Showing posts with label Recipes. Show all posts
Showing posts with label Recipes. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Nasi daging

Menu jualan sabtu lepas ialah nasi daging. Tak pernah letak lagi resepinya kat sini rasanya, so nak letak untuk memudahkan rujukan pada masa hadapan, ecceh. Kali ni buat hasilnya ok kot, cuma lepas ni kalau buat lagi nak kena bagi lebih tang sos tu, supaya warnanya lebih mengancam. Nasi daging ni gu-kan dengan air asam dah cukup dah, tapi sebab nak menjual so tambah 1 menu lagi ie ayam goreng berempah dan bag free papadom sama...

Resepi nasi daging ambil dari myResepi, credit to kak fida...




Nasi daging

Bahan2:
beras
daging - dipotong kecil, basuh dan tos
bawang merah *
bawang putih *
halia *
serbuk ketumbar *
jintan kecil/manis *
kismis *
cili hijau *
serai - dititik
daun pandan - disimpul
perkakas 4beradik
susu cair
sos tomato
sos cili
minyak sapi/mentega
air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
bawang goreng

Cara2:
- kisar bahan bertanda *
- daging direbus hingga empuk
- panaskan minyak, tumis perkakas 4beradik, serai dan daun pandan hingga wangi. masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing
- masukkan daging, sos tomato dan sos cili
- masukkan air, susu dan garam, biarkan mendidih
- masukkan beras, tabur 1/2 daun bawang, daun sup dan bawang goreng dan tanak nasi hingga masak
- sebelum hidang, taburkan lagi baki daun bawang, daun sup dan bawang goreng


Air asam

Bahan2:
tomato - hiris
bawang besar - hiris nipis
bawang merah
cili merah
cili hijau
cili padi
belacan
air asam jawa
garam
gula

Cara2:
- tumbuk/blend bawang merah, cili merah, cili hijau, cili padi dan belacan
- campurkan dengan tomato dan bawang besar, masukkan perahan air asam jawa
- tambah garam dan gula, gaul rata


Ayam goreng berempah

Bahan2:
ayam
halia *
bawang putih *
rempah masala
rempah kari
kicap
madu
garam

Cara2:
- kisar bahan bertanda *
- perap ayam dengan semua bahan2 semalaman atau paling kurang 2-3jam
- goreng dengan minyak yang sedikit

Friday, January 28, 2011

Tentang masak-memasak

Sabtu lepas tengaharinya buat jualan nasi ayam, gambar yillek, malas nak ambil. Selesai hantar order, balik rumah rehat2 sat, makan, solat dan layan anak2, lepas tu sambung memasak untuk jamuan solat hajat malam tu pulak. Kohaitachi(=juniors) dah siap2 bahagi tugas, kali ni boys masak lauk-pauk dan girls pulak masak nasi, buat air dan desserts. Sebab I takdak mood nak godek desserts even buat muffins sekalipun, makanya masak lauk-pauk lah paling mudah...

Menu simple saja, kari tulang lembu, sarada kimuchi sotong dan goreng papadom, tu ja!

Sarada kimuchi sotong, yummeh!

Kari tulang lembu, tak nampak bahan, nampak kuah saja, haha, lantaklah, style orang malas ambil gambar, takdak seni langsung!


Hari ahad petangnya buat pizza untuk minum petang, buat 3biji, 2 untuk ayah dan mama dan 1 lagi untuk 2R. Ni pun pizza orang malas, takat buh sosej, bawang dan mix vege saja, hehe..


Ini adalah menu wajib kami, sayur goreng campur. Hampir tiap2 hari hadap lauk ni, cuba teka pasaipa mama 2R tak reti masak lauk sayur lain? Hahaha, pasainya sayur2 ni bersepah2 dalam fridge, orang asyik angkut bagi sampai dah taktau nak masak apa, last2 hat mana tak reti nak masak tu campak ikut dan ja la masuk dalam menu sayur. Base sayur boleh guna lada sulah saja atau perencah sup udon atau dressing sarada atau mayonis, apa2 pun boleh, sempoi habis!

Dalam pinggan ni semua sayur orang bagi, karot + kacang hapa-entah-namanya + kentang + kobis, cuma tauge saja yang dibeli. Kentang tu sekotak lagi dok ada, dah laa sekarang ni jarang buat minum petang dah, mati kutu nak perabih apa yang ada...


Semalam buat donat keledek ni, best! Resepi ambil kat blog my sil-kaklong. Tujuan buat donat keledek ni pun sebab nak habiskan keledek, 2hari lepas dah buat inti karipap, dah bakar untuk 2R makan untuk minum petang, semalam buat donat pulak, tu dok ada lagi 2biji besar gedabak, nanti rajin boleh buat cek mek molek atau keria. Hasil donat ni gebu macam donat biasa dok buat tu cuma lebih kenyal isinya, masa canai dan terap pun dohnya rasa kenyal, senang kerja. 2R suka, kami makan tak salut gula pun. Goreng sikit saja, selebihnya di-frozen...



Semalam kelebek karipap jugak, buat 1 adunan dapat 61biji, 40biji di-pack untuk jualan. Pakai inti keledek, sedap sebab manis intinya, letak ayam dan kali ni buat bagi extra pedas, letak cili boh sama, tak syok la pulak sebab selalu buat tak pedas...



