Showing posts with label gaza. Show all posts
Showing posts with label gaza. Show all posts

Wednesday 6 August 2014

Sepakatkah Kita Untuk Boikot McDonalds Sampai Tutup???

TUESDAY, AUGUST 5, 2014 Himpunan Boikot McDonalds Sampai Tutup..Haha... Bengong.memang betul-betul beri tekanan ni pada McDonalds...siang himpunan boikot..malam tutup....PT nak kata jangan hangat-hangat  tahi ayam sudah...esok lusa McD buat promosi buy 1 free 1...berpusu..pusu amek... 

 Ni baru McD..kalau semua produk  zionis yahudi pakat buat macam ni comfem havoc!sebelhm nak boikot pastikan kita ada penganti...maksud aku..nak boikot kedai makan milik Israel..kita perlu ada kedai makan yang standard sama juga... Nak boikot Astrow..kita kena ada teknologi sama macam tu..comfomlah terangkat yahudi laknatullah! 

Jangan hangat2 taik ayam macam gambar di bawah ni sudah! Untuk yang kaki boikot ni..meh baca bawah ni... 

 ISU BOIKOT : "CARA HIDUP YAHUDI VS PRODUK YAHUDI " 

 Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi? 

Jawab: dua-dua afdal.. 

 Soalan: tapi yang mana lebih utama? 

 Jawab: boikot cara hidup mereka... 

 Soalan: kenapa? 

Jawab: Seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani,kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah,Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban,Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret,Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali,Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam,Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam,dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani. 

 Soalan: Tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi? 

Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...

Tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita,bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar. 

 Soalan: Jadi apa patut kami buat? 

 Jawab: Buatlah dua2,tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia. 

Dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah, penuhkan masjid, hidupkan malam dengan nama Allah,hidupkan amalan sunnah,menjaga aurat,menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..

Baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

 ‪#‎TAHU_FAHAM_AMAL‬ Orang Islam hari ini tidak amal sunnah tidak suka sunnah PETANDA yahudi dah lama racun halus org islam. Lihatlah dalam : Pakaian di pejabat atau luar pejabat - Jumaat pakai jubah itu pun janggut di repair atau di potong terus. 

Makanan - Bermegah dan berlumba-lumba dalam majlis keraiaan. Rumah - tidak ada suasana Taqwa. Banyak gantung gambar dan majlis Lalai-TVdan Radio. Ha baca bawah ni juga... �� 

Tatacara n tatasusila boikot [Nasihat Buat Pemboikot McD dan sebagainya] Ini merupakan nasihat daripada seorang saudara kalian yang turut memboikot semampu beliau produk-produk yang menyokong pembinaan negara Zionis Israel. 

 1- Hendaklah kalian fahami bahawa produk-produk itu adalah halal, tidak haram. Jangan sesekali mengeluarkan perkataan produk itu haram, dan sebagainya. 

 2- Jauhilah mengeluarkan perkataan-perkataan seperti 'Pekerja McD bekerja dengan pembunuh, tak ada perkemanusiaan dan sebagainya..' Sesungguhnya perkataan sedemikian adalah perkataan hawa nafsu. Mereka bekerja mencari rezeki yang halal, dan bukan hak kita berkata sedemikian kepada mereka. 

 3- Jauhi sifat-sifat buruk seperti pergi bawa makanan lain dan makan dalam McD, atau saja-saja masuk McD untuk guna tandas mereka atas alasan untuk naikkan kos operasi mereka, atau berkumpul di hadapan kedai mereka. 

Sesungguhnya mereka membayar sewa untuk premis perniagaan itu, dan tindakan mengganggu kehadiran pelanggan mereka adalah tindakan yang melanggar akhlak Islami dan melanggar hak orang yang sudah membayar sewa untuk premis tersebut.  

4- Fahamilah, boikot ini satu ijtihad politik. Ia bukan satu perkara yang qathie/pasti wajibnya. Ia akan sentiasa ada pro dan cons kerana ia satu ijtihad dalam bab keduniaan. 

 5- Ingatlah, saudara-saudara kita bukan hanya di Gaza, bahkan yang sedang mencari rezeki bekerja itu. 

 6- Memboikot adalah hak seorang pengguna. Kita sebagai pengguna berhak boikot, dan ajak orang boikot. Tetapi kita tiada hak mengganggu perniagaan orang yang sah dengan berdiri di depan kedai mereka, di pintu kedai mereka, apatah lagi masuk ke dalam premis mereka, atau mensabotaj supaya kos operasi mereka meningkat. 

 7- Saya memilih boikot, kerana itu hak saya sebagai pengguna. - Sumber

Tuesday 5 August 2014

Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.

Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkanpengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan. - rotikaya

Tuesday 22 July 2014

INFO!!! Pangkat Tentera Allah Di Palestin Melalui Pengikat Kepala!!!

Hijau :  Briged Al-Qassam :
Sayap Tentera Hamas

Hitam Tulisan Putih : Briged Al-Aqsa : Sayap Tentera Fatah

Hitam Tulisan Kuning : Briged Saraya Al-Quds : Sayap Tentera Jihad Islam Palestin

Merah : Briged Abu Ali Mustafa : Sayap Tentera Pembebasan Rakyat Palestin

Tiada dalam gambar : Briged Nasser Salahuddin : Sayap Tentera Popular Resistance Committe

Dalam diri mereka ada semangat Khalid Alwalid, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayubi... mereka tak kan menyorok seperti tikus. Sebab darah mereka adalah semangat pejuang.

Monday 21 July 2014

Zionis Yahudi Mengaku Tenteranya Ramai Mati Kerana Serangan Al- Qassam!!!

Perang Gaza vs Israel hari ke-13: Media Zionis Israel melaporkan: Kalaulah pihak tentera Israel membenarkan penyebaran bilangan rakyat dan askar Israel yang terkorban, akan berlaku revolusi di Israel.

Media Zionis Israel sedang menghebahkan tentang hujanan roket dari Gaza ke atas mereka dan siren kecemasan sedang berbunyi dari Beersheba hingga ke Tel Aviv.

Akhbar Israel pada muka surat depan menyiarkan gambar 6 orang tenteranya yang terbunuh dalam operasi menyelinap tentera Briged Izzuddin Al-Qassam masuk ke bahagian Ain Saalisah semalam (Sabtu).

Terkini: Briged Izzudin Al-Qassam mengesahkan bahawa pejuang Palestin semalam berjaya menghalang kemaraan tentera Israel untuk memasuki Gaza dan berjaya membunuh 15 orang tentera Israel dalam pelbagai pertempuran di sekitar sempadan Gaza dan operasi ketenteraan lain.

Manakala pada pagi ini 2 jam yang lalu di Hayyu Tuffah, Al-Qassam mengesahkan berjaya meletupkan sekumpulan skuad Israel dengan bom jerangkap samar yang membunuh kesemua tentera yang sedang berkumpul di situ; disyaki 14 orang tentera penjajah terbunuh manakala menurut sumber Al-Jazeera 8 orang.

Hingga kini sekurangnya 6 buah kereta kebal Israel telah berjaya dimusnahkan pejuang Palestin. Pasukan penembak tepat Palestin pula berjaya membunuh beberapa askar Israel.

Askar Israel masih belum dapat memasuk Gaza kerana digempur pejuang Palestin. Israel hanya mampu menyerang dengan kapal terbang dan tembakan meriam dari jauh.

Media Israel berusaha menutup kerugian yang dialami askarnya di medan perang. Media zionis itu bukan saja cuba menipu dunia malah rakyatnya sendiri. Keangkuhan Zionis Israel akan ditundukkan pejuang Palestin…Allahu Akhbar… Sumber: Aman Palestin.

Berikut pula kenyataan dari CAKNA PALESTIN:

SABTU :
21 Ramadhan 1435 / 19 Julai 2014

1. 11 orang tentera Zionis terbunuh ketika tercetusnya peperangan darat. 6 orang di Khan Younis, 2 orang di Beit Hanoun, 3 orang di Safad.

2. Kereta kebal tentera Zionis dihancurkan sepenuhnya di Beit Hanoun. Terdapat 4 orang tentera Zionis di kuliah pertanian.

- Pengeboman kereta kebal berlaku di Beit Lahia ( Briged Al-Qassam tidak merakam gambar dalam operasi ini).

