Friday, January 30, 2009

Kursus Udang Galah @ Ulu Bendul,

Ahad lepas, 25hb Januari 2009, aku dengan Mon telah menyertai kursus Menternak Udang Galah dekat Ulu Bendul Kuala Pilah, Negeri Sembilan...Kursus ini dianjurkan oleh pihak pengusaha kolam iaitu TrueAqua Enterprise...

Peserta yang join kursus ni seramai 10 orang je...memang pihak penganjur limit kan penyertaan...bagi aku ini adalah satu konsep yang baik la...tak terlalu ramai dan senang untuk handle...dengan venue kursus yang santai tepi kolam memang best...

kolam udang galah ni diusahakan oleh 4 orang anak muda...secara kebetulan pulak..salah sorang dari mereka tu jiran lama aku masa aku duduk dekat kuarters TNB, Taman Raja Zainal kt Port Dickson...bangga betul aku dengan dierang ni...usaha dierang selama 2 tahun ni memang menampak kan hasil yang membanggakan dan sememang nye lumayan la...hehe...memang bukan senang la nak sampai ke tahap sekarang ni...banyak gak dugaan yang mereka lalui...bagi aku itu lumrah dalam kehidupan...setiap kejayaan itu pasti bermula dengan kekecewaan dan dari situ la kiter dapat kuat kan semangat dan usaha sampai jaya...

kursus tu mengambil masa sehari jugak la...bermula dari jam 9.00pg dan tamat pada jam 6.00ptg...dalam kursus tu kami diberi pendedahan mengenai ternak udang galah secara intensif...kalo nk cerita dalam ni memang banyak la...di entry akan datang kalo kerajinan aku smp ke tahap maksimum aku draft kan detail cara-cara ternak udang galah ni...hehe...

sinopsis dari kursus udang galah ni...apa yang aku nampak...kerja-kerja untuk ternak udang galah ni mmg agak merumitkan tapi pulangan yang lumayan...penjagaan PH air teramat lah penting untuk ternak udang galah ni...

dari segi market pulak aku nampak mmg tidak mencukupi...mereka pun kadang sampai xde stok utk dipasarkan...bermakna permintaan utk udang galah ni mmg tinggi...sekiranye korang berminat la nk start projek udang galah ni...korang bleh la join kursus yang dianjurkan oleh TrueAqua ni...memang tak rugi la kalau korang join kursus ni...aku join pun bukan kata aku nk buat projek udang galah ni...aku untuk menambah ilmu aku je dalam bidang ternakan ni...

gambar-gambar masa kursus tu nanti aku akan upload...camera tggl kat umah...hehe...

kat sini aku sertakan link blog TrueAqua Enterprise ni http://www.freshwaterprawn.blogspot.com/

Saturday, January 24, 2009

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Sepuluh Tabiat Mudah Menabung

Oleh Orang Ringgit Apakah sukar untuk mengamalkan tabiat baik menabung? Sebenarnya tidaklah terlalu susah, malah amat mudah! Orang Ringgit kami menemu bual beberapa orang untuk mendapatkan panduan yang baik mengenai tabiat menabung dan panduan itu ingin dikongsi bersama di sini.

#1:
Berhenti merokok "Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu." --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28 Orang Ringgit: Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!

#2:
Bawa bekalan ke tempat kerja "Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu."--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36 Orang Ringgit: Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!

#3:
Cuci kereta sendiri "Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta." --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26 Orang Ringgit: Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.

#4:
Beriadah di rumah "Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan."--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25 Orang Ringgit: RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.

#5:
Bayar bil kredit kad pada masanya "Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi."--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23 Orang Ringgit: Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.

#6:
Ajar anak anda sendiri "Saya mempunyai tiga orang anak yang sedang bersekolah, berusia antara tujuh hingga 11 tahun. Saya ajar mereka sendiri daripada menghantar mereka ke pusat tuisyen. Saya dapat jimatkan kira-kira RM360 sebulan."--Puan Kannan, penulis bebas. Umur: 42 Orang Ringgit: Sambil menyelam minum air. Ajar anak anda sambil habiskan masa berkualiti bersama mereka dan anda dapat menabung RM4,320 setahun untuk perbelanjaan mereka di kolej nanti.