Hari ni buat donat lagi, tapi donat yang biasa2 tu la. Pagi2 sebelum pukul 7 dah adun bahan dah, petang sat lagi baru nak goreng. Petang nanti nak buat roti goreng, ada lagi inti karipap tak habis. Tu saja lah cerita masak2 untuk kali ni...

Sunday, January 9, 2011

Resepi2 yang di-request

Maaf amat sangat buat kawan2 yang request resepi2 ni, lambat sungguh I jawab, asyik terlupa, maaf ye...

Kek batik
Resepi dari blog my sil-kaklong. Ni kali ke-2 buat...


Bahan2:
125 gm marjerin
3 sudu besar gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 tin kecil susu pekat
7 sudu besar serbuk koko
biskut marie

Cara2:
- pukul marjerin dan gula hingga sebati, masukkan telur dan esen vanila
- masukkan susu dan serbuk koko, pukul sebati
- masak atas api perlahan, kacau selalu hingga adunan likat
- masukkan biskut sikit2 sambil kacau supaya coklat menyaluti biskut
- masukkan dalam loyang yang disapu marjerin, I alas loyang dengan plastik bersih. Alas jugak bahagian atasnya, dengan menggunakan tangan tekan permukaan kek hingga rata. Bolehlah dihias
- simpan dalam fridge terlebih dulu sebelum dipotong


Muffins pandan


Bahan2:
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
120 gm gula halus
200 ml freshmilk
100 ml minyak
2 biji telur
1 sudu kecil pandan paste
1/2 sudu kecil pandan esen
*kalau takdak pandan paste dan esen, blend beberapa helai daun pandan, tapis untuk ambil airnya

Cara2:
- panaskan oven pada suhu 190 darjah
- ayak tepung, baking powder dan soda, masukkan dalam mangkuk besar dan campurkan gula dan kacau sebati dengan menggunakan whisker
- buat lubang tengah2 dan campur semua bahan2 basah ke dalam bahan2 kering. Kaup balikkan sekadar semua bahan bercampur. Adunan akan berketul2 sedikit
- isi dalam cup dan bakar selama 10-20minit


Coffee mousse
Ambil resepi ni dari myResepi, thanks Yani... I olah sikit resepi ni, so for ariginal recipe, please refer the link...


Bahan2:
8 gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar)
50 ml air panas
100 ml coffee pekat (campur 2sudu besar instant coffee ke dalam 100ml air panas)
120 ml fresh cream (I guna whip cream)
40 gm gula halus
1 biji telur putih

Cara2:
- campurkan gelatin ke dalam air panas, kacau hingga gelatin hancur dan campurkan ke dalam kopi dan kacau hingga sebati
- alas kopi dengan air atau ais, kacau hingga kopi jadi likat
- dalam mangkuk lain, pukul fresh cream hingga pekat, masukkan gula sedikit demi sedikit
- dalam mangkuk lain, pukul telur putih hingga bertanduk(tak jauh bila diterbalikkan)
- campur fresh cream, telur putih dan adunan kopi tadi dan kacau perlahan2 hingga rata
- masukkan dalam cup/loyang dan simpan dalam fridge hingga beku, sekurang2nya 40minit

Masa birthday party Rafiqh hari tu I buat kek coklat sebagai base coffee mousse ni, boleh guna sebarang jenis kek yang sesuai. Boleh jugak layer2kan kalau suka, sedap sangat, especially for coffee lovers...


Hari tu Norlin-mamaHaikal&Yousuf requested resepi makanan barat, haa I selalu refer kat bloh Hanieliza, so boleh tengok2 kat sini yer, macam2 ada!

Resepi chicken chop dan pelbagai jenis kuahnya di sini...
Resepi beef steak dan kuah2nya pulak di sini...
Happy cooking!

Menu minum petang

Saikin(=lately) 2R ni masuk fasa kurang minat makan buah pulak, kalau pisang ja depa pulun, berbiji2 sehari tapi buah2 lain nyet2 nak habiskan. Mak depa ni pulak bukan jenis reti tunggu tengok anak makan, style tau bagi ja, pepandai la hangpa makan sendiri. Alih2 depa tak makan, depa buat main pulak. Jadinya buah2 yang nampak depa kureng tu I blend buat 'aiskrim'. Resepi air ni pernah buh dah dulu, boleh refer 'ice-blended avocado' kat recipes corner sebelah kanan ni yer. Tapi kali ni buat lain sikit, letak freshmilk sikit dan gula 1 sudu kecik(untuk buah yang masam/kurang manis), kalau ada plain yogurt boleh letak 1 sudu besar(nanti jadi lassi), tak perlu letak ais, blend bahan2 tu bagi pekat ala2 macam aiskrim, lepas tu suap, depa syok laa sebab sangkakan tu aiskrim, haha tipah tertipu...

Suka sangat laa makan banana. Patut hantaq pi duk rumah maklong kat Bertam nun, haa sana banyakkkk pokok pisang maklong tengah berbuah kan?! hihi...

letak chopped chocolate, nyum2...

ni jus kaki(=pisang kaki yer, bukan kaki leg tu, heh), sedap lemak2 manis...


Rabu lepas buat roti burger, makan dengan teriyaki chicken...


Khamis buat apam balik. Dah lama tak buat, teringin pulak nak makan. Resepi ambil dari myResepi, credit to joayee.

