Tik Tok

Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday 16 July 2011

Dugaan Bertunang

Salam kawan2...
Saya nak bercerita sesuatu. Mungkin ini adalah pengajaran untuk kita semua. 
Biasalah, setiap orang yang menuju ke gerbang perkahwinan pasti tak akan lepas dari dugaan sewaktu bertunang.
Ada yang sampai putus tunang kalau perselisihan itu tidak ditangani dengan akal fikiran. Asyik ikut emosi ajekan.. Yang selalu beremosi perempuan.. Dah duk hari2 tiap kali gaduh mintak putus, tiap kali gaduh mintak putus.
Lelaki bila dah rasa tercabar, 'hah! kau nak putus sangat kan! Ambik ubat!' 
Jadinya, pertunangan mereka terputus di tengah jalan. 
Isk.Isk.Isk. Sangat sedih.
Saya juga tak terlepas dari dugaan bertunang. Baru sebulan kut? Sebelum ni tak ada pulak ngada2 nak tanya soalan yang tak patut dah ditanya selepas bertunang ni.
Hmm
Kepada akak tu, kalau tak suka saya sebab akak adalah kawan rapat dengan ex Cintehati, tak perlulah akak nak mengganggu-gugat hubungan harmonis kami. Kami baru sebulan lebih bertunang. Janganlah buat saya macam ni. :-( 
Kalau akak tak suka saya sekalipun, tak perlu tanya Cintehati saya macam tu ya. Ini mengganggu emosi saya. :-)
Okeylah.
Lupakan hal sedih.
Jom, saya nak share something dengan semua. Tips ni bagus. Saya dapat dari blog ini. Tapi blog ni sepertinya tak membenarkan copy n paste. Walaupun kita akan letakkan link blog dia. Tapi tak apa. Korang boleh pergi blog dia kat sini. Saya tulis sharekan yang ringkas aje ya.

1) Percaya
Percaya itu menentukan pelayaran anda. Sekiranya timbul syak wasangka, harus selidik terlebih dahulu.

2) Jujur
Kejujuran harus ada dalam perhubungan. Beritahulah pasangan anda ke mana sahaja anda pergi. Bukan sahaja jujur tu, saya rasa, lelaki akan rasa lebih dihargai. Terasa diutamakan. Kan ke itu akan jd husben kite jugak? Seharusnya kite kan kena jg maruah lelaki suami kite?

3) Berdoa
Minta pada Yang Maha Esa supaya hubungan kita berpanjangan dan kekal ke jinjang pelamin.

4) Rapat Dengan Keluarga Bakal Mertua
Pastikan ikatan pertunangan ini menjadi medan suai kenal antara kita & mertua.

5) Batas
Perbataskan langkah bersama kawan2. Jiwa manusia tak sama. Jagalah hati tunang anda. 

6) Pebincangan
Berbincanglah bersama tunang. Mengenai persediaan perkahwinan. Atau apa saja agar tiada hati yang terluka. 

7) Control
Jangan jadikan pasangan tunang anda adalah 'remote control.' Hak kebebasan masih milik dia. Jangan kawal 100%.

8) Bertanggungjawab
Bertanggungjawab atas kebajikan pasangan tunang anda. Satu hari nanti pun akan jadi suami isteri. Kan ada tanggungjawab masing2 utk membahagiakan pasangan? 

9) Romantik
Kekalkan romantik anda sama seperti waktu bercinta.

10) Positif
Pemikiran positif adalah pemikiran yang matang. Ini akan menyelamatkan hubungan anda.
Hmm... Semua nampak senang utk dilakukan. Tapi, saya tahu pasti susah untuk dipraktikkan. Kita boleh cubakan? Cuba untuk selamatkan hubungan yang kalau dah nampak macam telur di hujung tanduk.Berharap Allah swt akan kekalkan hubungan kami. Amin.