 |
CREDIT TO GOOGLE |
“boleh tujunyanyi lagu?” “boleh..boleh,silakan”
“Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli”
Lagu ini khas untuk entry ini bukan ehem2 ya..HAHA
Korang rindu zaman kecik-kecik tak? AA nak imbau zaman kegemilangan kanak-kanak ribena boleh?
Oh ye,siapalah ye mula-mula create istilah ‘kanak-kanak ribena’ ni ah? Konfius pakcik..
Baiklah teruskan pembacaan anda.HUHU
MEMORI PADA ZAMAN KANAK-KANAK RIBENA :
1)Selepas pulang dari sekolah,cari kedai aiskrim dan gula-gula!!
-Memandangkan sekolah rendah AA berhampiran dengan dengan jalan raya,AA dan rakan-rakan pun serta merta laa serbu pak cik jual aiskrim nie..Aiskim pop dan aiskim buat sendiri tula..20sen je time ni(murah kan?)..Beli dua batang,perisa milo(feveret woo) dan oren…zaman ni,2 perisa ni je AA hafal.HAHA.. Selepas itu,candy feveret AA ialah gula-gula hantu ..balik rumah saje mak hampir meloncat tengok lidah anak dia berwarna warni.HAHA
2)Zaman sekarang PS3 dan Farmville tetapi kami dulu….
-Korang taw tak.. budak dulu-dulu,memang kreatif dan inovatif lah dari segi mencipta permainan yang tak memerlukan banyak kos dan duit api.. Permainan yang AA selalu main petang-petang ialah :
*nak senarai banyak sangat tapi ini sebahagian
#Buaya-buaya –Ok yang ini,siapa kena sip @ sentuh dia jadi buaya
#Sungkit lidi -uji daya fokus kita
#SOS @titik@binggo- TERBAIK!!
#Baling selipar/tin- siapa yang tak pernah main sila bunuh diri!! Gila best ah!!
#Jala-jala itik- halamak… comel plak bila AA teringat time ni.HAHA
#Hide and seek @ main nyuruk-nyuruk- sampai maghrib pun tak rasa takut time ni.HAHA
#tutup botol-adess.. lamanya tak main!!
#daun terup-gigih kau tiup ya.HAHA
#nombor –guna semua jari tgn dan siapa kalah kena jentik
#zero tarzan- sanggup kumpul duit nak beli getah!
#main dam- punyelah seronok dapat haji.HAHA
#main nama/negeri/buah kegemaran ikut abjad terpilih
#polis entry @ kejar-kejar -tak silap perkataan 'chop!' dari permainan ini
#bola beracun
#kejar/pukul lalat
#tikam –punye nakal time ni..
#jerat tikus- halamak.. siapa tinggi dia mudah la.HAHA
#anak kambing patah kaki..apa eh nama permainan ni?lupe2
#galah panjang- walaweh.. AA memang expert permainan ni..HAHA
#guli
#congkak
#pondok-pondok
#lawan daun @kapal paling laju sekali dekat longkang umah jiran(lepas hujan)
#gasing
#tenteng -guna kaca sebagai buah.huhu..
#konda kondi@ catuk ayam
#sep-sep - tak silap,orang last kena pukul tapak tangan smpai dpt.HAHA
#batu seremban -paling selalu
#enjit-enjit semut -nsib kak limah pon join time ni.HAHA
#goreng pisang -uji idea masing-masing
#sembunyi barang
#lawan mata tak berkelip
#layang-layang- touching kut bila benang putus @ tersangkut.HAHA
Camner? Berair mata korang baca an?HAHA.. touching woo bila imbau balik kenangan time ni.. Cuba tanya zaman ‘budak facebook’ hari ini dorang taw? Neverrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!
3)Eh lori Milo datang!!
-Masa sekolah rendah,sentiasa ada kejutan.. Al maklumalah ,zaman kita innocent ni orang nak bagi sesuatu yang best mesti kita seronok lain macam.. Contohnya,dapat air milo sejuk free.. HAHA.Kawan AA sanggup beratur balik,nak refill air . Punye la dia suka.HAHA
4)Cikgu.. saya takut doktor!
Haaa.. Siapa tak takut doctor kan?Time ni,jantung kami mula dah berdebar-debar sebab gigi kesayangan akan di cabut sikit masa lagi..hamekk kau!! Mana nak lari..HAHA .Time tunggu waktu giliran,memang tak keruan lah dalam kelas… Ada kawan AA,sanggup ponteng sekolah.. Lastly,kantui juga sebab gigi dia banyak sangat rongak .Macam AA ada jugak tapi tampal ah banyak.HAHA.. Tapi memori indah ada gak,gosok gigi beramai-ramai guna berus/cawan sendirik..AHAKZ!
5)Orang suruh baca buku dia tengok kartun!
-Orang kata zaman kanak-kanak ribena lah ,nak itu dapat… nak main tak tahu bahaya..HAHA.Time kecik-kecik dulu,AA suka layan citer A.L.O.N.G (takleh bla masa segmen Siti Sifir.HAHA)Dragon Ball, Ultramen,Power Rangers,Kluang Man,Silat Legenda,Usop Sontorian,Anak-anak Sidek dan macam-macam lah .Tapi…. Paling tak miss,kartun Sailormoon.Sampai hari ini,kalau bersembang dengan kawan-kawan lama sure tak lepas dari tag line ni”dengan kuasa bulan ..akan menghukummu!!” LOL .Cuba Tanya budak sekarang apa tagline yang diorang ingat? Sure tak boleh lawan zaman 90an duluuuu..HAHA.. sekarang ada ANIMAX,kami dulu Alam Ria bersama-sama koko crunch je dik.. sob sob
Sebenarnya banyak lagi memori kanak-kanak ribena ketika zaman AA .Tapi yang ini je boleh tulis setakat hari ini.. Nanti banyak sangat boleh buat novel pulak.HAHA..
Cuba kita fahami kata-kata dibawah ini:
A child can ask questions that a wise man cannot answer..
Children make you want to start life over. ..and
Children are unpredictable. You never know what inconsistency they're going to catch you in next.
NOTA KAKI: “Yeah, Tora datang lagi!” masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku