Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

Wednesday 22 January 2014

Oh Malaysiaku!!! PERKASA Sedih Orang Melayu Terbit Filem Banyak Adengan 'Lucah'????

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan "lucah" dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz. 


Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat. "Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. 

PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya. 

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini. Portal hiburan The Hollywood Reporter (THR) kelmarin melaporkan, The Wolf of Wall Street kelmarin dilaporkan diharamkan di Malaysia ekoran kandungan dan bahasa yang eksplisit. 

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York. Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra ‘dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan. Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara. 

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan. "Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung di negara ini," kata beliau. - sumber

Friday 5 July 2013

Masih Gedebe Lagikah Berehey Ali???

Angin Ibrahim Ali belum reda. Marahnya masih membuak dipinggir Umno. Umno dan BN lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu, katanya sebelum ini.

Antara yang ramai-ramai dalam Umno, hanya Razali Ibrahim yang menyahut. Sebab sama-sama kalah kot. Razali sebelum ini ada berkata, Perkasa tak dipinggirkan dan mereka boleh bertemu untuk berbincang.

Hari ini Ibrahim Ali menolak mentah-mentah pelawaan Razali Ibrahim untuk berbincang.

“Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,”

“Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi Perkasa. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah. Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap,” kata Ibrahim.

Tak marah? sebab takut kena jual!! Siapa Razali Ibrahim untuk berbincang dengan saya? tulis FMT.

Sumber

Tuesday 16 April 2013

#PRU13 : Berehey Perkasa Akan Tetap Pertahan Kerusi Pasir Mas Guna Simbol Katak Puru Hijau ??? #GE13 #vote4BN

KOTA BAHARU, 16 April (Bernama) -- "Saya tetap akan bertanding atas tiket Bebas walaupun menggunakan simbol katak puru pada pilihan raya kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata demikian setelah tidak dinamakan sebagai calon rakan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini, beliau dikatakan antara calon Bebas yang akan diberi peluang bertanding atas tiket BN tetapi Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan senarai calon BN di Kelantan Selasa, menyatakan Che Johan Che Pa daripada Umno bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.

Ketika ditemui pemberita setibanya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini Selasa, Ibrahim berkata beliau tetap mahu mempertahankan kerusi itu dan simbol yang bakal digunakannya kelak bergantung kepada kelulusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya dalam kempennya kelak, beliau akan mendedahkan prestasi rekod khidmatnya sebagai wakil rakyat kawasan itu selain memimpin Perkasa sejak empat tahun lepas.

Jika dipilih kembali sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum ini, Ibrahim berkata beliau mahu meneruskan agenda perjuangan Melayu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim sebagai calon bebas bertanding atas tiket PAS mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.

Ketika ditanya pemilihan bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Selangor, Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi peluang kepada Zulkifli.

BERNAMA

PT
Padan-padanlah Tok Him weh.. cukup lah dengan jadi presiden perkasa..bagilah peluang kepada orang muda pula untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan. Lagi pun siapa yang tak kenal Tok Him ..manusia paling hebat dalam hal lompat melompat ni..jadi mungkin Pengerusi BN Kelantan suadah ada yang terbaik untuk mewakili UMNO/BN bagi PRU13 nanti. Terimalah hakikat PRU13 ni bukan milik Datuk lagi. Umum memang mengetahui Tok Him mempunyai aura yang masih kuat dalam dunia politik tetapi UMNO/BN Kelantan sudah ada calon terbaik untuk melawan Pas pada PRU 13 nanti.

Sunday 10 March 2013

Zulkifli Nordin Mohon Maaf Pada Tun M !!!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordinZulkifli, yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.

Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.- Bernama

Saturday 9 March 2013

[FOTO] Kehadiran Tun M Di Kelantan Beri Tamparan Hebat Buat Tok Guru #TukarKelantan

Kehadiran di luar jangkaan pada Majlis Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang telah berlangsung petang tadi di di Padang Sek.Men.Panglima Raja,Lemal,Pasir Mas.Kelantan. Hampir 20 ribu rakyat Kelantan hadir  memberi sokongan kepada kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia. 




Turut bersama hadir Idola rakyat Malaysia iaitu Ayahada Tun M & isteri Tun Siti Hasmah. Turut serta ialah YB Datuk Zulkifli Nordin dan YB Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Ternyata orang Kelantan benar-benar naik angin dah untuk TAKIR dan TUKAR Rejim Pas Kelantan.





Kedengaran di sebelah pihak hijau pemimpin mereka ternganga mulut melihat ribuan rakyat Kelantan memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Tun M dan pemimpin Umno yang lain. Tak perlu cerita panjang tetapi lihat bukti dari foto-foto di bawah dan tak perlu berkata apa-apa.



Nampaknya suasana kebangkitan rakyat Kelantan ini mungkin menjadikan Nik Aziz dengan Husam Jamnapari tidak boleh tidur lena malam ni. Barangkali terbayang-bayang di mata mereka berdua keramaian rakyat Kelantan yang hadir bersama Tun M .


Friday 8 February 2013

[FOTO] LIVE !!! KONVOI BANTAH LADANG RAKYAT @ GUA MUSANG

Konvoi Bantah Ladang Rakyat selamat tiba di Bandar Gua Musang. Rombongan berhenti untuk menyempurnakan solat Jumaat di Masjid Tengku Muhamad Faris Petra Gua Musang.

Dijangka selepas solat konvoi akan meneruskan perjalanan ke Kg Lalang, Kuala Betis Gua Musang.

TERKINI:[FOTO] KONVOI BANTAH LADANG RAKYAT TANAH HAK RAKYAT" KE GUA MUSANG

Atas rasa kesedaran dan bertanggungjawab di atas kehilangan tanah rakyat yang telah dipajak kepada dua pemimpin DAP Perak, PERKASA dan beberapa NGO lain berkonvoi bagi menuntut keadilan terhadap kezaliman dan ketidakprihatinan kerajaan Kelantan di bawah MB Nik Aziz terhadap nasib rakyat..

Konvoi ini  yang disertai lebih kurang 300 buah kenderaan telah dilepaskan oleh Presiden PERKASA Kelantan, Dato Ibrahim Ali, tepat jam 8.45 pagi..

MB Kelantan terkedu kali keempat apabila mengetahui konvoi ini sudah mula bergerak..

TUKAR, TUKAR , TUKAR!!!

Tuesday 18 September 2012

SEMBANG ISU SEMASA BERSAMA RAKAN AJK PERKASA KELANTAN


Tuan Haji Mohd Fauzi serta beberapa ajk Perkasa Kelantan dalam sembang malam di Hayaki Tune Hotel, majlis tersebut juga dihadiri oleh Tuan Haji Soh Harun serta Mohd Azman Yazid merangkap Ketua Wira Perkasa Kelantan.

Dalam majlis tersebut pelbagai isu semasa dibincangkan serta bertukar-tukar pendapat dan pandangan berkaitan dengan isu universal iaitu Filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W.


Abe Haji Soh sedang khusyuk mendengar sesuatu yang disampaikan oleh salah seorang ajk Perkasa pada majlis tersebut. Walaupun usia sebegitu, Abe Haji Soh tidak pernah ketinggalan menghadirkan diri dalam setiap majlis yang diadakan oleh Perkasa Negeri Kelantan.Tahniah dan syabas !!!!

Tuesday 4 September 2012

ANWAR BERTIMPA2 DITIMPA MALANG BERMULA DI KELANTAN HINGGA KE KEDAH !!!

Bagi yang tak kenal dengan geng Gerak Khas, kat bawah ni ada video dimana sebelum ini pernah berlaku kejadian yang sama ketika Anwar hadir di Majlis Perasmian Pejabat PKR di Jalan Putra Alor Setar...Geng Gerak Khas Perkasa ni lah akan menentang kehadiran Anwar di Kedah habis habisan..

Tindakkan Gerak Khas Perkasa semalam adalah untuk menentang Anwar dari terus menyampaikan tazkirah politik di dalam Masjid..Mereka berkumpul dan mempamerkan tiga banner bertulis "Perkasa Kota Setar menentang penggunaan masjid sebagai pentas politik" dan dua banner pula menulis "Jangan pecah belah perpaduan khariah Masjid Seri Pumpong".





Anwar sampai ke Masjid Al Husin sebelum maghrib pada lebih kurang 7:20 PM dan bertembung dengan 50 orang berbaju hitam yang telah berhimpun di perkarangan masjid. Puak ini menjerit menuntut Anwar supaya berhenti.

keadaan menjadi kecoh sebaik anwar berucap lepas solat Maghrib. Hadhirin di dalam masjid membalas jeritan perkasa dengan mengutuk mereka yang menyuruh Anwar yang membaca al Quran suruh berhenti.

Buta betul orang Pas yang tidak sedar bahawa yang nak bercakap itu bukan malaikat tapi anak syaitan yang menyamar berbaju melayu dan songkok.

