Saturday, February 11, 2012

Terukir di bintang...

Saya sedang berusaha untuk menyudahkan kerja-kerja editing yang belum selesai. Namun terganggu sedikit dengan Sarah yang mengamuk di sebelah saya. Puas memujuk akhirnya dia terlelap dengan buaian Yuna (err.. suara mama tak lah sedap macam Yuna). Lagu khas dari mama untuk Sarah...

Yuna Terukir di bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

...

Thursday, February 02, 2012

Menjenguk 2012...

1. 2011 - Sedikit kelam, walaubagaimanapun saya bersyukur kerana tuhan mengkabulkan apa saya mohon, Alhamdulillah. Berulang kali saya menyedapkan hati menyebut-nyebut, 'you win some you'll lose some'. Setidak-tidanknya bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan, jika tidak memperolehinya. Dan, gembiralah untuk orang lain dengan bersungguh untuk berusaha mendapatkannya. Itu nyata lebih baik daripada menumpukan tenaga untuk memupuk rasa cemburu untuk orang lain.

2. 2012 - Luqman sudah pun di darjah satu. Sarah sudah pun 2 tahun 2 bulan, dan Harraz dah pun di darjah tiga. Jika dicongak-congak, mengira umur yang lain, terlupa pula umur sendiri dengan berlagak umpama masih muda. Dengan lebih suku abad, apa yang lepas sudah pasti dan yang diagak (mungkin) akan sampai belum tentu sampai.

3. Setahun meninggalkan blog (mungkin tidak banyak kesan faedah) tetapi cukup untuk menyebabkan makin susah untuk menulis. Benarlah kata Prof Kamil dulu, menulis memerlukan latihan dan perlu dilakukan secara istiqamah. oh istiqamah, susah benar. Tahun ini dan hari ini 02022012, dengan gigihnya cuba balik semula kepada latihan yang mudah. (Yang nyatanya bukan mudah untuk menulis dengan bahasa yangn betul, err.. lebih mudah untuk naikkan status di FB)

3. Banyak perancangan/azam yang disimpan untuk 2012. Banyak juga dari 2011 yang belum/masih didalam proses. Oh itulah manusia, tidak cukup-cukup. Namun azam yang baik perlu disemat, jika tidak untuk diri sendiri, sekurang-kurangnya orang lain. Betul apa yanng diucap pepatah China "The man who moves the mountain, starts with carrying away small stones".

4. Ok, cukup untuk permulaan hari ini, jumpa lagi esok.

Monday, August 09, 2010

...

Saya menghadiri program MPP sempena bulan kemerdekaan. Ceramah tentang asal-usul UiTM oleh YM Datuk Professor Raja. Sebelum keluar dari rumah saya berjanji dengan Luqman untuk pulang jam 10.30 malam. Saya menjangkakan betapa jemunya saya nanti, dan mahu pulang awal.

Ramalan saya salah, saya terpaku di situ sehingga habis. Banyak ilmu yang saya peroleh. Dan salah satunya kenapa perlunya semua pelajar UiTM ke Kampus Jalan Othman. Kalau sebelum ini ada yang bertanya kenapa saya tidak berpindah sahaja ke universiti lain (kerana gagal permohonan pindah), jawapan saya kerana kontrak 7 tahun, saya rasa kini saya ada jawapan yang lebih signifikan buat diri saya. Insya Allah, saya rasa ruangan jihad saya untuk agama dan bangsa saya ada di universiti ini (walaupun saya bukan bekas pelajar universiti ini).

DAN...saya berusaha lebih gigih untuk memohon untuk berpindah ke kampus Shah Alam...hehe

DAN Luqman merajuk dengan saya, tapi dapat dipujuk dengan pulut kuning!!

Tuesday, July 20, 2010

Ya Allah ...

Susah betul nak melelapkan mata malam ini. Insiden siang tadi masih lagi terasa. Terkesan dihati dan di minda.

Sebelum ini saya pernah tertanya-tanya bila melihatkan kemalangan yang teruk; Bagaimanakah perasaan mangsa yang menghadapinya? Siang tadi Allah memberikan jawapan yang hampir. Saya pernah kemalangan beberapa kali ketika menjadi pelajar di UNITEN dulu dan ketika belajar di KYPM. Tetapi ianya kemalangan motosikal. Siang tadi di lebuhraya PLUS saya hampir kemalangan. Dan saya fikir, jika Allah mentakdirkan saya kemalangan tadi, saya mungkin sudah tidak ada lagi apatah lagi menulis ketika ini. Saya masih lagi gugup dan sejujurnya perasaan cemas tadi belum lagi hilang. Ya Allah, syukur, Engkau belum lagi mengambil nyawaku, masih memberi peluang untuk hidup mencari bekal buat akhirat.

Minggu lepas saya terlambat untuk mengikuti tazkirah mingguan. Saya tiba hanya sempat unutk mendengar ayat-ayat yang terakhir. Lebih kurang begini;
Jika secara umum jika umur kita secara purata kita akan hidup sehingga umur 60 tahun, bagi mereka yang sudahpun mencecah 31 tahun dan ke atas, maknanya sisa umur yang tinggal lebih sedikit daripada apa yang telah kita lalui.
Mendengar, tetapi tidaklah terkesan di hati. Tetapi setelah melalui pengalaman siang tadi, saya ...

Tentang dosa pahala. Mungkin sedar tapi tak pernah memikirkan secara serius apa sudah cukup untuk dibuat bekal atau cuma sekadar cukup (Astagfirullah, tak mahu jadi bankrap di akhirat sana). Selama ini suami saya sentiasa menegur, tetapi seringkali dibantah, oh...alasannya nantilah, mungkin kerana optimistik tak bertempat, muda lagi agaknya. Tetapi jika Allah mengambil nyawa saya siang tadi, ruginya saya.

Saya memandang wajah-wajah yang ada di hadapan saya. Sebagai ibu sudah tentu saya berhasrat untuk melihat mereka membesar. Memang secara kelaziman saya akan pergi dahulu daripada mereka, tapi Ya Allah aku mahu melihat mereka membesar, walaupun sedar yang itu semua pinjaman semata.

Suami?, banyak dosa mungkin yang tak sempat saya mohon ampun, kenapa susahnya nak mohon maaf, kenapa perlu tunggu syawal baru nak memohon ampun? Jika sempat, saya bertemu Syawal sedangkan Ramadhan pun belum tentu.

Dan jika difikirkan dalam-dalam, saya hanya menmpunyai masa yang kurang untuk dimanfaatkan sebaiknya daripada masa yang sudah berlalu. Dan ditambah lagi , kadar kekerapan saya menghabiskan masa di jalan raya oleh kerana berulang alik Segamat-Puchong, masa saya sangat sedikit. Sangat sedikit.

Syukur Ya Allah...

Monday, July 12, 2010

Let's get started...

Marathon semester sudah bermula! Jom!

Banyak perancangan semester ini. Persiapan untuk ATA 16 jam nampaknya sangat perlahan. Yang banyak adalah membuang masa (sentiasa mencari alasan untuk melepak dan tak siapkan kerja!). Setelah mendapat tempat kedua penyediaan rancangan pengajaran (lesson plan) di bengkel OBE, macam semangatlah nak buat semua benda, akhirnya proposal FRGS pun dihantar setelah menerima SMS peringatan mesra daripada Jannah (Terima kasih Jannah!). IID 2010,IABC 2011, huh banyak jugak tu..we'll see how it goes...

Rutin harian setelah kelas bermula masih tidah jauh berubah, masih lagi kelam kelibut dengan Sarah. Alhamdulillah dia dah mula makan bubur nasi. So,demand untuk susu kuranglah sikit. Lapan bulan berlalu, masih ada lebih kurang 4 bulan. Yes..alhamdulillah 6 bulan yang kritikal dah berlalu. Saya bercadang untuk mulakan Sarah dengan formula bila umurnya satu tahun. So breastfeeding hanya waktu malam. Formula apa nak bagi, belum pasti. Kalau ikut Luqman dan Harraz, Pediasure, not sure yet, hehe.

Cerita menarik minggu ni, selepas meneliti laporan setengah tahun Harraz. No 12 dalam kelas, no 63 dalam darjah. Tak bagus sangat. Peratusan 89.6%, agak bagus, tapi mungkin sekolah bandar kuranglah bagusnya. Hadiah? Tiada! Cuma ke Langkawi, percutian keluarga. Tiada kena mengena dengan keputusan peperiksaan Aman atau Hararz. Poket bocor!! Dan tengahari tadi...

"Mama, kalau abang Long dapat no 1, mama nak bagi hadiah apa?"
"Dah dapat ker?"
"Belum lagi la, tapi kalau abang long dapat (optimistik, hehe)"
"Erm..tak tahu lagi kenapa?"
"Kalau abang long dapat no 1, kita pergi cuti kat 10 tempat menarik!"
"Ha..10! Kenapa pulak 10?"
"Ya la, abang long dapat no 1" (Ish tak logik, dapat no 1, satu je la)
"So, 10 tempat menarik tu kat mana?"
"Pulau pangkor, genting highlands, sarawak....."
"Ye la...kita tengok nanti, dapat no 1, kita bincang semula, boleh?"
"Boleh!!"
"Aman, nak pergi langkawi lagi..."
"Apsal?"
"nak naik cable car lagi.."

Marilah bersama-sama kita tunggu akhir tahun nanti untuk kita lihat keputusannya!

Saturday, June 05, 2010

Halal dan Haram!

melarikan diri sebentar daripada hiruk pikuk assignment PTK...

Kisah ini, kisah ketika perjalanan balik daripada TBR, Port Dickson minggu lepas. Seronok, sempena Hari Keluarga Tadika Aman. Dalam kereta:

Harraz : Abah kalau tak de tanda halal, kita boleh makan tak?
(Sambil membelek botol air mineral)
Abah : (Dengan nada untuk mengajar) hmmm... Betul, kalau tak der tanda halal kita tak boleh makan atau minum.
Aman : Ooo...macam tu ker?
Mama : (Sebuk nak menyampuk) Ha'ah, kita tak boleh makan atau minum, takut tak boleh.
Harraz : Takut haram kan??

(Keadaan diam seketika)Tiba-tiba,

Aman : Aman dahaga, nak air masak.
Abah : Ha, minum air mineral tu.
Harraz : Air yang botol ni, tak boleh sebab tak der tanda halal!
Mama : ???? (ala2 blur)
Aman : (Sambil memegang botol air Mesra)Abah tak boleh minum, tak der tanda halal!! (merengek nak air)
Harraz : Betul abah, tak boleh.
Mama : (Rimas) Minum je la, tak per..
Abah : Tak..pa..

Oppsss..telan jugak air liur, bila bercakap dengan anak-anak ni kena jelas rupanya. Siapa kata parenting skills tak perlu. I guess now I need to attend parenting course!