Assalammualaikum semua
sebenarnya kita sering mengungkapkan merdeka... tapi adakah kita benar2 faham apakah ertinya kemerdekaan itu... merdeka adalah kebebasan dan kemenangan kita dari pihak penjajah.. tapi benarkah kita sudah merdeka??? merdeka dari pelbagai segi... pemikiran kita, adat kita, cara kehidupan kita...
setiap hari kita menjadikan hari sibuk untuk bekerja mencari duit..balik kita rehat kerana letih, esok kembali bekerja.. itukah erti kemerdekaan dalam diri kita??? ntah la.. marilah kita fikir bersama...
dalam samping kita cuba mencari erti merdeka yang sebenarnya ini... bersyukurlah berada dalam keadaan bahagia... sebenarnya tahun nih kita bertuah.. kita menyambut 2 kemenangan di hari yang sama... moga Allah memberi keberkatan kepada kita...
cintailah, agama, bangsa dan negara kita... dan untuk mencintai itu, mulakanlah dulu dengan diri, keluarga dan persekitaran kita... jangan ikut kebaratan orang..kerana kita adalah orang timur yang merdeka...selamat hari kemenangan semua..:)