Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Musim 'Kawan MAKAN Kawan'

kindergartenlibrary | 6:09:00 AM | 11Comments |
Why ? Sebab kadang-kadang kawan yang rapat dengan kita , kamcengg nak mampus dengan kita tu laa yang buat hal . Kawan yang rapat tu laa yang mengutuk , menjaja cerita sana sini , mencari kesalahan kita tanpa kita sedar tentang dia ! 

Kan bagus kalau korang rasa korang tak suka dengan kawan korang tu , korang bagitau je . Bukan hanya berbisik dengan kawan yang lain . Itu salah !

Maaf , sekarang memang tengah musim istilah yang dipanggil KAWAN MAKAN KAWAN ! Ini Fakta bila ramai cerita kat Nelly pasal kawan mereka , bila ramai yang update status pasal kawan mereka . Kenapa ? Sebab mereka dah tak tahan dengan sikap kawan sendiri . 


Ke mana pergi , bersama .Belajar bersama , Makan di kantin bersama , Keluar mana-mana bersama ,Rahsia dikongsi bersama .

Tup . Tup . Kawan yang dipercayai 100% tu la yang membongkarkan segala rahsia . What the fish ?

Nelly memang syukur gila bila ada kawan yang tak macam tu . Kalau Nelly tak suka perangai dia , selamba badak je Nelly cakap :






Dan , kawan Nelly akan jawab :


Bunyi macam kasar tapi , kitorang boleh lagi gelak sesama even kekadang hati ni panass je ! Haha ! 

Nelly akui Nelly bukan jenis yang kawan terus dan terus kamcengg gila . Sebab tu kawan Nelly memang ciput tapi kami happy ! Nelly ada tahap dalam kenal kawan sendiri . . 

Kalau Nelly rasa dia tak ngam , Nelly tak laa baik sebaik dengan kawan-kawan yang lain . Lagi-lagi kalau tau dia penipu habis , hipokrit habis . Hello , nak berkawan tak payah nak buat muka-muka sangat . Orang macam ni la yang susah nak kawan baik sangat . Sebab ?

Depan cakap lain , belakang cakap lain . . Tu yang payahnya ! 


Nelly kawan dengan dia dari darjah 2 ! Sampai sekarang rapat . Dia dah macam akak Nelly sebab lahir awal even sebaya . =p

Gambar masa Form 5 . Nelly kawan dengan dia dari Form3 !

Dorang ni kalau tak ada kat dalam hidup , mati kutu sikit laa . Sebab tak de kawan nak pangkah-memangkah dengan ayat-ayat pedas .


Ini kawan Blogger Nelly pulak . Yang ni dah 2 tahun lebih dah kawan . Masih malu-malu kucing sikit . Hahaha



Yang ni pulak pakwe Nelly dari London . Ni kalau tak ada sama masa tidur , sakit pulak badan rasanya . Hahaha . Sebab tak ada kawan nak buat bantal . =p


Memang kawan Nelly sikit , tapi Nelly kenal mereka dan ada aku kisah ?

 K , thanks !

Sunday, October 21, 2012

Apa jadi jika pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ?

kindergartenlibrary | 5:07:00 AM | 30Comments |

Semestinya , Nelly sekeras-kerasnya BANTAH sekiranya pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah ! Sebab ? Eh , mana aci tau ! Nelly dulu nak bawak pergi sekolah , kemain sorok even tak terkantoi ! Tup , tup boleh bawak ! Eh , tak aci , tak aci ~

Even telefon Nelly paling cikai pun , berharga untuk hantar mesej kau tau ! Hahahaha . Actually , bukan tu sebabnya . Banyak kesan yang negatif , bukan positif ok . Lain la kalau tau guna untuk kol mak bapak atas alasan malas pergi public . . *Boleh pakai kan alasan ni ? >.<*

Kesan negatif :

Situasi A : Guru mengajar kat depan . .

A (taip mesej) : Tayunk ngah wat pe tu ? Eish , musann laaa cikgu mengajar kat depan ni . Msej tayunk lg bgus kan ?
Guru : Ok A , sila selesaikan masalah matematik yang saya baru ajar tadi .
A : Huh ? Apa yang dia ajar tadi ?

A bangun dan tak tau apa-apa pasal pembelajaran tadi .

Situasi B : Gaduh

A : Eh , jumpa lu kat luar nanti . Kasi pukul lu . Wa panggil abang besaq wa !
B : Ok , set ! Jaga lu nanti !

