Matinya seorang patriot...begitulah ratapan anak dan peminat seni kepada pemergian arwah...pada saat ketika ingin mencurahkan keringat merealisasikan slogan 1Malaysia bawaan PM M'sia yang baru...
Pada ketika ini, segala media mendahulukan segala indeks pencapaian arwah untuk tatapan umum membuat penilaian bahawa betapa kita kerugian yang amat sangat dengan pemergian arwah...memang tidak dinafikan...segala hasil kerja arwah mendapat pengiktirafan...
Bukan itu hajat ulasan atas hasil karya arwah....kerana sebelum pada ini...ia belum pasti...tapi dengan pendedahan akhbar Kosmo!...ia menjadi kepastian dan realiti..pendedahan ini membuka kepada perbicaraan umum yang meluas...rujuk artikel di bawah:
**Mati sebagai wanita - pengiktirafan Kosmo!**
**Kisah silam Allahyarham Zulkifli**
Sempat jugak ler aku berkunjung ke blog2 yang membicarakan hal ini pada ketika mereka belum mendapat kepastian...
bicarakalbuku,
amylabardan &
beautifulnara...dan jugak membaca luahan peminat arwah....bg aku pandangan yg paling best..."ada yang tak kisah hal nie"..."asalkan dia bahagia dengan pilihannya"..."Allah redho/beri izin akan keputusan yang dia buat kerana pertukaran yang berhasil"...dan mcm2 lagi ler....
Aku mula mendapat tahu hal ini pada ketika rancangan bual-bicara yang dihoskan oleh saudara Rosyam Nor dan menampilkan tetamu pada ketika itu seorang yang berimej pondan/maknyah..seingat aku soalan yang diajukan hos ketika itu "siapa(dikalangan pondan/maknyah) yang mendapat tempat dikalangan masyarakat ketika ini?"...dijawabnya secara sepintas lalu..."Yasmin Ahmad"...dan terus dipintas oleh saudara hos...mungkin tidak mahu ia dibicara dan dibahas...
Aku terpinga...dan cuba dapatkan kepastian dari isteri...apa benar pendengaran ku...tapi aku tidak bisa utk membicarakannya...kerana tiada khabar yang benar2 meyakinkan...sehinggalah aku mendapat kepastian disaat gelaran 'Allahyarham' dikalungkan atau lebih tepat lagi dengan pendedahan akhbar Kosmo! ini...
Apa2 pun...kita sudah ada panduan...jadi aku mengajak semua utk klik ke laman web
al-ahkam.net...dan search perkataan
'Khunsa'...di sana sudah ada bicara hukum dan panduan yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW pada ketika menghadapi situasi sebegini dan pada ketika ini ia amat berleluasa malah mendapat tempat dan pengiktirafan dikalangan kita...
Setelah dirujuk kepada jawapan panel al-ahkam.net menukilkan pandangan ulamak yang berhujjahkan al-Hadis...si khunsa ini iaitu mereka yang mempunyai 2 alat kelamin (lelaki & perempuan) atau tiada langsung alat kelamin...manakala mukhannath iaitu mereka ini lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya....
Jika khunsa...ia ditentukan oleh keaktifan alat kelamin jantinanya...jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan air mani...maka ia berstatus jantina lelaki....jika alat kelaminnya aktif mengeluarkan darah haid..maka ia berstatus perempuan...
Manakala jika ingin melakukan pembedahan bagi golongan khunsa ini...ia mesti mendapat pengiktirafan dari doktor yang thiqah dan kuat agamanya utk memeriksa kecenderungan pada genetik dan tabi'e tubuh badannya...pemilihan tersebut mesti dibuat utk menentukan segala hukum syarie bg dibebani dan dipertanggungjawabkan kepadanya...
Bukannya main ikut perasaan dan hati...jika ikutkan keduanya tanpa panduan syariat...maka satu lagi panduan yang datang...iaitu panduan syaitan...satu lagi yang menjadi persoalan...bagaimana si khunsa atau mukhannath ini bernikah??...ia turut dijelaskan oleh panel al-ahkam.net...
**Aku diajukan soalan: Laki kawin ngan laki ke ni, tuan???**Fuhh...sungguh istimewa kes ini...aku serahkan pada kalian semua membuat segala andaian atau keputusan...andaian, keputusan atau jawapan perlu dilapit dengan ilmu...bukan utk membuka keaiban si mati tapi ia memberi pengajaran buat yang masih bernyawa meneruskan agenda utk mencapai rahmat ke seluruh alam...
Bagi pihak berkuasa...Jabatan Agama ke...Jabatan Kesihatan ke...atau Jabatan Pendaftaran ke...pastikan perkara ini tidak berulang...jadikan ia sebagai pengajaran...jangan main daftar jer...kejap laki...kejap pompuan...kejap Islam...kejap murtad...para doktor jugak jangan terlalu ghairah untuk mencabar kekuasaan al-Khaliq....
Manakala para ibubapa juga perlu memainkan peranan...jangan serah pada pihak berkuasa...kerana anda juga ada share....!!!
Akhir kalam...
"sesungguhnya setiap kematian itu ada i'brah utk kita ambil sebagai panduan"...moga Allah mengampunkan dosa hambanya yang mukmin sama ada yang telah mati dan yang masih hidup...amin...wassalam....