Showing posts with label Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas. Show all posts
Showing posts with label Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas. Show all posts

Nov 28, 2012

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas (part 4)



Awal pagi, Pendi kontek Jawa. Pendi kasi meset, "Ada mana? Pendi nak ke parit raja".

Kemudian Pendi ke Pontian. Pendi ambil kad pengenalan baru. Handal jugak kad baru ni. Siap ada muka Pendi yang greyscale dicetak sekali pada tengah kad. Tapi fungsi kad ni tak lain tak bukan setakat kad ada gambar muka Pendi ada tulis nama Pendi, ada tulis alamat Pendi, agama, nombor kad, dan juga kewarganegaraan. Tak lebih dari tu. Touch n Go? Pendi pakai moto, kegunaan touch n go pada kad ni tak lain tak bukan hanya untuk show off bahawa kad pengenalan Malaysia ada fungsi itu (yang entah boleh pakai atau tidak, Pendi tak tahu kesahihannya).

Pukul 10 lepas ambil kad Pendi makan roti telur dan minum kopi dekat kedai sebelah bangunan JKR pontian. Pendi kalau tengok JKR, Pendi akan terkenang jalan dekat depan rumah Pendi yang bilalah agaknya jalan tu nak elok. Tak lupa juga jalan Parit Sempadan dekat Parit Raja yang macam setan tak boleh bawa laju. Kalau laju boleh jadi bungkusan dalam bakul boleh tertumpah dan moto boleh melambung dan end up dekat parit. JKR.. JKR..

"Jawa ada  kat rumah aku.. dia suruh aku replykan", Pendi dapat meset dari Kudut.

Dalam hati Pendi, dah babi kenapa Jawa nak pergi rumah Kudut dekat Batu Pahat sana. Kat Parit Raja rumah dah terbakar ke apa?

"Babinye, Dok parit raja la. Aku nak tumpang kejap besok nak ke Subang", Pendi riplai marah.

"Oi u pendi gle sex.. datang je sini kitorang ada. Rumah taman wira", meset dari Kudut lagi Pendi terima. Ni lagi satu babi, apa kejedat taip nama 'U Pendi Gle Sex'?

Pendi pantas riplai yang pada asalnya Pendi nak berbahasa yang baik-baik, tapi akibat meset Pendi terima macam setan jadi Pendi riplai, "Oh, babi. Ingat kat BP. Kakakakaka.". 

Sebenarnya kadang kadang saja Pendi guna koma (,) dalam sms. Jarang Pendi buat. Gila apa pakai koma.

*       *      *

Pendi sampai rumah Taman Wira, Pendi bakar rokok.

Tak lama main tuit dekat laptop Ijat. Ijat pergi test ke apa benda Pendi tak tahu. 


@PendiAhmad: Ni jap lagi pegi melepak dengan @MakweKedaiRuncit ni cara jugak.

@MakweKedaiRuncit: @PendiAhmad err apa ni ? Apa ni ? Haha

@PendiAhmad: @MakweKedaiRuncit keh keh keh.. ada mana? *buat2 real nak melepak

@MakweKedaiRuncit: @PendiAhmad lu okay tak niy bro? Haha. Baru nak pergi kedai ouhh. Buat apa ja ?


Habis tuit sampai situ Pendi terus ikut budak-budak pergi makan. Pendi takda mood nak makan. Pendi nak minum. Pendi nak minum air milo. Hak bermain Hak kami. 

Budak-budak singgah kedai runcit. Pendi ikut.

Budak-budak beli rokok rasanya. Pendi ikut juga. Paling last masuk kedai.

Dan makwe kedai tu ada. Makwe kedai terpandang Pendi tercengang macam orang nampak Qarin sendiri. Pendi senyum.

"Macam mana dah ada kat sini?", makwe kedai runcit tanya sambil masih keadaan tercengang.

Pendi senyum sahaja. 

"Laju betul, dari mana", makwe kedai runcit masih mahu kepastian.

Pendi senyum sahaja sambil minta keperluan biasa Pendi.

Makwe kedai runcit terus mengeluarkan Surya Enam Belas dan menghulurkan pada Pendi. 

"Amboi, lajunya, dah ready letak situ tunggu gua datang ke?", olok Pendi sambil terbahak-bahak. 

"Mana ada, memang ada kat sini la dari tadi", Makwe kedai runcit cuba membantah sambil tergelak.

Pendi bayar sambil ketawa.


*       *       *

Penyudahnya Pendi minum teh o ais dekat kedai.




p/s: Akhirnya makwe kedai runcit tak tahu macam mana Pendi boleh muncul dengan pantas.

ini cerita bohong.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 15, 2012

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas (siri 3)

Hari ini panas betul. Rokok hampir habis. Gua ada ujian bertulis malam ni. Selain itu, gua juga belum makan. Hendak merokok ketika hari panas dan perut kosong adalah tindakan kurang bijak. Jadi gua check seimbas kotak rokok. Tinggal 2 batang.

"Ini tidak boleh jadi, gua kena beli untuk stenbai", kata gua pada diri sendiri. Hal beli rokok sebelum kotak jadi kosong ni semacam etika. Sama macam menambah nasi ketika pinggan belum betul-betul licin.

Terus gua memecut ke kedai. Sambil gua pasang niat nak beli air sekali. Air tin.

Gua tak berharap makwe pun jaga kaunter. Nafsu gua terhadap makwe kalau tengah hari panas memang tak berapa nak pergi.

Sampai depan kedai. Agak lengang walaupun banyak juga kenderaan yang tidak diketahui asal usulnya turut parkir.

Gua masuk. Gua nampak seorang perempuan berumur menjaga kaunter. Gua senyum.

Tiba-tiba seorang makwe yang biasa gua cerita tu melulu dari balik rak berdekatan kaunter. Terus ke hadapan gua. Sekilas, berseri betul. Dan terus menunduk ke bawah laci kaunter.

Tak sampai 2 saat kembali berdiri semula dengan sekotak surya enam belas. Sambil senyum menghulurkan kotak rokok kepada gua.

Gua senyum sambil bayar.

Makwe senyum sambil pulang duit baki.

Gua senyum dan keluar.

*      *       *

Akhirnya gua tak beli air.



p/s: "kau sebenarnya entah-entah wujud entah tidak"


cerita di atas adalah tipu. Tipu la kalau orang kedai dah tahu minat gua apa.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 6, 2012

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas (siri 2)

Pendi masuk kedai.

Makwe dekat kaunter yang hari tu jugak jaga kaunter. Dah memang kedai bapak dia. Memang dia jaga.

Makwe tu besarkan mata. Terkejut agaknya nampak Pendi.

Makwe tu senyum.

Pendi senyum.

Makwe tu keluarkan Surya 16.

Pendi bayar sambil senyum.

Makwe tu pulang duit baki sambil senyum.

Pendi keluar kedai.



p/s: pasal Nostalgia nanti la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 2, 2012

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas

Suasana riang ria di hadapan kedai runcit. Seperti ada pesta keramaian. Walhal, hari ini hari rabu, mana mungkin orang berpesta sebegitu.

Cerita dipercepat hingga ke bahagian klimaks.

Pendi letak barang-barang yang dia hendak atas meja kaunter. Biskut cream-o dua batang panjang dengan air milo tin.

Sementara itu ada orang sedang bayar di kaunter. Pendi pandang makwe jaga kaunter. Sempat juga makwe di kaunter itu melirik kejap ke Pendi. Pendi pandang tempat lain.

Makwe yang jaga kaunter ushar Pendi. Atas bawah. Makwe tu baik juga paras rupanya. Tidak buruk dan tidak terlalu lawa. Mata sedikit sepet, tapi tidaklah sesepet orang monggol. Cukup-cukuplah dengan keadaan. Kulit tidak terlalu putih seperti salji, tidak pula gelap. Tapi putih lah begitu kalau dari golongan Melayu. Lengkap berhijab. Dari awal Pendi masuk kedai tadi makwe tu dah ushar Pendi. Barangkali zip seluar Pendi terbuka. 

"Err", Pendi mahu memulakan bicara.

Sambil itu makwe itu tunduk ke bawah kaunter. Mencari sesuatu. Tidak sampai 2 saat kembali semula dengan sekotak Surya 16.

"surya enam belas ada?", baru Pendi dapat mengeluar kata lepas segalanya berlaku. Lepas makwe itu keluarkan sekotak rokok.

Makwe itu seraya senyum. Bibirnya tipis tapi tidak terlalu tipis. Menarik untuk ditengok.

"Tahu-tahu saja orang nak", kata Pendi sambil sengih.sambil menuding ke arah rokok surya 16 atas meja kaunter itu.

"Orang tahu laaa", jawab makwe itu dengan sedikit pekat-pekat dialek jawa. Buatkan Pendi tersenyum. Makwe itu senyum.

Pendi bayar.

Pendi keluar kedai.





p/s: Ni cerita betul 'kawan' gua.


@damnitstrue: It's nice when someone remembers small detail about you. Not because you keep reminding them, but because they actually care.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...