Sunday, November 09, 2008

NorHaslinda Ali dan Diabetes

Saya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar petang tadi. Melawat seorang residen Intan, Nor Haslinda Ali. Saya menelefon kakaknya di sebelah pagi. Jangkaan rakan-rakannya dan RS ternyata salah. Menurut rakan sebiliknya Linda demam dan dia meracau-racau. Tekaan dia demam panas? En Halim MA di UiTM Johor memeriksa Linda, semuanya kelihatan normal. Dengan melihatkan keadaan Linda yang kelihatan resah, Maz (RS Intan) menghubungi Ustaz Kamaruddin. Di masa yang sama kakak Linda dihubungi, akan mengambil Linda secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada di Kuantan dimaklumkan oleh Suhaida (rakan sebiliknya). Dalam hati mungkin demam biasa. Namun SMS daripada Maz keesokan harinya meyakinkan saya ianya bukan demam biasa. Linda menghidapi Diabetes. Kadar gula di dalam badannya terlalu tinggi. Ketika sampai sahaja di Hospital Muar, Linda mengalami Koma Hiperosmolar bukan ketotik. Oleh paras gulanya tinggi, dia mengalami 'dehydration'. Air didalam sel badannya diserap keluar secara osmosis. Akibatnya Linda koma di ICU selama 3 hari. Menurut kakaknya yang telah dimaklumkan oleh doktor, keadaannya amat serius. Paru-parunya telah dijangkiti kuman. Doktor mengambil sampel air tulang belakang bagi memeriksa sama ada kuman telah sampai ke bahagian otak atau tidak. Alhamdulillah ianya tidak berlaku. Hanya paru-parunya sahaja yang dijangkiti.

Ketika saya melawatnya (bersama Huda), dia telahpun sedar. Tapi dia masih risaukan peperiksaan akhir. Rupa-rupanya, petang rabu (petang hari kejadian) dia sudahpun resah, dia hanya ingat ketika dia keluar dari dewan peperiksaan. Betapa dia tidak mampu menjawab sebarang soalan, tidak boleh fokus walaupun membaca soalan. Semuanya kabur, tidak ingat apa-apa, dan ketika dia sedar, dia hanya mampu memikirkan sama ada dia di Segamat atau di Muar. Ketika kakaknya memberitahu dia meracau dan koma, dia tidak mampu mengingatinya.

Menurut Zakiah, Linda tidak pernah menghidapi Diabetes. Tidak pernah tahu. Ianya bagai satu kejutan. Oh... keluarga saya juga mempunyai sejarah diabetes. Arwah nenek saya meninggal akibat diabetes, mak ngah dan abah sedang menghidapinya sekarang...dan saya mungkin berada dalam risiko untuk menghidapinya.

Saya tingglkan Linda untuk berehat. Pesan saya agar dia rehat secukupnya dan usah risau tentang peperiksaan akhir. Insya Allah perkara itu boleh diuruskan dengan HEA. Yang penting jaga kesihatan, rehat secukupnya agar cepat sembuh. Moga Allah melindungi Linda.

2 comments:

C H E D A said...

norzea...
dia suka minum air tin or air kotak ke? kwn saya ckp kalau minum tu tiap2 hari, even family background takde diabetes pun boleh kena...
kena jaga pemakanan tu...

cik maz said...

budak itu menakutkan saya...harap2 jgn bertemu kes seperti itu lagi...