Showing posts with label Lukisan anak. Show all posts
Showing posts with label Lukisan anak. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Lukisan anak anak ( Ogos 2016)

last note!
LUKISAN 1 : Nur Balqis 

KISAH LUKISAN : Seorang puteri elsa , memakai crown, berkasut tumit tinggi 




LUKISAN 2 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 2 : Satu keluarga makan ber sama sama di atas meja. Banyak lauk pauk dihidangkan



LUKISAN 3 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN : Sebuah sketsa komik tentang umi dan abah. 



LUKISAN 4 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 4 : Melukis kad kepada umi. Kadnya penuh dengan love iaitu cinta dan kasih sayang



LUKISAN 5 : Hanis Zahirah

KISAH LUKISAN 5 : Peta jalan ke rumah. Ini semua pengaruh bila selalu tengok kad kad jemputan kawin yang sampai ke rumah.


Friday, September 25, 2015

Kebaikan aktiviti melukis kepada anak anak


Kemahiran motor penting untuk anak anak dalam proses perkembangan minda mereka. Apa itu kemahiran motor?

Kemahiran motor adalah kemampuan seseorang anak untuk mengkoordinasikan gerakan otot -otot daripada anggota tubuh badan mereka. 
Umumnya melibatkan koordinasi mata, tangan dan jari jemari.

Memegang pen bermula dengan kemahiran motor yang betul 

Kita sebagai ibu bapa boleh membantu anak anak kita untuk meningkatkan kemahiran motor mereka. Antara aktiviti yang mudah dilakukan adalah melukis.


Kemahiran motor sangat penting kerana ia digunakan seumur hidup kita. Anak anak  yang mana dalam proses perkembangan fizikal dan minda, perlu memiliki kemahiran motor yang baik. 

Kajian menyatakan jika kemahiran motor anak anak adalah baik, ia sangat membantu anak anak untuk dalam menjalani proses pendidikan di sekolah. 



Melukis melatih anak anak memegang pensel dengan betul. 

Melukis membina imaginasi anak anak . Mereka melukis dengan penuh ketelitian. Biarkan mereka selama beberapa minit, mereka khayal dalam dunia imaginasi mereka. 

imaginasi princess elsa 


Contoh lukisan anak anak cikgu di sini 


Selepas anak anak lukis. minta mereka ceritakan apa yang mereka lukis. Ada sahaja ceritanya.






gambar pasangan pengantin lelaki dan perempuan

Jadi, bolehla mula melukis bersama sama anak anda :)

Tingkatkan kemahiran motor dan imaginasi anak anak anda :)

Sunday, June 28, 2015

Kemahiran Berfikir Untuk Anak : Perkongsian 1

Dua tahun lepas, saya  telah mengikuti kursus menggalakkan anak anda berfikir aras tinggi melalui pembacaan kelolaan Pn.Fazeila . Kursus itu sangat menyeronokkan.

Hasil dapatan daripada kursus, barulah saya tahu bahawa membaca buku kepada anak juga ada tekniknya. Kalau boleh kita mahu anak kita bukan setakat tahu membaca tapi faham apa mereka baca. Bila dah faham, anak anak boleh berfikir .

Di sini , saya kongsikan bagaimana saya mengaplikasikan apa yang saya belajar daripada kursus tersebut. Mudah mudahan ia dapat memberi manfaat. 

Petikan di bawah ini merupakan soal jawab saya bersama anak saya, zahrah. Zahrah tunjukkan kepada saya apa yang dilukis dan saya cuba bersoal jawab dengannya untuk tahu apa yang Zahrah lukis. 



Umi : ini gambar apa 
Ara: ini bear umi. Dia main layang layang 
Umi: kenapa bear main sorang sorang. Mana kawan bear? 
Ara: kawan bear ada tiga je. Tapi semua demam. 
Umi:oo bear tak demam ke 
Ara: tak 
Umi:woww bear ni ada antibodi badan yg kuatkan. tapi, bear tak.sedih ke main sorang sorang? 


(Jika anda perhatikan, di sini ada perkataan antibodi. You introduced new vocab to them. Cuba bandingkan jika anda hanya setakat puji sahaja lukisan anak anda. Ia habis di situ sahajakan. Sebab itu, digalakkan kita bertanya kepada anak kita apa yang mereka lukis)
Ara:tak. 
Umi : bear main layang layang dekat mana 
Ara: kat padang 
Umi:pagi ke.petang ni 
Ara: ni pagi.Tapi hujan turunkan, bear pun balik.


Begitula proses melatih anak anak untuk bercerita dan berfikir. Bawa khayalan anak anak anda. Ia menyeronokkan.


last note!

Monday, December 8, 2014

memori anak anak mula pegang pen

 mula mula si kembar memegang pensel 
24/5/2011






last note!

lukisan anak : alif ba ta tsa

lukisan zahrah ( 4 tahun ) "umi, ini huruf alif ba ta tsa " 

last note!

lukisan anak : telinga rabbit

telinga rabbit yang tidak jadi, lukisan : zahrah

last note!

lukisan anak : princess pegang bag

lukisan balqis, ( 3 tahun ),

 " umi, ini pricess, dia pegang handbag" lukisan ini dilukis oleh balqis . 

Balqis mendapat inspirasi daripada kakaknya, zahrah yang suka melukis gambar princess 

l
last note!

Thursday, December 4, 2014

lukisan anak : orang berstruktur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ini adalah lukisan anak saya, zahirah (4 tahun )

menurut rakan saya yang merupakan guru pendidikan seni, hasil lukisan zahirah ini berstruktur.



apabila saya amati dan lihat kelakuan zahirah, nampak seperti dia memang suka melakukan perkara perkara yang berstruktur.

contohnya, zahirah suka menyusun pensel dan menyusun blok..


Kembarnya pula lebih suka melukis apa yang dia nampak. Apa yang ara nampak, dia cuba terjemahkan dalam lukisannya. contohnya lukisan shrek selepas ara menonton filem shrek.klik lukisan shrek ara


last note!

lukisan anak : shrek

Salam semua. apa khabar hari ini. semoga hari ini seceria sang mentari. ewwah 

 tempoh hari saya dan anak anak menonton cerita shrek. dan inilah hasilnya..


 lukisan shrek dari zahrah ( 4tahun)


ini shrek umi

the real shrek
last note!

Wednesday, November 12, 2014

lukisan anak



Lukisan ini dilukis oleh hanis zahrah ( 4 tahun ), semasa kami di Penang. Bila saya tanya zahrah, siapa tu. katanya ini umi dan abah..Dalam perut umi ada baby...

*comel..

Tuesday, December 10, 2013

A fish

My youngest,balqis draw this.she said this is a fish.hehe.what do u think?

Wednesday, July 31, 2013

lukisan..

ini lukisan anak kembar saya namanya zahrah. ini adalah salah satu lukisannya.cuma ada satu cerita lucu. satu hari saya lihat zahrah melukis  sanbil mulutnya bercakap "ini abag,abah ada janggut". Kemudian,zahrah melukis satu lagi gambar sambil berkata "ini umi,umi ada pimples"..ha.ha ha..anakla hai anak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015