Bahan2:
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - diayak (I guna tepung hotto-keki(=pancake))
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna kuning

filling:
jagung krim
kacang tumbuk
gula
mentega

Cara2:
- pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan susu, serbuk penaik, soda dan pewarna kuning, pukul sebati, masukkan tepung dan pukul hingga tidak bergental.
- perap 1 jam
- panaskan non-stik pan, tanpa menggunakan minyak, ambil satu senduk dan tuang, kemudian nipiskan, tutup pan sebentar
- setelah setengah masak, taburkan bahan taburan dan sedikit mentega
- tutup sekejap, bila dah masak lipat dua dan angkat

Note: I tak guna mixer pun, campur semua bahan dalam blender dan blend, senang... Untuk homemade jagung krim tu boleh refer link kat atas...


Jumaat buat popia goreng. Untuk 2R gorengkan donat, donat anak2 I togel je, memang takdak gula, hihi...


Ni breakfast pagi semalam, roti canai dan kari daging, pekena dengan teh tarik(tak dan nak tarik), perghhh syiok laa pagi2 sejuk ni makan roti canai...

Tuesday, December 14, 2010

Resepi nasi minyak dan lauk-pauknya...

Meh nak salin balik resepi2nya, senang nanti nak rujuk bila2 nak masak lagi...

Nasi minyak

Bahan2:
beras
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
perkakas 4 beradik (bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis)
susu cair
minyak sapi / butter
garam
daun pandan
pewarna kuning
kismis dan gajus untuk hiasan

Cara2:
- panaskan minyak/butter, tumis bahan yang dihiris dan perkakas 4beradik hingga naik bau
- masukkan susu, garam dan daun pandan, tutup api
- masukkan semua ni ke dalam periuk berisi beras yang dah dibasuh, tambah air dan tabur kismis dan gajus, masak nasi macam biasa
- setelah nasi masak, buat 1 lubang kat tengah2 nasi menggunakan chopstik, letak beberapa titik pewarna kuning dan biar seketika, sebelum dihidang, bolehlah gaulkan nasi separa rata.


Ayam masak madu

Bahan2:
ayam
bawang besar
bawang putih *
halia *
rempah kari
serbuk kunyit
garam
cili boh
madu
gula merah
sos tomato/tomato puree
air

Cara2:
- kisar/tumbuk bahan bertanda *
- perap ayam bersama garam, serbuk kunyit, bahan kisar dan rempah kari selama 1 jam
- ketuk2 ayam dari rempah perapan, simpan rempah, goreng ayam, angkat dan ketepikan
- panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu dan masukkan bahan perapan tadi bersama cili boh, tumis hingga pecah minyak
- masukkan tomato puree, gula, madu dan air
- akhir sekali masukkan ayam


Telur masak kurma

Bahan2:
telur yang telah direbus
bawang merah *
bawang putih *
halia *
lengkuas *
bawang merah - dihiris
bawang putih - dihiris
perkakas 4 beradik
rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air
santan
ubi kentang
cili hijau
garam

Cara2:
- kisar bahan bertanda *
- panaskan minyak dan goreng telur rebus tadi hingga kulitnya garing, angkat dan ketepikan
- guna minyak tadi untuk tumis bawang yang dihiris bersama perkakas 4beradik hingga wangi
- masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau
- masukkan rempah kurma, masak hingga pecah minyak
- masukkan kentang dan santan, masak hingga ubi empuk
- masukkan cili hijau, telur dan garam. Siap!


Acar timun @ jelatah

Bahan2:
timun
carrot
nenas - pakai yang dalam tin
bawang besar
cili padi/cili merah
garam
gula

Cara2:
- potong semua sayur2 tu halus2
- gaul semua bahan bersama garam dan gula, kalau guna nenas dalam tin bolehlah tuang air nenas tu sekali

Sunday, December 12, 2010

Muffins pumpkin


Resepi ni Murni yang request...

Bahan2:
100 gm pumpkin yang dah direbus - lenyekkan
120 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
50 gm gula (I letak 30gm saja sebab pumpkin dah manis)
1 biji telur
50 ml susu segar
50 ml minyak

- panaskan oven pada suhu 180 darjah
- ayak tepung + baking powder + soda, masukkan dalam mangkuk besar
- masukkan gula dan gaul rata
- buat 'lubang' ditengah2 tepung tadi dan masukkan bahan2 basah lainnya di tengah2 tu dan kaup balikkan adunan agak2 sebati saja
- masukkan dalam cup dan bakar selama 10-12minit

Selamat mencuba!

Monday, December 6, 2010

Masak2 hari jumaat

Last friday was a hectic day for me, eh sat, rasa macam almost everyday pun hectic, hihi, kes perasan sibuk! Paginya lepas settle-kan hal anak2 dan kain-baju di ampaian, terus godek bahan2 nak buat inti karipap. Kemudiannya adun kulit karipap, campak2 masuk breadmaker dan tunggu siap uli. Lepas tidurkan Raziqh baru kelebek karipap, sebab inti yang baru masak tu masih panas lagi so habiskan dulu baki inti pau hari tu yang ada sikit ja lagi dalam fridge. Habis ja inti tu stop kejap, siapkan lunch dan bagi anak2 makan, lepas zuhur keluar pi baito(=parttime). Kat luar angin punyalah kuat, menderu2 bunyi sungguh menakutkan, hari khamis sebelum tu hujan seharian tapi jumaat tu dah cerah cuma angin kencang macam taufan. Kalau ikut hati ni malas dah nak keluar, risau anak2 demam atau selsema pulak nanti tapi sebab kena pi kerja dan beli barang, makanya terpaksalah selubung anak2 dengan baju 4lapis. Tu pun mata depa terkebil2 bila angin tiup kuat, tangan pun sejuk, haha padan muka, sapa suruh takmau pakai glove dan snowcap. Masa keluar jalan kat luar tu mama pegang tangan Rafiqh kemas2, takut pulak anak haku diterbangkan angin, eh tak tipu, serius angin kuat woo, tu pun rasa macam Rafiqh melayang2...

