sambung lagi travelog yang takkan dilupakan - yang nak digarapkan dalam bentuk catatan....sekadar satu kepuasan diri merakamkan perjalanan ini - satu perjalanan mengutip pengalaman - menjelajahi bumi Allah swt di dunia ini....alhamdullilah diberikan olehNya kesempatan ini untuk menikmati keseronokan kehidupan di atas duniawi sebelum hayat pinjaman olehNya diambil kembali.....
Ahad 3 Jun 2012 - pagi Ahad yang agak sejuk selepas breakfast ( roti /cereals shj - tak ade le nak roti canai ke - nasi lemak ke....@ apa2 lah yang biasa kat tempat kita kan.....he3x...walau pun boleh makan & biasa makan - bila kat negara macam ni ....jemu jelak jugak lah kan...kalau di Malaysian Hall tak tahu la pulak sebab saya tak dapat tempat ni - full ! ) saya dan Farhan menaiki tram. Dari guesthouse tak jauh pun ke tempat station nak beli tiket dan naik/turun tram - iaitu South Yarra Station. Cadangnya hari ni nak ke Queen Victoria Market.
Kami naik city circle tram - percuma ! khasnya bagi pelancong berbaloi lah naik tram ni....laluannya sekitar Melbourne CBD je....jalan pun slow je - sebab ade le - "jurucakap" yang akan berceloteh tentang Melbourne ni....memberitahu tempat2 yang istimewa di dalam bandar ini...akhirnya sampailah kami ke perhentian untuk ke Queen Victoria Market. Jommmm kita lihat bersama2 okeyyyyy! he3x....
Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK
Friday, October 19, 2012
Queen Victoria Market - Melbourne - 20
Posted by sonata anak kancil at 11:25 PM 6 comments
Labels: Australia - Melbourne
Monday, October 15, 2012
Delima Guest House - termurah di Melaka! (2R2B)
Salam sejahtera semua rakan taulan di seluruh pelusok dunia ! Didoakan semua rakan sentiasa sihat walafiat - sentiasa riang ria menjalani kehidupan seharian.
Tak lama lagi cuti sekolah - 10 November - 31 Disember 2012. Ke mana gamaknya nak berjalan2 @ melancong kali ni?
Apa kata - sesiapa yang belum pernah sampai ke Melaka - atau dah pernah sampai - silalah datang ke Melaka cuti kali ini. Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia ! macam2 ada...he...he..he...Rakan2 yang pernah sampai ke Melaka - tak jemu nak datang ke Melaka lagi.Terutama datang ke sini untuk melancong @ makan asam pedas Melaka @ maupun ikan bakar ! Kalau gitu - tak perlu fikir2 lagi - mai ke Melaka cuti sekolah akan datang ini atau bila2 masa pun boleh - kalau yang dekat2 sempadan dengan Melaka ni - balik hari pun boleh ! Datang hujung minggu untuk bersantai2 pun boleh.....
Dah mai sini mana nak menginap? usah bimbang dan ragu .....
Tempat menginap yang selesa dekat dengan Bandar Melaka dan sewaktu dengannya sedia menanti kehadiran kalian. Delima Guest House untuk tuan puan sekeluarga sangat bersesuaian dengan bajet yang minima. Apa tunggu lagi - tuan puan rujuklah di sini untuk maklumat lanjut sekiranya masih mencari2 tempat menginap yang sesuai dengan bajet tuan puan.
Posted by sonata anak kancil at 5:16 PM 0 comments
Labels: Delima Guest House
Friday, October 12, 2012
Phillip Island - 19
Apa khabar rakan blog? Aduhai lama sungguh tak menulis ni....Tengok2 dah dekat sebulan !
Mak aiiii.....Saya sangat sibuk la ni......Masih segar ;agi diingatan kisah2 saya dengan kawan ke negara kanggaroo cuti sekolah lepas....semalam jumpa dia pun masih bercerita kisah2 kami di sana - seronok betul dia ...nak pergi lagi tu !!! baiklah saya nak tulis lagi kisah seterusnya ...kisah yang tak tamat2 sehingga nak cuti akhir tahun dah hampir tiba dan saya pun dah merancang ke tempat lain pulak....
Selepas selesai bersantai di Heritage Farm - kami menersukan perjalanan ke The Nobbies Centre - tempat nak tengok penguins parade...Tiba di sini dah hampir petang dalam keadaan hujan renyai2...boleh lah berjalan lagi dalam hujan ni...bila tiba nak tengok hujan dah makin agak lebat - nak tak nak terpaksalah juga beli baju hujan - seingat saya $10 aud. huhuhuhu....mahal gak kalau convert ke RM...pakai kejap je...kalau tak beli - lencun lah jawabnya nak tengok penguins naik ke pantai.
semasa melihat penguins naik ke darat dari laut....semua pengunjung TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar penguins yang sedang naik ke darat dan berjalan terkedek2 menuju jalannya ke sarang2 mereka.Alasannya cahaya akan mengganggu penguins ini.... Hampir tepat jam 5.30 petang - kelihatan penguins mula berduyun2 naik ke darat dari laut ! macam di ajar2 - mereka pulang tepat pada waktunya.
Penguins ini akan ke laut waktu pagi - go for fishing ! mereka akan berenang di pinggir pantai mencari ikan2 kecil - macam2 lah ikan yang dimakan.Dikatakan seeokor penguin memerlukan 240 gm ikan sehari untuk santapan mereka. Bila lewat petang penguin ini akan mula balik ke pantai secara berkumpulan yang dipanggil "rafts" - dalam satu 'rafts' ni ada sampai 100 ekor penguins - & kurang.
Biasanya penguins ini akan melalui jalan yang sama menuju ke sarang @ burrow mereka di dalam semak2 di pantai itu. Sambil berjalan - penguins ini akan 'berehat' seketika - mengepak2kan kepaknya untuk memanggil rakan2 mereka - dan berbunyi 'huk huk huk huk' - bising ! riuh rendah bunyi penguins ini balik ke burrow mereka.
Kami sampai semula ke Melbourne dekat jam 11 malam! sangat seronok pengalaman melihat sendiri penguins ini
Posted by sonata anak kancil at 11:33 PM 7 comments
Labels: Australia - Melbourne
Monday, September 10, 2012
ALLAH SWT MENGAMBIL MU ....
Posted by sonata anak kancil at 12:06 AM 4 comments
Friday, September 7, 2012
Heritage Farm di Churchill Island - 18
Dari tempat cokelat kami di bawa ke heritage farm di Churchill Island. Walaupun hujan renyai2 kami meredah jugak sampai la ke bangsal kuda - biri2 - tempat petani / peladang bekerja di ladang mereka...macam kita lihat dulu2 dalam little house in the prairie.... best !
Posted by sonata anak kancil at 11:26 PM 0 comments
Labels: Australia - Melbourne
Tuesday, September 4, 2012
Perjalanan ke Phillip Island - 17
3 Jun 2012 - Ahad
Selepas breakfast di guest house - minibus coaster sampai untuk fetch kami.Hari ini kami pergi ke Phillip Island - one day trip - seorang kena bayar $109 aud....hu3x - mahal gak - kalau convert to RM....tak ape la - sekali jalan je. Trip ini sangat best la.... Lepas tu - Mathew ambil penumpang lain lagi...pasangan dari India. Akhirnya sampailah ke port di mana penumpang lain ada menunggu untuk mengikuti pakej ini. Ada 15 @ 16 pelancong dari negara2 lain bersama saya - ada dari Brazil , Spain, perasan Singapore ada juga - US ntah mana2 lagi dah tak ingat dah...Sangat seronok bersama mereka...driver si mat saleh ni Mathew rajin lah pulak melayan bercakap - terutama melayan pasangan dari India - cikgu jugak ! hahaha....cikgu rajin bercakap.
Lebih kurang pukul 10 pagi , kami mula bergerak keluar Melbourne untuk ke Phillip Island yang jauhnya (jauh jugak lah - sebab pertama kali sampai kan ) - ikutkan kalau terus ke Phillip Island sejam lebih je...
Perjalanan menuju ke arah south east - melalui ladang2 / 'kampung' yang sangat luas! ada kala saya tertidur - sebab saujana mata memandang lihat padang ragut lembu...Diorang berladang sangat luas - tak macam kita - kecik je...
Pukul 12 lebih kami sampai ke sini .....
Posted by sonata anak kancil at 11:50 PM 7 comments
Labels: Australia - Melbourne
Friday, August 24, 2012
Melbourne CBD lagi...16
2 Jun 2012 - sepagi kami ke Victoria Market - dah habis shopping sikit2 je...kami balik ke South Yarra...makan dan solat. Tentunya tuan puan nak tahu apa kami makan kat negara ni..5 hari di Melbourne kami tak makan nasi ! ada sekali je kami terjumpa restoren chinese muslim - Farhan makan nasi goreng - tu je. Lain2 kami hanya makan kebab / roti / biskut / buah epal. Alhamdullilah betul2 depan guest house kami ada kedai makanan islam ( lebanonese )- tapi jual kebab / roti / burger. Itu aje je setiap hari bila balik ke bilik kami singgah beli kebab - macam2 harga jenis kebab/burger bergantung pilihan apa isinya...paling murah harga kebab lebih kurang $10 - kalau less pun $ 8 - $ 9 je...tapi mak aiiii....sekali makan memang kenyang betul - kadang2 saya bawak balik ke bilik sambung makan lewat2 petang....sebab kebabnya sangat besar....portion mat saleh makan....kalau tempat kita 2 x ganda ! Kami makan sekali sehari aje ...
( yang berat ) - lain drp tu makan bisukut / buah epal je....sebab nak cari makanan halal macam tempat kita payahlah nak jumpa.....beli roti / biskut pun kena baca ingredients juga...kalau breakfast / bila balik ke kat guest house kami makan cereals.
Sepetang 2 Jun kami naik city circle tram lagi....hop on & hop off....singgah ke tempat2 ni...sangat cantik bangunan nya !
Posted by sonata anak kancil at 5:16 PM 10 comments
Labels: Australia - Melbourne