Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bahasa

Dalam Mulutnya Bulan Serbuk Putih

Semalam saya terbaca satu berita tentang Jerantut dengan headline Jerantut pusat  maksiat dan judi. Beberapa bulan sudah tentang pusat judi mesin tular dan dalam grup fb daerah sekian banyak posting tentangnya. Ada satu posting menceritakan kawannya habis 1500 ringgit main slot mesin. Judi ini semakin menjadi-jadi. Kalau perkara ini tak dihentikan tak lama lagi semua nak muda (dan juga orang tua?) akan jadi tahi judi. Padahal Jerantut adalah BANDAR TAMAN TEGARA. Gateway to taman negara katanya. *** Aku teringatkan ketika aku tingkatan tiga. Semasa menunggu bas untuk pulang ke rumah selepas balik dari sekolah. Aku duduk di sebelah Dinesh (bukan nama sebenar) dan ralit membaca surat khabar jawi utusan melayu seksyen Gusti Bersama Macan. Dinesh sedang belek telefon nokia 1100nya. Di hadapan kami bersusun bekpek pelancong dan ada beberapa omputeh sedang membaca buku travel guide. Ada suatu suara parau berdengung di antara kami. “Hai orang2 putih ni, kalau dapat ke ora...

Seputar On Hiatus, Penulisan dan Menghantar Manuskrip.

Memang sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Hampir dua tahun ianya tidak terusik langsung. Lagipun saya yakin blog ini tidaklah mempunyai pengikut pembacanya yang tetap. Kehilangan saya ini tentunya tidak dirindui orang. Ini bukanlah bermaksud saya tidak menulis terus, membenci dunia penulisan sehingga saya tidak lagi mengetik papan kekunci komputer. Tidak. Malahan saya telah memekar kemahiran saya dalam penulisan fiksyen. Mengapa fiksyen? Kerana realiti itu semakin menjemukan, merenyahkan dan memeningkan kita manusia ini. Jadi apalah salahnya memilih fiksyen untuk melarikan diri seketika daripada realiti yang menakutkan itu, bukan? Ada banyak yang hendak saya celotehkan disini. Tempoh hampir dua tahun tanpa kemaskini tentunya membuatkan saya mahu bercerita perihal yang banyak. Antaranya: 1.        Penulisan Sebenarnya minat menulis saya bercambah sejak sekolah rendah lagi. Semasa saya di sekolah menengah saya banyak tulis sajak. Sekarang e...

Jawi yang TerPINGGIR ...

Lama tak menulis, otak bagaikan membeku dengan idea2 serta paparan yang mahu dicoretkan. Tatkala diri ini berkira-kira mahu  mencurahkan apa yang terbuku di kepala hotaknya itu maka tiba-tiba ia berderai pergi, seolah-olah terbang melayng tanpa mungkin kembali semula. Kita mungkin memiliki sat-saat terbaik di kepala kita mengeluarkan idea-idea bernas, tatkala mahu merakamkanya ia pudar begitu sahaja. Di kesempatan ini sementara terlintas di benak saya ingin jua menukilkan apa yang terpendam di kepalaku. Sementara masih dapat terakam apa yang terlintas baik aja lensung terus ku rakamkan ia agar masa depan kelak bisa menatap semula apa yang pernah ku mindakan sebelum ini. Jawi yang diPINGGIRKAN Adapun berkannan apa yang ditulis ini berkaitan juga dengan bahasa Melayu  (bukan Malaysia) . Sewaktu aku di derjah  sekolah dahulu (sekolah rendah) ketike di derjah 3 aku sudah mula pandai membaca tulisan Jawi. Aku masih ingat atuk aku ketika itu suka benar membeli akhbar jawi, b...