Tuesday, July 20, 2010

Ya Allah ...

Susah betul nak melelapkan mata malam ini. Insiden siang tadi masih lagi terasa. Terkesan dihati dan di minda.

Sebelum ini saya pernah tertanya-tanya bila melihatkan kemalangan yang teruk; Bagaimanakah perasaan mangsa yang menghadapinya? Siang tadi Allah memberikan jawapan yang hampir. Saya pernah kemalangan beberapa kali ketika menjadi pelajar di UNITEN dulu dan ketika belajar di KYPM. Tetapi ianya kemalangan motosikal. Siang tadi di lebuhraya PLUS saya hampir kemalangan. Dan saya fikir, jika Allah mentakdirkan saya kemalangan tadi, saya mungkin sudah tidak ada lagi apatah lagi menulis ketika ini. Saya masih lagi gugup dan sejujurnya perasaan cemas tadi belum lagi hilang. Ya Allah, syukur, Engkau belum lagi mengambil nyawaku, masih memberi peluang untuk hidup mencari bekal buat akhirat.

Minggu lepas saya terlambat untuk mengikuti tazkirah mingguan. Saya tiba hanya sempat unutk mendengar ayat-ayat yang terakhir. Lebih kurang begini;
Jika secara umum jika umur kita secara purata kita akan hidup sehingga umur 60 tahun, bagi mereka yang sudahpun mencecah 31 tahun dan ke atas, maknanya sisa umur yang tinggal lebih sedikit daripada apa yang telah kita lalui.
Mendengar, tetapi tidaklah terkesan di hati. Tetapi setelah melalui pengalaman siang tadi, saya ...

Tentang dosa pahala. Mungkin sedar tapi tak pernah memikirkan secara serius apa sudah cukup untuk dibuat bekal atau cuma sekadar cukup (Astagfirullah, tak mahu jadi bankrap di akhirat sana). Selama ini suami saya sentiasa menegur, tetapi seringkali dibantah, oh...alasannya nantilah, mungkin kerana optimistik tak bertempat, muda lagi agaknya. Tetapi jika Allah mengambil nyawa saya siang tadi, ruginya saya.

Saya memandang wajah-wajah yang ada di hadapan saya. Sebagai ibu sudah tentu saya berhasrat untuk melihat mereka membesar. Memang secara kelaziman saya akan pergi dahulu daripada mereka, tapi Ya Allah aku mahu melihat mereka membesar, walaupun sedar yang itu semua pinjaman semata.

Suami?, banyak dosa mungkin yang tak sempat saya mohon ampun, kenapa susahnya nak mohon maaf, kenapa perlu tunggu syawal baru nak memohon ampun? Jika sempat, saya bertemu Syawal sedangkan Ramadhan pun belum tentu.

Dan jika difikirkan dalam-dalam, saya hanya menmpunyai masa yang kurang untuk dimanfaatkan sebaiknya daripada masa yang sudah berlalu. Dan ditambah lagi , kadar kekerapan saya menghabiskan masa di jalan raya oleh kerana berulang alik Segamat-Puchong, masa saya sangat sedikit. Sangat sedikit.

Syukur Ya Allah...

3 comments:

HishamMB said...

salam.

Semoga ALLAH sentiasa menganugerahi keberkatan dan maghfirahNya kepada kita semua...

Insya-ALLAH Nurzea memandu itu juga adalah ibadah, melihat wajah suami dan anak-anak dengan kasih dan doa juga adalah ibadah, sibuk bekerja juga adalah ibadah...

Akhir kalam, semoga ALLAH memberikan kita semua kesudahan yang baik, amiin...

Sunardi said...

Salam,

Allah mengingatkan kita dengan pelbagai cara. Alhamdulillah, itu tanda Allah kasihkan kita.

Blogwalking from http://www.sunardimaulan.blogspot.com

Nurzeatul said...

En. Hisham: Amin!

Sunardi: Salam perkenalan!