CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Showing posts with label Sabah - Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Sabah - Kota Kinabalu. Show all posts

Friday, December 5, 2008

Day 6 - Kemas nak balik!

Pagi ni (2.12.08) - breakfast nasi kuning yang dibungkus dalam daun pisang (bentuk bungkus macam bungkus tapai & disemat dengan lidi berbeza dengan cara bungkus nasi lemak ). Yang aku tahu kat Sabah ni ada nasi kuning.Mula2 datang ke Tawau dulu, rasa pelik. Nasi kuning? Setahu aku kalau kat semenanjung ni (tempat aku lah) nasi kuning ni ialah pulut kuning tu! Tapi ni memang warna kuning. Agaknya nak masak nasi kuning ni, beras direndam dengan kunyit - macam nak buat pulut kuning.

Hari ni pagi2 lagi aku try masak nasi kuning! Lauknya hanyalah ikan masak sambal, apa2 ikanlah agaknya - ikut ikan apa kita suka. Tapi hari tu aku tengok ikan tongkol . Apa lagi hari ni aku masaklah ikan sambal dengan ikan yang dikirim oleh keluarga Sabah ni!!!Sedap le...macam makan nasi putih aje - cuma cantiknya berwarna kuning. (kalau orang Sabah terlintas kat sini tolong betulkan kalau salah!) Kalau tak berjalan macam ni, kita tak tahu budaya tempat orang...


Lepas tu mulalah aku berkemas2 nak balik. Dari hanya 2 bag "backpack", sekarang kena tambah kotak besar! Alamak, macamana nak buat?Kalau ikutkan peraturan barang2 basah ni tak dibenarkan bawak sebagai kargo luggage. Nak tak nak terpakaslah dalam kotak besar diletakkan baju/barang kering aje! Dah nak balik kira apa...Masuk je dalam kotak. Travel macam ni,kalau dah nak balik tu, tak payahle nak beriya2 kemas- masuk kotak je. Kotak mestilah yang tahan lasak /ikat kemas2. Kalau tak, dah bercampur2 dengan pelbagai jenis barang , bila tiba nanti tak tahu apa rupa /mungkin rosak / atau tersesat kemana2 lah...(tapi biasanya akan jumpa juga) - hah pernah terjadi pada kawan semasa aku ke Sarawak, bag dia tiba keesokan hari!

So dalam backpack aku letakkan udang/ikan yang dibekukan - kak Bie pakar membungkus - lepas tu balut lagi dengan baju supaya keep-frozen. Jadikan hand luggage. Ok la selamat aku bawak balik...Ikan/udang ni datang dari Tawau. En Mohd Shah ni - seorang guru & GB juga dulu/sekarang di PPD Tawau - seorang kaki pancing!Everyweek kalau ada lapang pergi pancing di laut - so, orang kata, kalau rajin - memang murah rezeki! Teringat aku kalau kat Tawau - bestnya makan ikan segar / lobster / udang yang sangat murah!!!Kalau aku ke sana ke, kalau mereka datang sini ke, ikan2 segar / ikan bilis & udang kering (pasti) dibawa! Mula2 aku datang ke Tawau dulu, pelik juga tengok orang2 di sana pergi pasar sebelah petang! Rupanya nelayan baru balik, bawak ikan/hasil laut fresh~~~Wow teruja nak ke sana lagi.

4 petang aku pun dihantar lah oleh 'anak2' ke airport.Flight 6.30 petang.Thank you very much. C U again!


Thursday, December 4, 2008

Day 5 - Pasar Filipina

Sebelah petang kita orang ke Pasar Filipina (kenapa Filipina? tak tahu la )- banyak kraftangan / cenderamata pelbagai jenis ada di sini. Kalau tengok, "mabuk" dibuatnya. Aku taklah "menjelajah" seluruh tempat jualan ni, sebab semua kedai menjual yang sama juga. Kali ni, aku tak beli apa2 pun sebab sebelum ni dah banyak beli - terutama kraf mutiara - rantai / gelang tangan mutiara air tawar ke air masin ke, yang ori / tak ori semua ada.Pasar ni depan Le Meridien Hotel (pernah la ke hotel ni semasa Mesy. Tahunan Pandu Puteri Malaysia).

