Showing posts with label Campus Life. Show all posts
Showing posts with label Campus Life. Show all posts

Friday, August 14, 2009

MAHASURIA: Saya bekerja di India

India tidak pernah tersenarai antara negara untuk saya lawati apatah lagi untuk bekerja di sana. Tetapi tidak bagi Mahasuria.

Sempitnya pemikiran saya yang melihat India sebagai tempat yang tidak selesa, tidak moden dan sesak. Mungkin ada benarnya tetapi wanita ini tidak melihat itu semua. Beliau melihat peluang. Sememangnya tidak pernah saya melihat fakta tentang India, tetapi beliau memnyampai fakta yang sangat menarik tentang India.

Saya tertidur sebelum ke Siri II Ceramah Kerjaya: Saya bekerja di .... Dengan kandungan yang sudahpun 26 minggu, saya agak penat. Tetapi sangat teruja untuk ke siri kedua ini kerana beberapa sebab; i) Saya tidak pernah ke India dan tidak pernah bercita-cita, jadi dengar cerita pun jadilah ii) Kerana Mahasuria seorang wanita dan ibu sama seperti saya dan iii) Saya tertanya-tanya kenapa dalam banyak tempat di dunia ini kenapa India yang dipilih beliau. Maka saya gagahkan diri saya untuk ke masjid As-Syakirin.

Tak rugi! Memang tak rugi. Bukan hanya untuk mahasiswi, tetapi juga motivasi pensyarah seperti saya. Menarik bagaimana beliau mengimbangi kerjaya dan keluarga. Dan keberanian beliau mendapatkan business partner di India. Dan yang paling penting dapat melihat bagaimana agama itu amat penting dalam kehidupan, doa yang konsisten dan restu ibu bapa yang menyinari hidup Pn. Mahasuria.

Friday, July 31, 2009

Mencari...

Semalam adalah malam kedua saya merayau di Internet; meng'google'; meng'youtube' video yang dikatakan sudah pun diletakkan di Youtube. Video yang bukanlah video yang baik. Dalam pencarian tu memang macam-macamlah yang dijumpai! Dan ada yang sengaja menggunakan nama UiTM (Tak patut betul!) Dan Melayu yang Islam itu, ergh...Astaghfirullah...tak sanggup untuk kita lihat (Macam dah tak der benda lain nak buat!). Dan satu lagi bagaimana untuk mengawal kandungan isi blog agar ianya tidak memberikan gambaran negatif kepada sesebuah institusi (He...he
... macam tajuk research la pulak!).

Tapi itu realitinya. Kebebasan menulis (tambahan kepada kebebasan bersuara) itu mungkin perlu dipantau juga. Penulis atau blogger perlu juga kadangkala memikirkan kesan daripada apa yang ditulis dan dipamerkan di alam siber.

Tapi Alhamdulillah saya tidak menjumpai pun video tersebut. (Atau mungkin tak pandai mencari?) Tapi khusus buat pelajarku...tak usahlah membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah, 'One might suggest the technology could save us....but by the end of the day it is up to us on how we want to use it!'

Friday, April 03, 2009

C E L E B R I T I

Teringat kata-kata Kaunselor Kanan UiTM Johor, 'Antara sesuatu yang seronok berkhidmat di UiTM Johor adalah peluang untuk bertemu celebriti. Peluang ni belum tentu saya dapat jika berkhidmat di Shah Alam'.

Kata-kata beliau ada benarnya!

Sejak berkhidmat UiTM Johor dan secara lebih tepat lagi menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar, saya berpeluang untuk bertemu dengan celebriti! Hehe.... Ramai yang berkunjung ke Segamat ni, (walaupun ada yang kata jauh!) Antaranya Aznil Hj Nawawi, Eman Manan, Datin Paduka Sharifah Mazlina, Chef Wan, HM Tuah...dan semalam adalah Ustaz Akhil Hayy. (Oppss...lupa pulak, Pengarah Kampus Johor pun celebriti juga sekarang)

Sayangnya saya kurang sihat semalam...erm...melepas peluang untuk bertemu beliau. Ingat nak test cakap 'Rawa' (huhu...macam pandai). Tapi yang pasti Cik Maz dah berposing dengan Akhill Hayy semalam.

Tuesday, March 03, 2009

Ada ka patut?

Kadang kala suka juga berbual kosong dengan para pelajar. Topikya pelbagai. Antara yang menarik minggu lepas ialah topik lagu yang menjadi kegilaan mereka. Saya akui saya kurang sedikit mendengar lagu-lagu melayu. Saya suka bersikap selektif, ya lah sedap tak semestinya bagus pengisiannya. Tapi ia lebih menarik bila mendengar penilaian pelajar terhadap apa yang mereka dengar. Hehe...minggu lepas, seorang pelajar bertanyakan saya pernah tak mendengar lagu Inggeris, "The man who can't be moved". Kurang pasti, mungkin pernah dengar tapi tak tau tajuknya. Maka, hehe saya pun meng'google' dan meng'you tube' kan lagu tersebut. Betul saya pernah dengar. Soalan pertama dari pelajar saya, 'Ada ke patut? Ada ke orang macam tu kat dunia ni?' Jawapan saya 'Ada kot, manusia ni tak boleh di jangka'. Ini lah butiran lirik lagu tersebut:

Going back to the corner where I first saw you,
Gonna camp in my sleeping bag. I'm not gonna move.
Got some words on cardboard got your picture in my hand,
Saying if you see this girl can you tell her where I am,
Some try to hand me money they don't understand,
I'm not broke I'm just a broken hearted man,
I know it makes no sense, but what else can I do,
How can I move on when I'm still in love with you...

'Cause if one day you wake up and find that you're missing me,
And your heart starts to wonder where on this earth I could be,
Thinking maybe you'll come back here to the place that we'd meet,
And you'd see me waiting for you on the corner of the street.

So I'm not moving...
I'm not moving.

Policeman says "son you can't stay here",
I said "there's someone I'm waiting for if it's a day, a month, a year".
Gotta stand my ground even if it rains or snows,
If she changes her mind this is the first place she will go.

'Cause if one day you wake up and find that you're missing me,
And your heart starts to wonder where on this earth I could be,
Thinking maybe you'll come back here to the place that we'd meet,
And you'd see me waiting for you on the corner of the street.

People talk about the guy
Who is waiting on a girl...
Ooh woah uuuu...
There are no holes in his shoes
But a big hole in his world...
Mm mm mm...

Maybe I'll get famous as man who can't be moved,
And maybe you won't mean to but you'll see me on the news,
And you'll come running to the corner...
'Cause you'll know it's just for you

I'm the man who can't be moved
I'm the man who can't be moved...

'Cause if one day you wake up and find that you're missing me,
And your heart starts to wonder where on this earth I could be,
Thinking maybe you'll come back here to the place that we'd meet,
And you'd see me waiting for you on the corner of the street.


Tapi selepas melihat klip video lagu tersebut, saya pun tertanya sendiri, hehe..'Ada ka patut?', saya tersenyum sendiri.

Wednesday, February 11, 2009

Awal dan akhir...

Alhamdulillah Karnival Gemilang Kasih telah pun malabuhkan tirainya Ahad lepas. Program yang menyakitkan jantung dan menaikan stress! Tahniah kepada semua JPK Sektor B, Sekretariat Sektor B dan para ad-hoc yang telah bertungkus lumus sepanjang 3 hari ia berlangsung. Dengan kutipan RM13464, ianya satu jumlah yang besar. Saya melayan kepenatan dengan berehat sepuas-puasnya pada hari Isnin (nasib baik cuti umum).

Hmmm.....hari Selasa dimulakan dengan tugasan baru. Akhirnya KGK, awalnya MITEK (Minggu Terbuka Kolej) dan Perancangan Strategik Fakulti. Dan KIK...perancangan untuk bengkel dan pelancaran masih lagi belum dikhabarkan kepada JK. Saya mulakan dengan 'quick check' bersama JPK malam tadi, bagus, semuanya dah bergerak. Cuma ada satu yang masih MIA!

Banyak yang perlu diatur, SENYUM dan semuanya akan lancar, Insya Allah!

Friday, January 30, 2009

Kertas Kerja...

Dua tiga hari ni, saya tak bercuti walaupun cuti pertengahan semester. Tapi saya mabuk kertas kerja. Tak pernah seumur hidup buat kertas kerja banyak-banyak ni...
Yang paling tak 'best' adalah bahagian anggaran perbelanjaan. Puas isi, belek-belek, bincang semula dengan rakan sejawat. Yang pasti mungkin ada perancangan yang tak perlu. Tapi betul ker tak perlu? Erm...tawakal je la..let the management decide!.

Petang tadi, hanya menungggu satu sahaja lagi lampiran kertas kerja yang akan dihantar pada hari Isnin. Perancangan induk telah pun diserah kepada Ketua Unit Pengurusan Kualiti. Agenda seterusnya, hmmm....apa lagi mengarang surat permohonan pertukaran kampus! (Apa la yang nak dikarang ni....harap-harap surat tu nanti padat dan sampai la, hasratnya Insya Allah!)

Kiri...Kanan...Kiri...

Kiri...Kanan...Kiri...

Kesian jugak bila mellihatkan pelajar UiTM Johor yang terlibat dengan Brass Band. Tengah-tengah malam pun masih berbaris berkawad! Paling sedih petang tadi berkawad dalam hujan petang. Tapi mereka sanggup! Mereka yang terpilih!

Sunday, November 09, 2008

NorHaslinda Ali dan Diabetes

Saya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar petang tadi. Melawat seorang residen Intan, Nor Haslinda Ali. Saya menelefon kakaknya di sebelah pagi. Jangkaan rakan-rakannya dan RS ternyata salah. Menurut rakan sebiliknya Linda demam dan dia meracau-racau. Tekaan dia demam panas? En Halim MA di UiTM Johor memeriksa Linda, semuanya kelihatan normal. Dengan melihatkan keadaan Linda yang kelihatan resah, Maz (RS Intan) menghubungi Ustaz Kamaruddin. Di masa yang sama kakak Linda dihubungi, akan mengambil Linda secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada di Kuantan dimaklumkan oleh Suhaida (rakan sebiliknya). Dalam hati mungkin demam biasa. Namun SMS daripada Maz keesokan harinya meyakinkan saya ianya bukan demam biasa. Linda menghidapi Diabetes. Kadar gula di dalam badannya terlalu tinggi. Ketika sampai sahaja di Hospital Muar, Linda mengalami Koma Hiperosmolar bukan ketotik. Oleh paras gulanya tinggi, dia mengalami 'dehydration'. Air didalam sel badannya diserap keluar secara osmosis. Akibatnya Linda koma di ICU selama 3 hari. Menurut kakaknya yang telah dimaklumkan oleh doktor, keadaannya amat serius. Paru-parunya telah dijangkiti kuman. Doktor mengambil sampel air tulang belakang bagi memeriksa sama ada kuman telah sampai ke bahagian otak atau tidak. Alhamdulillah ianya tidak berlaku. Hanya paru-parunya sahaja yang dijangkiti.

Ketika saya melawatnya (bersama Huda), dia telahpun sedar. Tapi dia masih risaukan peperiksaan akhir. Rupa-rupanya, petang rabu (petang hari kejadian) dia sudahpun resah, dia hanya ingat ketika dia keluar dari dewan peperiksaan. Betapa dia tidak mampu menjawab sebarang soalan, tidak boleh fokus walaupun membaca soalan. Semuanya kabur, tidak ingat apa-apa, dan ketika dia sedar, dia hanya mampu memikirkan sama ada dia di Segamat atau di Muar. Ketika kakaknya memberitahu dia meracau dan koma, dia tidak mampu mengingatinya.

Menurut Zakiah, Linda tidak pernah menghidapi Diabetes. Tidak pernah tahu. Ianya bagai satu kejutan. Oh... keluarga saya juga mempunyai sejarah diabetes. Arwah nenek saya meninggal akibat diabetes, mak ngah dan abah sedang menghidapinya sekarang...dan saya mungkin berada dalam risiko untuk menghidapinya.

Saya tingglkan Linda untuk berehat. Pesan saya agar dia rehat secukupnya dan usah risau tentang peperiksaan akhir. Insya Allah perkara itu boleh diuruskan dengan HEA. Yang penting jaga kesihatan, rehat secukupnya agar cepat sembuh. Moga Allah melindungi Linda.

Saturday, November 08, 2008

A vision of student today?

Saya berada di Kuantan menghadiri '2nd International Malaysian Educational Technology Convention' anjuran Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Ramai yang hadir dari UTM, UM, UKM, UiTM, UUM dan banyak lagi termasuklah para guru dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesi 'Keynote presentation' yang pertama sangat menarik. Zaid Al Sagoff dari INCEIF. Dia memulakan sesinya dengan rakaman video 'A Vision of Student Today' yang sangat menarik. Realiti tentang generasi sekarang yang 'visual' dan kadang kala 'sensitif'. Keynote speaker yang ketiga juga menarik, Professor Dr Richard Lowe dari Curtin, Australia.

Tercetus satu persoalan kepada diri saya adakah penggunaan teknologi dapat memenuhi keperluan para pelajar? Adakah itu yang para pelajar hari ini perlukan? Adakah penggunaan atau pelaburan teknologi yang dikatakan termoden dapat melahirkan pelajar yang unggul atau sekadar memenuhi keperluan industri? Contoh paling mudah adakah kita mahukan graduan yang mahir dalam pengaturcaraan (programming) atau hanya sekadar pandai menghafal 'programming codes'? Kemudian kita dihadapkan dengan pelbagai pedagogi yang semuanya dikatakan berkesan. Adakah benar? Berdasarkan penyelidikan, kita diberikan pelbagai nombor, analisa statistik yang mempengaruhi kita untuk mengaplikasikannya. Namun sesuaikah dengan kehendak pelajar? Ataupun lebih tepat 'end user' atau 'customer' dan juga 'product' dalam dunia pendidikan. Mungkin yang paling penting adalah 'engagement during the process itself'. Pelajar mungkin berada di dalam kelas 2 jam, tapi apa yang diterimanya adakah lengkap 2 jam atau cuma 10 minit yang pertama? Latihan yang diberikan, apa betul hasil pemahamannya seperti yang difikirkan oleh pensyarah atau cuma cantik di atas kertas?

Tetapi menyingkap semula zaman semasa saya seorang pelajar, pada saya kenapa saya perlu belajar apa yang saya belajar adalah persoalan yang penting. Kepada para pelajar saya, adakah anda sudah tahu jawapannya atau masih tercari-cari jawapannya.

Thursday, September 18, 2008

Bila yang sunat diwajibkan...

Petang semalam setelah selesai kelas maths bersama pelajar part 1 saya bergegas ke ATM berhampiran dengan pintu masuk. Saya perlu menyelesaikan budget KIK bagi kumpulan Satria sebelum perlu ke HEP. Dengan cuaca yang agak panas dan silau...hehe mata terkenyit-kenyit, seorang pelajar part 1 yang saya kenali menyapa saya:

Pelajar : Assalamualaikum puan.
Saya : Waalaikumsalam.

(Saya menoleh, oleh kerana dia berdiri di hadapan ATM Bank Islam, saya melangkah ke arahnya dengan hasrat untuk menggunakan ATM tersebut)

Pelajar : Out of service.
Saya :(Sambil tersenyum) First time saya jumpa ATM yang boleh bercakap!
Pelajar :(Sambil ketawa) Mesra pelanggan. Tak de lah, saya boleh agak puan nak
guna ATM ni.

(Saya beratur di ATM di sebelah)

Saya : Dah beli makanan untuk berbuka puasa? Atau malam ni berbuka di masjid?
Pelajar : Belum. Tapi saya berbuka di bilik dulu baru ke masjid. Malam ni part 1 wajib ke PI (Masjid).
Saya : Hmmm...ada program kan? Biasanya pergi PI tak?
Pelajar : Insya allah, kalau tak de kelas saya pergi tarawih.
Saya : Baguslah, tak payah nak paksa-paksa.
Pelajar : Tapi puan, kenapa selalu nak wajibkan part 1? Kan pelik puan. Solat
tarawih tu kan ke, sunat?
Saya : Hmmm...tak faham saya. Memanglah solat tarawih tu sunat. Siapa yang
kata wajib?
Pelajar : Ala puan, selalu macam tu, semua pelajar part 1 diwajibkan ke PI untuk
tarawih. Walaupun sunat, bila wajib...ha kalau tak datang berdosa nanti.
Saya : Tak berani pulak nak komen lebih-lebih, tapi pada saya tarawih tu sunat,
yang diwajibkan tu kehadiran.
Pelajar : Entahlah puan, macamana kalau ada kelas?
Saya : Macam ni lah...pokok pangkal hati. Bulan Ramadhan, ni semua orang
mencari keberkatan. benda yang baik, tak pe lah pun diwajibkan.
Pelajar : Tu la...yang saya fikir. Sebab tu kalau tak wajibkan pun saya mesti
datang.
Saya : Baguslah cam tu...ok dulu saya nak ke PTDI, jumpa lagi.

Ermmm.... memang dilema jadi pelajar part 1 ni. Terlalu banyak aktiviti. Mungkin perubahan itu perlu, tapi bagaimana?

Thursday, August 21, 2008

Krisis Air!

Hmmm.... susah betul minggu ni, seluruh sektor B mengalami masalah bekalan air. Bermula dari hari Rabu hingga ke hari Ahad disebabkan oleh kerja pembaikan tangki air (yang sebenarnya tak faham sangat depa nak buat apa kat situ...)

Nasib baik kebanyakkan pelajar pulang bercuti.

Hari ni air tangki dah kering...Terpaksa lah pulak ke bilik air di aras pelajar. Angkut air! Penyelesaian jangka pendek. Tapi esok nampak gayanya, lepas tamat sahaja Kursus TOT kena segera balik ke KL!