Balik dari baito tu singgah supermarket beli barang2 nak masak untuk jualan the next day. Sebab nak cepat sangat mama terbeli baju yang besaq-gedabak untuk Rafiqh, haha, tak dan nak test dah, pakai capai ja, pulak tu saiz 110 yang paling kecik. Selalunya pun memang beli saiz 110 untuk dia, walhal tu saiz budak 4-5tahun rasanya, suka tengok dia pakai baju besar2 nampak laa besar dan matured sikit. Yang selalu dok beli saiz 110 tu baju, seluar still beli yang 95 atau 100, tapi kali ni beli set seluar+baju so baju tu ok laa boleh pakai, seluar tu saja terlebih panjang dan besar sampai ke dada haa, hahaha entah hapa2 mak hangpa ni, loqlaq! Tak pasai2 kena pi beli lagi, tak beli kang kesian pulak kat Rafiqh pi hoikuen(=nursery) takdak seluar casual, dok pakai jeans saja, tak selesa sangat nak main. Tengoklah esok ka lusa ka tulat ka nak pi nishimatsuya, tengok iklan kat tv kata ada winter sale, gaji mama masuk minggu depan, jom pi perabih duit mama ye anak2...

Balik rumah lepas kemas2 barang yang dibeli, buat banana mousse pulak. Memandangkan semalam adalah birthday Rafiqh, so mama niatkan nak buat 'kenduri' sikit untuk orang yang order foods, sambil2 tu nak promote new menu. Birthday party Rafiqh masih tak decide nak buat bila, maybe weekends ni atau next weekends kot. Kejap ja buat mousse tu sebab pakai blend ja semua bahan, senang amat, so sambung buat karipap semula. Anak2 dah tertidur dah time tu, penat kot, lega sangat mak depa dapat siapkan kerja dengan aman permai. Goreng halfcook karipap tu dan pack siap2 untuk yang di-order, bakinya buat minum petang. Bila dah ready blend bahan2 untuk nak masak esoknya tu baru prepare dinner...

Terasa macam nak makan chicken chop lah pulak, kes teringin tengok kat blog kaklong, anak2 menakan tu dok ratah ayam goreng oat, rasa nak test buat sebab senang ja resepinya. Jadinya malam tu kami dinner nasi, ayam goreng oat, kuah bbq dan coleslow, yummy!

Karipap ayam, juai2!


Banana mousse layer with choc cake...
Topping-nya simple je, cuma sagat tiramisu chocolate dan tabur. Tak dapat nak 'merasa', habis semua kat orang order foods, tu pun tak cukup sebab ada yang order nasi last minute, sapa2 tak dapat tu nanti akan diberi kemudian yer. Tapi sadis kesian kat 2R, masa dok buat tu depa tunggu tengok dan minta nak makan, mama kata tak siap lagi, tapi bila dah ready mama cakap tak boleh makan pulak sebab semua orang punya, gomen ne, mama warui ne(=sori ek, mama tak baik kan), nanti esok/lusa mama buat lagi ok...


Ayam goreng oat yang marvelous! Thanks kaklong for the recipe!!!

Bahan2:
ayam
1-2 sudu besar rempah kurma (I ganti dengan rempah masala)
garam
gula
tepung tenpura/tepung beras (I pakai tepung ayam goreng Radix)
oat

Cara2:
- ayam diperap dengan rempah, garam dan gula selama 1/2~1jam
- celup dalam tepung yang dibancuh dengan sedikit air
- golekkan dalam oat dan goreng dengan api yang kecil

Friday, December 3, 2010

Pau frozen & Mini pizza

Breakfast semalam test reheat pau sri kaya yang di-frozen hari sebelumnya tu, hasilnya sama macam baru lepas kukus, lembut dan gebu. Tak perlu kukus balik pun takpa, guna microwave saja, senang! Seronoknyalah, makanya misi seterusnya ialah memasukkan pau frozen ni sebagai salah satu menu baru SakuraApron mini-katering, selain inti kari ayam dan sri kaya, nanti nak try jugak buat dengan inti kacang merah...

Lepas breakfast, cadangnya nak buat karipap tapi bila tengok inti karipap baki dari buat pau hari tu tak banyak mana, tukar plan buat pau lagi. Ketagih sungguh buat pau ni, happy sebenarnya sebab dok jadi elok cantik gebu. Kali ni semua di-frozen, boleh laa buat breakfast weekends nanti, settle dah masalah nak kena fikir hal breakfast weekends, hihi...



Selesai buat pau, beralih ke mini pizza pulak. Dah lama tak buat mini pizza ni, teringin pulak nak makan. Ambil resepinya dari myResepi, credit to Fendi untuk resepi yang sangat best ni...

sebelum dibakar...


selepas dibakar...


