Showing posts with label NASI. Show all posts
Showing posts with label NASI. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

NASI AYAM IPOH


SALAM.................
ini menu hari sabtu lepas.memang sedap nasi ayam ipoh ni.............resepi  asal dari quinine MYR.saya copy dari dapur kzaihttp://dapurcomelku.blogspot.com/

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
  • *BAHAN HIASAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun


Cara-cara:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

Wednesday, May 19, 2010

NASI GORENG CINA

SALAM.........

Resepi dari buku SENANGNYA MEMASAK...........NASI  bersama chef hanieliza......


bahan-bahan
bahan A
1 mangkuk besar nasi sejuk(diperoi)
2 biji telur
100 gm udang
100 gm sayur campur-boleh digantikan dengan kacang buncis dan lobak merah
1 pokok daun bawang-dipotong pendek
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak


bahan B (ditumbuk)
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam

cara membuatnya
1.panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi
2.masukkan telur dan biarkan sebentar.
3.apabila sudah separuh masak,kacau supaya hancur sedikit.
4.masukkan sayur campur  dan udang.kemudian kacau rata.
5.masukkan nasi dan garam.kacau rata dan tutup api.
6.masukkan potongan daun bawang dan kacau.
7.angkat dan hidangkan.

Tuesday, May 11, 2010

NASI LEMAK PANDAN KUKUS


 SALAM........
ini sebenarnya menu sarapan pada hari minggu yang lalu.nasi lemak pandan kukus,resepi dari kak hanieliza( resepi asalnya adalah nasi lemak kukus) dari buku SENANGNYA MEMASAK ....NASI.saya yang pandai2 letak daun pandan.jadilah nasi lemak pandan kukus.dimakan bersama sambal ikan bilis,sambal tumis udang dan telur rebus.





jom kita tengok resepinya.....

bahan-bahan
1 kg beras
1 liter santan
3 helai daun pandan-dikoyak dan disimpul(saya blend dan ambil airnya,kurangkan sukatan santan)
3 keping hirisan halia
3 ulas bawang merah(dimayang)
garam secukup rasa
sedikit gula(sekiranya suka)

cara membuatnya

-basuh beras dan toskan
-masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan
-pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit
-apabila sudah masak,sedia untuk dihidangkan.

Sunday, January 10, 2010

NASI GORENG KUZI





SALAM....
ini sebenarnya adalah N3 tertunggak,menu untuk dinner hari jumaat lagik.masak nasi goreng macam biasa tapi letak lebihan kuzi ayam tu,dan campak bahan2 yang ada dalam esbox.itu ja......cukup la untuk mengalas perut kami sekeluarga.

Friday, January 1, 2010

NASI LEMAK HIJAU




SALAM.......
bertemu kembali di tahun baru 2010,syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya meneruskan kehidupan ini.hari ni sempena cuti tahun baru kami sekeluarga pergi memancing,nasi lemak hijau ni sebagai bekalan pagi tadi.buat lauk sambal bilis + telur goreng ja.maklum la lepas kerja malam....mata pun masih mengantuk lagi.hasil pancingan nanti saya cerita di next N3 ya.ok selamat malam semua.




tempat memancing pagi tadi.

Thursday, December 24, 2009

NASI PAPRIK UDANG




SALAM....
menu lunch today,simple .....yang penting sedappppppp.jom kita lunch sama2..........



Sunday, November 8, 2009

NASI LEMAK




SALAM DI HARI MINGGU....
hari ni masak nasi lemak ja,lauk2nya sambal sotong kering dan ayam goreng rempah berserai.







resepi ni c&p dari rumah love(love,minta halalkan ye)

Bahan2 yang diperlukan :-
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan dikisar bersama;

6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai
----------------------------
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara2 memasaknye :-
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Sunday, August 23, 2009

NASI MINYAK & THE GENG



SALAM.....
ini menu berbuka semalam......nasi minyak,dalca tulang dan masak kurma daging.



Tuesday, August 4, 2009

NASI AYAM SPECIAL




SALAM....
ini menu semalam,as requested by my kids.dalam demam2 tu terpaksa juga masak nasi ayam ni demi anak2.tapi puas hati sebab habis dorg makan.kali ni cuba resepi dari kak jun MYR....

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
-1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2sm halia yg diketuk
Untuk perap
>1 sudu besar kicap pekat
>1 sudu besar sos tiram
>1cm halia
>2 ulas bawang putih
>sedikit kicap cair - saya tambah 1 sudu besar madu
Untuk nasi
- 5cwn beras
- 3 sudu besar butter
- 1cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.
Bahan sos
> 5biji cili merah
> 5 ulas bawang putih
> 2cm halia
> 1 sudu teh cuka, garam, gula
> 1/2 cawan air
Untuk sup
@lebihan air rebusan ayam
@1 biji bawang besar kisar
@rempah sup
@garam
@daun sup yg dihiris.

Cara-cara
- Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
-Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
-Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos
-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.







ayam mesti goreng garing macam nih,kalau tak dorg tak layan...........