A dan B dengan mudahnya tepon abang besaq dan semestinya terjadi pergaduhan besar-besaran selepas waktu sekolah . .

Situasi C : Memandangkan tepon semua canggih-canggih + sekolah ada wirelessssssss !

A : Ah , bosan laa kat dalam kelas yang tah pape ni. . (Online Facebook . .)
Guru : A , apa kamu buat tu ?
A : Online Facebook cikgu ! Maklum laa , wireless sekolah ni tengah laju . .

Cikgu nak marah pun tak boleh kalau pelajar dah dibenarkan bawak tepon . Rampas ? Boleh tak ya ?

Situasi D : Ponteng 

A di belakang bangunan . . Taip mesej kepada B yang berada kat dalam kelas .
A : Nnti tolong ambikkan beg aku . Senyap-senyap tau . Aku kat belakang bangunan ZZZZ ni .
B : Ok , set . Kau tunggu je . Nnti ada budak hntarkan kat kau .

Dan , bermulanya gejala ponteng yang semakin berleluasa . .

Situasi E : Curi

Hp dan barang canggih-canggih A telah hilang . Jadi , A menuduh B mencuri hp dia dan jadi masalah pulak pada cikgu untuk mensetelkan kehilangan hp bebudak-bebudak ni .




See ? Nampak ? Nampak ? Susah sikit nak cari kesan positifnya . .
Ada banyak lagi situasi tapi lu pikirr laa sendiri ! Hahaha . .
Aku dah kata jangan bawak tepon ! Jangan . Faham kan ? Hahaha .


Harap-harap tak dibenarkan ya sampai bila-bila bebudak-bebudak . Ada bantahan ke wey ??

Confirm ada yang tak setuju !

Tuesday, May 1, 2012

Inikah cara menegur yang baik ?

kindergartenlibrary | 5:11:00 AM | 73Comments |

Situasi : Bila orang upload dorang punya COVER dekat Youtube :
  • Woi , suara tak sedap ! Macam Harem !
  • Dari kau sibuk-sibuk nak melalak , apa kata kau tolong mak kau kat dapur cuci pinggan ?
  • Eish , muka dahlah tak hensem , suara pulak tak sedap . Ada hati nak upload kat youtube ! Padamlah wey !
  • Alahai dik , asal suara macam katak panggil hujan ?
  • Eh , ni nyanyi ke berpidato ? Kelakarlah doe !
  • Wah , pakaian kemain seksi ! Fb ada ? Nom tepon ada ?
  • Dik , apa ni ? Muka dah lawa , suara mengalahkan bunyi kuda ..


Dan bla . . bla . . bla . . . Korang masa mengomen kat situ , tak ada rasa sakit hati ke ? Cuba korang pula yang upload dan kitorang semua cakap macam tu ? Mesti 360saat/km kau cari sapa yang tulis perkara buruk-buruk tu kan ? 

Situasi : Bila orang tak tutup aurat dan berpelukan upload kat Facebook dan Twitter :
  • Dik , comelnya . Rambut pun dah lawa dah tu . Geram tengok .
  • Alahai , sweetnya korang peluk-peluk !
  • Cantik badan . Nom telefon ada ?
  • La , kau peluk-peluk je ke ? Lagilah ! Baru best .
Dan bla . bla . bla . Korang tak rasa apa-apa ke ? Pada mereka yang ceramah bagai nak 'rak' tu , memang tak dinafikan itu satu perkara yang bagus tapi tak perlulah melampau-lampau sangat dengan ayat sindir-sindir bagai . Tapi , pada mereka yang bagi sokongan semua tu apa kes ? Menggalakkan ??


Situasi : Bila berita buang bayi :
  • Apa ni ? Mak bapak tak ajar agama ke apa ?
  • Huh ! Tak malu punya budak ! 
  • Tak ada perikemanusiaan betul ! Bodoh !
  • Ha , patut pun ! Perempuan pakai seksi nak mampus . Sampai seksa mata aku !
  • Pakai tudung pun belum tentu baik ! (Bab ni Nelly bengang betul ! Habis semua yang pakai tudung kena sekali ! Jangan nak samakan ya !)



   

Dan bla . bla . bla . Eceh , kalau bab mengomen yang pedas-pedas , korang memang nombor 1 !
Jom patah balik , siapa pula 'gelaran' yang mengomen menggalakkan semua tu ? Adakah korang ? Atau orang lain ? Nelly nak menaip entri lebih-lebih pun , takut nanti pandai cakap je ! Tapi 240darjah , Nelly ambil dari pelbagai sudut sama ada negatif atau positif dan apa yang Nelly tulis semua ni adalah apa yang Nelly pernah baca .