Bahan2:
200 ml air
300 gm tepung roti
14 gm gula
3.5 gm garam
16 gm shortening (I ganti butter)
6 gm susu tepung
3 gm dry yeast

Topping:
telur
sos tomato/sos cili/sos pizza
sosej
mix vegetable
cheese

Cara2:
- masukkan bahan2 untuk buat doh ke dalam breadmaker, settingkan untuk buat doh dan on-kan
- bila dah siap tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 10bahagian, buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10minit
- ambil sebiji doh, canaikan diameter lebih kurang 10cm, lipatkan ke atas dan ke dalam bahagian tepinya, biarkan naik 2kali ganda
- sapukan permukaan roti dengan telur, letak topping dibahagian tengah
- bakar pada suhu 180darjah selama 12minit. Biarkan roti dalam oven 5-10minit lagi untuk hasil yang lebih perang


Buat mini pizza ni 9biji saja, 6biji guna sos cili dan 3 lagi pakai sos tomato untuk 2R. Dah banyak kali buat tapi still tak dapat rupa macam yang kat myR tu, tak reti lagi nak lipat ke atas dan ke dalam, tapi tak kesahlah, yang penting jadi, kan kan?! Sebab takdak cheese pizza I carik2kan slice cheese je, hentam sajalah labu...

Wednesday, December 1, 2010

Pau


Resepi pau ni ambil dari fp kaklong, dah banyak kali dah buat dan sangat puas hati sebab even tak pakai tepung khas untuk buat pau pun insyaAllah pau masih boleh jadi gebu dan cun-melecun. So I memang guna resepi ni je everytime nak buat pau, I dah ubah sikit resepinya untuk hasil yang lebih gebu...

Bahan2:
130 ml air suam
250 gm tepung (I pakai 150gm tepung gandum + 100gm tepung high protein)
1 sudu teh serbuk penaik
3 1/2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar shortening (kalau takdak I ganti dengan butter/mentega)
1/4 sudu kecil @ 3 gm yis

Cara2:
- adun bahan2 pakai breadmaker
- bahagikan doh kepada 10 atau 12 ketul, masukkan inti dan biarkan selama 30minit
- panaskan pengukus dan kukus pau lebih kurang 10minit dengan api yang besar

Selamat mencuba!

Wednesday, November 24, 2010

Biskut raya haji...

Entry yang dah basi, tapi nak publish jugak sebab nak letak resepi2 baru untuk rujukan masa akan datang. Start buat biskut untuk raya haji ni sejak hari jumaat, 4hari sebelum raya. Macam biasa mula dengan choc chips cookies dulu, biskut wajib buat setiap kali raya. Buat 1 adunan saja, so dapat laa 2balang kecik ni. Resepi biskut ni dah ada kat list ye...



Kemudiannya hari ahad buat biskut oat, ni 1st time cuba buat sebab stok quaker oat tengah banyak sekarang ni. Resepi ambil dari myResepi, terima kasih buat tuan empunya resepi rrozie17. Plan asal nak salut atau lorekkan biskut ni dengan chocolate tapi atas sebab2 kesihatan dan kekangan masa, tak terbuat pun, makanya biskut ni togel je laa. Tapi takpa, rasanya sedap, lemak2 manis, sangat gebu!


Bahan2:
200 gm oat - kisar halus
100 gm gula halus (I pakai 80gm saja)
200 gm tepung gandum
200 gm minyak sapi - dicairkan (I letak 160ml minyak sarada)
secubit garam

kuning telur - untuk hiasan
kepingan oat - untuk hiasan

Cara2:
- gaulkan semua bahan kering
- masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul hingga boleh membentuk doh
- canaikan dan terap, sapukan kuning telur dan tabur kepingan oat
- bakar pada suhu 180darjah selama 20-25minit(I bakar 10minit saja)


Hari isnin buat samperit, pakai resepi biasa dok guna. Selasa pulak buat biskut kacang/mazola, pun guna resepi lama jugak. Ok cukuplah tu, 4jenis saja yang sempat digodek untuk raya kali ni. Ikutkan hati ni lepas raya tu nak la buat sejenis dua lagi, bolehlah bawa banyak sikit untuk majlis jamuan raya tapi dah sebab tak sihat, cukup2 laa tu. Bawa2 laa menyimpan semangat tu, tunggu nanti tahun depan pulak laa, kot kalau nak pulun buat biskut raya lagi, hehe...



Oh ye, selasa sehari sebelum raya tu jugak ada buat kek oren, kan hari tu cakap saki-baki oren yang bergolek2 tu nak buat kek, haa jadi pun kek oren. Cilok resepi kat myResepi jugak, credit to junjs11.


Bahan2:
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat (I tambah sendiri)
1/2 sudu teh garam (I tak letak)
175 gm butter
175 gm gula halus (I letak 150gm saja)
3 biji telur
2 sudu besar freshmilk
1-2 sudu kecil parutan kulit lemon (I tak letak)
jus dari 1 biji oren (I guna 3biji limau saiz kecil)

Cara2:
- ayak tepung, baking powder, soda dan garam
- pukul butter bersama gula hingga kembang
- masukkan telur satu persatu
- masukkan tepung, parutan kulit lemon, freshmilk dan jus oren, pukul sebati
- bakar pada suhu 180darjah selama 30-60minit (bergantung pada oven)


Kek dan biskut2 ni sempat diagih2 kepada jiran tetangga serba sikit dan dibawa ke majlis solat sunat hari raya pagi rabu tu. Cerita sambutan raya nanti I tulis dalam entry akan datang yer...

Thursday, November 11, 2010

Death by chocolate cake

Ni antara resepi kek yang dah berzaman terperuk kat list resepi yang di-bookmark, jumpa kat myResepi tak ingat dah kurun bila. Bertangguh2 nak buat walaupun dah berkali2 dok buka baca sampai dah boleh hafal pun resepinya! Beberapa bulan lepas, kaklong ada tayang kat fp-nya kek coklatnya yang humak aih nampak sungguh2 sedap, bila kelih2 resepinya haaa sama resepi yang ni, bookmark lagi, hampeh kan, bookmark je lebih, buatnya tak pun! At last, ni sungguh2 at last ni, sampai seru jugak akhirnya. Taraaaaa death by chocolate cake, sinfull chocolatey super-yummilicious! Okey, I know rupanya tak cun langsung! Balik2 hias dengan choc rice, hadoiii bohsan! Nanti laa nak pi rembat bahan2 untuk decorate kek banyak2 kat 100yen shop!


Kek ni dibuat selasa lepas, baru jumaat hari tu buat kek coklat kan, ni buat lagi, haaa tu pasal laa tak kurus2, keh3. Sebenar2nya, kek jumaat lepas tu yang cun di-topping coklat tu kami cuma makan 1/4 saja, baki 3/4 tu bawa pi himeyamasai, menjamu adik2 kat sana makan. Budak kecik 2orang ni suka sangat laa kalau dapat makan kek2 ber-topping ni tapi mama yang kurang nak bagi makan, kesian kat depa kena makan kek kosong saja. Kali ni buat sebab nak bagi kat anak2 jiran, nak pulangkan tupperware kohai(=junior) dan nak jamu anak2 laa...

Kek
Bahan2:
2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan gula halus (I letak 1 1/2 cawan saja)
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu
1 cawan minyak/butter cair
1 cawan air panas (I letak 1/2 cawan saja)

Cara2:
- panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
- ayak tepung + koko + baking powder + soda bikarbonat
- pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila
- masukkan susu dan minyak, kacau sebati
- masukkan bahan yang diayak, gaul dengan cara kaup balik
- masukkan air panas, kacau sebati
- bakar pada suhu 180 selama 45minit

Ganache
Bahan2:
2 cawan non-dairy whip cream
500 gm cooking choc
1/8 cawan golden syrup/madu

Cara2:
- dalam mangkuk kecil, didihkan whip cream
- bila dah didih padamkan api, masukkan cooking choc dan kacau sebati
- tambahkan golden syrup
- ambil 1 cawan choc(untuk choc whip cream) dan bakinya simpan dalam fridge(untuk ganache)

Choc whip cream
Bahan2:
1 cawan non-dairy whip cream
1 cawan choc (dari step ganache tadi)

Cara2:
- pukul whip cream hingga muncul sift peak
- tuangkan choc ganache dan kacau sebati

** kek yang dah siap dimasak disejukkan, kemudian dipotong tengah2
** sapukan dengan choc whip cream dan lapikkan dengan kek yang separuh lagi
** sapu whip cream keseluruh permukaan kek, simpan dalam fridge +- 30minit
** keluarkan kek, tuang choc ganache yang kita simpan dalam fridge tadi ke atas permukaan kek, ratakan dan simpan dalam fridge +- 30minit lagi sebelum dihidang

Memang agak renyah nak buat kek ni, banyak sangat step-nya kan, tapi takpa, sangat puas hati, sedap amat! Rafiqh tunggu tengok mama buat kek ni especially part nak decorate tu, dia memang minat habis, sambil tepuk2 tangan puji mama sugoi(=hebat), mama sugoi puluh2 kali, haha, tang mana yang sugoi pun taktau laa. Mama memang elergic sikit buat kerja kalau 2budak ni ada dekat2, ragu2 dan tak percaya, takut depa tertepis kek ka hapa ka, hat yang kecik tu paling tak boleh percaya, suka cucuk2, quality check ek?!

1 adunan kek ni I bahagikan kepada 2 loyang - 1 besar 1 kecik. Decorate both sama, yang besar untuk bagi2 kat orang dan yang kecik untuk santapan kami 3beranak. Kalau tengok bahan2 kek ni memang sangatlah penuh dengan coklat, that's why sedap kot, tapi kalorinya pun 'sedap' laa jugak, hehe. Takpa2 tak buat dah dalam masa terdekat ni, hahaha. Gambar kek yang dah dipotong kat atas tu tak sempat beku lagi whip cream dan ganache-nya, tak sabar sangat dah nak jamu 2R makan so terus potong. Nampak berair2 lagi macam aiskrim kan?! So for those yang suka kek coklat dan ada special day nak diraikan, boleh laa try kek ni, oosusume(=recommend)!

Monday, November 8, 2010

Puding karamel lapis coklat, mee ladna dan cucur jagung

Puding karamel lapis coklat

Resepi asalnya di sini, thanks Rossitamz @ myResepi. I dah ubah resepi ni, so kalau nak tengok yang ori sila refer link atas ye...

This is the 3rd version of caramel pudding I ever made. 1st dulu yang ala2 cheese cake, 2nd yang original resepi and this one mix with cocoa powder. All in all, I think the best is the combination with cheese, love it to the max! Tapi yang ni pun okey jugak, sedap! Buat pagi tadi, petang dah licin, 2R yang pulun makan, mama sempat rasa beberapa sudu saja, tak sampai hati pulak nak makan bila tengok anak2 bersungguh2 minta disuap...

Kalau tengok nama puding tu 'berlapis' kan tapi puding I buat takdak laa lapis2 pun, malas aih nak ulang buat banyak2 kali, hihi.

