Pages

Showing posts with label bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label bulan Islam. Show all posts

2 April 2019

Selamat Datang April dan Syaaban


Selamat Datang April.
Dan 7 April masuknya 1 Syaaban.
Dan bermakna sebulan lagi menuju Ramadhan.


2 May 2017

Salam Syaaban Dan May

Ha..
Dah masuk 5 Syaaban uols.
Sket je lagi kita dah nak puasa.
Habis dah ganti puasa uols..?
Hehehe.
Hehehe.


Okay.
Dan kita juga dah masuk bulan May.

Rizq Iskandar dah pun 11 bulan.
Alhamdulillah.
Menjaga dia sememangnya mudah.
Budak yang tak banyak ragamnya.
Kurniaan Allah tidak terhingga buat kami sefamili.

Dan.

Alhamdulillah.
Nanti cerita juga journey bf ni.
Nanti ya. Tgh compile :)

31 March 2017

Bye March, Welcome April

Dan.
Kurang 2 bulan lagi ke Ramadhan.
Sempat ke abis ganti posa che da??
Haha.

Rasanya semua blogger dah tak menulis, kan?
Rakan2 lain pun jarang sgt dah menulis.
Termasuk lah me myself.

Ada menda nak cerita.
Banyak menda nak cerita.
Tapi, tiada masa dah.
Kt ofis, kalau pun ada masa terluang, mmg ada menda lain nak dibuat.
Dalam bulan ni, macam2 juga berlaku.
Uruskan temuduga naik pangkat.
Dan masuk juga temuduga naik pangkat.
Dah tahu pun keputusannya.
Allah sebaik baik perancang.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Takpe.
Worries not.

Jadi,
Bye March.
Welcome April.




My precious son-shine dah 10 bulan esuk.
Alhamdulillah.
2 months lagi dah not baby anymore.
Huhu.
Kejap betul masa berlalu.
Setahun yang lepas masa ni tengah berat membawa perut ke hulu ke hilir. Hihi.

Nak cerita perkembangan dia dalam ni. Tapi asyik tertangguh.
Oh. My precious Rizq still fully bf.
Alhamdulillah.
Allah permudahkan rezeki ini.
Nak cerita juga journey bf ni.
Menarik sangat. Khas utk rakan TTC, supaya rakan2 semua bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk anugerah terindah ini.

So, be good, be nice.
Buat baik pada semua orang.
Berikan pertolongan pada yang memerlukan.
Senyum selalu.
Jangan harap balasan dari manusia.
Allah ada.
Sentiasa untuk kita.



1 November 2016

1hb November 2016 / 1 Safar 1438H


Kejap je dah masuk November.
*cliche*
Kejap je dah nak hujung tahun.
*cliche*


Rizq Iskandar is 5 months today.
Alhamdulillah.
Terus membesar dengan sihat (dan berat. Huhu).
Sebulan lagi dah boleh introduce solid food.
Yeah!


Dan hari ni juga masuk 1 Safar 1438H.
Bila nak start ganti puasa ni cheqqq??

9 May 2016

Salam 1 Syaaban, Salam Hari Ibu

Ahad.
8 Mei 2016.
Salam 1 Syaaban 1437H.

Masuknya Syaaban, menandakan sebulan lagi kita  menuju Ramadhan.
Harap semua pun dah habis ganti puasa :)
Nak senang, lepas raya terus pulun ganti.
Itu lah yg saya buat 2,3 tahun kebelakangan ini.
Dan, mmg rasa lapang je bila semua "hutang"di settle terlebih awal :)

Ahad.
8 Mei 2016.
Selamat Hari Ibu
Untuk semua yang bergelar ibu. 
Dan semua rakan TTC'ian. Kerana TTC'ian juga tak pernah putus berusaha untuk menjadi ibu.
Semoga semua yg ber-TTC akan dikurniakan rezeki menjadi ibu juga suatu hari nanti.