Ada kedai / gerai (tak tahu lah nak guna istilah apa) yang jual pelbagai jenis ikan masin/ikan bilis dan macam2 hasil laut. Hanya beli untuk adik pesan ikan masin & udang kering. Kalau banding dengan tempat aku ni, ianya walaupun di KK lebih murah la sikit....Tapi kalau nak kira bawak naik kapal terbang , mahal le....Aku berani bargain dengan harga 'mampu' kita bayar - kalau worth to buy, I'll buy.

Ada juga yang menjual pelbagai jenis makan ringan - makanan tempatan / ada juga dari luar. Pelancong luar usah kiralah ! Ramai~~~~~

Day 4 - Pasar Tamu Jalan Gaya










Pagi jam 8 lebih (Ahad), aku, Kak Bie, Ayeen & kakak ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Hah, pelbagai jenis / aneka barang ada dijual di sini. Kalau baca notis - jualan bermula jam 5.30 pagi ! Tapi jangan terperanjat, 5.30 pagi kat sini dah terang benderang...Kalau di Semenanjung masih le gelaaapppp! Kat Semenanjung macam pasar tani, tapi aku dok tengok macam2 ada...Tak adalah aku nak membeli sakan, sebab dah biasa ke sini. Jangan tidak, belilah t-shirt untuk mereka yang "ditinggalkan". Kalau senang nak bawak balik, misalnya sayur2an, habis aku angkut sebab murah.Yang aku perasan, ramai orang Semenanjung berkunjung ke sini - kedengaran dialek Semenanjung la...Orang Sabah lain bunyi cakapnya...Masing2 sibuk tawar menawar~~~~

Wednesday, December 3, 2008

Day 2 - Univ. Malaysia Sabah








Kisah Day 2, tak habis2 lagi. Sambung semula...


Lepas kita orang jalan2 kat Muzium Sabah hari tu, kita pun balik lah ke rumah.


Petang keluar semula (sebelum pejabat tutup) - Cikgu Mariamah nak ke UMS. Secara tak langsung aku dapatlah masuk ke Univ. Malaysia Sabah. Wow, luas kawasannya - sampailah ke sebelah belakang dekat pesisir laut/pantai. Katanya di bahagian ni pun tempat penyelidikan universiti ini. Cikgu ni berurusan bahagian fakulti pendidikan sebab beliau ni adalah GB yang bakal "disiswazahkan"- 3 tahun beb belajar/kursus!!!So, alhamdullilah masa aku sampai ke KK, beliau sebenarnya baru saja tamat kursusnya. Tahniah cikgu! dah selamat mengharungi 'onak & duri' di universiti...Tak lama lagi naikla gred tu.

Sempatlah juga aku ambik kawasan sekitar fakulti dan di pesisir pantai universiti ini.

Bye Bye Sabah


Alynn, Kak Bie, Aboy, Ayeen & kakak di airport


Malam semalam tepat jam 12 malam, tibalah ke rumah...Balik rumah sendiri, sape tak sukakan!

Flight 6.30 petang. Yang bestnya, flight landed awal 25 minit, patutnya jam 9. Dah landed lega lah, tapi tak boleh masuk parking pulak. Terpaksalah tunggu sampai jam 9 juga, barulah boleh keluar dari pesawat ( indonesia cakap pesawat ). So, samalah juga masanya jejak kaki ke bumi!

On hphone, tengok2 2 sms masuk. Mantan bos, beritahu hari ni nak buat pasport kelompok ke Bukit Tinggi, Sumatera jam 10.Reply: Very sorry I just landed from Sabah.

