Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 2, 2012

Cuti-cuti Melaka :)

NOTE : Ini adalah entry panjang dan bergambar :)

Ingat tak mama cite papa pergi gunung kinabalu tu. Ok, rentetan dr itu, sampai je ke ke tempat penginapan malam tu, papa pun call mama. papa ckp papa rindu sgt kat kita. n papa terlalu rasa nak bawak kita p cuti2 elok papa balik. So papa minta mama booking dulu hotel kat Port Dickson, samada Thistle atau Legend Water Chalet. Mama iyakan je, tp mama x call pun hotel sbb mama rasa, mesti papa penat kan elok blk nanti, so kita rehat2 je.

Pastu, bila papa cecah je kaki gunung, papa call lagi, n tny dh booking hotel belum. Bila mama ckp x, papa ngomel2. Dalam hati, serius ke papa ni, bkn penat ke. Masih lagi mama xbooking la hotel. Then kat airport plk, papa tny soalan yg sama. Mama pun start usha2 la ;p tp xbooking jgk.

Jumaat papa cuti, so papa teman mama p keje jap then kita kuar sama2. Masa ni tokma n tokki pun ada kat Bangi. Pastu papa kata, papa kuat je, xpenat dh. kebetulan plk, kawan mama (my business partner) uncle mizi plk ada buat aqiqah anak dia kat Melaka dan papa plk, ada kenduri kawan ofis kat seremban. so kita tukar fikiran dr nak ke Port Dickson, kita menuju melaka je.

Sampai melaka, kita terus ke rumah uncle Mizi. lepas makan2, kita pergi plk umah best friend mama masa sekolah dan matrik KPM ambilan januari, Dr Marina. So smpt la tgk umah baru Dr Marina dan Dr Shafie. cantik :)

Pas jmpa kawan2 mama, kita pun mula nak cari hotel. masalahnya, suma hotel (beberapa la yg mama kol, antaranya Bayview Hotel, Holiday Inn, Philea (yg ni mahal sgt ;p, over budget kali ni) dan A Famosa Resort) suma xleh booking, kena walk in je sbb kira peak season kan. xde cooporate rate jgk ditawarkan. fikir punya fikir, kita pilih A Famosa Resort. Memang hotel dia dh "tak baru" sgt dah n biasa2 je, tp sbb masa tu dh kul 5 ptg, n kita mesti penat nak redah masuk bandar, n cm xtau apa sgt aktiviti kat bandar melaka kan (dh sll sgt ke sini;p) at least kat A Famosa ni banyak aktivitinya :) 

 ni lah rupa tiga beranak yg sy syg  ni duk lepak2 kat beranda elok check in, lepak2 dan makan2 jap sbb kepenatan. melaka jem teruk jgk la hari ni. so apa aktiviti kita?

yup, kita pergi ke Cowboy Town. Pas maghrib terus turun sbb show bermula jam 8.30 mlm.ticket masuk sini RM30 seorang, tp sgt berbaloi.
 ni gambar kat bazaar dlm Cowboy Town itu ...
 apa aktiviti yg ada? ada carnival show dan animal show. ni rupa kita anak beranak xsabar tunggu show. kbltn plk dgn "earth hour" so ada la jgk persembahan n tarian sempena itu.
 ni antara show dia, persembahan red indian. main api etc
 ada kereta berhias....
 pet show - mcm2, gajah, unta, kuda, tikus, burung,ayam, kambing,badut2 sarkas dan macam2 lagi
 dan show ini diakhiri dgn persembahan bunga api yg sangat cantik....irham dan adam sangat la hepi. mama dan papa xyah nak cite la ye ;p

pas tgk show, kita pun ronda2 dlm cowboy town jap. kita naik kete antik ni. RM10 satu pusingan.cikna pun ada join kita .... 
 dan nilah muka kanak2 riang dpt ronda2 ngan kete antik :)
 pastu irham nak naik poney plk. beria, cm koboi anak mama. even ada org iring irham, mama xlepas punya anak mama.lari sana sini ikut kuda, tlg pegang jgk irham mama cam  org yg iring irham tu.mesti tensen org tu kan...hahahaha....lantak la, sy risau takut2 dia careless ;p cian anak sy :) kebanyakan ride kat sini suma RM10.
 pastu kita pi main ini jgk...best, lompat2 dlm ni , byk bolaaaaa....
 tadaaaaaaa....bkn anak2 je masuk , mama dan papa budak pun main sama. best, dah lama nak main gini masa kecik....hahahaha....penat sgt masuk cni, sbb kita main perang2 baling bola (cm paintball ;p) suma pun buli cikna sbb cikna suka sgt buli anak2 mama ye ;p
 juga main ini.....best sgt. :):)
 ni antara aksi menggedik kat coyboy town :)




 esok tu, pas breakfast, kita bermalas-malasan kat bilik. kata cuti2 rehat kan ;p pastu check out, kita menuju ke bandar melaka. kita lunch kat Pantai Klebang. besttt...picnic jap.senang handle, letak dua2 hero mama kat atas carseat, so xde la berpasir etc kan ;p baik je suma mama suapkan. syok layan angin pantai kan.

apa kita makan? super best kat melaka ni. suma pedas. kena je dgn kami. ada puyuh goreng pedas, ikan (apa ntah) asam pedas, pari bakar, ayam goreng, kupang, ayam goreng,,telur masin, sayur kailan ikan masin etc. sgt best :) beli kat kedai favorite kami, Ikan Bakar Malim :)


pas makan2, kita menuju ke Mahkota Parade. Plannya nak cari bedak mama je, sekali xde la kedai MAC atau Bobbi Brown kat sini. alih2 yang ada sale kat butik Poney....jeng jeng jeng....apa lagi, smpt la shopping 4 helai suar jeans n kemeja utk anak2 hensem saya...suka sgt :) papap pun belikan mainan baru lg utk anak mama, hhmmm berapa byk robot trnasformers sudaaaa anak2 :) cikna, as usual, hantu shopping itu sempat la shopping beberapa helai baju jgk.

pas shopping2, kita menuju pula ke umbai. Makan kat Parameswara. kat sini famous sbb makanan dia sedap dan agak murah.....so lauk utama biasalah, ketam, udang dan sotong serta lauk2 sampingan lain ie tomyam, sayur etc. udang kat cni sgt besar dan fresh, sama saiz ngan udang kat sekinchan. tp kalo pegi sekinchan serius seekor tu dah RM10. tp kat cni, OK la :)


 so nilah rupa buah hati sy yg sll buat sy hepi2, suka bwk kita jalan2 dan makan2, smp saya je gemuk. anak2 xgemuk plk kan ;p heheeh

 lepas makan2 kul 9.30 mlm , kita bertolak blk Bangi, dekat je, tp sbb jem, kul 1 pagi bru smp Bangi...huhuh,. alhamdulillah. satu lagi weekend yg menggembirakan utk kita. :)

TAMAT

me,
mrs nizar 

4 comments:

  1. best2...sy br je rancang nk bwk budak2 tu gi a famosa sbb ada promo kat dlm groupon baru ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jgk kt cni,byk aktiviti leh buat.Kids mesti hepi :)

      Delete