Thursday, December 18, 2008

Nilai

Hampir sebulan tak menjengok blog...Berkursus, cuti raya, cuti rehat...dan alhamdulillah semalam masuk kerja dengan mesyuarat pukul 9 pagi (ergh....tak best betul mood meeting balik cuti nih). Malam sebelumnya ada la 'study' sikit laporan yang nak dibentangkan dalam mesyuarat.

Banyak yang berlaku (akan dicoretkan sedikit demmi sedikit). Tapi semalam ketika menonton TV, tercetus semula perbincangan semasa Kursus TOT di Melaka tempoh hari. Masalah sosial di kalangan remaja? Cetusan pendapat daripada seorang ahli kumpulan (En. Razali Kamisan, UiTM Perak) sangat bernas. Nilai yang kita pegang tak sama dengan nilai yang dipegang remaja sekarang. Bagaimana?

Saya sangat bersetuju apatah lagi setelah menonton 'In the making Histeria' (saya melihat senarionya bukan isi filem) semalam. Tanpa kita sedari kuasa dari 'The second parent' iaitu TV sangat dominan. Contoh paling nyata, bercium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Pegangan kita, perkara ini salah, berdosa disisi agama. Itu yang disampaikan kepada anak-anak atau pelajar. Dari sudut yang lain, para remaja tidak menidakkan yang perkara ini salah, tetapi mereka menerimanya sebagai perkara yang normal, dalam erti kata lain tidak salah walaupun dari segi nilai pegangan agama dan masyarakat mengatakan ianya adalah salah. Maka tidak hairanlah jika ada yang menjawab, "Kami tak buat apa-apa, bercium sahaja." (Ha...tak buat apa-apa!...tak boleh diterima akal!)

Pandangan peribadi saya, dalam era globalisasi ini pendekatan yang telah ambil masih belum boleh mengatasi kuasa 'The second parent' dan internet itu sendiri. Sedikit demi sedikit budaya timur kita diasimilasikan oleh budaya barat yang sudah jelas tidak molek tapi diterima oleh kita norma.

"Alah...itu orang putih.." tapi hakikatnya remaja dan anak-anak kita keliru dalam membezakannya tapi kita sedari.