Showing posts with label umno bn. Show all posts
Showing posts with label umno bn. Show all posts

Saturday 13 September 2014

PRK #PengkalanKubor #BN4N01 - PAS Disula DAP & PKR Di Pengkalan Kubor??? PAS Bakal Berkubor!!!



Pagi tadi suasana muram di gerombolan Pas kerana langsung tiada seorang pun pemimpin besar DAP sama ada dari peringkat pusat mahupun negeri yang hadir memberikan sokongan kepada calon PAS pad hari penamaan calon.

PKR juga yang tengah bengong dengan PAS atas isu MB Selangor yang tidak kelihatan pemimpin besar mereka pagi nanti. PAS dilihat bersendirian kali ini dalam misi mereka menentang BN untuk merampas DUN Pengkalan Kubor.


Dengan kemelut yang melanda dan isu calon mereka orang luar semakin merumitkan PAS untuk berhadapan dengan rakyat apatah lagi untuk menang dalam PRK kali ini. Di tambah pula dengan isu terkini dimana Haji Hadi mahu TS Khalid kekal sebagai MB Selangor!!!

Walaupun PKR telah serah kerusi Pengkalan Kubor kepada PAS untuk ditandingi, jelass penyerahan ini bukanlah sesuatu yang ikhlas. PKR tetap cuba untuk kacau PAS dengan hantar calon mereka melalui tiket bebas.

Punyalah jahat akal Anwar Ibrahim. Dia sanggup tipu kawan sendiri untuk kepentingan politik dia dan anak beranak dia. Apapun, calon BN sudah cukup baik dan wajar dipilih oleh pengundi pada 25 September ini.

PT
Baru  PAS kenal siapa PKR dan DAP! Bila UMNO ajak bersaudara dimaki cacinya UMNO. Padahal UMNO tak meletak apa2 syarat. DAP ni bukan saja PAS, asal nama Melayu DAP sicelako ni dah benci...Wahai pengundi Pengkalan Kubor inilah masa yang sesuai untuk kekalkan BN terus menerajui DUN Pengkalan Kubor!!!!

Thursday 25 July 2013

#KualaBesut - Pas Kalah Che Long Hilang


BESUT: Calon PAS, Endut @ Azlan Yusof serta penyokong parti itu tidak hadir di tempat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut.

Kelibat Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' tidak kelihatan ketika pegawai pengurus pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjemput calon Barisan Nasional (BN) dan PAS naik ke pentas sebelum keputusan rasmi diumumkan.

PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi.

Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.

BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi.

Secara keseluruhan Azlan hanya menang di lima saluran daripada 37 saluran dalam kawasan DUN Kuala Besut.

Lima saluran tersebut ialah satu saluran di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, serta masing-masing dua saluran di pusat mengundi Kampung Baru dan Bukit Puteri.


PT
Orang Pas kata, kita tak kalah cuma Allah tak bagi kita menang lagi di Kuala Besut, mungkin pada pada PRU14 nanti seluruh Terengganu akan jadi milik Pas. 
Kah! Kah!Kah!

#KualaBesut - Bogel Keliling Besut Raikan Kekalahan PAS


Gambar di bawah ialah gadis yang bakal berbogel itu dakwa beliau sendiri dalam kenyataannya di laman facebook bersabit dengan Pilihan raya kecil di kuala besut.






Damia izara pemilik facebook yang berjanji akan berbogel kepada mereka yang membaca status gadis itu.Anda ada terbaca? Untung untung sekiranya anda sebahagian dari pembaca status Damia izara.

Kecaman hebat dari orang ramai namun tidak diendahkan oleh gadis tersebut di komen di facebook nya.Tidak endah sebabnya terlalu yakin.Gadis ini juga adalah seorang penyokong PR yang telah sedia terdidik dengan keyakinan persepsi yang digembar gembur oleh media mereka.Sekarang apa lagi buktikan



PT

Penat otak dengan puak2 Pee Arr..yakin sangat Pas akan menang...kepada Damia Izara apa lagi...selesaikanlah dulu apa yang telah dijanjikan... - Sumber

Wednesday 24 July 2013

TERKINI!!! Keputusan #N01KualaBesut Memihak Kepada BN???




Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.

Paling menarik apabila  dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri.

Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi.

Keputusan tidak rasmi PRK N.01 Kuala Besut - PDM Pulau Perhentian yg memberikan majoriti 275 kpd BN menunjukkan peningkatan undi majoriti BN berbanding dgn PRU13 lalu. Tahniah Tengku Zaihan, semuga niat untuk bantu rakyat dipermudahkan. Majoriti 3,000 mungkin boleh dicapai In Sha Allah

Untuk makluman calon PRU13 anak jati Pulau Perhentian, Tengku Zaihan bukan anak jati Pulau Perhentian, belia anak jati Kg Nail.

Ikut Saluran
Saluran 1
BN - 222
PAS - 93
Undi Rosak - 3
Jumlah - 318

Saluran 2
BN - 232
PAS - 86
Undi Rosak - 1
Jumlah - 319

Keseluruhan Undi
BN - 454
PAS - 179
Undi Rosak - 4
Jumlah - 633


Majoriti BN = 275 Itu bermakna BN menang di Kuala Besut, namun kita tunggu update seterusnya nanti. - Sumber

Terkini 8:38pm

Keputusan awal

BN 8293
PAS 6639
ROSAK 97

MAJORITI 2601

% KELUAR MENGUNDI 79%

Sunday 21 July 2013

#N01KualaBesut-Tengku Zaihan Lebih Layak Untuk Kuala Besut


BN kali ini membuat pilihan tepat dengan memilih Tengku Zaihan untuk calon BN PRK Kuala Besut..

Rata-rata sekarang pengundi Kuala Besut bercakap mengenai calon BN yang senang untuk bertemu muka dan merupakan orang muda yang mempunyai potensi untuk terus mengemudi Kuala Besut kearah yang lebih maju.

Rakyat perlu menilai dengan jujur dan jangan lupakan apa yang PAS telah lakukan semasa mereka menang pada 1999.Kepada penduduk Kuala Besut berfikirlah dengan waras siapa yang akan memberi kemakmuran kepada generasi akan datang atau sebaliknya.

Apapun kita sama-sama lihat dan dengar apa kata makcik yang sempat ditemuramah oleh UMBNEWS mengenai calon BN Tengku Zaihan. Jangan kita dibutakan mata dan hati oleh PAS untuk mengambil kembali kuasa memerintah Terengganu yang diperiolehi oleh BN pada PRU13 yang lalu.

Fikir-fikir dan renung-renungkanlah....

Saturday 13 July 2013

[VIDEO] #PRKKualaBesut!!! Azlan Terketar2 Di Baiah Haji Ha Di???

Hadi Awang takut dengan kesetiaan Calon PAS di Kuala Besut sebab itu dibaiah didepan penyokong PAS. Almaklum Azlan ni dulu pernah seleweng apabila berada didalam UMNO sampai dipecat oleh Parti. Kalau dah tak pecaya pada calon kenapa nak bagi Azlan bertanding.

PAS sebenarnya ketandusan Calon bukan UMNO, Namum lidah pembelit PAS HAprakDaily mengatakan sebaliknya. Ini menampakkan bahawa PAS tidak ikhlas didalam perjuangan.berikut adalah lafaz yang disebut oleh Azlan.....

"Bahawa saya Azlan Endot Yusof berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasulnya serta patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Bahawa saya bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi sekiranya saya meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan saya sendiri setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maka saya akan dilaknat oleh Allah, Rasul, orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

"Dan segala perbelanjaan saya dengan menggunakan wang elaun ADUN adalah haram dan bahawa saya juga bersumpah dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk meletakkan jawatan dari menjadi ADUN apabila saya keluar atau dipecat dari parti dan Allah bersaksi atas apa yang saya tuturkan ini." - Baiah yang dilakukan Che Long dipentas ceramah politik di Kuala Besut.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive