Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

kau ghost . si hantu biskut

21 yang simbah cat
sudah lama mahu bercerita tentang dia
aku jatuh cinta
dengan penulisan dia
penuh gaya
penuh mutu
penuh keunggulan

aku membaca blog dia
aku mengusha
aku meneliti
mencari realiti disebalik identiti
yang disembunyi

dia bijak
dia realistik

dia hantu yang berfikir
dia hantu yang berkata-kata
mengikut jiwa seni

seni dalam penulisannya
acapkali buat aku leka
seringkali buat aku kelu
aku buntu membalas kata-kata
yang keluar dari akalnya
kebenaran dan logik akal
tidak boleh aku sangkal

ya,
aku kagum dengan dirinya

yang dulu aku kenali dia dengan sekeping biskut
dia menghilang seketika
muncul dengan hantu yang telah menghantui
dunia penulisan

kau memang berhantu ghost @ bisk

ghost writer

dulu
aku bingung 
mengapa kau memilih
''aku bangkit selepas mereka fikir 'hidup' aku mati''

kini
aku mengerti
semakin mengerti
erti kehidupan
di sebalik erti hidupnya kamu

Wednesday, February 16, 2011

mencari geng rainbow - blogger jingga & kuning

9 yang simbah cat

> ahli-ahli gagah yang berjaya jadi warna-warni macam DAIA PELANGI<

assalamualaikum manis-manis semua...

tengah duk senyum sedey sorang-sorang tadi, tiba-tiba rain baru perasan yang warna pelangi ni ada tujuh warna : merah, jingga, kuning, hijau, biru,nila, ungu. jujur cakap la, rain lupa ah warna pelangi, tapi bila suh bagi gambaran boleh pulak. 

pagi ni sangat-sangat tak ada mood. wa kecewa sama abe wa. malas cakap. malas layan sedey-sedey hindustan ni, rain nyanyi hindustan atas bukit lagi best. cam mohabbatain bila dua kali pandang.

rain sebenarnya tengah cari DUA ORANG untuk masuk dalam GENG RAINBOW.

tengah skodeng blog-blog warna jingga n kuning. rain nak minta tolong sikit, tolong bagi cadangan blog-blog mana yang sesuai. cadang blog sendiri pon no hal. mana-mana yang lebih tu rain kasi masuk lam GENG PANAS LAK hehe.. bikin kecoh sikit!
then yang lebih-lebih lagi tu rain buat teman hidup wahahaaha..

tengs sudi layan rain....huhuuuu sambung sedey..~

sudi-sudi la pomot blog masing-masing or pomot blog kawan-kawan yang sesuai..

Wednesday, January 19, 2011

Jom Gegar Blog

4 yang simbah cat
assalamualaikum pembuka bicara,

tengah rain duk godek-godek blog kawan-kawan tiba-tiba terpandang lipas sebelah lappy, tapi buat muka sombong je, konon kool la hoho.


tipu je tu, sebenarnya rain terpandang kira jatuh cinta pandang pertama ah ni terus tertarik dengan segmen dari ben shaari ni. bukan senang RAINBOW CLOUDY nak join benda-benda gini, kira hari ni angin kus-kus melanda la, so rain nak ajak sapa-sapa yang baca ni jom kita join.


meh usha pe yang dah rain conteng..




so, abg ben, sila approve ye. maaf la pe yang dah rain membebel kat atas tu..

Monday, August 23, 2010

R A Y A : dulu dan sekarang

11 yang simbah cat
salam buat sume para pecinta pelangi, hari ni rainbow join second contest dari padinno.com

buat padin, ni dengan penuh kasih sayang taw rainbow buat header blog ko khas sempena raya.
rainbow doa siang dan malam taw nak menang contest ni hihi.
padin, ko semat ah [bodek secara depan-depan]

jom layan




Sambil minum kopi di padinno kopitiam, terkenang pula nostalgia raya pabila telinga nipis capangku ini menangkap butir suara kanak-kanak Ribina yang sedang bermain keriangan di bawah pohon Ru.
Mereka berlari berkejaran bak filem Hindustan lakonan Sah Ru Khon dan Rainbow Chawla. Tangan kanan dan kiri mereka menggenggam bunga api.
Tawa dan riang ria mereka segera menggamit memori jangka panjangku pada kenangan lampau.

Tika usia aku era hingusan, akulah yang paling sibuk mengalahkan mak aku tiap kali Raya Puasa menjelang sehingga mak aku telah mencop aku sebagai p e n y i b u k.
Tapi aku masih bersyukur di situ kerana belum dicop sebagai p e n g a c a u kerana kudrat aku belum dewasa untuk mengacau dodol.

Walaupun aku sedar tika itu aku kecik dan tidak sebesar ragam abang-abang aku, tapi aku bersuara besar untuk mengarahkan mereka bangun awal-awal pagi.
Jeritan fizikal aku mampu menggegarkan gegendang telinga mereka daripada ulik mimpi di siang hari.
Dan selepas itu, jeritan dan tangisan aku pula yang kedengaran kerana dicubit dan dipiat kerana mengganggu mimpi-mimpi kering mereka itu.

Selepas sesi pujuk-memujuk oleh mak aku, aku pun telah kembali normal dan aktif bergerak untuk bekerja sebagai penyibuk.

Bermula dari ruang tamu, langsir-langsir lama disalin pakaian baru. Langsir bercorak R A I N B O W dijadikan pilihan kerana tema raya pada tahun tersebut ialah Satu Malaysia.
Maka meriahlah ruang tamu rumah aku pada tahun tersebut tanpa kehilangan satu pun warna. Tugas aku yang menyibuk ini hanyalah melihat sama ada senget atau tidak langsir yang dipasang.
ITU SAHAJA.

Setelah langsir siap dipasang, aku beralih ke bahagian dapur.
Ni bahagian feberet aku.. euuuww..
sebab aku tukang rasa. Kecik-kecik aku puasa yang-yong, pantang lepa, seluk periuk. hihi. Moto puasa aku zaman kanak-kanak.
Kuih mak aku buat memang sedap. Sehingga menjilat piring.
Masa aku tengah berjalan sambil menjilat piring yang dibawa, tiba-tiba aku terlanggar tiang...

Dummmm kebabOOm.!!! Demm[upps puasa]..
Bunyi kepala aku berlanggar. Ala-ala bom sebab momentum yang tinggi bersamaan dengan geseran kuat serta teori fizik lain yang aku kelentong
telah menyebabkan piring juga bertebaran ke lantai dan berkecai-kecai seperti hati yang dilamun kekecewaan asmara.
Serentak dengan bunyi itu juga aku tersentak kerana bunyi piring itu sebenarnya piring kopi P A D I N yang pecah bagai.
Dia yang terlanggar sorang awek kurang cun tapi sangat cantik dan ayu.
Padin kekalutan dan menggelabah dengan perasaannya.
Aku hanya mampu melihat kerana telefon aku telah berdering dan aku telah menyahut panggilan telefon mak aku.

"Fizah, hang balik umah nanti belikan mak kuih taw, kerepek ka orait gak. Raya tahun ni kita buat kuih siput ja, yang lain-lain kuih telunjuk ja.
Mak tak dan nak buat, banyak nak siapkan tempahan baju ni. Balik awai cikit noo, nak suh hang buat kuih konfleks, adik hang nak makan"

aku : " hantu..! siap la budak-budak ni nanti! dah la paw duit aku suh beli baju raya. ingat aku bos kat bank ke! "
 

Rainbow Cloudy Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template