Salam.
Tajuk konspirasi. Ouh, aku tak kongsikan azam aku kali ini. Biarlah rahsia. Aku taknak bagitahu. Chewah, macam ada orang nak tahukan.
Ok, berbalik kepada tajuk. Kawan aku ada yang dah lahirkan anak. Ada yang tengah pregnant. Ada yang baru kawen.
Lately, aku ada terbaca - baca, kat laman web sosial. Aku tak paham pemikiran wanita yang takut tengok perut dia membesar sebab pregnant. Alasan takut gemok. Alahai, awak gemok untuk 9 bulan, bukan lama. Takut body shape lari, berusahala dapatkan. Lainlah saya, saya dah 26tahun gemok. Selesa. Kalau pegang tangan rasa tulang, hurrmmpphhh aku dah tambah 2 pinggan nasi.
Awak yang pregnant, perut awak membesar tuh sebab ada isi. Setiap kg awak naik, Tuhan bagi pahala, sebab awak sudi carry baby awak 9 bulan ke sana ke sini. Cubalah buang stigma tuh. Awak taw tak, tak semua wanita boleh hamil. TAK SEMUA. Mereka yang merasai tuh amek masa nak terima.
Ada yang sehari dua boleh terima. Ada setahun dua. Bergantung. Ada yang belum berkahwin menerima nasib yang sama.
Bila bercakap, kene fikir dulu. Sebab tuh ada orang cakap, jangan tunjuk sangat kebahagiaan perkahwinan awak, sebab ada yang derita. Jangan tunjuk sangat kebahagiaan awak pregnant, kesengsaraan awak morning sickness, sebab ada yang rahimnya dibuang, tak berfungsi. Jangan tunjuk sangat kebahagiaan awak dengan anak kecil, sebab ada yang cerai - berai kerana menunggu kehadiran orang ketiga.
Jaga hati & perasaan kami.
Ulasan
Catat Ulasan
sila - silakan untuk berkomen...segala kritikan anda saya amat hargai