Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2015

Trauma

Bismillahirahmanirrahim...

Hari ni, lewat petang di ofis, tetiba hati sayu, bercampur baur antara sayu dan syukur.

Trauma... Ye sy baru melepasi satu keadaan trauma dlm hidup sy, beberapa hari lepas. Byk ujian dlm hidup, byk juga ketakutan sy lalui, namun xsehebat trauma yg melanda beberapa hari lepas.

Antara yg sy ingat, ujian yg agak besar dlm hidup sy :
1) masa muda2 rasa cm dh sgt takut nk exam nk amik SPM n final exam LLB, tapi xsehebat takutnya pada ujian kali ini.

2) sy terlibat dlm kemalangan. Kereta sy dilanggar dr belakang. Waktu tu usia irham baru 96 hari. Menurut saksi, kereta sy berpusing (ie atap ke jln tar) lebih 5 kali sebelum terlingkup. Waktu tu sy sayu n xberhenti mengucap dua kalimah syahadah n air mata menitis teringatkan irham. Tp ujian kali ni sy rasa lebih buat sy sgt takut.takut sungguh.

3) kami sekeluarga accident di batang kali pd lewat malam. Ada org tumpahkan minyak pd jalan. Kereta kami berputar2 dan kami terlanggar dinding bukit. Tayar terlekat di dalam longkang. Datang2 beberapa lelaki berbangsa india dan berbadan besar minta duit pd kami sblm nk tolong tunda kereta kami. Gaya gangster. Mmg agak panik tp tak sepanik ujian pd minggu lepas.

4) sy pernah dianiaya bekas partner. Ada yg tak serah duit share sy lebih rm100k. Even dh jelas itu bahagian sy, ada yg diamkan je dan nafikan hak sy. dan seorg lg partner plk "kelabu mata" bila nmpk ada duit lebih, tanpa rasa bsalah mengambil duit ofis lebih rm100k jgk. Mmg jenuh sy nk cover kesemua kerugian, tp sy xrasa takut dan cemas. Dan sy bukan org yg suka mencari gaduh even itu hak sy. Sy minta secara baik. Org xpulang, bg sy itu urusan dia dgn Allah. InshaAllah, sy yakin ada gantian lain dr Allah utk sy. Sy xsuka bergaduh atau saman menyaman ni (siapa kata lawyer suka bgaduh hihi. Sy xada masa utk fikirkan perkara yg menyakitkan. Sy cuma nk bangun dan hidup dgn tenang je sll)

5) sy juga diuji baru2 ketika mengandung kali ketiga slps keguguran dulu. Sy jmpa doktor utk dptkan injection utk kuatkan rahim, tp slps sbln baru sy tahu doktor bg ubat lain. Ubat merancang kehamilan tanpa pengetahuan sy. Lepas sy confrnt, dia megaku bg ubat lain n ckp sbb dia nak sy berehat (sbb dia minta sy bedrest sy ckp sy xboleh cuti n masuk ward) selain anak sy dh "ramai" n cukup lelaki n perempuan. 

Sy sedih sbb ubat tu xboleh amik masa mengandung n akan menyebabkan keguguran (sy discuss dgn gyne ampang puteri, sg buloh dan hosp melaka).seminggu lepas suntikan mmg sy keguguran lagi. Kedua, sy sedih sbb org yg sy percaya sgt tidak beretika memberi suntikan tanpa pengetahun. Selain itu, ubat tu mmg xboleh diberi pd mereka yg ada migrain dan dia xtny sy langsung samada sy ada migrain ke tak. Dan plg stress, akibat hormon tu, badan sy mcm di pam pam. Even katanya kesan ubat utk tiga bulan, majority doktor ckp kesan ubat berlarutan dr 9-18 bulan (unless terlebih fertile, so boleh mengandung lebih awal dan keadaan hormon pulih). Ramai minta sy sue doktor tu, ntah la. Buat masa ni sy lebih senang luahkan apa yg sy rasa je pd doktor dan xberhasrat utk ambil tindakan lanjut. InshaAllah ada hikmah. Dan sy rasa sy xready utk sibukkan diri utk hadir ke mahkamah utk hal sndr (kawan gaduh sy sorg je, dgn dia je sy pandai "gaduh" ke majuk ke apa, suami sy. 

Dan itulah antara list trauma dlm hidup sy. Tp semuanya xsebesar impak trauma pd minggu lepas.mgkn byk lg trauma dan ujian, tp sy xberapa ingat. Ingat yg jangka tdekat je. Sy xsuka ingat cerita sedih lama2. Cuba lupakan yg xbest dgn segera. Itu muqaddimah. Nak ckp betapa besar impak ujian bru ni pd sy smp semua yg sy list tu sy xrasa tamparan dia sehebat yg sy lalui baru2 ni. Berbeza tiap org yg menggalas bebanan. Ada yg ringan pd mata kita, tp berat pd org. Dan ada yg sgt berat pd kita tp ringan pd orang. Dan bg sy, inilah antara ujian hebat utk sy.......

Ujian apabila ariana humaira, puteri kesayangan kami jatuh sakit dan diarah utk dirawat ke ICU. Nauzubillah....

Kronologi

Kejadian berlaku ketika cuti raya haji, pada 26.9.2015, sabtu. Tiap kali raya haji, suami sy mmg xpernah kisah psl turn blk kampung. Kalo raya aidilfitri, kami mmg ikut giliran. Raya haji, suami beri sepenuh kebebasan samada nk beraya di kampung mana sbb tiap2 tahun kami akan jalani ibadah korban. Sllnya sy akan blk ke trg shj utk tlg ma abah potong daging n masak sama2 n masa berkumpul beramai2 utk mkn bersama.

Kbtln hari jumaat pagi kami plan nk pegi picnic di kenyir, tetapi disebabkan sy xberapa sihat (kena sesak nafas pd malam hari-first time berlaku), kami batalkan hasrat tu. sabtu pagi, kami merancang utk bertolak awal pagi ke sg gawi utk berpicnic di berjaya resort.

Sabtu 3.00am
Ariana tjaga tido n mengadu sakit perut. Sy sapu minyak dan dia tido. Sy dh xboleh tido n berjaga smp subuh sambil bsolat n mengaji utk teman ariana.

7.00am
Tiba2 nampak ariana cm semput sikit. Saja bawak p klinik sementara tunggu adik beradik lain bersiap utk ke kenyir.

8.30am
Dpt jmpa doktor di pusat perubatan intan. Doktor ckp ariana sgt serius. Kena asthma attack yg serius. Sy cm xberapa percaya sbb dia sgt ok sblm tu n mengantuk je. Sy mmg org yg xberilmu ttg medical. Maksud tak percaya tu mcm xlogik dgn tiba2 shj ariana berubah. Bkn menafikan kata2 doktor. N nmpk dada berombak jam 8.00am. Doktor suspect ariana dh lama kena asthma dan sudah biasa mendapat serangan yg kerap bila lihat lekuk pd bhgian dada.itu yg sy xberapa senang sbb mmg ini kali pertama berlaku. Doktor minta sy terus ke hospital besar sultanah nur zahirah. Doktor bg nebulizar sbyk dua kali pd ariana. Sy plan nk blk kl terus sbb nk masukkan ke wad di prince court. Tp doktor ckp ariana sgt xstabil utk travel. Call papa ajak blk. Syami bgegas btolak dr kltn.

10.00am
Even plan nk bwk blk kl, tp sy still bawak ariana ke hospital besar dulu utk dpt second opinion. Xnk buat keputusan sndr sy bukan datang dr bidang itu. Mereka semua lebih tahu dan faham. 

11.30am
Ariana nampak hepi je. Sy ke bhg emergency di HSNZ. Mula2 MO dtg, lepas tu doktor pakar dtg n ckp ariana sgt serius. Doktor mcm xpercaya bila sy ckp ni kali pertama ariana kena asthma n baru je nmpk dada berombak pagi td. Xde batuk/selsema. Doktor ckp ariana cm dh sll kena asthma n mcm dh lama kena serangan tp sy xbawak ke hospital. Sy sgt xsetuju sbb pantang demam ckit ke apa kami mmg jenis cepat2 ke klinik. Lepas buat XRay doktor ckp paru2 ariana clear n alhadulillah xde sebarang jangkitan. Kami dipindahkan ke Bilik Pemerhatian. 

Sy plan nk bawak ariana blk kl, tp doktor xbenarkan. Kami akur. Sy call paed ariana dr prince court, dia minta sy baca bacaan di monitor. Heart rate 150 Oksigen cuma 76. Doktor ckp sgt serius n minta sy stay di sana. Dia akan arrangekan ambulanckalau bacaan improve. Waktu tu baru sy fhm ckit2 mcmana nk monitor bacaan di skrin. Apa makna serius dan tidak.

2.30pm
Kami minta transfer ke Kuala Terengganu Specialist sbb xde bed utk ariana masuk di HsNZ utk sementara waktu selain xdesingle bed di hospital. 

Smp di KTS, ariana dh mula tido (atau xsedarkan diri. Lemah je). Doktor masih ckp ariana sgt x ok. Bila nmpk dia cm ok sket, sy bgegas blk rumah nk amik beg baju ariana.

3.30pm
Tgh sy sgt risau n fikir mcm2, suami sms minta sy segera ke KTS. Katanya private hospital xnak terima kes ni. Sgt kritikal katanya. Mereka xnak amik risk di hospital mereka. Tgh prepare utk pindahkan ariana ke ICU di hospital besar.

Masa ni la ujian yg berat tu sy rasai. Dr keadaan sgt sihat, aktif dan penuh keletah manja, bayangkan anak manja sy tiba2 dikatakan terlalu lemah dan dlm keadaan sgt serius.

Sy menangis semahunya di dlm kereta. Di bibir xputus berdoa dan berzikir. Sy muntah dua kali di tepi jalan sbb terlalu takut smp xboleh tahan diri.macam2 perkara buruk terlintas di kepala. Sy tak putus bdoa agar tidak diuji dgn ujian yg sy xmampu. 

Tiba2 tgh drive, tgn sy kebas. Sy menggigil dan mcm xboleh fokus jalan. Seluruh badan terketar2. Sy stop dan minta abah sy pick up sy. Kereta sy tinggal di tepi jalan. Sy tpaksa dipapah ma dan abah sy. waktu menangis tu, ma sy peluk dan ckp "emi sll minta ma doakan emi. Doa ibu mmg tiada hijab. Cukup menangis. Doakan ariana. Emi seorg ibu. Doa pd anaknya inshaAllah tiada hijab akan dimakbulkan". Sy juga minta doa ma sy utk sy. Kami berdoa bersama dlm linangan air mata.

430pm
Elok azan asar, sy terus solat hajat, solat sunat taubat n solat asar. Sy minta suami juga segera solat hajat, sunat taubat  n solat asar dan berdoa utk anak kami. Masa ni monitor hospital dh bunyi alarm xhenti sbb keadaan ariana sgt xstabil. Bacaan heart rate 165++ , oksigen 80, dan respiratory rate 50++. Tiap kali monitor berkelip dan bunyi alarm sy rasa dunia gelap. Air mata xberhenti mengalir.

Doktor buat persiapan utk hantar ariana ke ICU. Suami sy sgt xbersetuju sbb sgt trauma dan bagai tak ada faith dan agak prejudis pd hospital kerajaan apatah lg ICU atas sbb kenangan pahit dlm hidupnya ttg kejadian menimpa ayah mertua kesayangan kami. Saya yakin tak semu hospital kerajaan begitu tp susah utk bagi keyakinan kembali pd suami sy. Dan sy juga saling bersetuju dgn suami sy.

Sy btny adakah anak sy sgt kritikal utk terus dipindah ke sana atau doktor rasa masih boleh monitor di sini. Katanya dia risau utk mlm sbb sll pesakit lebih teruk pd sebelah malam. Utk ptg ni dia masih yakin utk monitor ariana. 

