Assalamualaikum
Semoga para-para suami membaca nya dan cuba fahami.
Berikut adalah 21 pesanan isteri
kepada suami yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang
bergelar suami. Cubalah amalkan setakat yang termampu.
1.
Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila
isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa
yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.
Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada
isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali
membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak
anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih
daripada emak anda.
4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak
ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi
nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah
menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan
disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar
kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar
depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka
saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak
dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup
tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.
7.
Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! Dah lah penat masak
tahu?
8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu,
kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak
mi segera saja. Tak tahu mana nak letak muka nanti. Dapat-dapat pula
yang datang mulut macam longkang, boleh buat bernanah hati si isteri.
9.
Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Kalau tak
sebab kamu, si isteri pun takkan jadi macam tu. Kan?
10. Jangan
kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol
kentut? Tapi kenapa sekarang main lepas ikut suka?
11. Hormatilah
ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek
mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka
walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta
keperluan rumah tangga atau hadiah. Sekali atau berkali-kali kala
tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya. Nak
lebih romantik, hadiah kan sesuatu yang isteri tak jangka tanda anda
menghargainya. Tak mahal pun tak apa, janji ia ikhlas dari hati anda.
13.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela
nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka
baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam
bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?
15.
Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan
kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan
tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri
anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah s.w.t
berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan
tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.
Jangan main kayu tiga. Cuba bayangkan isteri anda pula yang berbuat
macam tu? Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak
ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda yang
buat?
18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
19.
Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah
tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami
buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
20.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun
suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri
diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku pun ego bila dah
mati nanti.
21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau
berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk,
pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak
ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh
oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
P/S : mana yang aku bold tu memang aku nak sangat para suami ingat lah kan. Benda tu senang jer.
Biarpun para suami mempunyai kuasa VETO dan Syurga isteri di tapak kaki suami tapi jangan sewenang-wenangnya nak cakap, "Aku ni suami .... (adalah ayat dia tu)"...
Takkan para isteri takder tempat nak berkata-kata bila penat, pening, lelah dan sebagainya..
Kena layan suami, kehendak dia.. sedangkan kita para isteri sama juga dah penat kerja seharian berilah masa untuk isteri berehat. Tak salah kan?
Renung-renungkan...