Seperti biasa, Anwar suka bila kecuh-kecuh ini dan terus berucap. Katanya apabila orang membaca al Quran menjerit lah mereka. Ramai hadirin menyahut dengan takbir Allah hu al akhbar. Sahlah yang dalam masjid bukan kariah tapi ahli-ahli dan penyokong parti politik PAS.


Kononnya Anwar kata dia bersimpati dengan mereka yang dia anggap sebagai mustahil untuk memahami agama dan akan menentang Islam. Ehhh ... bukan dia menentang hudud dan membela serta menggalakkan murtad dan LGBT?

Dia terus kelentong berkata dalam surah al Kafirun ada ayat berbunyi berkenaan "peringatan kepada orang muda".



Anwar mengatakan pihak membantah kita ini orang tidak pernah pergi ke masjid dan bersembahyang di masjid.

Yalah ... kalaulah orang dalam masjid ini tahu bahawa Anwar bukan saja memuja roh Teoh Beng Hock dengan memasang lilin ta[pi pernah bersembahyang mengikut cara orang Kristian dalam gereja dan cara orang Siam di Wat di Siam.

Si bangang dalam masjid pula menyahut takbir.

Pada jam 8:30 Anwar habis berucap dan Imam membaca doa.



Akhinya ada orang tutup power dan masjid menjadi gelap. Macam pondan Anwar mencicit lari untuk keluar dari Masjid ikut pintu belakang. Sampai lapan polis terpaksa kawal keamanan.

Orang yang ngata orang Perkasa tak sembahyang tak tunggu solat isya pun.

Puklul 8:30 pun dia tak solat isya tapi singgah makan dan berbual di rumah imam di belakang masjid kerana tiada jalan keluar.

Budak Perkasa masih tunggu depan. Akhirnya pukul 9 lebih baru nampak dia keluar dengan kereta Alphard nombor WRV 9150.

Syabas Perkasa. Lagi berani orang yang tak ada cita-cita nak bertanding wakil rakyat dari orang muda tertentu yang senyap macam tikus. Macam mana yang tikus-tikus yang akan jadi pemimpin.


Sumber : The Unspinners

Monday 30 July 2012

TEMA HARI KEBANGSAAN ISU REMEH - ZULKIFLI NORDIN PERKASA



Tema hari kemerdekaan ''Janji Ditepati'' merupakan sebuah tema yang bersifat universal, kata Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin.

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru itu berkata, beliau merasakan pemilihan slogan hari kebangsaan dan mana-mana perayaan merupakan hak kerajaan yang memerintah.

"Pada saya slogan perayaan dan lain-lain hak kerajaan yang memerintah. Jadi saya tak nampak persoalan apa slogan yang patut diletakkan kerana ini kerajaan yang sedang memerintah dan kerajaan ini nak tunjuk pada rakyat bukan sekadar pandai tabur janji tetapi pandai laksana dan tepati janji mereka.

"Apa masalah besar untuk kita bahaskan? Bagi saya isu ini isu remeh sahaja. Tidaklah besar sangat sampai boleh gugatkan negara.

"Saya rasa menunaikan janji itu mempunyai nilai universal," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi

Selain itu, Zulkifli menambah, beliau merasakan tiada kesalahan bagi kerajaan untuk menggunakan slogan tersebut.

"Saya tak nampak salahnya jika kerajaan kata mereka akan tunaikan janjinya.

"Mungkin slogan itu sangat ditakuti oleh orang yang selalu mungkir janji.

"Lagi-lagi orang yang membohongi rakyat yang janji dimungkiri sampai hari ini tak dibuat," katanya lagi.

PT
Janji ditepati tu tema untuk parti..buat pertandingan untuk pilih tema hari kebangsaan. Menteri yang berkaitan jangan tunjuk sangat kebodohan, budak sekolah pun meluat..pelajar IPT muntah terus dengan tema tu.....rakyat belum tentu lagi !!!

Saturday 21 July 2012

Tuesday 3 July 2012

ROYALTI DIDAKWA MENGGUNKAN NAMA SULTAN KELANTAN - PERKASA



KOTA BHARU 2 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat satu laporan polis di Balai Polis Kota Bharu di sini hari ini terhada Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan (Royalti) yang didakwa menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam pergerakan politik mereka.

Laporan tersebut dibuat Ketua Wira Perkasa Kelantan, Azman Yazid, 32, kira-kira pukul 2 petang ini bersama beberapa ahli Perkasa yang lain.

Azman ketika ditemui berkata, beliau memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan memandangkan dakwaan Royalti yang mengaku mendapat sokongan Sultan Muhammad V, justeru mana-mana pihak yang tidak menyokong pergerakan itu secara tidak langsung menderhaka kepada baginda.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Saturday 23 June 2012

BIAR BETUL !!! BEREHEY ALI DAPAT ANUGERAH TERULUNG



Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan Kelab Isteri Taat (OWC) akan merangkul anugerah dalam majlis yang sama?

PERKASA adalah sebuah kumpulan pendesak Melayu sementara OWC pula mempromosikan seks 'suci' yang didakwa berasaskan Islam.

Namun petang tadi, kedua-duanya 'diraikan' pada majlis "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012" kerana kenyataan-kenyataan mereka dalam media pada tahun lepas berkenaan hubungan sulit di kalangan pasangan berkahwin.

Ibrahim 'menang' anugerah "Menghina Kebijaksanaan" kerana kenyataannya yang didakwa menyebut "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami." (7 April 2011).

OWC pula 'menang' anugerah "Paling Kurang Membantu Persaudaraan Wanita" kerana pernah dilapor menyebut "wanita yang tidak memuaskan suami mereka adalah punca seks luar nikah" (28 November 2011).


pT
Tahniah untuk Presiden Perkasa Ibrahim Ali kerana menerima anugerah yang agung ini...semoga Ibrahim Ali terus berjuang, terutamanya dalam bidang ini....saya sangat yakin isteri tersayang Pak Brehey pun mesti gembira dengan anugerah ini... Masing-masing ada otak, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

Tuesday 22 May 2012

WAJIB DENGAR ULASAN BAPA PERKASA


 Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasam) dan Umno mengikut kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang juga digelar Tok Him.
Wallahhualam!!!

Friday 11 May 2012

Polis tolong ambik tindakan terhadap PERKASA PP - DAP


DAP hari ini menggesa polis mengambil tindakan terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan tindakan anggotanya berhimpun di hadapan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata barisan pemimpin DAP kesal dengan tindakan lebih 70 anggota Perkasa Pulau Pinang yang telah menganggu ketenteraman Ketua Menteri dan anggotanya.

Dalam sidang media di George Town hari ini, beliau turut meminta polis memberikan penjelasan kerana didakwa tidak mengawal himpunan Perkasa dan hanya mengiringi kumpulan itu ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) tanpa mengambil sebarang tindakan.

Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata perbuatan anggota PERKASA itu boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Kanun Keseksaan.

ADUN Seri Delima R.S.N. Rayer berkata DAP sedang menimbangkan untuk memfailkan injunksi bagi menghalang Perkasa supaya tidak lagi mengacau kententeraman Ketua Menteri dan anggota keluarganya dan memfailkan saman jika polis tidak mengambil tindakan terhadap anggota PERKASA berkenaan.

Semalam lebih 70 anggota PERKASA berhimpun secara aman di hadapan kediaman Ketua Menteri dan Komtar bagi mendesak Lim meletak jawatan kerana didakwa gagal menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

- Bernama

'Pengebumian simbolik Lim Guang Eng' - Pemuda Pas PP marah PERKASA !!!


Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut.

NONEAfnan berkata tindakan PERKASA itu telah 'dinyalakan api perkauman'
yang bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya ingin menasihatkan ahli PERKASA supaya menggunakan otak dan bertindak secara rasional bagi mencerminkan identiti dan tingkah laku Melayu Muslim yang sebenarnya.

Jika tidak, tambahnya, PERKASA akan dikebumikan oleh rakyat.

Afnan merujuk kepada tindakan kira-kira 30 ahli PERKASA yang muncul di rumah Lim di Jalan Pinhorn dan di pejabat kerajaan negeri di Komtar untuk membantah kepimpinan Lim di Pulau Pinang sejak 2008.

Mereka mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

pT
Apa bezanya masa  ADAM ADLI meletakkan kalungan bunga pada gambar Najib masa demo PTPTN hari tu? Pemuda PAS tidak pulak menegur perbuatan Adam Adli? Kalau perbuatan PERKASA itu salah, perbuatan Adam Adli juga salah, kerana dua dua perbuatan adalah sama. Janganlah ada sikap double standard dalam menegur perbuatan yang salah. Fikir-fikirkanlah!!!

Tuesday 1 May 2012

Bubar Parlimen Jangan Bimbang Bersih - Berehey Perkasa

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin.

Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat.

Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya.

“Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.

Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia.

“Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia.


Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu.

“Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Ibrahim turut menyelar Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail merupakan pembohong besar kerana memfitnahnya sebelum ini, melalui wawancara khas Sinar Harian yang disiarkan semalam, berhubung permintaannya untuk menyertai PKR dan meminta belas kasihan Anwar ketika mendapatkan rawatan di Jerman pada akhir 2004.
-sH-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive