Showing posts with label IT Segmen. Show all posts
Showing posts with label IT Segmen. Show all posts

Monday, February 2, 2009

3 cara nk download MP3, Video Clip dan eBook dari Google

Google merupakan search engine yang sangat berkuasa untuk melakukan carian.Tapi tahukah anda Google juga boleh digunakan untuk mencari mp3,video klip,ebook dll dengan mudah? Malah anda boleh direct download dengan mudah menggunakan IDM,berbeza daripada File Hosting Servis yang memerlukan akaun premium seperti Rapidshare dan MegaUpload. Kat sini saya nk berkongsi dengan anda 3 cara tersebut. Selamat mencuba...

CARA 1 :
1- Bukak website http://www.google.com.my/
2- Taip kat search box ikut format seperti dibawah :
?intitle:index.of? mp3 artist songtitle
3- Contoh :
4- Contoh hasil carian :

5- Saya memilih carian #2 dari list carian tadi...

6- Untuk download Ebook, anda hanya perlu menukar perkataan mp3 dengan PDF. Untuk video klip pula, tukarkan mp3 kepada AVI atau format video lain yang dikehendaki. Contoh seperti di bawah :




CARA 2 :
1- Masuk web Goofile
2- Masukkan fail yang ingin dicari dan klik search.

3- Contoh hasil carian

4- Goofile sebenarnya menggunakan enjin carian Google dan memudahkan kerja anda tanpa perlu menaip “?intitle:index.of? mp3 artist songtitle” pada Google.

CARA 3 : (RECOMENDED)

1- Masuk ke web G2P
2- Masukkan carian anda dan pilih search option di sebelah kanan.


3- Contoh carian :

4- G2P juga menggunakan enjin carian google dan memudahkan pencarian fail anda.



Saturday, January 10, 2009

Mengalami masalah "NTLDR missing"

Tentu pernah anda menjumpai situasi sebegini ketika ingin loading Windows XP.
“NTLDR Missing”
“Press Ctrl-Alt-Del to restart”
Apabila ini berlaku masalah besar mula timbul dimana anda tidak boleh masuk ke Windows XP lagi. Jika anda mempunyai Cd Windows XP anda boleh membaik pulih dan kembali kepada sedia kala.


Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi proses pemulihan.
Langkah-langkahnya adalah :
1. Boot computer anda dengan cd tersebut
2. Di menu Setup Windows Xp, press (tekan) R untuk repair windows.
3. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file dengan menggunakan arahan
c:\copy x:\i386\ntldr c:\
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\
5. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

***x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web

Proxy Sekat Pengguna ke Laman Web
Anda tidak boleh melayari laman web yang dikehendaki seperti [ myspace, friendster, surat khabar online & sebagainya ] dipejabat ?..Ini disebabkan pejabat anda menggunakan Proxy Server atau firewall…Banyak tujuan sesetengah pejabat kerajaan, bukan kerajaan, universiti atau sebagainya meggunakan Proxy Server adalah tidak membenarkan kakitangan pejabat untuk melayari internet supaya data-data atau maklumat yang tidak diingini [ virus, spam, dan sebagainya ] masuk kedalam sistem komputer…

Banyak cara untuk melepasi Proxy Server, tetapi anda kena paham maksud Apa itu Proxy Server ?..

Blog ini adalah untuk pengetahuan dan pembelajaran..

“Proxy server is a computer that offers a computer network service to allow clients to make indirect network connections to other network services. A client connects to the proxy server, then requests a connection, file, or other resource available on a different server. The proxy provides the resource either by connecting to the specified server or by serving it from a cache. In some cases, the proxy may alter the client’s request or the server’s response for various purposes.” -From Wikipedia-

PROXY SERVER adalah sejenis penimbal ( buffer ) diantara komputer anda dengan sumber internet yang anda layari [ laman web, arkib FTP, dan sebagainya ]…Data atau maklumat yang anda minta dari internet akan melalui Proxy Server dahulu, kemudian Proxy Server akan menghantar data yang dipinta kepada anda selepas menerima data dari internet. .

Proxy Server juga adalah tempat menyimpan data yang pernah dimohon oleh anda sendiri.
Sebagai contoh:
PenggunaA ——> PROXY SERVER ——> Internet
Pengguna A <—— PROXY SERVER <—— Internet

Apa itu RSS?

Apa Itu RSS?
Anda tentu pernah lihat ikon RSS di laman-laman web..Ikon ini memberitahu anda atau pelawat dimana RSS Feed disediakan bagi laman web tersebut..Tapi Apa itu RSS?…Apa Kegunaannya?…Macam Mana nak guna?…Pasti persolan ini bermain difikiran mereka yang tidak mengetahui atau tidak pernah menggunakan RSS ni..Tak kira apa pun rupa bentuk yang anda jumpa, ia tetap membawa kepada 1 tujuan yang sama….

Apa Itu RSS?
Sesetengah pelawat masih lagi tidak mengetahui kelebihan & kegunaan RSS Feed ni…RSS ialah singkatan bagi RDF Site Summary atau Rich Site Summary. RSS adalah sebuah format programming web berbasis XML yang dapat digunakan oleh pemilik web untuk melakukan ringkasan isi web…RSS feed ini dibaca samada menggunakan pelayar web anda atau menggunakan FeedReader…

Apa Itu Kegunaannya ?
RSS ini digunakan untuk membolehkan dan memudahkan anda membaca artikel-artikel yang terbaru termasuk juga artikel-artikel yang lain pada sesuatu laman web tanpa mengunjungi atau melayari laman web tersebut…Ia menghantar artikel terus kepada anda…Anda akan dapat mengetahui ringkasan dari isi laman web, dan sekiranya anda ingin mengetahui keseluruhan isi pada artikel tersebut, anda hanya perlu mengklik pada link artikel tersebut..

Apa Kelebihannya ?
Ia boleh menjimatkan masa dan membolehkan anda membaca artikel-artikel dari laman web kegemaran anda dengan pantas…Anda juga tidak akan ketinggalan atau terlepas untuk menerima aritkel-artikel baru…Bayangkan anda mempunyai 50 laman web kegemaran, pahtu anda nak kene melayari satu per satu laman web, bagi melihat terdapat artikel baru… Itu jika laman web tu kemaskini pada hari tu, kalau tak der…Rugi masa kan..