tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

Raya 2017 - Balik kampung di Parit Buntar

Minggu pertama syawal hari Sabtu, mak memang dah ajak semua balik ke kampung termasuk menantunya. Hehehe, motif paling utama sebab nak kenalkan menantu juga. Yelah, waktu deme kahwin, orang kampung mai awal, takdan tengok pengantin. Sekarang masa yang sesuai pakej beraya terus.



Inilah adik beradik Yui yang sebenar
Kami berempat
Baju hitam tu adik ipar Yui 


Jarang balik Parit Buntar sebab hanya ada pakcik-pakcik aje di sana. Ini belah mak sebab mak Yui seorang je perempuan dalam adik beradik. Rumah yang wajib kami pergi, memang kami pergi terutama rumah Toklang. Yui anggap toklang ni macam atok Yui sendiri.



Bongsu, Yui, mak & adik bawah Yui




Ok hat ni kena tekankan, adik yui pakai tapak tebal, maka terjadi perbezaan ketara. Tak boleh jadi betul tengok gambar ni, dia tinggi sikit je dari Yui. Hahahaha.



Bersama satu-satunya mak Yui tersayang
Syurga Yui sekarang


Kami pergi 3 rumah sahaja, otw balik singgah ke Taiping rumah Tokcik pula. Perjalanan alhamdulillah berjalan lancar. Nak bergambar kat bendang tak boleh sebab bukan musim kering kontang lagi. Hehehe. Kalau tak, memang jadi port la.




Takde gambar abah kan? Sebab takde nak selfie dengan dia kali ni. Kihkihkih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 08, 2015

BUAH-BUAHAN TEMPATAN DARI RUMAH OPAH

Kelmarin berkesempatan balik kampung nak jenguk opah & saudara yang lain. Sampai sana, makcik pelawa suruh ambil buah apa yang ada. Yelah, dari jatuh terbuang busuk, baik bagi pada yang nak.


Aku apa lagi, laju saja pergi terjah ke pokok-pokok yang ada.
Paling tak menahan tengok jambu susu. Walau dah tak banyak tapi ini dah mencukupi.


Yang warna hijau itu kami panggil buah rembia. Macam buah staq tapi bukan. Ini tak masak lagi tapi boleh dimakan. Rasanya masam-masam, sedap sangat! Buahnya banyak seperti anggur.




Dapatlah 4 jenis buah. Tengok pokok durian, fuhhh banyak buah yang dah timbul tu. Tunggu musim je lagi. Nyum nyum.


Untungnya ada tanah keliling rumah, boleh tanam macam-macam. Best!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, April 06, 2015

Musim buah staq

Kami panggil buah staq.
Hangpa tang tempat lain taktaulah panggil buah ini apa.
Hari tu pi parit buntaq, nampak pulak buah ni.
Menggigil habaq hangpa bila tengok.
Kecuq ayaq liuq!!




Harga haritu beli RM 14/kg.
Ada nampak kawan post kabor kat tempat depa ada sampai RM 24/kg.
Tu dia punya mahai no lain tempat.
Apa pun memang layan makan buah ini!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 14, 2014

Suasana kampung yang mendamaikan



Tengok gambar pun dah tahu tuan tanah seronok berada di kampung. Kampung aku di Parit Buntar. Inilah kampung belah mak.


Ini namanya bendang tengah kontang itu sebabnya daku boleh jejak situ. Kering. Lompat puas-puas sebab takut tergeliat satg. Muahahaha!


Daku suka suasana kampung. Nyaman dan tenang. 


Kampung belah abah tanam pokok getah. Belah mak bendang.


* Ramai tegur aku berjaya dengan Diet Atkins. Haah, berjaya turunkan sikit kg dan kurang inchloss. Alhamdulillah. Nanti aku story lain ok.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^