Bahan2:
(Karamel)
5 sudu besar gula
4 sudu air

(Puding)
6 biji telur
10 sudu besar gula halus
700 ml susu segar
beberapa titik esen vanilla
4 sudu besar serbuk koko

Cara2:
(karamel)
- masukkan gula dan 2sudu besar air ke dalam periuk, masak hingga gula keperangan, masukkan baki air dan tutup api
- cepat2 tuang dalam loyang

(puding)
- panaskan susu dan esen vanila hingga suam
- pukul telur bersama gula hingga sebati
- masukkan susu tadi sikit2 dan kacau rata
- bahagikan adunan kepada 2, 1 bahagian dicampur serbuk koko dan kacau sebati, tapis adunan jika berketul
- masukkan 3/4 cawan adunan tanpa koko ke dalam loyang, bakar/kukus hingga masak
- ulang2 berselang-seli, bila dah siap masak, sejukkan sebelum keluarkan dari loyang



Mee ladna

Dinner kami untuk hari sabtu lepas ialah mee ladna. Balik dari himeyamasai tu sampai rumah pukul 5.30malam(yup, dah malam dah, maghrib sekarang pukul 5.17), terus breastfeed si Raziqh, kesian dia, dekat 6jam 'puasa', hahaha. Sekarang dia dah tak kesah kalau tak dapat menyusu kat luar, as long as before keluar tu dia dah minum puas2, then in between jalan2 tu bagi dia makan dan minum dengan cukup, he'll be fine even without breastfeeding session. Senang kan?! Alhamdulillah. But still setiap kali outing mama kena consider baju yang dipakai adalah bf-friendly, just in case. Lepas dia dah kenyang menyusu, buat kerja itu ini, then masakkan dinner. Masa beli bahan2 nak masak tu cadangnya nak buat mee bandung tapi bila tengok blog kaklong, terus tukar plan. Makna kata resepi ni dicilok dari blog kaklong laa, thank you! Cumanya kaklong pakai kueh teow, I pakai mee, and as usual ada tambah-tolak sikit bahan2 ikut apa yang ada dalam rumah ni...

Mula2 kena masak versi anak2, lebih kurang macam buat untuk kami makan cuma tumis guna mayonis dan tak letak cili padi dan sos cili, yang lain2 tu sama saja. Untuk budak2 ni selalunya bahan2nya dipotong kecik2 cinonet, sesuai laa dengan mulut depa kan...


Rafiqh dan Raziqh punya...


Rupanya kurang cantik, tapi rasanya, best!

Sedap mee ladna ni rupanya, ala2 chinese style gitu...

Bahan2:
minyak untuk menumis
bawang putih - diracik
bawang besar - dimayang
mee kuning
ayam boneless - potong kecil
udang
fishcake
chikuwa
cili padi
carrot
tomato
kobis
2-3 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar sos cili
garam
gula
1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
2 bij telur

Cara2:
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
- masukkan isi ayam, udang, fishcake, chikuwa, lobak merah, tomato dan cili padi. Tambah air
- masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula
- bila rasa dah okey, masukkan mee
- angkat mee, tinggalkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan kobis, bila dah agak likat masukkan telur
- bila telur dah masak/setengah masak, curahkan kuah atas mee tadi
Tomato dan cili sos tu I pandai2 sendiri tambah. Untuk resepi asal, boleh refer sini okey...


Cucur jagung

Buat cucur jagung ni semalam, untuk minum petang. Cucur jagung ni lebih kurang macam adik-beradik cucur udang, cucur ikan bilis dll laa kan, my favourite!


Bahan2:
tepung gandum
jagung - tin/frozen/fresh
bawang besar
telur
sedikit freshmilk
serbuk kunyit
garam
gula

Cara2:
- bancuh semua bahan dengan air suam hingga adunan tak pekat sangat dan tak cair sangat, elok2 boleh jemput dengan tangan ja
- panaskan minyak dan goreng hingga agak garing, angkat dan hidangkan


Cucur ni I suka makan dengan kuah kacang, yummeh! Makan dengan sos thai pun sedap jugak. Dulu2 kalau buat suka letak udang kering atau ikan bilis sikit tapi sekarang sebab Raziqh suka makan, untuk elakkan dia tercekik I tak letak, kalau rajin I akan blend halus udang kering/ikan bilis tu sebelum campur dalam adunan. Boleh jugak letak daun kucai dan sebagainya...

Friday, November 5, 2010

Masak2 hari ini

Minggu ni isnin dan selasa tak keluar ke mana, sebab myLove pakai stream. Rabu tu keluar beli barang dapur sikit dan semalam keluar untuk settle-kan semua urusan, penat! Jadinya hari ni memang niat nak bermalas-malasan kat rumah. Walaupun patutnya keluar hantar parcel tapi dek kerana mood nak memasak tu lebih, so parcel tangguh next week lah. Bukanlah hari2 lain tak memasak, masak macam biasa jugak, minum petang semalam buat mee goreng, tapi hari ni ada banyak sikit menu yang nak disediakan, tu yang takmau keluar tu...

Pagi tadi pukul 6 lebih dah mula sukat bahan2 buat donat dan biar breadmaker yang uli. Settle je uli terus terap2 dan biarkan beberapa jam sebelum goreng. Dah 4kali buat donat tapi tak berapa nak 'naik' dohnya, mungkin sebab yis kot, jumaat lepas buat pau pun tak cun, hari tu buat roti puri pun kempes, yis lama agaknya, nasib baik tinggal sikit ja lagi, kalau nak buang pun taklah ralat sangat. Nanti nak test buat pakai yis baru pulak, tengok jadi ka tak...

