Sunday, April 05, 2009

Umur dan jodoh

Semalam pulang dari majlis makan malam Compass, berbual kosong bersama beberapa orang pensyarah sains komputer, dua darinya masih lagi bujang. Entah macamana terlepas ke topik jodoh dan umur. Salahkah jika pasangan, yang wanita lebih berumur dari yang lelaki? Memang dari segi kebiasaan yang lazim, umur pasangan; sebaya atau lelaki lebih berusia dari wanita. Tetapi salahkah jika sebaliknya. Nampak janggal sangatkah...

Ayah dan Ibu saya sendiri mempunyai selang 10 tahun; ayah saya lebih tua dari ibu saya..

Saya sendiri mempunyai selang beza umur yang agak besar dengan suami saya!

Kawan serumah saya lebih tua dari suaminya...hehe tapi cuma beberapa bulan.

Tapi pandangan peribadi buat H***, tak salah rasanya kalau jodoh kita lebih muda, yang penting ada keserasian, Allah penentu segalanya!

12 comments:

BZmum said...

Lelaki lebih tua tidak menjamin kejayaan sesuatu perkahwinan.. yang penting siapa kita dan pasangan kita.. umur hanya satu independent variable dan perlu berinteraksi dgn banyak lagi variable lain untuk memastikan perkahwinan berjaya.

Nurzeatul said...

BZmum,

sangat bersetuju! Yang penting hati dan byk lagi benda lain dalam perkahwinan selain daripada umur!

cik maz said...

bzmum begitu jelas dan nyata dalam mood research...hehe

bg sy kematangan fikiran jg salah satu variable yg perlu diambil kira...

** kenapa aku tak der dlm perbincangan nie? hehe

BZmum said...

cik maz: nasib baik ada H***(bukan nama sbnr) kot x mesti org ingat awak.. hehe..

Nurzeatul said...

cik maz n BZmum,

hehe....perbincangan secara terbuka, boleh tambah lagi variable yang berkaitan.

P/S: cik maz...hehe social interest.

Bernama said...

thn 2009 hampir sampai ke penghujung...tak sabar rasanye nk tngk 2 org pensyarah cs tu naik pelamin....=)
fazah

Nurzeatul said...

Fazah,

tu ler...saya lagi tak sabar.... n lepas tu hehe nak nengok dua2 tu pregnant....ahaks....esp cik h*** tu...(jgn mare)!

che'gu malik said...

ooo.. patut la khusyuk jer orang meja sebelah... bergossip!! :P

Nurzeatul said...

malik,

huhu jgn jeles, sebab tu, tak nak duduk nga VIP susah nak bergossip!

Zanariah said...

Umur, kerjaya, paras rupa, sikap, sifat, kewangan semua penting. Agama paling utama. Komunikasi, kesabaran, tolak ansur dan kerjasama penting gak. Uish, dengan kata lain, semuanya pentinglah. Ianya adalah risiko. Kitalah yang menjadikan ianya berjaya atau tidak. Jodoh ditentukan oleh Allah. Apa yang kita dapat, itulah yang terbaik buat kita.

Rohadatul Aisy said...

Topik hangat..nk join...jodoh suatu yg subjektif, kadang kita nk yg terbaik utk diri kita, kita akan meletakkan suatu benchmark, ada yg nak rupa,wang, tapi sebenarnya apa yg kita nak kita akan dapat dengan izin-Nya. dan yang paling penting adalah bersedia. hanya Allah sahaja yg tahu adakah kita bersedia untuk itu..
variable lain yg penting rasanya mesti hormat menghormati hak masing2 serta memahami...
boleh ke emm... untuk 2 org misteri tu...insya Allah...

arifrusli said...

Salam Puan,

Selamat Hari Guru 2009 :)