- Juga peluru al-Qassam telah jatuh di beberapa pusat tentera Zionis Israel, berlaku kematian tetapi dinafikan oleh pihak mereka. Zionis menyifatkan hari sabtu (kelmarin) sebagai hari hitam.

AHAD : 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014

1. Awal pagi ini kematian meningkat seramai 14 orang, tetapi jumlah sebenar lebih daripada itu. 23 tentera Zionis cedera dalam pertembungan denga Briged Al-Qassam kelmarin. Sebentar lagi Briged Al-Qassam akan mengumumkan kematian dan jumlah tentera zionis yang terbunuh setiap hari.

2. Khaled Mashal (pemimpin Hamas) menolak secara rasmi jemputan As-Sisi ke Mesir.

3. Israel umum secara rasmi bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu Israel dalam peperangan ke atas Gaza.

4. Israel mengumumkan secara rasmi Briged Al-Qassam membunuh 8 orang tenteranya di perbatasan Gaza Timur di Shujaiah.

Allahu Akbar!!! Teruskan berdoa Akhukum Wan Mohd Sharafi Presiden Cakna Palestin 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014  - Sumber

Friday 11 July 2014

Beza Antara Israel Dan Yahudi Zionis

Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. Hampir semua media massa di dunia menyebut sebuah negara penjajah yang menguasai Palestin saat ini sebagai "negara Israel".

Padahal jika meneliti secara sejarah, istilah Israel dalam hal ini tidak tepat. Ini adalah sebahagian daripada "perang terminologi". Tanpa sedar, hampir keseluruhan umat Islam dengan mudah mengucapkan kata "Israel" bahkan diikuti dengan kata atau doa yang buruk dan laknat terhadap mereka.

Padahal, nama Israel adalah nama Nabi Ya'qub alaihisalam. Yahudi menggunakan nama "Israel" apabila mereka membina kekuatannya di era moden ini. Dengan nama itu, mereka mendakwa terikat dengan dengan Nabi Allah Israil alaihissalam, mengikuti agamanya, pewarisnya, keturunannya dan seakan Allah meredai mereka.

Tatkala Yahudi menduduki Palestin dan menubuhkan negara mereka di sana, mereka menamakannya dengan "negara Israel". Lembaga dan agensi yang ada juga atas nama Israel. Bank Israel, bendera Israel, tanah Israel, suara Israel, tentera pertahanan Israel, kementerian luar negeri Israel dan seterusnya. Agar diterima oleh masyarakat dunia, Yahudi memberikan imbuhan dan kesan dimensi agama dalam entiti dan kewujudan mereka di tanah Palestin.

Ini mereka lakukan agar masyarakat antarabangsa simpati keagamaan dan kalangan yahudi dunia sudi berhijrah ke negara Yahudi, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi yang mereka milik untuk negara penjajah ini. Selain itu, dengan menamakan diri sebagai "negara Israel" cara seperti ini, Yahudi ingin mempengaruhi kalangan Kristian dunia dan mendapatkan sokongan.

Sebab kalangan ini juga mendakwa beriman kepada Injil (Bible) dan Taurat. Taurat adalah Perjanjian Lama dan Bibel adalah Perjanjian Baru. Keduanya diyakini kalangan Kristian sebagai kitab suci. Yahudi ingin memberikan entiti mereka di Palestin untuk kalangan Kristian sebagai wujud nubuwat dalam perjanjian lama di dalam kita suci.

Mereka ingin menunjukkan seolah-olah ini sebagai perwujudan janji Allah kepada Ibrahim dan Israil (Yakub). Mereka ingin memberikan pemahaman kepada Kristian bahawa sokongan kepada entiti Yahudi di Palestin adalah natijah keimanan Kristian kepada Injil (Bible).

Oleh itu, sebahagian negara Kristian di barat terpengaruh kepada tuntutan Yahudi ini. Israil adalah Nama Nabi Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam. Allah berfirman,

"Mereka itu adalah orang-orang yang Telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang Telah kami beri petunjuk dan telah kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Maryam: 58)

Sementara Bani Israil adalah anak dan keturunan Nabi Yakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. Ketika datang Musa, mereka keluar bersamanya ke Gurun Sinai. Ketika mereka kehausan Musa memukulkan tongkatnya ke batu dan mengeluarkan mata air sebagi mukjizat.

Nama Bani Israil digunakan sampai diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka, kesalahan dan penyelewengan mereka. Yahudi atau Israel?

Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah.

Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian. Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin.

Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub. Jika pun terpaksa menggunakannya kerana tuntutan konteks jurnalistik maka menyebut itu dengan tanda petik 'Israel'.

Diterjemah dari sumber islampos.

Friday 5 July 2013

Bukti Jelas Israel Punca Penggulingan Morsi....

Di antara tindakan awal pihak tentera Mesir selepas penggulingan Presiden Morsi ialah menutup terus 'Rafah Gate' yang merupakan laluan utama ( satu-satunya) perhubungan di antara Gaza dan dunia luar melalui Mesir.

Pihak bersenjata Mesir juga telah menutup ratusan terowong-terowing bawah tanah di antara Gaza dan Mesir yang merupakan talian hayat kepada penduduk Gaza dan dikepung Israel sejak tahun 2007 lagi.

Kepada pihak yang menyokong penggulingan Morsi : Anda harus insaf bahawa ini adalah di antara ribuan 'pahala permulaan anda' kerana menyokong penggulingan Presiden Mesir yang sah yang telah dipilih oleh rakyat Mesir...

Mengapa Israel?

Pada 4 November 2012 iaitu kira-kira 10 hari sebelum serangan Israel ke atas Gaza, dilaporkan berlangsung pertemuan antara Amru Musa dengan bekas Menteri Luar Israel, Tzipi Livni (gambar di bawah). Dalam pertemuan tersebut, Livni telah meminta secara langsung kepada Musa bagi 'menimbulkan kekeliruan' kepada kerajaan Mursi.

Musa kemudian kembali ke Mesir dan beberapa hari kemudian mencipta "krisis" dengan menyerang Panel Penggubal Perlembagaan yang dia menjadi salah seorang anggota panel.

"Krisis ciptaan" tersebut menyaksikan Musa mengetuai 12 orang anggota panel yang lain menarik diri beramai-ramai atas harapan panel tersebut menemui kegagalan dan rakyat akan bersama-samanya meminta panel tersebut dibubar.

Amru Musa, seperti Hamdin Sobahi juga yang menyertai pertandingan Presiden Mesir menentang Mursi mengharapkan dia akan dinobat berada di kerusi nombor satu negara tetapi tewas.

Mengapa dengan Gaza?

Gaza ditadbir oleh sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Ya sekutu kuat serta sayap kanan yang berkuasa besar dalam perang gerila. Hamas adalah sayap kanan Ikhwanul Muslimin. Dengan menutup Rafah, Gaza akan kembali terkepung. Tiada sumber makanan, perubatan dan yang paling penting tiada sumber senjata yang diseludup masuk.

Tanpa semua itu diharapkan Hamas akan kembali lemah dan penduduk Gaza akan menyerah dengan mudah kepada Israel. Segalanya satu konspirasi untuk memudahkan kerja Israel meluaskan pencerobohan ke atas tanah Palestine.

Ikhwan Muslimin perlu dirobohkan di mana sahaja mereka berkuasa. Tanpa Erdogan, ASWJ Syria akan musnah dengan mudah kerana kebanyakan senjata dan perubatan disalur dari duni luar kepada Mujahiddin melalui Turki. Dan Erdogan mengizinkannya.

Sumber

Thursday 22 November 2012

#SAVE GAZA !!! SURAT DARI BUDAK KECIL UNTUK OBAMA !!!



SURAT SEORANG BUDAK KECIL 9 TAHUN KEPADA PRESIDEN BARRACK OBAMA MERAYU BELIAU MENOLONG RAKYAT PALESTIN YANG DIZALIMI YAHUDI ISRAEL. CUBA BACA MENARIK DAN SEDIH. HEBAT BUDAK INI..