Untuk tulis entri macam ini , mesti ada yang nak hentam Nelly 180kali kan ? Dari asyik fikir sudut yang negatif memanjang , apa kata korang fikir yang positif untuk jangka masa panjang ? Sebelum memberi sebarang komen , TOLONGlah letak diri korang kat situasi tu . Rasa pula sakit tak hati korang kalau korang yang dapat ayat tu ?

(Fikir sebelum komen)

Ya , korang akan kata :

A: Kalau tak tegur macam tu , mana dia nak sedar beb ? 

B: Banyak caranya beb ! Tegur dengan baik . Mana tau satu hari nanti dia berubah . Kalau kasar-kasar , ada ke yang nak ikut ? Kau pun belum tentu nak buat kalau aku suruh kasar-kasar  + sinis + minisan + pedas 100x cili nak masak sambal ! Hehehe

Korang rasa nak BANGKANG , sila BANGKANG ! Kalau rasa nak SOKONG , sila SOKONG !




Sekian , tq ! Like if suka .. 

Monday, March 26, 2012

Tingkatan 6 pilihan UTAMA !

kindergartenlibrary | 5:39:00 AM | 25Comments |
Adik-adik comel yang baru lepas SPM tu bolehlah baca apa yang akak Nelly nak terangkan mengenai Tingkatan 6 ! Ramai yang dah tanya Nelly . So , Nelly buat entri berkaitan Tingkatan 6 !

Tingkatan 6 ni salah satu cara paling mudah nak masuk U dan terus dapatkan ijazah . Ia juga mengambil masa selama 1 tahun setengah . So , kena study gila-II jugalah !

Tingkatan 6 tak boleh hanya berharap pada kawan-II saja , kena banyak bertanya dari sekolah lain . =)
So , itu gunanya Facebook ya . Hehehehe . .

Mata pelajaran yang Nelly ambil Sejarah , Pengajian Am , Bahasa Melayu , Pengajian Perniagaan dan Muet . Pengajian Am WAJIB LULUS ! Kalau GAGAL , tak ke mana ya !
Actually , nak kata payah , agaklah . Tapi , kenalah rajin . Jangan malas macam saya ! Haha . . Study last minit !

Apa yang Nelly tau , nak masuk tingkatan 6 ini kena dapat 4 kredit termasuk lulus Bahasa Melayu . Pilihan ada di tangan korang sendiri . Korang boleh pilih untuk masuk Matrik (Bagi aliran mereka yang terpilih sahaja) , tingkatan 6 atau Universiti bertaraf Diploma ... Tingkatan 6 juga dikira standard Diploma juga ..

Cuma , tingkatan 6 ini berada disekolah ! So , kena pakai baju sekolah balik . Ala , buat tak tau je ! haha ..
Untuk tingkatan 6 bawah akan datang akan mengikut semester . So , pointer korang kena selalu 'up' !!
Ala , kira ok la tu . Belajar , exam dan belajar baru pulak . Tak macam Nelly dulu ! Belajar gila-gila . Hafal semua untuk 1 exam yang tentukan O.K atau K.O ! Sekali exam besar sampai , semua nak keluarkan ! Haish ! Pening ooo masa tu .

 

Fakta Tingkatan 6 !

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil untuk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Kelebihan Tingkatan 6

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
  • Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
  • Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
  • Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok. Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki dah di universiti kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
  • Setiap subjek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.
  • Sastera pun susah, sains pun susah. Tapi ingat ini bukan dijadikan alasan untuk tidak berjaya ye! Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi kualiti sijil STPM ni bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang ni. Maksudnya boleh cuba minta jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan, layari laman web spa.gov.my. Semua jawatan diploma boleh cuba dipohon.

So ? Dah faham ? Semoga buat pilihan yang tepat ! ^_^
Tak faham boleh tanya Nelly di Facebook !


Memang form 6 susah , tak nafikan tapi banyak manfaatnya ! Kalau dapat , apa salahnya pergi . Tak rugi . Nanti masuk ijazah , benda yang sama juga korang belajar masa kat form6 . . Chill ^_^

Saturday, January 7, 2012

Buang semua gambar yang FULL dari akaun laman sosial !

kindergartenlibrary | 5:06:00 AM | 45Comments |
Salam semua ! Ini peringatan untuk semua perempuan . .
Nelly dapat info ni masa mak Nelly tunjuk dekat Nelly . Tak sangka makin gila orang sekarang ~


Pada perempuan yang Nelly sayangi , tolong delete gambar full korang !
I mean , gambar dari atas sampai bawah . .  Sebab ? 


Gambar korang akan diedit menjadi BOGEL walaupun menutup aurat !


Contoh : 

Hati-Hati Wanita Gambar Anda Mungkin Dibogelkan

Bagi yang berbaju putih , amatlah senang untuk diedit ! Biasalah , zaman IT sekarang , orang salah guna teknologi yang ada . . Nelly pun dah tak berani nak letak gambar yang full dalam Facebook . .  Tak nak jadi mangsa 'orang gila'. . .


Walaupun PALSU , tapi , pastinya MEMALUKAN !


Cara untuk elak gambar anda kena edit dan bogel
Senang jer, korang jangan pakai baju warna putih sebab baju putih ni akan memudahkan gambar anda diedit dan dibogelkan.

Kredit : Sini

Pesan Nelly : Apa pun warna baju korang , padamlah sementara sempat . . 
Orang zaman sekarang banyak yang gila dari waras . Nampak je normal , dalamannya dah tak betul ~

Wednesday, June 1, 2011

Ini nak cakap kes apa ni ? Bodoh ke bangang ?

kindergartenlibrary | 6:05:00 AM | 104Comments |
السلام عليكم

Ish , geram ! !
Nelly tahu Nelly insan tak minat tengok berita tapi disebabkan Nelly ini tertengok berita masa adik Nelly buka tadi , satu berita yang buat Nelly bengang !

Kenapa ?
Ada patut seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dicampak dari apartment yang dipercayai dari Tingkat 5 .
Sadis + Sedih + Geram . .
Sesuka hati dia saja nak campak-campak . .

Rasa macam nak cakap dia ini bodoh gila . Bukan bodoh lagi dah .
Macam-macam perkataan nak keluar . Ha , kan dah emo . . .
Siapa yang tak emo kan , binatang pun tak sanggup nak buang anak dorang . . .

Kenapa manusia makin kejam , kejam dan kejam !
Tahulah dunia dah akhir zaman , agak-agaklah sikit . . .
Ish , macam-macam kes .
Tapi , kes ini Nelly betul-betul terkilan . . . Manusia tu yang dicampak-campak !

Terasa sayu + emosi jadi tak stabil dah ni ~

Korang , apa korang rasa ? 
Nelly dah tak boleh nak cakap dah ni ~

Thursday, April 7, 2011

Lain tubuh , lain perangai !

kindergartenlibrary | 5:58:00 AM | 72Comments |
 السلام عليكم


Korang di kategori mana ? Melalui tubuh juga , seseorang mampu untuk dikenal pasti . .

Kategori Ectomorph
Individu-induvidu kategori ini dikenali pasti mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil . Mereka dalam kategori ini lebih suka membuat kerja sendiri , ada pula yang gemar mengasingkan diri , mendiamkan diri , berfikir serta cenderung kepada sikap introvert , iaitu tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai .

Kategori Mesomorph
Individu-individu dalam kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh sasa dan berotot serta tegap . Mereka dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam tindakan .

Kategori Endormoph
Individu-induvidu dalam kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi . Mereka dalam kategori ini gemar bercampur-gaul , kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati .

Terima kasih dekat buku bertajuk Magnet Cinta !
Nelly pinjam dekat perpustakaan ~

Wednesday, February 2, 2011

Kenapa Malaysia internet lembap ?

kindergartenlibrary | 10:32:00 PM | 39Comments |
السلام عليكم


Korang tahu kenapa ?
Korang tengok bawah ini Malaysia yang keberapa :


Lembap kan ? 

Tuesday, December 28, 2010

7 Keajaiban dunia

kindergartenlibrary | 8:51:00 PM | 2Comments |
السلام عليكم


1) KAABAH DI MEKAH.
Tempt ni adlh antara 7 kejaiban di dunia...adakah di mane2 tempat dapat mngumpulakan berjuta2 org dalam 1 mase..dan berjuta2 org itu dpt mngikut perintah seorang imam ketika sedang beribadah kepada Allah..Subhanallah..mmang menakjubkan..

2) TAJ MAHAL DI INDIA.
Dikatakan dibina kerana shah jehan ingin membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, mumtaz..lalu di binanya taj mahal yg kekal sehingga hari ini..masih megah di India, semegah cinta shah jehan kepada mumtaznye..

3) MACHA PICCHU DI PERU.
Kata nama lainnye adalah gunung tua..ia di percayai adalah 'kota kaum inca yg hilang'sebelum ditemui, kawasan ini di tutup lebat oleh tumbuhan2 di sekitarnye..

4) DI COLOSSEUM.
Pada saat itu adalah tempat penyelenggaraan sebuah pertunjukan yang spektakuler, yaitu sebuah pertarungan antara binatang (venetaiones), pertarungan antara tahanan dan binatang, eksekusi tahanan (noxii), pertarungan air (naumachiae) dengan cara membanjiri arena, dan pertarungan antara gladiator (munera). Selama ratusan tahun itu, diperkirakan ribuan orang maupun binatang mati di pertunjukkan Colosseum.

5) PETRA DI JORDON
Menurut sejarah, PETRA  merupakan tempat dimana nabi musa memukul tongkatnya pada sebuah batu dan keluarlah mata air dari batu tersebut. Di situ juga dikatakan nabi harun di makamkan.

6) THE PYRAMID AT CHICHEN ITZA DI MEXICO
Adalah suatu Situs Peradaban Maya di Mexico pada abad 800 sm.THE PYRAMID AT CHICHEN ITZA di kompleks bersejarah ini dipercaya sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan (kini wilayah Mexico). Itza merupkan titik sentral kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang.

7) TEMBOK BESAR CINA.
 Panjangnya adalah 6.400 kilometer (dari kawasan Sanhai Pass di timur hingga Lop Nur di sebelah barat) dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongoldari Utara pada masa itu. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m.
Untuk membuat tembok raksasa ini, diperlukan waktu ratusan tahun di zaman berbagai kaisar. Semula, diperkirakan Qin Shi-huang yang memulai pembangunan tembok itu, namun menurut penelitian dan catatan literatur sejarah, tembok itu telah dibuat sebelum Dinasti Qin berdiri, tepatnya dibangun pertama kali pada Zaman Negara-negara Berperang. Kaisar Qin Shi-huang meneruskan pembangunan dan pengokohan tembok yang telah dibangun sebelumnya.


Friday, December 24, 2010

Rumah Mr. Bean Rowan Atkinson

kindergartenlibrary | 4:44:00 AM | 8Comments |
 السلام عليكم
Korang kenal Rowan Atkinson yang lebih popular dengan panggilan MR.BEAN ! !
Memang tak sangka walaupun suka buat lawak bodoh yang selalu kita tonton kat televisyen , tapi ternyata dia seorang yang memang kaya . . Kat bawah ni pulak gambar2 dalam rumah dia . MemaNg tak SANGKA  ! !



 Ruang Keluarga
Bilik Tidur 1
Bilik Mandi
Kolam Renang
Ruang Makan
Bilik Tidur 2
Halaman Rumah
Ruang Tamu

Orang yang mengaku dibawa ke neraka

kindergartenlibrary | 4:30:00 AM | 2Comments |

 السلام عليكمYang ni tak tahu lah betul ke tak . . No komen . . Baca je lah . .
5 Orang Yang Mengaku Pernah Di Bawa Ke Neraka

1.Philip Mantofa
Dibawa ke neraka pada tanggal 1 Januari 2000. Di sana beliau melihat bagaimana orang-orang yang tidak mengenali Tuhan disiksa oleh iblis terus menerus tanpa berhenti. Dia melihat lembah api dan melihat wanita yang suka berzina sedang disiksa.
2.Jennifer Perez 
Dibawa ke neraka pada tanggal 2 Mei 1997. Waktu itu umurnya baru 15 tahun. Di neraka dia melihat setan-setan menyiksa jiwa-jiwa yang belum diselamatkan. Ada yang dipancung, ada yang ditusuk-tusuk badannya. Pulang dari neraka dia langsung bertaubat.
3.Bill Wiese
Beliau pernah ada di neraka selama 23 minit. Di sana dia merasa sendirian, ketakutan melihat setan sedang menyiksa orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan, melihat daging terbakar dan bagaimana baunya yang membuat mual.Pengalamannya di neraka ditulis dalam buku “23 Minutes in Hell”.
4.Daniel Ekechukwu
Lelaki dari Nigeria ini mengalami kemalangan kereta dan sudah dinyatakan meninggal.Tapi 3 hari kemudian hidup kembali. Selama 3 hari itulah beliau dibawa ke neraka. Disana dia melihat orang-orang yang makan dagingnya sendiri, terus dimakan lagi. Terus begitu sampai selamanya.
5.Mary Katrin Baxter
Wanita ini dibawa ke neraka tahun pada 1976. Di sana dia melihat ada lembah berbentuk mangkuk yang berisi api yang tidak pernah padam.Di dalam api itu ada orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan. Mereka dihukum disana selamanya.Kesaksian itu dibuat dalam buku yang diberi judul "A Divine Revelation Of Hell".





Thursday, December 23, 2010

Pernikahan paling pelik di dunia

kindergartenlibrary | 11:58:00 PM | 8Comments |


السلام عليكم
Haish ! ! Korang namapak tajuk2 tu ? pelik2 . . tu lah manusia zaman sekarang . . Kawen pun nak pelik2 . . Macam keterangan kat bawah2 ni . . 


1.Menikah Dengan Arwah
Maut tidak dapat memisahkan cinta sejati.Begitulah yang dialami Jaskiewicz Magali dan Jonathan George.Pasangan kekasih ini tetap melangsungkan pernikahan meskipun pengantin lelaki telah meninggal dunia lebih setahun.Seperti yang diberitahu Telegraph,pasangan yang telah menjalin hubungan cinta selama enam tahun itu awalnya bercadang menikah di sebuah dewan bandaraya di Perancis pada November 2008. Namun, George mati dalam kemalangan motorsikal,dua hari menjelang pernikahan.Setahun berlalu,tapi Magali susah melupakan rasa cintanya terhadap George.Dengan sokongan keluarga dan sahabat,wanita 32 tahun itu nekad melangsungkan pernikahan dengan foto George di sebuah dewan bandaraya di Dommary-Baroncourt,timur Perancis, pada November 2009.
2.Menikah Dengan Menara Eiffel
Erika 39 tahun,seorang bekas askar yang tinggal di San Francisco.Dia memang telah lama mempunyai pengalaman jatuh cinta terhadap benda-benda.Pertama kali, Erika tergila-gila pada Lance,sebuah anak panah yang membantunya menjadi seorang pemanah.Rasa cintanya kemudian beralih pada Tembok Berlin.Dia bahkan mendakwa dirinya memiliki hubungan fizik dengan sepotong pagar yang dia simpan di dalam bilik.Tetapi Menara Eiffel merupakan pilihan terakhirnya.Di tengah pesta pernikahan sederhana yang dihadiri sanak saudara pada 4 Jun 2008,dia mengucap cinta dan janji setia. Seperti diberitahu Telegraph, sejak pernikahan itu,dia pun menggunakan nama 'Erika La Tour Eiffel'.
3.Menikah Dengan Diri Sendiri
Liu Ye 42,lelaki berasal dari Zhuhai,China begitu mencintai dirinya sendiri.sehingga dia nekad melangsungkan pernikahan tradisional dengan dirinya sendiri di hadapan lebih 100 tamu undangan.dia mengabadikan gambar dirinya di atas sebuah papan styrofoam dengan solekan seperti pengantin perempuan bergaun merah."Ada banyak alasan untuk menikah dengan diriku sendiri,terutama untuk mengungkapkan ketidakpuasan terhadap kenyataan,"kata Liu.Liu menafikan tuduhan sejumlah orang yang mengatakan bahwa dia gay.Upacara pernikahan berlangsung mengikut adat masyarakat China.Upacara juga dihadiri seorang pengiring pengantin perempuan dan seorang pengiring pengantin lelaki.Semua tradisi dia ikuti demi menghormati nenek moyang dan para tetamu yang hadir.
4.Menikah Dengan Bantal
Cinta sejati kadang-kdang muncul dalam pelbagai bentuk.Seperti yang dialami Lee Jin-gyu.lelaki asal Korea ini memberanikan diri menikahi bantal 'dakimakura' kesayangannya yang dilekatkan gambar karakter anime.Bantal kesayangan Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari siri anime 'gadis ajaib' yaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.Pemuda 28 tahun yang dijuluki 'otaku' ini menikahi 'mempelainya' yang muncul dengan gaun pengantin.Pernikahan pelik ini diadakan dengan sangat serius,lengkap dengan jurunikah dalam sebuah upacara khas.Tidak heran jika pernikahan pelik ini mendapat liputan meluas dari pelbagai media.

PELIK2 . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...