Saturday, March 24, 2012

oh, aku tersentuh

hari ni, naluri hati seorang ibu saya tersentuh..
petang tadi, saya masakkan kuih cara manis.
anak kembar sedang asyik bermain..kakanya, ira bermain di ruang tamu.
adiknya, ara datang ke dapur. dilihatnya ada kuih cara dalam bekas makanan..
ara ambil dua kuih cara..
kemudian, dia kembali semula keruang tamu bersama dengan kakaknya sambil berkata "nah iyaa, satu iyaa ni araaa" sambil menghulurkan kuih cara untuk kakanya..

berkongsi muffin yang umi buat..masa ni umur kembar satu tahun

berkongsi mainan,

adik cium kakak, alaa gambar tak clear....
saya tersenyumm.. tersenyum melihat mereka..alhamdulillah ..semoga mereka saling ingat mengingati :)


last note!

Thursday, February 23, 2012

nilai sabar seorang ibu

pulang sahaja dari kerja...
anak sulungku "..umi..berak..."

baru sahaja mahu menyuapkan nasi ke mulut..
anak ketiga menangis di buai...nak susu agaknya...

kemudian, aku ingin berehat sebentar..landing time....baru sekejap terlena..anak kedua berkata"umi, nak book....umi ..umi...

begitula situasi bila pulang dari kerja..anak-anak tidak tahu yang uminya penat. hanya yang mereka tahu...
"ye yeee umi dah alik...umi alikk.seroonoknya"

sebenarnya, aku boleh dikategrikan sebagai orang yang kurang sabar.. namun, sejak mempunyai tiga orang anak aku belajar untuk menjadi orang yang lebih sabar. namun, kadang kala, nilai sabar itu goyah jugak.yelah, aku ni manusia biasa....

yeee memang aku manusia biasa. tapi aku mesti berusahauntuk bersabar dengan anak anakku..

sudah dua malam, anak anakku tidur dalam amarahku...kesian anak-anak...

anak-anak kita,...hatinya suci....
tetapi begitulah nilai suci hati seorang anak...tiada sungguh dendam dihatinya..umi masih lagi ratu di hatinya..

anak-anak umi..maafkan umi...maafkan umi...umi berjanji untuk bersabar..

last note!

Tuesday, February 21, 2012

esok, pakai selipar pun takapa lah

petang tadi, sekitar pukul 2-5 petang ( nunu sudah pun habis bekerja sebab nunu mengajar sesi patgi), hujan turun dengan lebatnya. benar-benar hujan rahmat kerana sejak kebelakangan ni, cuaca sangat panas..enak rasanya bila tidur semasa hujan..kan kan....

namun, kesian jugak kawan kawan dan anak murid di sesi petang. sekolahku dilanda banjir...

pintu masu sekolah

di kawasan kantin

nampak tak airnya

kawasan paling terjejas..cikgu dan anak murid akan kebasahan kalau nak ke blok baru.

dua org pelajar meredah banjir ..gigih sungguh






*gambar gambar daripada facebook kawan-kawan...

esok, jangan lupa jemur kasut kat bawah matahari..kalau tak kering pun tak apala.datangla sekolah pakai selipar..cikgu paham...semalam kan sekolah kita banjir :)

Monday, February 20, 2012

kisah ini jadikan pengajaran

malam ini dihimpit rasa bersalah terhadap anak-anak..macam biasa, anak anakku selalu tidur lewat . kadang kala pukul 11.paling worst is today.1.00am baru tidur. geram betul rasa hati...hairan aku.kenapala anak-anak aku tak tidur awal macam anak-anak orang lain. teringat kata kata suami. "manala anak anak kita nak tidur awal. dari kecil lagi dia dah ada kawan. adiknya balqis yang umur 6 bulan pun tahu nak main dengan kakak-kakaknya. anak orang lain sorang.bila tak ada kawan nak main, dia tidurla.." suami aku sangat positif...

HARI INI, NUNU JADI HARIMAU MALAYA
ye, hari ini aku seperti harimau.entah kenapa, aku memarahi anak anakku seolah olah mereka telah melakukan kesalahan yang besar. aku beristigfar ..."kenapa la korang ni tak nak tidur. tahu tak sekarang dah pukul berapa. geram umi.tahu tak umi banyak kerja sekolah nak buat. kalau korang tidur awal boleh umi buat kerja sekolah. ini umi tak boleh buat lansung. makin melambak kerja umi...."

grrrrrrr tak siap kerja sekolah diletakkan salah itu kepada anak anak yang tidak berdosa...pandang wajah anak...katakan ia amanah.katakan sekali lagi ..ia amanah...ohhhh mengapa aku begitu cepat menghukum anak anakku...aku beristigfar...

tiga hati yang perlu dijaga.ini amanah !ini amanah!   

KEMBALI MERENUNG..MENGAPA KERJA JADI MELAMBAK LAMBAK..
aku rasa mungkin ini disebabkan aku menangguhkan kerja. kenapa aku tangguhkan kerja. konon=kononnya aku mahu menghasilkan yang terbaik dari ladang. sebagai contoh aku ditugaskan untuk menghiasan papan spbt sejak dari awal tahun. tapi memandangkan aku nak buat yang grand so aku tangguhkan. akhirnya, sampai bulan dua tak siap siap lagi..

SO, APA SOLUTION?
work smart..jangan delay kerja..dan buat la mengikut keupayaan diri kamu...
jangan la letakkan kesalahan kepada anak anak yang tidatahu apa apa.hatinya suci.mereka tak mengerti ibunya sibuk..yang mereka tahu...aku ratu mereka...

maafkan umi, umi akan baiki kesalahan umi...semoga hari esok bermula dengan kata-kata yang indah dan manis sahaja. kisah ini jadikan pengajaran...

last note!

Friday, January 27, 2012

Tiga Kaki dan angka tiga






Welcome 2012...eHhhh dah nak habis bulan januari baru nak welcome 2012. Okla kan, never too late ait..
Banyak sebenanrnya resolusi nak dilaksanakan on 2012. :)
 
Melangkah ke tahun 2012, angka tiga ni dekat aje kat hati saya. Suspen pun ader sebab, tahun 2012 umur saya akan mencecah 30 an..iShh belek sikit,  ada kedut tak...??hi hi
 
Umur 30 an adalah penanda aras umur matang seseorang. Matang sebagai orang dewasa kan.Bukan lagi matang sebagai remaja atau orang muda.
 
Dalam usia yang nak mencapai 30 an ni,saya sudah berkahwin dan punya anak tiga..Memiliki kerjaya yang baik iaitu sebagai seorang guru walaupun masih belum bergaji tangga tiga :p
 
Suami sudah membelikan rumah yang comel. Walaupun rumah saya tidak bertingkat tiga namun ia sudah cukup selesa. Apa la lagi yang perlu saya rungutkan kerana hidup saya sudah sempurna berbanding orang lain. Ya ALLAH, AKU Bersyukur dengan pemberianmu yang tak terhitung nilainya. Semoga kau merahmati umur ku ini..
 
Tiga kaki comel yang perlu di jaga :)
last note: Menjaga nilai angka tiga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to NURUL IZZA
Designed by UMIESUEstudio 2015