#SAVE GAZA !!! PUISI 'SELAMAT PAGI GAZA' DI FACEBOOK TUN M


Sama-samalah kita nikmatilah puisi dan gambar tenang untuk jiwa dan sanubari anda dengan indera yang jelas tafsirkan bait bait maksudnya. Ia juga disukai oleh  Tun Mahathir mantan PM .

Sumber

Wednesday 21 November 2012

BETULKAH MAYAT PERISIK ISRAEL YANG DIBUNUH DAN DISERET OLEH PEJUANG HAMAS ???


Dalam suasana yang amat tegang, dalam suasana Palestin diserang tanpa henti, dalam suasana anak-anak kecil mati terkena bom, kini muncul imej yang agak sadis, mayat yang dikatakan perisik Israel dibunuh dan diseret untuk tontonan awam.

Tidak perlu dinafikan seluruh dunia mengutuk keras kekejaman israel bila mereka seperti orang gila menyerang Palestine tanpa henti dan tanpa peri kemanusiaan. MI sendiri mengutuk kekejaman israel.

Apabila tindakan pejuang Hamas dipertontonkan begini, timbul banyak persoalan dan sememangnya akan wujud pro dan kontra. Ada yang gembira seolah dendam berbalas. Ada yang kecewa seolah perangai orang Islam sama dengan perangai zionis laknatullah. Seterusnya sila tekan.


Tapi mengikut sumber Hamaslah yang menjadi punca penghalang kedamaian Palestin yang diterajui Fatah. Mereka Hamas pernah direkodkan bergaduh dengan parti pesaing mereka Fatah sehingga sanggup memburu anggota Fatah pimpinan Yaseer Arafat waktu itu hingga ke katil hospital dan menembak mati musuh mereka anggota Fatah tersebut.


PERHATIKAN KAMERA YANG BERLUMURAN DARAH INI DIPERCAYAI MILIK WARGA PALESTINE YANG DITUDUH PERISIK ISRAEL OLEH HAMAS.

Menurut berita sumber luar negara mereka kemudian mendapati bahawa mangsa adalah seorang wartawan setelah ditemukan peralatan media yg digunakannya.

Ianya adalah kamera seorang penduduk palestin yang ditangkap Hamas semalam kemudiannya diseret sepanjang jalan Gaza lalu dibunuh kononnya dia mangsa seorang perisik yahudi. Kemudian baru mereka temui pelbagai kelengkapan media yang menunjukan beliau mangsa adalah wartawan.

BACA DI SINI

DEMI GAZA !!! CRISTIANO RONALDO LELONG KASUT EMASNYA,.. UAI PULAK HANTAR JET ???


Konflik Israel dengan Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza telah menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo hingga beliau sanggup melelongkan anugerah paling bermakna dalam karier bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.

Bekas pemain Manchester United yang kini dalam pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan bagi membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.

Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak bagi La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.


Tapi lain pulak dengan seorang ustad Pas tersohor ni...


Bolehkah dia tinggalkan Impreza dan superbike beliau untuk syahid mempertahankan Masjidil Aqsa?!! Apakah yang boleh ustad Pas yang tersohor ni lelong untuk membantu rakyat Palestin di Gaza ???

Tuesday 20 November 2012

BIAR BETUL!!! TAKKANLAH UAI PUN BENGONG JUGAK ???




Itu baru rakyat biasa yang jawab. Kalau tentera yang jawab lagi haru dibuatnya. Kata ustaz agama, takkan dia tak tahu sebelum kita hendak suruh orang pergi berjuang, kenapa dia sendiri tidak pergi dahulu? Bolehkah dia tinggalkan Impreza dan superbike beliau untuk syahid mempertahankan Masjidil Aqsa?!! Ni lah dia perangai Ustad Pas ??


Monday 19 November 2012

BAPA SYAITAN BENJAMIN NETANYAHU LARI DARI ROKET HAMAS


Benjamin Netanyahu sedang lari  menyelamatkan diri...

Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkanBriged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.
Allahu Akbar...

TV Israel:
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."
Sumber: Qassam Media

Kita sebagai saudara sesama Islam wajib berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin di Gaza dari serangan Yahudi Laknatullah. Bukannya mendoakan kehancuran dan kemusnahan yang seagama dan senegara seperti yang dilakukan oleh seorang manusia    
penuh ilmu agamanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive