Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Friday, July 31, 2009

Mencari...

Semalam adalah malam kedua saya merayau di Internet; meng'google'; meng'youtube' video yang dikatakan sudah pun diletakkan di Youtube. Video yang bukanlah video yang baik. Dalam pencarian tu memang macam-macamlah yang dijumpai! Dan ada yang sengaja menggunakan nama UiTM (Tak patut betul!) Dan Melayu yang Islam itu, ergh...Astaghfirullah...tak sanggup untuk kita lihat (Macam dah tak der benda lain nak buat!). Dan satu lagi bagaimana untuk mengawal kandungan isi blog agar ianya tidak memberikan gambaran negatif kepada sesebuah institusi (He...he
... macam tajuk research la pulak!).

Tapi itu realitinya. Kebebasan menulis (tambahan kepada kebebasan bersuara) itu mungkin perlu dipantau juga. Penulis atau blogger perlu juga kadangkala memikirkan kesan daripada apa yang ditulis dan dipamerkan di alam siber.

Tapi Alhamdulillah saya tidak menjumpai pun video tersebut. (Atau mungkin tak pandai mencari?) Tapi khusus buat pelajarku...tak usahlah membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah, 'One might suggest the technology could save us....but by the end of the day it is up to us on how we want to use it!'

Thursday, July 30, 2009

5 Minit

Lamakah 5 minit? Cukupkah 5 minit?

Saya : Ok, mama bagi dua syarat. Satu, kalau Aman ngan Abang Long bergaduh, berebut, mama tutup OSO. Satu lagi sorang mama bagi 5 minit jer. Take turns!

Saya memberi peluang kedua-dua hero kecik saya untuk melayari page OSO di playhousedisneychannel-asia.com (Special Agent OSO adalah slot baru di Channel 613 dan OSO bermaksud beruang dalam bahasa Sepanyol)

Seperti yang sudah dijangka...

Aman : 5 minit tu lama tak mama?
Saya : Seke.....
Harraz : Eh...lama la 5 minit tu...
Aman : Oh...ok...kalau macam tu...Ok la...Abang Long la dulu, lepas tu Aman pulak.
Saya : (Dalam hati - Oooo...lama rupanya 5 minit tu!)

Soalnya bukan 5 minit tapi mungkin politik Abang Long yang mahukan masa yang lebih, iyelah adiknya belum cekap mengira masa. Ikut perkiraan saya 5 minit tu memanglah sekejap saja, dan memang sengaja saya tetapkan 5 minit supaya taklah bergaduh pula bila menunggu terlalu lama. Tetapi nyatanya Harraz dan Luqman mempunyai pemikiran yang berlainan. Biarlah lama turn mereka, mungkin. Atau, biarlah si Luqman fikir lama...hehe...tak payah si abang menunggu lama...

Masa, sesuatu yang relatif. Pernah sekali saya mengungkap pertanyaan tentang emosi. Bagaimana seseorang mampu mengawal emosi kekadang dalam keadaan yang saya rasa amat sukar. Jawapan dari seseorang yang cukup meyakinkan saya hingga sekarang, masa! Cukup mudah analoginya. Mungkin pada ketika emosi itu bergolak, marah umpamanya, memang emosi itu membuak-buak dan jika dilepaskan pada ketika itu dia akan menjadi marah. Tapi jika ditahan, sabar dan di waktu yang lain ianya sudah reda dan marah itu mungkin menjadi perasaan yang lebih positif. Dan dalam umur saya ketika ini ianya mungkin amat jarang berlaku...masih kurang sabar. Dan saya amat berharap dan berdoa agar perangai saya ini akan beransur hilang...Ya Allah takut ia memakan diri.

Dan jika mungkin pada usia 6 tahun 5 minit itu lama, dan amat sekejap ketika berusia 30 tahun, saya dapat membayangkan betapa ianya begitu berharga dan bermakna ketika umur saya 40 tahun mungkin. Insya Allah jika umur saya panjang dan diizinkan Allah.

Sunday, April 05, 2009

Umur dan jodoh

Semalam pulang dari majlis makan malam Compass, berbual kosong bersama beberapa orang pensyarah sains komputer, dua darinya masih lagi bujang. Entah macamana terlepas ke topik jodoh dan umur. Salahkah jika pasangan, yang wanita lebih berumur dari yang lelaki? Memang dari segi kebiasaan yang lazim, umur pasangan; sebaya atau lelaki lebih berusia dari wanita. Tetapi salahkah jika sebaliknya. Nampak janggal sangatkah...

Ayah dan Ibu saya sendiri mempunyai selang 10 tahun; ayah saya lebih tua dari ibu saya..

Saya sendiri mempunyai selang beza umur yang agak besar dengan suami saya!

Kawan serumah saya lebih tua dari suaminya...hehe tapi cuma beberapa bulan.

Tapi pandangan peribadi buat H***, tak salah rasanya kalau jodoh kita lebih muda, yang penting ada keserasian, Allah penentu segalanya!

Thursday, December 18, 2008

Nilai

Hampir sebulan tak menjengok blog...Berkursus, cuti raya, cuti rehat...dan alhamdulillah semalam masuk kerja dengan mesyuarat pukul 9 pagi (ergh....tak best betul mood meeting balik cuti nih). Malam sebelumnya ada la 'study' sikit laporan yang nak dibentangkan dalam mesyuarat.

Banyak yang berlaku (akan dicoretkan sedikit demmi sedikit). Tapi semalam ketika menonton TV, tercetus semula perbincangan semasa Kursus TOT di Melaka tempoh hari. Masalah sosial di kalangan remaja? Cetusan pendapat daripada seorang ahli kumpulan (En. Razali Kamisan, UiTM Perak) sangat bernas. Nilai yang kita pegang tak sama dengan nilai yang dipegang remaja sekarang. Bagaimana?

Saya sangat bersetuju apatah lagi setelah menonton 'In the making Histeria' (saya melihat senarionya bukan isi filem) semalam. Tanpa kita sedari kuasa dari 'The second parent' iaitu TV sangat dominan. Contoh paling nyata, bercium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Pegangan kita, perkara ini salah, berdosa disisi agama. Itu yang disampaikan kepada anak-anak atau pelajar. Dari sudut yang lain, para remaja tidak menidakkan yang perkara ini salah, tetapi mereka menerimanya sebagai perkara yang normal, dalam erti kata lain tidak salah walaupun dari segi nilai pegangan agama dan masyarakat mengatakan ianya adalah salah. Maka tidak hairanlah jika ada yang menjawab, "Kami tak buat apa-apa, bercium sahaja." (Ha...tak buat apa-apa!...tak boleh diterima akal!)

Pandangan peribadi saya, dalam era globalisasi ini pendekatan yang telah ambil masih belum boleh mengatasi kuasa 'The second parent' dan internet itu sendiri. Sedikit demi sedikit budaya timur kita diasimilasikan oleh budaya barat yang sudah jelas tidak molek tapi diterima oleh kita norma.

"Alah...itu orang putih.." tapi hakikatnya remaja dan anak-anak kita keliru dalam membezakannya tapi kita sedari.