Telefon hubby, dia baru tiba kat Pedas, patutnya dia memang target tiba jam 9. Tak pe lah, biar aku menunggu, jangan dia tunggu aku, kalau tak siaplah 'personal radio'...

Dahlah, jejak kaki ke bumi jam 9, tunggu luggage dekat 1/2 jam! Rupanya, ada 3 pesawat lain mendarat - dari Langkawi, Tawau & Kuching. Mana tak lama menunggu. Lepas tu, terus solat.Sedang sibuk terjenguk2 tunggu kereta hubby nak sampai, sms dari Mariamah masuk, tak sempat nak balas. Akhirnya dah tiba kat Durian Tunggal , Melaka baru teringat nak balas. Minta maaf le puan! Dekat jam 10 barulah hubby tiba dengan Farahin.

Cerita punya cerita, macam2 hal tak sedar dah tiba ke Durian Tunggal. Berhenti jap minum. Rupanya hari ni Mohd kena gi interview Biasiswa Bank Negara kat Mozac. Jadi, pagi tadi dah cal mantan bos tak dapat nak buat pasport hari ni. Dia pun beritahu, tak dapat nak buat juga sebab hubbynya ada meeting. Jadi esok aje lah...

Lepas ni, lapang2 nanti akan ditepek koleksi semasa di KK.

Terima kasih orang Sabah - En Mohd Shah, Pn Mariamah (kirim ikan & udang), Kak Bie (bungkus ikan / udang), Ayeen, Alynn (semuanya jadi tour guide) & Aboy (datang dari Tawau bawa ikan & udang!!!). Sebenarnya thank you very much for all your hospitality during our vacation in Sabah.


Monday, December 1, 2008

Day 2 - Koleksi : Landscaping Herritage Village





Day 2-landscaping in front of museum







Day 2 - Muzium Sabah












2nd day di KK, 'meronda' sekitar kawasan KK. "Tour guide" Ayeen & Kak Bie ( family panggil kak Bie - kita semua pun ikutlah - wow jadi 'driver' - TQ). Ada kereta sebiji, semua boleh jadi ! Apa lagi kita orang ronda lah sekitar KK. Mula2 tu ke Signal Hill dulu, lepas tu ke Wetland. Lepas tu teruslah ke Kampung Warisan & Muzium Sabah. Sebenarnya aku ni dah kali ke 2 (Muzium & Kg Warisan).

Ke Tawau & KK ni dah masuk kali ke 4.
Aku suka
ke sini, sebab dapat tengok natural beauty -walaupun di bandar KK, tapi bila jalan jauh ke kawasan perkampungan alam semula jadi sangat cantik! Tu yang buat teruja, selalu nak datang ke sini.


Itu pun tak sempat nak ke Gunung Kinabalu, sebab perlu bermalam somewhere di Kudansang. Lain kali, kena fokus ke situ saja, baru best.

Secara tak langsung juga aku jadi camera woman , hubby pesan suruh ambik gambar2 landscaping untuk koleksi dia. That's why perlu banyak 'meronda' untuk tengok2 apa yang patut dirakamkan sebagai persediaannya memberi lecture/ceramah/kursus bidang landscaping. Mana aku nampak berkenan habislah aku ambik.


Balik nanti kalau tak suka, delete aje le...Biasanya dia "sapu' semua. Sebab tu aku banyak tepek gambar natural landscaping! Sangat cantik~~~~Aku tepeklah gambar2 sekitar kawasan muzium ni, dalam muzium tak boleh dibenarkan rakam, nak kena saman laanggar le peraturan tu...



Sunday, November 30, 2008

Day 2 - Herritage Village (Kampung Warisan)










Antara koleksi sekitar Kampung Warisan , sebelum masuk ke Muzium. Bayaran masuk: RM2 (local).

Day 2 - Wetland Centre (mangroove) & Bird Sanctuary


















Fees :
Adult RM3
Student RM2
(my card)