#7:
Lepak di gerai "teh tarik" daripada di restoran yang mahal "Dulu saya dan kawan-kawan saya suka melepak di restoran yang trendy pada hujung minggu dan kami menghabiskan hampir RM50 setiap minggu. Sekarang, kami lepak di gerai teh tarik dan membelanjakan hanya RM10 seminggu. --Sofiana, pelajar. Umur: 18 Orang Ringgit: Belilah barangan tempatan dan jimatkan RM2,080 setahun.

#8:
Kurangkan penggunaan elektrik "Keluarga saya sentiasa cuba mengurangkan penggunaan elektrik di rumah kami. Kami gunakan jangka masa untuk alat hawa dingin dan matikan lampu dan barangan elektrik jika tidak digunakan. Kami berjaya mengurangkan bil elektrik daripada RM230 kepada RM120 sebulan."--Puan Cheah, suri rumah. Umur: 47 Orang Ringgit: Gunakan bahan tenaga dengan lebih cekap dan tambah simpanan anda kepada RM1,320 setahun.

#9:
Rancang pembelian barangan dapur "Apabila saya membeli barangan dapur, saya sentiasa berbelanja melebihi jumlah yang diperuntukkan dengan membeli keropok, minuman dalam tin dan gula-gula. Tahun ini, saya berusaha untuk mengikut senarai yang saya buat dan berjaya menjimatkan RM80 sebulan."--Dina, penjual bunga. Umur: 33 Orang Ringgit: Ikut senarai beli-belah yang anda buat dan jimatkan RM960 setahun.

#10:
Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam talian "Saya bayar hampir kesemua bil saya menggunakan kemudahan Internet. Saya dapat menjimatkan RM5 duit pos, RM65 bayaran letak kereta dan minyak sebulan."--Rajesh Nair, Jurutera Perisian. Umur: 28 Orang Ringgit: Gunakan kemudahan membayar bil dalam talian dan jimatkan RM840 setahun. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan Internet.

Mengurangkan perbelanjaan boleh membantu meningkatkan tabungan anda. Mulakan berdikit-dikit dan bersabarlah. Berikan masa selama 12 bulan dan lihatlah hasilnya. Ketika itu nanti, anda akan memiliki simpanan yang cukup untuk melabur di pasaran modal!

Sekirenye korang berminat nk menabung dari sekarang, korang lawat blog aku yang ni >>> http://mymutualsaving.blogspot.com/ ... mesti korang akan berfikir kenapa aku tak menabung or menyimpan dari muda or dari awal...

Renung-renungkan laaa...

Koleksi citer Lawak

Lawak 1
Satu pagi di stesen ketapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik : Anak, keretapi sampai jam berapa??
Petugas kaunter: Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana??
Makcik : Makcik nak melintas aja.
Lawak 2
Bangla dan rakannya sedang berbual,
Bangla : Esok saya nak balik bangladesh, isteri saya mengandung 3 bulan.
Rakan : Wah mesti awak gembira
Bangla : Sudah tentu, sudah 3 tahun saya tak balik!
Rakan : ?????
Lawak 3
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya....
Lawak 5
Sorang nurse di hospital sakit jiwa nampak sorang pesakit sedang tulis surat.
Nurse : Ko tulis surat kt sapa?
Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse : Jadi.. apa yang ko tulis?
Gila : Mana aku tau? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Lawak 6
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1. Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.
Lawak 7
Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub. Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6. Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa". Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian. Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie". Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik". Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4. Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".
Lawak 8
Ini ado satu cito den nak kaba kan kek ekau semuo..(iyo satu yo..tak duo..tak tigo).. kisah berlaku kek satu kg yg bernamo...Kampung Goreng Pon Sodap..ado duo baranak tinggal kek hujung kg ni, pak abu dan milah..milah ni taklah cantik sgt tapi selero jugak lah mato yg mandang kek dio ni.. seluruh jejako di kg tu mmg syok abih kat milah ni lebih2 lai.. satu mamat namo ee.. ali.. ali ni mmg dah target..kalau dapek kek dio milah ni.. mmg dio nak 'overhaul' habih2..pado satu ari... ali ni tergorak ati nak ajak pak abu bersaing ke surau.. ( alasan je tuh )..
ali : assalammualaikum pak abu......
p abu: waalaikumussalam. .. o ali .. apo ko halnyo..
ali : tak ado apo pak bu.. den igt nak ajak pak abu bersaing ke surau..
p abu: oiih.. baguihlah.. tunggulah kojap.. den nak salin seluar dlm...ekau masuklah dulu..dok sini diam2 yo..
sambil berlalu masuk ke bilik. dan tibo2.. milah keluar dari biliknya..berkomban ajo membawo.. sebakul pakaian yg nak dibasuh.... di perigi luar romah ee..
ali : hi.. milah.. jom main
milah: ishh.. apo ko ni ali.. tak baik ckp cam tutau..
ali : alah sikit yo..
milah: tak buleh..tak buleh ( sambil terus keluar )
ali : (dlm hati) jago ko.. kan ku buleh..bulehkan. ..
milah : (menjeling dan menjerit). bapak.. milah kek perigi yo..nak cuci kain2 ni hah... tak yah kunci pintu ni.. bye ali.
tetibo..
pak abu: hah.. apo di tonung tu ali.. dah jom kito poi..
ali : jom......... . ......alamak pak ali..mano selipa den ni..tadi ado kek sini..
pak abu: oo..ni mesti si milah salah pakai selipa ekau.. gilah ekau mintak kek dio selipa ko tu.. dio ado kat perigi sano tuhah..den tunggu sini.. nak sodut rokok ni sebatang..
ali : yolah pak abu.. den poi mintadan......... ......... ali pun merempuh masuk.. dan sekonyong2 ee nampaklah milah yg tongah telanjang bulek..comel. .ajo segalo2..
milah : ishh.. ali.. apo ni.. den jorit kang..
ali : jangan jorit.. bapak ekau yg suruh den dtg sini main..dio kato kalau tak main nanti. den mati tongah jln..
milah : tipu ekau ni li...
ali : den tak tipu do.. ko dongar ni.. den buktikan(menjerit dongan kuat)......pakabuuuuuu..milah tak bori..
pak abu: (dari jauh melaung)... milah.. tak baik...ali nak copek tu...
ali : hah..ekau dongar tak dan.. maka terjadilah perkara yg sesedap rasa adonye... tp kalau dah dasar buayo.. mmg dio tak pueh..
ali : sodapnyo milah... eh.. den lupo plak.. bapak ekau kato tadi kalau dah raso yg kek dopan.. kono raso yg belakng jugak..
milah : den tak cayo cakap ko ni li..
ali : laaaaaaaaa.. . tak cayo lai.. ekau dongar den jorit ni..pakabu......... .....milah kasi sobolah yooooooo...
pak abu : patutlah lamo bona.. milah main kan ali rupanyo...(jerit)..... ........BAGI DUO-DUO BELAHMILAHHHHHHHHHH dan.. tak yah den cito apa yg terjadi....
moral of the story..jgn pakai selipar org.........

Wednesday, January 21, 2009

Al-Fatihah...

Pagi ni aku dpt email link blog seorang ibu menceritakan kisah kematian anak kesayangannye die tangan pengasuh...sebak hati aku bile baca blog tu...abis sume entry aku baca...menitis air mata aku bile terbayang kan keadaan ibu tersebut...arwah anak die sama baya dengan anak aku, syabil...macam2 bermain di fikiran aku bile au teringat syabil di rumah pengasuh nye...

aku harap mama zulaikha dan family tabah kan hati dan bersabar atas apa yg telah berlaku...

kat cni aku bagi link blog mama zulaikha ni... http://memorizulaikha.blogspot.com

Al-fatihah untuk arwah adik zulaikha...