Friday, July 24, 2009

NASI GORENG NENAS




SALAM...
buat untuk bf hari ni......resepi dari onigiri aka ros

Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang )
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar. - saya guna sotong
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)

Cara-cara
-Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
-Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan.
- Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan.
-Selamat Mencuba.



Sunday, June 28, 2009

NASI MINYAK HUJAN PANAS & THE GENG


SALAM....
menu hari ni,atas permintaan abang long......nasi hujan panas dia panggil.tertunailah hasrat abang long hari ni,setelah lebih 2 minggu dia minta saya buatkan nasi hujan panas.hari ni sebenarnya kerja petang tapi macam biasa la saya suruh kawan tolong buatkan kerja saya tu.jadi dapatla saya tunaikan permintaan abang long,lepas ni nasi beriani pula dia suruh buat....tunggu dulu ye nak (next week pula kot).selalu dia cerita hari jumaat sebelum pergi sembahyang jumaat abah bawa dia pergi makan nasi hujan panas @ nasi beriani di wisma muis.......tapi yang kesiannya hari jumaat lepas nasi kegemaran dia dah habis,tapi ok la hari ni dia dah dapat makan kat rumah.bukan main happy lagi bila dihidangkan dengan makanan kesukaan dia ni....lauk sampingannya ayam masak merah,kurma ayam & jelatah.

nasi hujan panas resepi dari makyong MYR

Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[bahan hias]
bawang goreng
kismis

Cara-cara
-Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
-Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
-Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
-Masukkan beras dan gaul rata.
-Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
-Masaklah nasi sehingga masak
-Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
-Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka




AYAM MASAK MERAH resepi dari love2cook - MYR
yang ini lauk untuk mama & abah...walaupun baru buat hari jumaat lepas,hari ni buat lagi sebab nak gu dengan nasi hujan panas tu.mula2 ingat untuk mama & abah nak buat dalca tapi M la pula,jadi buat juga ayam masak merah ni...yang hari tu resepi dari mak.

bahan -bahan
1 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong sederhana besar. (perap bersama garam dan serbuk kunyit)
Bahan diblend bersama:-
12 tangkai cili kering (dididih bersama air)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
---------------------------
2 biji bawang besar (potong bulat)
bahan tumis 4 sekawan
4 sb puri tomato - saya gantikan dengan sos cili
100ml susu cair- saya gantikan dengan santan
garam minyak masak
kacang peas - saya tambah

Cara-cara
- Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga cukup masak, tos dan ketepikan.
-Tumis bahan yang telah diblend tadi hingga pecah minyak. Masukkan bahan tumis 4 sekawan.
-Masukkan puri tomato dan gaul sebati. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sebentar.
-Tambah susu cair, perasakan dgn garam
-Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati...biar sebentar dan padamkan api.
-Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.







kurma ayam resepi dari MYR

Bahan-bahan ( 4 orang )
Ayam setengah ekor
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
2 biji bwg besar
Penumis (bunga lawang, buah pelaga, kayu manis & bunga cengkih)
Serbuk kurma adabi
Serai
Santan
Minyak untuk menumis
Cili hijau @ merah
Tomato
4 biji buah keras (ditumbuk)

Cara-cara
-Panaskan minyak, tumis bahan kisar (bwg merah, bwg putih ) dan rempah ratus hingga naik bau.
-Masukkan serbuk kurma dan buah keras.
-Masukkan serai, kentang, bawang besar dan ayam.
-Masukkan sedikit air dan garam.
-Tunggu sehingga ayam dan kentang sedikit empuk, barulah masukkan santan.
-Lastly,..masukkan tomato dan cili hijau @ merah.




jelatah...

Thursday, June 25, 2009

NASI LEMAK




SALAM......
buat untuk bf hari ni ,my hubby & anak2 minta nak bawa bekal juga ....sedappp katanya.makan dengan sambal hati ayam,untuk anak2 buatkan ayam goreng berempah.resepi nasi lemak dari k fida MYR......

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )
500 g beras
santan secukupnya - drpd 1 biji kelapa
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
Lauk sampingan yg dimakan bersama nasi lemak :-
sambal tumis
ikan goreng,ayam goreng,ikan bilis goreng
telur dadar,telur rebus,telur mata lembu
timun yg dihiris
kacang tanah goreng
kangkung goreng dan lain2 ikut selera

Cara-cara
-Kisar bahan2 yg bertanda *.
-Beras dicuci bersih dan masukkan ke dlm periuk nasi(saya guna periuk eletrik)bersama bahan2 kisar,daun pandan dan serai.
-Tuang secukup santan dan garam secukup rasa ke dlm periuk nasi tadi dan gaul hingga rata.Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan2 hingga rata dan masak terus hingga nasi benar2 masak.
-Siap dihidangkan bersama lauk2 sampingan ikut selera masing2.


Thursday, May 28, 2009

NASI GORENG TOMYAM


SALAM...
menu dinner semalam....guna apa yang ada ja sebab nak habiskan stok,esok mau pulang kampung sudah ba....resepi dari mak yung nun jauh di japan tu....

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 mangkuk nasi
5-6 ekor udang segar
1-2 ekor sotong sederhana - potong ring
200g daging ayam - potong kecil2
4 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang putih - ketuk
3-4 biji cili padi - tumbuk@potong2 - klu nk pedas
1 peket perencah tomyam adabi@ 2 kiub pes tomyam maggi/knorr
kubis - hiris kecil2
carrot - hiris memanjang
tomato - potong dadu
1 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut - racik2
1 biji telur
garam

Cara-cara
-Tumis bawang merah,bwg putih hingga naik bau.
-Masukkan perencah tomyam. kalau kering sgt tambah air sedikit. masukkan cili padi skali jika inginkan pedas.
-Masukkan ayam. biarkan ayam masak sekejap.
-Masukkan sotong, udang, carrot,tomato,serai dan daun limau purut.gaul rata.
-Pecahkan telur dan taburkan garam. gaul. masukkan nasi dan gaul rata.
-Last skali masukkan kobis. gaul mesra. dan tutup api. hiaskan ngan daun bawang n hirisan lada merah.
-Hidangkan bersama ayam goreng berempah, keropok ikan dan sup ayam jika suka


Sunday, May 10, 2009

NASI AYAM


SALAM....
menu hari ni....nasi ayam.dah lama tak buat nasi ayam....jadi sempana hari ibu,buat nasi ayam ja.....





Monday, March 16, 2009

NASI LEMAK


SALAM........
nasi lemak adalah menu kitaorg masa pergi memancing semalam.....sambil memancing sambil2 berkelah gak...



ni antara lauk2 untuk nasi lemak....sambal sotong kering,sambal ikan bilis & kentang,serunding daging(dari besanku),biasa la timun & telur....



sambal sotong kering....




ini untuk mama & abah...



kepok kelate mari(besanku bagi gak...baik sungguh bakal besanku nih...)....

Wednesday, March 4, 2009

NASI GORENG SARDIN


SALAM....
Menu breakfast hari ni....masih panas2 lagi ni,baru ja siap memasak...macam biasa la sebelum makan mesti snap gambar dulu.selalu balik kerja beli ja makanan tapi hari ni rasa nak makan nasi goreng pula....belek2 resepi nampak nasi goreng sardin ni macam sedap...apa lagi terus cuba,bahan2 pun senang.resepi dari mama-lya MYR.......layan jer..........resepinya

bahan-bahan
1 pinggan nasi
1 ketul sardin tin
5 biji cili api
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb sayur campur
segenggam ikan bilis
1 sb bawang goreng
garam secukup rasa
1 biji telur untuk menghias
daun bawang

cara membuatnya
-tumbuk bawang dan separuh ikan bilis bersama cili
-panaskan minyak,goreng separuh lagi ikan bilis tadi
-bila ikan bilis dah garing masukkan bahan tumbuk.kacau hingga naik bau.
-masukkan sayur campur,kacau lagi sampai sayur agak layu
-masukkan sardin yang sudah dihancurkan.kacau lagi.
-masukkan garam,nasi kacau sekata.
-last sekali masukkan bawang goreng dan daun bawang .gaul lagi.
-siap.boleh letak telur dadar yang dipotong sebagai hiasan.


SELAMAT MENCUBA

Monday, March 2, 2009

NASI GORENG BELACAN



SALAM........
menu malam ni .......resepi semestinya dari MYR,knor.tapi aku dah durhaka sikit ni....ampun ya knor.aku letak sayur - sayuran dalam nasi tu....& sepatutnya makan dengan daging goreng tapi aku buat sotong goreng...apa2 pun memang sedap la nasi ni....layan jer.....ini la resepinya....

bahan-bahan
2 mangkuk nasi putih
7 biji cili api hijau
1 labu bawang besar
50 gm udang kering
3 ulas bawang putih di ketuk
garam dan gula secukup rasa
1 biji telur

cara membuatnya
-blend cili ,bawang besar,udang kering(bersama air rendaman) dan belacan hingga lumat.
-panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak(lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yang telah di ketuk.goreng hingga wangi dan kekuningan.
-masukkan bahan2 yang telah di blend dan goreng hingga keringsedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa.masukkan telur dan kacau rata.
-masukkan nasi dan goreng hingga nasi masak.hidangkan panas2 bersamadaging goreng / apa2 ja lauk kesukaan,telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad.

SELAMAT MENCUBA

Monday, February 9, 2009

NASI KUNING AROMA


SALAM..........
hari ni balik kerja dah lewat.......penat sangat.anak2 nak makan nasi ayam.....fikir punya fikir ,sebab malas nak buat nasi ayam kan & M juga....jadi buat la nasi kuning aroma ,resepi k fida MYR.lauknya utk anank2 nugget & telur rebus ja.......utk mama n abah sambal ikan bilis n sambal telur ja (ni virus M dah menyerang)........layan jer la............

FOLLOWERS

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Next Aniversary Ticker Lilypie Next Birthday Ticker Lilypie Next Birthday Ticker