Assalamualaikum dan Salam Persaudaraan,
Di hari mulia ini ,AA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Dan Batin.
Maafkan lah jika ada terkasar bahasa, terkurang atau terlebih dalam mengeluarkan kata-kata. Jangan lupa berterima kasih pada bulan ramadhan kerana menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya. Err.. Istiqamah mana yang baik.
TIPS KETIKA BERAYA:
1) Hati- hati di jalan raya
2) Jangan main mercun. Bunga api xpe.. Hihi
3) Jangan terlalu mengharap duit raya. Carilah kemaafan dahulu.
4) Jagalah makan dan minum. Masa tengah makan tu, cuba bayangkan nilai kalori terpacul keluar. Haha
5) Utamakan silaturrahim. Bukan selalu dapat bersua muka kan?
TIPS NYALAKAN MOOD KETIKA BERAYA:
1) Dengar lagu raya
2) Menerima tetamu dengan tangan terbuka k
3) Tengok gelagat kanak -kanak
4) Habiskan masa bersama orang yang tersayang
5) Makan makan makan makan makan .Kan?
Baiklah itu sahaja. Mungkin AA akan lama mendiamkan diri ketika lebaran ini.
Al maklumlahh.. busy dik. konon kan! Hahaha. lepak kat twitter dow
eh jap, terima kasih pada yang sudi hantar kad raya, *terharu
siapa nak duit raya datang umah den ;p
siapa nak duit raya datang umah den ;p
Assalamualaikum. Kbye.
NOTA KAKI: Cadang nak buat Vlog untuk wish raya, tapi segan la plak.. Ececeh..