Tiap kali tibanya hari2 begini mesti ada percanggahan pendapat.
Ai ada la post gmbr kat atas ni kat salah satu laman sosial.
Tetiba ada yg balas post ni dengan "everyday is mothers day"
Okay.
What eva...
Malas nak bertekak.
Menda ni pun dah dihurai panjang lebar oleh Jakim.
Terpulang lah pada anda.
Nak sambut, sambut.
Taknak sambut, jangan paksa orang ikut kehendak awak juga.
Asal tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tiada apa yg perlu dirigidkan.
Saya pun hehari call mak. Dan semalam call untuk wish "selamat hari ibu, nanti mak datang sini baru kita gi makan2"
Ai tak tahu pula kalau uols hehari call ur mom and wish "selamat hari ibu".

Okay. Okay. Takmo lah citer panjang2 menda ni.
Kita meluat, orang lain lagi lah meluat.
So.. sebulan lagi puasa ya. Ingat tu. Heheeeee :D

9 April 2016

1 Rejab 1437H


2 bulan lagi ke bulan Ramadhan.
Semoga kita beroleh rahmat dari Allah.



11 March 2016

Salam Jamadil Akhir

Semalam lupa nak buat entry.
Hari ni pun dah masuk 2 Jamadil Akhir.


Memang cepat masa berlalu.
Tapi, tak pe lah. Itu hakikat.
Berapa bulan lagi nak puasa?
Jamadil akhir - Rejab - Syaaban.
Tak lama dah. 3 bulan lagi.
Debau.
Huhu.

10 February 2016

1 Jamadil Awal 1437H

10 Februari 2016
1 Jamadil Awal 1437H.
Memang tahun ni rasa cepat betul masa berlalu.
Lagi dikira lagi lah rasa cepat.
Apa pun, moga ada perubahan ke arah kebaikan yang kita dah lakukan seiring dengan masa yang berlalu pantas ini :)

Selamat datang Jamadil Awal.

11 January 2016

1 Rabiul Akhir 1437H


Hari ni 1 Rabiul Akhir.
Lagi 4 bulan je lagi kita nak menyambut Ramadhan.
Wohooo... dup dap dup dap.
Ha.. sapa yg tak abis puasa ganti tu boleh la cecepat ganti.
Cewah... mementang la dia dah abis ganti kheennn....
Ye lah tu. Memang dah abis ganti, tp nak buat puasa sunat kemain payah.

So, let's tgk info berkaitan Rabiul Akhir ni.
Oh. Dikatakan permulaan musim sejuk juga.
Sbb tu la kalo gi umrah skrg ni cuaca sejuk. Best.
In fact, masa kami pergi bulan 4 tahun lps pun, dapat lagi sisa sisa kesejukan tu.
Breeze je rasa. Alhamdulillah.

Pengertian
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
*Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
*Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
*Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
*Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
*Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
*Imam Ghazali r.h meninggal dunia.
*Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

8 October 2015

Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2016

Sumber : Islam.gov.my

Haha.
Advance nau cik kak..
Tahun 2015 pun tak abis lagi.
Hehe.
Tapi  next week dah  nak masuk 1 Muharam 1437 kan.

Senang nak tahu bila 1st Ramadhan tahun 2016.
Senang tak tgk raya tahun 2016 bila.
Senang nak tgk bila raya haji.
Hehe.
Ramadhan tahun 2016 adalah bermula pada 6 Jun 2016
Dan 1Syawal pada 6 Julai 2016.
Jangan ingat jauh lagi ya.. pejam celik pejam celik dah sampai bulan Jun.

Jadi, cecepat lah ganti puasa pada yg belum mula tu.
Cewah! Mementang dia dah settle. Kan?
Tapi, rasanya ramai pun dah settle. Siap tu hari masa bulan Syawal sempat puasa enam lagi.
Tahniah. Ai tu ari pun buat yg wajib je. Sunat hanyutttt......
Lagi satu penting juga pada orang2 yg suka beli tiket flight awal-awal kan.
Jangan terbeli tiket bercuti pada hari raya plak. Hihi =)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign