilmu, kurang berdisiplin, bersikap negatif..mungkin Bait Da’wah yang akan kita bina nanti hanya tinggal angan kosong.

Moga akhawat akan menjadi seperti Lathifah, tegar di sisi A-syahid Imam Hassan Al-Banna..

Ya Allah, jadikanlah buatku srikandi sejati yang menyedari dan memahami tuntutan perjuangan Islam, tidak kan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan Ummat, kurniakanlah kami cinta-MU sehingga kami tidakkan pernah meminta cinta selain-MU, dan tidakkan kami goyah pada cinta dunia ini kerana hebatnya rasa penggantungan dan rasa Cinta pada-MU..



Thursday 3 March 2011

IMAM AS SYAFIE (PART 1)

-ulama fiqh yang pandai bersyair-

Imam syafie ialah imam yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau ialah penyokong kepada ilmu hadis dan mujaddid bagi abad ke2 H. Beliau ialah pengasas mazhab syafie yang menjadi ikutan kita masyarakat islam di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 105H di bandar gaza palestin. Bumi di mana saudara-saudara kita kini di tindas dek kekejaman israel.

Ramai sedia maklum bahawa ulama terkenal ini begitu hebat, antara kehebatannya yang di anugerahkan ialah beliau dapat menghafal al-quran sejak masih kecil lagi dan memiliki daya ingatan yang kuat. Di samping mempelajari ilmu pengetahuan, beliau juga seorang yang mahir dalam seni memanah. Beliau pernah berkata “aku boleh mengenakan sasaran 10 dari 10”. Mendengar kata-kata itu, orang yang bersamanya berkata “demi Allah,bahawa ilmu engkau lebih baik dari memanah”

Imam syafie mengetahui ilmu kedoktoran dan cekap menunggang kuda. Beliau juga seorang yang tajam akal, kuat fahaman dan luas pandangan serta sangat mengetahui rahsia jiwa-jiwa. Ilmu fiqh yang dibawa oleh beliau merupakan suatu zaman perkembangan fiqh di dalam sejarah perundangan islam lantaran beliau menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal dan fikir dan ilmu fiqh ahli akal dan hadis. Satu yang ramai tidak mengetahui bahawa imam syafie merupakan seorang penyair yang unggul kerana ramai yang tidak pernah menuruti sejarah hidup beliau. Beliau meninggal dunia di mesir pada malam khamis selepas maghrib iaitu pada malam akhir bulan rejab 204H. Inilah serba sedikit maklumat berkaitan ulama tersohor ini. Wallaualam