Donat kecik2 yang huduh tu adalah hasil tangan Rafiqh ye...


Settle buat donat beralih ke kek pulak. Terliur tengok moist chocolate cake kat rumah Murni. Tengok cara2nya tu senang amat, bahan2 pun simple saja, semua dah ada dalam rumah so apalagi godek jangan tak godek. Pukul 9 siap bakar, dapat 1 loyang besar letak topping, 1 loyang kecik tak letak apa2 topping. Tak sempat nak sejuk lagi dah potong bagi budak 2orang ni makan, depa ni kalau nampak mama bakar kek terus tak sabar2 nak makan. Sedap laa kot breakfast kek panas2...

Siap ber-topping, yummeh!

Bahan2:
2 biji telur
2 cawan gula (as usual, I kurangkan sukatan, letak 1 1/2 je)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil baking soda
1 sudu teh garam (I letak 1/2 je)
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung
1 cawan susu
1 cawan bancuhan kopi(sukatan kopi ikut suka - I letak 1 sudu besar kopi dalam 1/2 cawan air panas)
1 cawan minyak

Cara2:
- panaskan oven pada suhu 180darjah celcius
- putar gula dan telur hingga kembang
- masukkan esen vanila, baking powder, baking soda, garam dan serbuk koko, pukul sekejap
- masukkan tepung dan susu, pukul lagi
- masukkan bancuhan kopi, pukul lagi
- masukkan minyak dan pukul hingga sebati
- masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180darjah dalam 30minit atau hingga masak
*tips dari pemilik resepi : loyang tu jangan terlalu besar, letak adunan dalam separuh loyang je, supaya hasil kek cantik...

Bahan2 topping:
2 sudu besar butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu
1/2 cawan gula

Cara buat topping:
- campur semua bahan dalam periuk kecil dan kacau atas api yang kecil non-stop
- kacau hingga pekat, boleh kurangkan/tambahkan susu untuk adjust kepekatan
- bila dah sebati tutup api dan sejukkan sekejap, sapu atas kek dan masukkan dalam freezer sekejap. I letak kat fridge je.

rupa kek selepas dipotong, lembut gebu, sebab I kurangkan gula so tak manis sangat but still tak pahit pun, sedap! 2R sangat suka, thanks for the recipe...


Tengahari lepas siapkan lunch, sementara tunggu nasi dan ikan sejuk, goreng donat untuk frozen-kan. Baki yang huduh2 tu goreng untuk oyatsu(=snack) 2R. Pukul 3 budak berdua ni makan donat cicah coklat, coklat tu baki buat kek, suka laa depa dapat main celup2...



Petangnya buat roti goreng, pakai inti karipap yang tak habis2 lagi dalam fridge, at last berjaya perabih inti tu. 5biji yang besar adalah inti kari ayam manakala 5biji yang kecil tu inti sri kaya untuk 2R. Goreng 2biji besar dan 2biji kecil untuk minum petang, selebihnya halfcook untuk frozen. Siap buat minum petang, terus masak lauk-pauk dinner. Penat seharian pulun masak...

Monday, October 11, 2010

Puding cocktail berkuah dan lempuk durian


Untuk jamuan semalam buat puding cocktail berkuah ni. Pakai resepi mak, kecik2 dulu(sampai sekarang pun) mak suka buat puding ni, sedap! Resepi puding ni I dah ubah sikit, kalau mak buat, mak tak letak pun tepung kastard so kuahnya cair gitu, tapi I suka yang pekat2 sikit so letak tepung kastard...

Bahan2:
1 liter susu segar
200-500 ml air (bergantung kepada kepekatan yang disukai, I letak 200ml saja)
1 biji telur
1 cawan gula (tambah lagi jika nak manis)
3 sudu besar tepung kastard

1 tin buah cocktail
agar2 *option*

Cara2:
- campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
- panaskan periuk tadi dengan api sederhana, kacau selalu supaya tak hangit/berkerak kat bahagian bawah
- bila dah mendidih dan dah tak rasa bertepung, tutup api dan tunggu suam2, masukkan dalam bekas dan sejukkan sebelum simpan dalam fridge
- toskan buah cocktail, masukkan dalam kuah dan simpan dalam fridge. Boleh hidangkan dengan agar2 jugak...


Semalam dapat roti jala, taktau nak makan dengan apa, jadinya pagi tadi buat kuah lempuk durian. Hari ni public holiday kat sini tapi myLove pi kerja, ada projek nak kena siapkan. Kalau dia ada, boleh laa buat kari ayam, breakfast roti jala dan kari ayam tapi dah sebab dia takdak, malas laa nak berkari2 pagi2 ni. Buka peti ais selongkar lempuk, potong2 rendam sekejap, lepas tu masak, nyum2! Kalau kat utara kami makan roti jala dengan lempuk durian, uishhh best woo! Lempuk pun tinggal 2ketul saja lagi, kena simpan ni, kot2 termengidam pulak nanti, nak gagau tang mana pulak kan, hehe...



Bahan2:
lempuk durian
air
gula
garam
santan

Cara2:
- potong lempuk sederhana besar dan rendam dalam air panas
- bila dah agak lembut, masak atas api sederhana, masukkan gula dan garam
- akhir sekali masukkan santan, adjust rasa, siap!