Kami merayu pd doktor, utk pindahkan ariana ke ICU bila doktor benar2 give up , dan mmg sudah waktu terbaik utk anak kami ariana dirawat di sana. Sbb sy yakin ariana akan makin sihat. Andai dipindah ke ICU, kami dh xboleh jaga ariana sndr.

Doktor ckp dia fhm dan dia sgt yakin pd instinct ibubapa. Katanya dia ikut instinct kami sbb mmg ariana masih boleh bertahan atas pengawasan dia. Bukan kami nk memandai atau menafikan ilmu seorg doktor yg hebat dan pakar, tp kali ni hati ni tlalu berat utk mengikut cadangan doktor. Sllnya mmg pandangan doktor menjadi keutamaan kAmi.



5.30pm
Ariana masih xsedarkan diri. Keadaan xstabil. Sbb semua doktor konsisten ckp ariana kena asthma attack yg serius dan katanya mustahil ini adalah serangan pertama, sy mula terfikir ttg rawatan alternatif. Sy rasa xsedap hati sbb sehari sblm kejadian sy juga semput smp nk pitam sbb xboleh bernafas. 

Saya call ustaz dr darul syifa'. Dalam menangis sy minta ustaz dtg ziarah anak kami di hospital. Ustaz ni kami dh anggap mcm family sndr, dia byk bantu dan tolong sy bila diuji. 

630pm
Ariana dipindahkan ke wad. 

9.00pm
Sudah 6jam setengah ariana terbaring lemah. Sy nampak muka ariana pucat dan kuning. Sgt pucat. Sy menangis spjg masa dan bisikkan pd suami yg sy sgt takut. Suami sy pun berkali2 ckp risau sbb ariana mcm terlalu kuning dan pucat. Nafas sgt teruk berombak. Tp ma dan abah menafikan bila kami ckp ariana pucat. Sy tahu abah dan ma nk tenangkan hati sy sbb waktu ma abah ckp ariana nmpk ok tetapi sedikit pucat kesan lampu, wajah ma dan abah pun sgt gusar.

Saya menangis dan berdoa, bagaikan org yg tamak. Sy tahu tlalu byk nikmat Alkah anugerahkan pd sy, ttp sy masih meminta pada Allah tuhan yang maha pengasih agar diberi lg nikmat utk sy bergelar ibu kepada ariana, diberi kesihatan pd anak kami, dan dijauhkan musibah pd anak2 dan org2 yg sy syg. Allahuakbar.

930pm

Ustaz pun smp. Kami cuba segenap usaha utk merawat anak, pinjaman Allah pd kami. Dr ke pusat rawatan intan, HSNZ, dan sekarang di KTS. Kuasa Allah siapa yg dpt nafikan. Slps ustaz bacakan doa beberapa ketika, ustaz ckp "inshaAllah mi, dr ilmu yg pakcik belajar, ariana sihat. InshaAllah dia sbnarnya xde apa. Dia cuma ada mendapat sedikit gangguan. Bkn asthma.". Tp riak resah masih xdpt hilang dr wajah sy. Ustaz ni juga sblm ni dr banckground medical sblm pencen.

SubhanAllah, xsmp dua minit lepas ustaz ckp, tiba2 ariana buka mata, pipi dan bibir terus kemerahan dan ariana senyum. Ariana minta nk tgk tv dan nk mkn nasi. Lepas tu ariana siap menari dan menyanyi lagu "frozen", gelak2 dan peluk cium mama papa dgn manja. Bagai mimpi sedangkan ariana terbaring lebih 6 jam setengah tak sedarkan diri dgn sgt lemah. Tiba2 juga heart rate ariana dh 130 (mgkn kesan neb doktor ckp tp masih normal), oksigen dah 100 dan respiratory rate dh 25. Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa kami. 

Kita tak tahu ikhtiar apa, mgkn doa, mgkn ubat dan rawatan doktor, mgkn jgk ikhtiar ustaz, alhamdulillah gabungan semua usaha ini, doa kami dimakbulkan. 

Biarlah apa punca dan sebab kesakitan ariana tidak terungkai ie kalo asthma apa yg trigger sbb ariana xminum ais,xterdedah pd sejuk, aktiviti harian mcm biasa, mknan diambil pun tak ada yg pelik ie ayam masak merah etc... Dan kalo gangguan apa puncanya... 

Keutamaan kami pada waktu itu utk lihat ariana pulih. Itu sahaja. 

Wajah ariana elok slps dah segar. Ceria mcm xpernah sakit... Menitis air mata sy tgk ariana.



Hanya Allah tahu betapa gembira sy mlm tu. terasa mcm sy baru hidup semula. Ye, sy menangis lagi. Menangis tlalu syahdu dan bersyukur, xsangka dpt tgk ariana yg manja ni petah bercakap bercerita dan menari2 di dpn kami.

Mujur Allah bg hati kami tdetik utk bertahan di sini dan tidak terus ke ICU. Sy yakin aturan allah adalah yg tbaik sll.

Lepas ariana dh sihat, baru suami sy yg dr td diam xbersuara lgsg mula berckp, sbb tlalu takut, dia mcm xboleh nk ckp apa2. Kalau boleh dia rasa nak tido dan bila terjaga, semua yg kami lalui ni rulanya hanya mimpi. Dia hny berdoa ariana sembuh dan terfikir bagaimana utk kami hidup spt biasa, mencari senyum dlm hidup kami andai apa2 tjadi pd anak kami. Nauzubillah nauzubillah nauzubillah.

Malam tu ariana tido lena. Ma ayah dia je xberani lg sbb dlm trauma. Kalau boleh setiap masa kami nk tatap wajah ariana je.

Doktor masih bg neb pd ariana even ariana dh nmpk ok. Even doktor ckp ariana sudah lama mendapat asthma, kami nafikan. Sbb xpenah kami lalui pengalaman ini. Tp kami berjaga2 utk masa hadapan. Kami belikan portable neb di rumah dan neb utk di dalam kereta. Even sekarang mmg dh xguna, tp kami masih dlm trauma ttg kesihatan ariana. Ujian darah menunjukkan ariana sihat dan xde apa2 jangkitan kuman atau apa2 penyakit. Alhamdulillah.

Hikmah
Pasti ada hikmah utk tiap apa yg berlaku.

1) yakinlah penyakit itu dr Allah dan kpd Allah jua kita mohon kesembuhan. Sy percaya, byk cara ikhtiar rawatan dan doa dlm usaha menyembuhkan apajua penyakit.

2) bila ditimpa musibah mmg kita jd sgt lemah. Ujian diberi sbb Allah syg pd kita. Mgkn ada ingatan utk kita. Solat sunat taubat spjg waktu. Slps solat fardhu, sblm solat fardhu, bgn malam etc. selain memohon keampunan dr Allah, mohon ampun sesama suami isteri. Mohon amoun dng ibubapa juga. Mgkn kita ada buat salah juga pd org luar , tp sll kita lebih mudah buat salah pd org yg rapat. Kami saling bermaafan, berdoa bersama2 etc.

3) bersedeqah. Ingatan pd sy. Sblm ni tiap kali nmpk ada anak sesiapa yg xsihat, mmg sy akan berusaha pastikan utk sedeqah setiap yg sy nmpk di fb ke apa. Mgkn kdg2 Sedikit seorg tp cuba pastikan dan berharap semua dpt berasa ckit yg kami hulurkan utk tiap iklan yg kami terbaca.
Ketika ariana sakit, baru sy dpt dalami perasaan ibubapa bdpn dgn kesusahan di hati. Kini sy lebih berazam, akan lebih teliti dan sehabis daya utk membantu andai ternampak di fb ke apa. Semaksimum bantuan yg sy mampu inshaAllah dr bentuk doa dan material. Sbb tiap ibubapa itu pasti hny harapkan satu pd waktu itu, dikembalikan kesihatan anak mereka. 

4) anak2 hany pinjaman. Suami isteri ibubapa. Kena sentiasa redha andai Tuan mereka inginkan mereka kembali. Sy bdoa sy tidak diuji dgn apa yg sy xmampu dan sy juga bdoa sy diberi kekuatan utk tiap ujian yg sy lalui. Ameen. Sy hanya ingat menghabiskan waktu pinjaman ini dgn sesuatu yg penuh berkat dan indah bersama semua org disekeliling sy.

5) bersyukurlah selalu utk setiap nikmat yg ada. Xselamanya nikmat itu milik kita.

Alhamdulillah irham adam dan ariana sihat dipangkuan kami sekali lagi. Xputus sy berdoa semoga anak2 kami di dalam rahmat dan perlidnungannya sll. Ameen.

Ni la "rumah" kami ketika berkampung di ward selama tiga malam. Ada dapur kecil juga utk kami. Agak selesa utk kami seisi keluarga tinggal. Kami amik bilik suite. Ni waktu ariana dh sembuh








Masa di ward, smpt layan anak2 buat art. Mereka bertiga gembira rehat bsama. Ariana sgt behave. Mmg nk neb sndr je, smp tertido pun nk pegang sndr.





Inilah kisah panjang tentang ujian yg cukup utk membuatkan sy menggigil, muntah2 sbb xmampu bercakap, smp kebas xboleh berjalan. Terlalu tkejut melihat anak kecil sy yg aktif dgn tiba2 lemah dan berada dlm keadaan kritikal. Dan dgn kuasa Allah jua, kesembuhan diberi dgn sekelip mata juga. Allahuakbar allahuakbar. Tiada nikmat plg indah apabila melihat anak2 tersenyum manja bersama kami..... Sekali lagi utk kali ni.

Utk ariana humaira kesayangan mama, suatu masa nanti bila sayang dah pandai baca, ketahuilah betapa penting sayang dan abang2 pd papa dan mama. Betapa besar impak anak2 pd kami. Betapa takutnya kami pd ujian ini. 

Coretan pjg yg membuatkan air mata sy masih mengalir ketika menzahirkan kenangan pahit ini.

Salam

Mrs Nizar










Monday, September 21, 2015

Sabtu utk papa dan anak2 | ahad utk mama dan anak2 | setiap hari utk anak2 :)

Sabtu lepas, mcm2 perkara kalau boleh sy nak buat sbb dh tau hari ahad anak2 tpaksa ditinggalkan dirumah sy tpaksa bekerja (minggu ketiga sy bekerja weekend even utk beberapa jam je huhu).

Sabtu utk papa

Slps mcm2 plan, kami masih xtau nk ke mana. Mula tu suami nk ke frasers hill, tp sy cm dh bosan ke sana. Mcm nk buat benda baru.

So kami plan nk pegi bukit putus. Sbb byk kali nk pegi ke sana tp tak smp lg hajat. Xde apapun kt sini, cuma sll ada event utk group kereta ni berkonvoi di sini nak layan "corner".

So hari ni kira hari utk papa la. Kasi chance utk papa enjoy!

Teruja papa bila sy suggest kita ke sana. Mmg cantik perjalanan menuju ke sana. 


Dr pic GPS, jalan dia bengkang bengkok. Anak2 mmg teruja bab2 ke jungle ni. Ckit2 ajak masuk jungle sbb diorg rasa ada dinosour kt sini. :p


Sabtu anak2

Selain tu, tujuan kami datang ke area kuala pilah ni sbb nk bawak anak2 ke ostrich farm ekoran permintaan mereka nk p zoo. Setiap zoo di msia ni dh lebih 5 kali kami pegi, cm jemu jgk. Sedangkan zoo singapore pun dh tiga kali kami ke sana haha . Punyalah anak2 suka sgt p zoo. Cm mama masa kecik, smp masuk university pun merengek lg ajak tokki bawak p zoo. Skrang dh x minat. Dh dewasa kan ekekeek.papa sll ckp sy lambat dewasa :p . Busuk la zoo :p

Elok smp ostrich farm, anak2 tido plk. So kami pusing2 kawasan sekitar. Masa tu tjmpa la Jeram Toi. So kami plan nk picnic lunch di sini :) 









Lepas dh kenyang semua, kita menuju Jelita Ostrich Show Farm. Mmg best kat sini. Anak2 sana teruja. Konsep cm safari sbb binatang ternakan kat sini dibiar bebas. Yg lawak tu, ariana plg bising. Lari sana sini nk kejar kambing, sekali dia lari cm tak cukup tanah bila kambing pun sama lari ke arah ariana... Mmg havoc habis tpt tu dgn kehadiran anak2 kami hehe... Semua pekerja kt sini sgt friendly dan kami rasa sgt dirai :)

Run for your life baby hehe....



Si kecil sy sgt berani, layan je bg ostrich mkn kt tapak tgn dia :) irham xyah tanya la, dh mcm anak angkat dia semua ternakan kt sini :) dia seorg yg penyayang dan sgt sukakan binatang.


Adam saya manja sikit. Dia xsuka sgt binatang. Dia geli n takut jgk pd kambing dan ostrich. Kambing kt sini tlampau manja, siap angkat kaki nk panjat papa la, nk jilat la etc... So adam yg penggeli orangnya ni apa lagi nanges la hehe. Mujur eham n ariana tlg halau kambing2 itu.





Pemandangan sini sgt tenang, hijau je sana sini. Lepas "bermanja" dgn ternakan ni, kita boleh juga try pijak telur ostrich ni. Telur ni sgt keras ie payah nk pecah... Tengok, en nizar yang ringan ni pijak pun x pecah eheheeh....





Boleh naik ostrich jugaaaaa....



Dan juga tgk ostrich berlumba :)



Hampir pukul 5ptg, kami bergerak pulang dr jelebu. Plan nk dinner n main pantai dipoet dickson, sekali utk kali pertama, anak2 ajak balik rumah sbb dh penat n nak tido dah katanya :) kami pun balik berehat n tido awal :)

Ahad mama

Xde la apa sgt utk sy, hari ahad sy kena kerja. Ada signing event plk. Layan jelah. Stat pukul 8.30am smp 1.30pm. Sy bangun awal pagi utk siapkan breakfast anak2 dan lunch. Utk staff sy tapau nasi lemak special utk breakfast n nasi putih utk lunch mereka. Kami mkn berjemaah :)








Ni sebahagian dr team sy yg turun padang pd hari ahad. Total yg turun 10 org :) toche toche...


Ahad anak2

Balik rumah kami berehat jap. Kebetulan ahad lepas birthday adik sy cum my account executive. So papa ajak buat suprise kat cikna. Kita pegi dinner kat aroma ikan bakar di jeram. Smpt la tgk sunset kt sini :)




Jom kita makannnn.... :)






Sedap dan sgt murah masakan di sini.

Sebelum pulang, sempat papa ajak singgah di kampung kuantan nk tgk kelip kelip. Ni pengalaman pertama keluarga sy. Kami sewa satu sampan utk fmly sy. Murah je harga satu sampan ie rm53. Mmg puas hati, sbb kelip2 sgt cantik dan satu lg sbb sy sgt suka naik perahu, lain mcm pengalaman bila naik mlm2 di bawah cahaya bulan. Cantik sgt :)










Pic kelip2 xleh snap sbb xnmpk dlm camera. Lepas penat pusing2 kami pun balik rumah :) itulah cerita weekend kita baru ni.

Hari ni kami akan bertolak balik ke kampung. 

Pagi ni sy seawal 5.30am sy dh masak mee kari utk anak2 breakfast. Lately makin passionate nk masak utk keluarga sy. Kekadang rajin je masak breakfast lain, lunch lain n dinner lain ie pagi nasi goreng ayam goreng, lunch nasi putih n lauk pauk. Makin rajin sbb anak2 makin berselera lately n tgh cuti sekolah ni semua demand nk mkn je sll n anak2 lately langsung xnak bibik suapkan. Layan je, anak hepi sy senang hati. Ni menu fav adam, sampai tiga kali tambah. Baru mak senyum lebar nk p keje heheheh...




Sempat bawak anak2 swimming juga sblm keje. Layan jelah time cuti sekolah ni :)






Salam bye tata

Mrs Nizar